Monday, 14 January 2019

AMANAT MENTERI PENDIDIKAN TAHUN 2019 : SEMBILAN (9) INTERVENSI TELAH DIGARISKAN UNTUK DILAKSANAKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN, JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENGURANGKAN BEBAN TUGAS GURU.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

........

48. Oleh hal yang demikian, kementerian sedang berusaha keras untuk mengembalikan tugas hakiki para guru iaitu mendidik dan mengajar. Atas dasar itulah kita telah berjaya mengenal pasti punca tugas-tugas perkeranian yang mengganggu tugas utama guru, yang tidak lagi relevan malah perlu dimansuhkan. Hal ini dilaksanakan dengan mengambil kira pandangan dari akar umbi; iaitu para guru yang mengajar di sekolah.

49. Untuk memastikan tujuan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, kementerian mempunyai perancangan jangka masa pendek, pertengahan dan panjang. Untuk perancangan jangka masa pendek, mulai Januari 2019, sembilan (9) intervensi telah digariskan untuk dilaksanakan oleh pihak Kementerian, JPN, PPD dan sekolah untuk mengurangkan beban tugas guru. Sembilan (9) intervensi tersebut telah dipecahkan kepada lima (5) inisiatif iaitu:
a. Inisiatif pertama: memudahkan pengurusan fail dan dokumentasi, sebanyak tiga (3) intervensi akan dilaksanakan iaitu memudahkan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), fail panitia dan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
b. Inisiatif kedua:  pengurusan data dan sistem online, sebanyak dua (2) intervensi akan dilaksanakan iaitu segala pengumpulan data hendaklah diambil dari sumber data sedia ada di dalam sistem KPM.  Di samping itu,  Sistem Kehadiran Murid dalam talian akan digunakan sepenuhnya bagi merekod kehadiran murid. Dalam hal ini, guru tidak lagi perlu mengisi buku Jadual Kedatangan Murid. 
c. Inisiatif ketiga:  sesuai dengan pemansuhan Peperiksaan Tahap 1, sekolah boleh merangka sendiri pelaksanaan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang bersesuaian dengan keperluan murid di sekolah. 
d. Inisiatif keempat: penyeragaman borang dan proses pemantauan, sebanyak dua (2) intervensi akan dilaksanakan untuk memastikan guru tidak lagi terbeban untuk mengisi borang kebersihan, keselamatan & penarafan kantin.
e. Inisiatif kelima: penyelarasan penubuhan jawatankuasa di peringkat sekolah, intervensi yang akan dilaksanakan akan memastikan pelbagai jawatankuasa yang tidak berkaitan dengan tugas mendidik akan dimansuhkan.

50. Lima inisiatif ini merupakan langkah pertama untuk meningkatkan kualiti pengajaran, manakala langkah kedua pula melibatkan lebih banyak latihan dan kursus yang perlu bagi memastikan guru-guru mampu menawarkan pendekatan pengajaran yang terbaik.

......

Ikuti rakaman siaran langsung penuh di bawah untuk maklumat penuh. : 




Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan