Sunday 31 May 2020

Dakwaan Pesakit Positif COVID-19 Telah Ke Merata Tempat Sekitar Pekan Juasseh Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Maklumat seperti ditularkan dalam aplikasi WhatsApp mengenai wabak koronavirus (COVID-19) yang dikatakan tersebar ke sekitar Juasseh melalui seorang pesakit adalah palsu. Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, sehingga kini tiada pengesahan berhubung dakwaan tersebut oleh Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan. “Maklumat tular mengatakan individu yang dijangkiti COVID-19 telah pergi […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Saturday 30 May 2020

Mesej Kononnya Dari Pejabat Kesihatan WP Putrajaya Menyarankan Supaya Pelawat Tidak Dibenarkan Mengunjungi PPA1M Selasih Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Pejabat Kesihatan WP Putrajaya, maklumat tersebut adalah palsu. SUMBER: Facebook Rasmi Pejabat Kesihatan WP Putrajaya Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

9 Tips Urus Kewangan Bagi Cikgu Muda - CikguHailmi

Pengurusan kewangan bagi cikgu muda yang baru posting memang merupakan satu cabaran. Baru pegang gaji sendiri, duit sendiri, maka banyaklah benda yang nak rasa dan beli. Apatah lagi komitmen pada awal karier nih memang lain macam sket. Masa nih lah nak simpan duit untuk komitmen yang besar, macam untuk kahwin, untuk beli kereta, untuk beli rumah, nak bantu keluarga, nak modal berniaga. Itu belum lagi nak guna untuk gaya hidup, macam nak beli baju pakai, gajet, barang mekap dan lain-lain yang sebelum nih, mampu tengok saja. 


9 Tips Urus Kewangan Bagi Cikgu Muda Baru Posting
9 Tips Urus Kewangan Bagi Cikgu Muda Baru Posting


Saya sendiri struggle untuk 5 tahun pertama bekerja dalam menguruskan kewangan sendiri! Cukup makan saja. Tambah lagi menarik, sebab cikgu-cikgu nih ada slip gaji dan senang buat loan, maka ramai lah yang datang mengerumun nak offer macam-macam tawaran. Maka sebab tu tak hairan, ramai kalangan pendidik yang akhirnya terperangkap dengan jerat kewangan nih. 

Ini termasuk dengan kena tipu oleh Skim Cepat Kaya, MLM dan perniagaan lain yang akhirnya terjerat kena bayar loan bertahun-tahun untuk benda yang tak ada. Pendek cerita lepas tu akan berada pada keberhutangan yang serius, iaitu jumlah hutang lebih daripada 60% pendapatan. Nauzubillah! Semoga kita semua dijauhkan daripada hutang. So sebelum anda dijerat dan terjerat, jom kita baca beberapa tips yang saya boleh kongsikan daripada pengalaman saya dan rakan. 



1. Keperluan atau Kehendak
Ini paling basic. Walaupun mudah, tapi ramai yang tersilap langkah. Nak bezakan, apa yang perlu, dan apa yang teringin. Jadi, buat list supaya anda clear apa yang keperluan dan apa yang kehendak. Utamakan barang keperluan daripada kehendak. Macam saya kalau teringin sangat pun nak beli gajet ke apa ke, biasanya saya letak sasaran beberapa bulan duit lebihan baru lah beli. 


Contoh barang yang boleh jadi keperluan atau kehendak



2. Catat Perbelanjaan
Ini antara benda saya buat masa mula pegang gaji. Dekat 3 tahun juga buat sebab nak catu duit. Jadi saya akan tulis berapa banyak saya nak belanja untuk makan, bayar duit kereta, sewa rumah, bil dan lain-lain. Tujuan dia supaya nampak jelas ke mana duit kita mengalir. Jadi boleh lah berhemah sket untuk bulan berikutnya. 



3. Elak MLM
Seriously benda nih paling BIG NO NO. Tak yah lah rasa cepat terpedaya sangat dengan benda-benda yang jenis takdak buat apa, takyah usaha, tapi duit boleh masuk jadi cepat kaya. Serious tipu bro! Apatah lagi bila tiba-tiba dah lama tak contact, sekali ajak pi makan belanja lah apa lah, last skali nak ajak kita join benda-benda macam nih. 


Jangan jadi mangsa mudah Skim Cepat Kaya ya!
Jangan jadi mangsa mudah Skim Cepat Kaya ya!


Modus operandi depa semua sama saja, "Ini bukan MLM" katanya. Tapi hakikat dia lebih kurang saja. So elakkan kena tipu ok, sebab satgi tak pasai anda nak kena buat loan, berhutang banyak-banyak untuk benda yang tak ada last skali. Lebih malang lagi bila benda hangus, anda plak yang kena tanggung hutang loan bertahun-tahun.

SO JANGAN!



4. Elak Kad Kredit
Masa zaman saya mula jadi cikgu dulu, memang banyak tawaran kad kredit. Semua bank pakat nak bagi free, tunggu nak jerat kita bila kita guna saja. Dan godaan ada kad kredit nih memang lah sangat tinggi! Duit tak ada, tapi boleh 'beli' barang. Huhuhu. Lepas tu ko hadap lah bunga dan interest setiap bulan tu. 

Walaupon ada yang kata guna kad kredit nih ok, takdak masalah kalau pandai urus, boleh guna masa kecemasan, etc tapi seperti yang saya kata godaan dia sangat tinggi weh. Jadi kalau anda berhasrat juga nak guna, maka fahamkan betul-betul syarat dan peraturan, supaya anda tidaklah ditipu dengan hidden charges tu. 


Bergaya dengan kad kredit, jangan sampai duit tak ada
Bergaya dengan kad kredit, jangan sampai duit tak ada


Dengan gaya hidup sekarang nih yang banyak dipengaruhi dengan kehidupan media sosial apa semua, mujor sekarang nih, dah tak banyak bank yang kejar promosi kad kredit. Semua dah tukar kepada Kad Debit. Ko ada duit, ko belanja. Ko takdak duit, duduk senyap-senyap ok.



5. Simpan 10% atau Paksa
Ini antara satu teknik simpan duit yang saya rasakan berkesan untuk saya. PAKSA! So, start awal kerja saya dah mula berkira-kira nak asingkan sedikit duit supaya boleh jadi simpanan masa kecemasan terutamanya. 

Kalau ikut teknik kawan saya, dia akan simpan 10% daripada pendapatan dia. So katakan gaji dia RM3000, maka automatik dia akan simpan RM300 setiap bulan. 


Simpan 10% atau Simpan Paksa
Simpan 10% atau Simpan Paksa


Macam saya pula, awal-awal keje dulu gaji pon ciput dan banyak komitmen lain termasuk nak bayar loan belajar dulu. Maka saya potong siap-siap RM50 jer untuk masuk ke Tabung Haji. Sengaja saya potong kecik, supaya duit tu tak terasa sangat. Kiranya, simpan terus lah, tak mau usik. Bila dah tahun ke-2 atau ke-3 baru lah saya upkan sket ke RM100 setiap bulan dan seterusnya. 

Tahun berikutnya, potong pulak ke ASB dengan kadar RM100. So benda simpanan nih kita boleh buat ansur maju berapa nak simpan. Potong je lah berapa, pendek kata, jangan sampai anda pergi korek balik!



6. Kumpul dan Beli
Nih satu lagi teknik kawalan diri yang saya guna. iaitu kumpul dulu baru beli. Katakan lah saya teringin nak beli kamera DSLR. So saya survey dulu berapa harga dia, dan akan cuba bandingkan dengan baki duit yang saya ada pada setiap bulan. 

Katakan lah, perlu ambik masa sampai 6 bulan kumpul duit, maka saya akan set betul-betul sasaran simpanan. Sebab saya langsung tak ada side income masa tu, maka duit simpanan boleh ditambah melalui pengurangan duit belanja bulan-bulan. Prinsip saya, seboleh mungkin saya cuba elak berhutang yang tak mampu bayar. Sebab saya rasa seperti tidak ada keberkatan dalam kita berhutang. Nanti akan rasa macam tak habis-habis jer bayar hutang tu. Memang menjerat kita balik tu nanti. 



7. Beli Kereta? 
Ukur baju di badan sendiri orang kata. Maka jika anda terpaksa beli kenderaan masa awal-awal kerja, buat lah pilihan lebih tepat. Beli dulu kereta dalam lingkungan mampu milik, sekitar RM40k - 50k. Tak perlu nak nampak hebat bergaya, lepas tu anda yang sakit perut nak menghadap hutang bulanan. Padahal guna kereta tu, seminggu sekali saja. 


Kereta pilihan cikgu-cikgu kat Malaysia?
Kereta pilihan cikgu-cikgu kat Malaysia?


Bukan setakat tu, bila beli kereta nih kita kena consider juga duit untuk minyak, tol, parking, road tax dan insuran, serta kes rosak dan nak baiki. Semua nih kena ambil kira jugak tau!

Ada juga yang bagi tips mudah, nak tengok kereta mana yang sesuai dengan tahap pendapatan kita. Simple saja. Kalau gaji RM3000, maka darabkan dengan 12 bulan dapatlah RM36,000. So itu ler harga kereta yang sepadan dengan gaji anda. 

Buat yang tak rasa terdesak sangat nak beli kereta, so takyah beli kereta lagi ok. Bila untuk keperluan, sebab serious anda boleh guna simpanan tu untuk lebih banyak benda yang baik. 



8. Lebih Baru Belanja
Satu lagi tips yang biasa saya amalkan adalah ada duit lebih selepas disimpan, baru lah kita belanja. Bukannya tunggu lebih belanja baru kita nak simpan. Maknanya, lepas kita dah tolak apa semua perbelanjaan bulanan yang wajib, bayar hutang apa semua, tolak siap-siap duit simpanan, baki yang tinggal tu baru lah kita untuk keperluan kita hooray hooray. 



9. Side Income
Tip akhir nih adalah jika anda nak stabilkan sket kewangan anda. Saya tak galakkan jika sehingga ini mengganggu tugas hakiki kita sebagai guru. Pendapatan sampingan ini buatlah ikut tujuan kenapa anda nak kumpulkan simpanan. Motif orang tak sama. 

Seperti saya sendiri, saya dapatkan pendapatan sampingan melalui menulis blog pendidikan pada tahun ke-5 saya bekerja. Tidak lah kaya raya, tetapi cukup untuk menampung keperluan saya langgan Internet setiap bulan. Jadi ok lah kan.


Side income guru janganlah sehingga ganggu tugas hakiki kita
Side income guru janganlah sehingga ganggu tugas hakiki kita


Ada kawan yang gigih mengajar tuisyen dan juga menjadi tutor peribadi. Terutamanya mereka yang dapat mengajar di kawasan bandar yang lebih berkemampuan. Ada yang jual online dan macam-macam lagi. Apa pun anda nak buat, tetap saya ingatkan, bahawa jangan lah sehingga tugas hakiki kita sebagai guru terganggu dan kedua, janganlah sesekali kita terjerat dengan MLM atau Skim Cepat Kaya.



OK, demikian lah sedikit perkongsian kepada adik-adik yang baru menjadi guru. Uruskanlah kewangan anda dengan baik. Jangan terdorong sangat dengan hasutan syaitan untuk membazir. Jangan tiru kawan yang melaram kemain nampak kaya, nampak hebat kat Instagram, padahal duit setiap bulan pun tak ada. 

Kena ingat, keperluan duit dan komitmen kewangan setiap orang tak sama. Mudahan kita jadi orang yang beringat masa susah dan senang. InshaAllah ada rezeki nanti saya kongsikan pulak beberapa amalan yang boleh membantu kita untuk murah rezeki pulak ya. Sampai jumpa lagi yer. Muahx!


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Friday 29 May 2020

Nota dan Latihan Kata Ganda Separa - cikguayu.my

Latihan Kata Ganda Separa tahun 3 4 5 6Merujuk buku teks Bahasa Melayu Tahun 3 Jilid 2 (hlmn. 11), Kata ganda separa bermaksud kata yang menggandakan sebahagian sahaja kata dasar. Kata dasar terdiri daripada kata tunggal atau kata berimbuhan. Contoh Kata Ganda Separa Jenis Kata Ganda Separa Contoh Kata ganda separa tunggal bola – bebola Kata ganda separa berimbuhan awalan setinggi-tinggi Kata ganda […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Cikgu Ayu Dot My

Jadual Pembukaan Semula Sekolah Seperti Yang Tular Di Media Sosial Adalah Palsu - Sebenarnya

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM): Info yang sedang tersebar luas di WhatsApp berkenaan Takwim Sekolah adalah palsu. Sebarang maklumat berkenaan takwim pembukaan semula sekolah hanya akan dibuat melalui medium rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja. SUMBER: Facebook Rasmi KPM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

37 Premis Di Pusat Beli Belah Taman Desa Tebrau Ditutup Kerana Tidak Memiliki Lesen Perniagaan Sah - Sebenarnya

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menafikan 37 premis perniagaan di pusat beli-belah terkenal di Taman Desa Tebrau di sini, diarahkan tutup kerana tidak mematuhi prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sebaliknya premis perniagaan yang turut membabitkan jenama popular diarahkan tutup sementara berikutan didapati tidak memiliki lesen perniagaan sah. Datuk Bandar Johor Bahru, […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tiada Kejadian Bunuh Berlaku Di Jalan Ulu Jenut, Kuala Krau Di Temerloh - Sebenarnya

SEBENARNYA: Tiada kejadian bunuh berlaku di Jalan Ulu Jenut, Kuala Krau di Temerloh, sebaliknya gambar yang tular di media sosial adalah mangsa kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, berkata dakwaan berlaku kes bunuh mungkin timbul berikutan penemuan sebilah parang di lokasi kejadian. Katanya, siasatan awal mendapati, parang […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tawaran Biasiswa SEARCA (Master (MS) Dan Kedoktoran (PhD) - Pengumuman KPM

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Serantau Southeast Asian Regional Center for Graduate Study and Research in Agriculture (SEAMEO SEARCA) yang berpusat di Filipina telah membuka tawaran biasiswa peringkat pengajian Master (MS) dan Kedoktoran (Ph.D) untuk sesiapa yang berminat melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Tawaran pengajian di peringkat Master (MS) dan Kedoktoran (Ph.D) adalah bagi bidang pertanian dan bidang lain yang berkaitan (e.g.: sains biologi, perikanan, sains persekitaran, statistik, perhutanan dan sains sosial). Biasiswa SEARCA yang ditawarkan merangkumi yuran pengajian, elaun perjalanan, elaun tesis / disertasi, elaun buku dan bekalan, insuran kesihatan, serta  elaun makanan, elaun penginapan dan perbelanjaan sampingan.

Tarikh tutup tawaran ini adalah pada 31 Julai 2020. 

Bersama-sama ini disertakan salinan poster bagi tawaran ini. (Boleh dimuat turun di sini.)

Sila layari https://www.searca.org/scholarship untuk maklumat lanjut.

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Webinar Kesedaran Epilepsi Dalam Kalangan Guru - Pengumuman KPM

Poster Hebahan WEBINAR



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Pemakluman Panggilan Temu Duga Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (HLP PPP), KPM Tahun 2020 - Pengumuman KPM

HEBAHAN SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA HLP PPP TAHUN 2020 n



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Dokumen Persiapan Awal Berhubung Cadangan Sama Ada PKP Tamat Atau Disambung Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN): Maklumat tersebut adalah palsu. Jangan sebar atau kongsi. SUMBER: Saluran Telegram Rasmi MKN Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 28 May 2020

Dakwaan Perdana Menteri Malaysia Berada Di Singapura Bagi Menjalani Rawatan Kesihatan Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Facebook rasminya: Ada yang mendakwa saya berada di Singapura bagi menjalani rawatan kesihatan di sana. Saya ingin nyatakan dakwaan itu tidak benar sama sekali. Untuk makluman, saya sedang menjalani kuarantin di rumah saya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Namun dalam keadaan negara masih berperang […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada Tawaran Pelaburan Palsu Guna Nama Dan Logo ASNB - Sebenarnya

Menurut Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB): Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) meminta orang ramai berhati-hati supaya tidak terperdaya dengan tawaran pelaburan palsu yang dikesan menggunakan nama dan logo syarikat itu. Syarikat pengurusan unit amanah tersebut berkata justeru, orang ramai dinasihatkan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-77308899 atau layari www.asnb.com.my, atau e-mel ke asnbcare@pnb.com.my […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Pihak JKNJ Tidak Pernah Mengarahkan Pengunjung Pasar Raya Di Johor Bahru Untuk Membuat Ujian Saringan COVID-19 - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ): Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin membuat penafian kenyataan viral yang telah tersebar melalui media sosial berkenaan arahan buat saringan COVID-19 kepada pengunjung pasar raya terkemuka di Johor Bahru. Pihak JKNJ sebelum ini ada membuat penutupan pasar raya terkemuka di daerah Johor Bahru disebabkan tidak mematuhi prosedur mengikut […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 27 May 2020

Laporan Berita Yang Melaporkan Kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak Dilantik Sebagai Penasihat Ekonomi Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan laporan beberapa blog sehingga tular di media sosial berhubung pelantikan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai penasihat ekonomi kerajaan. PMO menegaskan bahawa pihaknya langsung tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai pelantikan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan bagi jawatan yang digembar-gemburkan. “Pejabat Perdana Menteri atau PMO menafikan kesahihan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Wanita Hamil Yang Positif COVID-19 Di Kuala Krai Disahkan Negatif Selepas Menjalani Ujian Saringan Kedua Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menafikan dakwaan mengatakan wanita hamil yang positif COVID-19, di Kuala Krai, disahkan negatif selepas menjalani saringan kedua. Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata ujian kedua hanya diambil selepas 13 hari pesakit berkenaan menerima rawatan bagi memastikan sama ada dia sudah bebas atau sebaliknya daripada […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Lelaki Didakwa Positif COVID-19 Terbaring Di Hadapan Kedai Sebenarnya Sakit Jantung - Sebenarnya

SEBENARNYA: Polis menafikan video seorang lelaki terbaring di Taman Usahawan Kuchai, Kuala Lumpur, yang tular dikaitkan dengan Covid-19. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata, berdasarkan siasatan, lelaki terbabit tidak sedarkan diri kerana diserang sakit jantung dan rebah di lokasi kejadian. “Pegawai perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hadir dengan memakai […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Pemakluman Keputusan Panggilan Temu Duga Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (HLP PPP), KPM Tahun 2020 - Pengumuman KPM

HEBAHAN SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA HLP PPP TAHUN 2020



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday 25 May 2020

Dakwaan Kawasan Brickfields Dikenakan Perintah Berkurung Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berita tersebut adalah palsu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata, siasatan dan semakan lanjut dengan pihak KKM dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat mendapati ia berlaku pada 16 Mei lalu di kawasan Kuala Langat, Selangor. “Orang ramai terutama penduduk di Brickfields […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Menteri Kesihatan Tidak Pernah Mengeluarkan Kenyataan Berkenaan Hukuman Jika Lakukan Aktiviti Ziarah Aidilfitri Pada Hari Kedua - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr. Adham Baba tidak pernah membuat sebarang kenyataan ini. SUMBER: Twitter Rasmi KKM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Saturday 23 May 2020

Tiada Rompakan Bank Di Pekan Jasin Seperti Didakwa Melalui Klip Video Yang Tular Di Media Sosial - Sebenarnya

SEBENARNYA: Polis menafikan berlaku kejadian rompakan membabitkan sebuah bank di Pekan Jasin, seperti yang tular di Facebook yang dimuat naik oleh sebuah portal. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata beliau yang turut berada di tempat kejadian, menafikan video berdurasi 11 saat yang tular itu adalah kejadian rompakan dan tiada berlaku insiden tembak-menembak […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Seorang Wanita Menggunakan Kabel Polis Dungun Untuk Rentas Negeri Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

Polis menafikan memberi layanan istimewa kepada seorang wanita untuk melakukan perjalanan rentas negeri dari Dungun, Terengganu ke Putrajaya seperti yang tular di media sosial. Sebelum ini, wanita yang memuat naik status di aplikasi WhatsApp dan mesej dengan seorang sarjan polis mendakwa dapat pulang berhari raya kerana mempunyai ‘kabel’. Tindakan itu mendapat kecaman warganet yang tidak […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Mesej Tular Berkenaan Gelombang Haba Akan Melanda Semasa Fenomena Ekuinoks Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD): Ini adalah maklumat palsu. Mohon supaya tidak menyebarkan atau berkongsi maklumat tersebut. Hasil semakan dan penelitian pihak MCMC mendapati bahawa kandungan yang tular tersebut adalah mesej yang dikitar semula sejak tahun 2017. Mesej tersebut juga diolah dan mempunyai versi berbeza seperti di bawah: Versi Terkini. Tular: Mei 2020 Versi […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday 22 May 2020

Permohonan Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan - Pengumuman KPM

Permohonan bagi mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2021 akan dibuka mulai 29 Mei hingga 7 Ogos 2020. Proses sokongan Ketua Jabatan berakhir pada 14 Ogos 2020.

Sila layari laman NPQEL MPPS



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Thursday 21 May 2020

Dakwaan Mesej Kononnya Tradisi Ziarah Rumah Sempena Aidilfitri Tidak Dibenarkan Daripada KP Kesihatan Adalah Palsu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Kenyataan tersebut bukan dari beliau dan ia adalah palsu. Mohon orang ramai tidak menyebarkan berita tersebut bagi mengelak kekeliruan. SUMBER: Facebook Rasmi KKM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Secara Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Di Sekolah Rendah Fasa 1 Tahun 2020 - Pengumuman KPM

Lapor Diri CoF PPP

Dimaklumkan bahawa tarikh kuat kuasa lapor diri Urusan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Secara Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Di Sekolah Rendah Fasa 1 Tahun 2020 adalah pada 10 Jun 2020.

Calon diminta untuk membawa beberapa dokumen berkaitan semasa lapor diri. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut :

1.

Surat Tawaran Pelantikan Kontrak

2.

Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan

3.

Borang Pemeriksaan Perubatan (Pin. 1/2013) (Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja) *Hanya Sah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pemeriksaan dilakukan

4.

Akuan Berkanun

5.

Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran C) (Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja)

6.

Borang Pengesahan Melapor Diri Bertugas

7.

Surat Aku Janji (salinan diakui sah) (Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja)

8.

Borang Perjanjian Pegawai Kontrak (4 salinan)

9.

Setem Hasil (2 keping x RM10)

10.

Jadual (4 salinan)

11.

Syarat-syarat Pelantikan (4 salinan)

12.

Salinan Kad Pengenalan

13.

Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

14.

Salinan Sijil/ Diploma / Ijazah

15.

Salinan Cetakan Akreditasi MQA

Calon perlu membuat permohonan di balai polis berhampiran atau melalui aplikasi Gerak Malaysia sekiranya perlu merentas negeri.

Harap maklum.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Latihan Bahasa Melayu: Bandingan Semacam - cikguayu.my

latihan bandingan semacamBandingan semacam ialah bahasa kiasan yang digunakan untuk menunjukkan perbandingan perilaku, perangai, atau sifat seseorang sejajar dengan benda yang dibandingkan. Antara perkataan yang digunakan untuk membuat perbandingan ialah: bagai seperti bak macam laksana umpama Kandungan Pembelajaran Bandingan Semacam Pembelajaran tentang Bandingan Semacam ini terkandung dalam sukatan awni bahasa; Bahasa Melayu Tahun 3. Boleh rujuk dalam […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Cikgu Ayu Dot My

Dakwaan Terdapat Kes Baharu COVID-19 Di Kuala Pilah Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Video berdurasi enam saat yang kini tular di laman sosial Facebook (FB) dan aplikasi Whatsapp berhubung dakwaan kes terbaru positif Covid-19 di Kuala Pilah adalah tidak benar. Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, pihaknya menafikan dakwaan itu susulan sehingga kini tiada kes terbaharu jangkitan positif Covid-19 di Kuala Pilah. […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 20 May 2020

Polis Terengganu Nafi Keluar Larangan Rentas Daerah - Sebenarnya

SEBENARNYA: Polis Terengganu menafikan ada mengeluarkan arahan baharu yang melarang pergerakan rentas daerah bermula pada 22 hingga 27 Mei ini seperti yang tular di media sosial sejak pagi tadi. Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, orang ramai digesa tidak mudah percaya dengan apa yang dibaca di dalam talian dan menyemak dahulu kesahihan maklumat itu […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Secara Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Di Sekolah Rendah (SK Dan SJKC) Fasa 1 Tahun 2020 - Pengumuman KPM

Lapor Diri CoF PPP

Dimaklumkan bahawa tarikh kuat kuasa lapor diri Urusan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Secara Lantikan Kontrak (Contract Of Service) Di Sekolah Rendah (SK Dan SJKC) Fasa 1 Tahun 2020 adalah pada 10 Jun 2020.

Calon diminta untuk membawa beberapa dokumen berkaitan semasa lapor diri. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut :

1.

Surat Tawaran Pelantikan Kontrak

2.

Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan

3.

Borang Pemeriksaan Perubatan (Pin. 1/2013) (Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja) *Hanya Sah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pemeriksaan dilakukan

4.

Akuan Berkanun

5.

Borang Akta Rahsia Rasmi 1972 (Lampiran C) (Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja)

6.

Borang Pengesahan Melapor Diri Bertugas

7.

Surat Aku Janji (salinan diakui sah) (Bagi Pelantikan Kontrak-Kali pertama sahaja)

8.

Borang Perjanjian Pegawai Kontrak (4 salinan)

9.

Setem Hasil (2 keping x RM10)

10.

Jadual (4 salinan)

11.

Syarat-syarat Pelantikan (4 salinan)

12.

Salinan Kad Pengenalan

13.

Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

14.

Salinan Sijil/ Diploma / Ijazah

15.

Salinan Cetakan Akreditasi MQA

Calon perlu membuat permohonan di balai polis berhampiran atau melalui aplikasi Gerak Malaysia sekiranya perlu merentas negeri.

Harap maklum.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengumuman Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 - Pengumuman KPM

Lapor Diri PPP

Dimaklumkan bahawa tarikh kuat kuasa lapor diri penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah pada 10 Jun 2020.

Calon diminta untuk membawa beberapa dokumen berkaitan semasa lapor diri. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut :

1.

Surat Setuju Terima Tawaran Pelantikan (ASAL)

2.

Borang Permohonan Pemeriksaan Perubatan Untuk Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam (Pin. 1/2013) oleh Pengamal Perubatan Berdaftar Kerajaan atau Swasta (ASAL) *Hanya Sah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pemeriksaan dilakukan

3.

Akuan Berkanun (ASAL)

4.

Surat Aku Janji (SALINAN DIAKUI SAH)

5.

Penyata Kewangan 8 (Kew.8) yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri/ Ketua Jabatan yang mencatatkan tarikh melapor diri bertugas sebagai PPP Gred DG41/ DG29 (ASAL ATAU SALINAN DIAKUI SAH)

6.

Surat Arahan Penempatan daripada KPM/ JPN/ PPD (SALINAN DIAKUI SAH)

7.

Ijazah dan Diploma Pendidikan berserta transkrip (SALINAN DIAKUI SAH)

8.

Ijazah Sarjana (Master) dan transkrip bagi tujuan penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi. Calon diminta untuk mendapatkan status pengiktirafan Sarjana daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Calon perlu membuat permohonan di balai polis berhampiran atau melalui aplikasi Gerak Malaysia sekiranya perlu merentas negeri.

Harap maklum.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday 18 May 2020

Waspada Individu Yang Menyamar Sebagai Setiausaha Politik Di KKR Bagi Tujuan Penipuan - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Kementerian Kerja Raya (KKR): Pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia telah menerimaaduan daripada orang ramai mengenai penipuan seorang lelaki yang mendakwa diri beliau adalah Setiausaha Politik, JUSA C di Kementerian Kerja Raya. Bermodalkan surat pelantikan palsu daripada Suruhanjaya PerkhidmatanAwam (SPA), dan juga surat palsu Kerajaan Negeri Sarawak daripada Menteri Kanan Kerja Raya, […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Produk Brown Sugar Bubble Tea Ball Tidak Memiliki Pengesahan Halal Dari JAKIM/JAIN Dan Mengandungi Sumber Bahan Ramuan Yang Tidak Halal - Sebenarnya

Menurut Bahagian Hab Halal JAKIM: Berdasarkan semakan pihak kami, produk tersebut tidak memiliki pengesahan halal dari JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Lebih jelas lagi, produk bubble tea keluaran negara Taiwan yang diimport oleh syarikat Meng Chong Foodstuffs Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura tersebut mengandungi sumber bahan ramuan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Papan Iklan Menteri Besar Perlis Yang Tidak Menyarankan Warga Perlis Pulang Dari Perantauan Adalah Iklan Yang Diubahsuai - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Menteri Besar Perlis, YAB Dato’ Seri Azlan, paparan papan iklan tersebut adalah palsu dan diubahsuai daripada paparan iklan yang sebenar. Paparan iklan yang sebenar adalah seperti berikut: SUMBER: Facebook Rasmi Menteri Besar Perlis Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Sunday 17 May 2020

Gambar Kartun WhatsApp Group Kelas - cikguayu.my

gambar group whatsapp kelasSebelum ini saya ada buatkan Gambar Kartun WhatsApp Group Kelas untuk guru-guru kelas secara percuma. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Hampir 500 kelas dikongsikan. Boleh lihat di album Facebook Cikgu Ayu dot My (Guru Kelas). Dah tamat siri 1, sekarang bersambung ke siri 2. Sementara ada bebaki masa, saya buatkan Gambar Kartun WhatsApp Group Kelas. Atas permintaan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Cikgu Ayu Dot My

Pengumuman Dan Kaedah Semakan Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Semester II dan IV, Sesi 2019/2020 - Pengumuman KPM

1. Calon PSPM, Semester II & IV, Sesi 2019/2020 boleh menyemak keputusan peperiksaan mulai 20 Mei 2020 (Rabu) jam 10.01 pagi melalui kaedah berikut:

     a) LAMAN WEB
          Layari https://matrikulasi.moe.gov.my/
          Masukkan No. Matrik + 6 Digit terakhir No. KP
           (calon boleh muat turun slip keputusan peperiksaan)
     b) SMS
          MOE<jarak>MAK<jarak>NoKP& SMS ke 15888
 
     c) TELEFON
          i. Kolej masing-masing.
         ii. Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-8884 4083.

2. Syarat kelayakan meneruskan pengajian perlu merujuk Panduan Program Matrikulasi Sesi 2019/2020.

Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Gambar Kartun Muslimah Comel Percuma - cikguayu.my

gambar kartu melayu malaysiaAda beberapa tulisan saya yang gunakan kartun comel budak sekolah sebagai thumbnail photo. Contohnya pada posting di pautan [Link 1 . Link 2 . Link 3]. Ya, saya agak cerewet dalam pemilihan grafik. Tapi lukisan Farish Kun benar-benar menawan hati. Kali ini saya nak kongsikan gambar kartun doodle yang comel-comel ni. Kartun ini boleh dimanfaatkan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Cikgu Ayu Dot My

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan