Tuesday 15 May 2018

JADUAL PERKHIDMATAN PUSAT DOKUMENTASI SEPANJANG BULAN RAMADAN

Sukcita dimaklumkan bahawa sepanjang bulan Ramadan ini Pusat Dokumentasi BPPDP Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibuka mulai pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang

 

Harap Maklum.

Url : http://www.moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4140-jadual-perkhidmatan-pusat-dokumentasi-sepanjang-bulan-ramadan Penulis : azrali@moe.gov.my (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan) Chat t.me/kelabguruchat
Ingin tular? mykelabguru.viral@blogger.com

Thursday 10 May 2018

KSN umum 10,11 Mei cuti umum






PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan Khamis dan Jumaat (10 dan 11 Mei) ialah hari kelepasan am tambahan seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata bagi negeri-negeri yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, maka hari Ahad (13 Mei) ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan.
"Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pengumuman ini dibuat berdasarkan manifesto dan kedudukan terkini keputusan PRU14 yang memihak kepada Pakatan Harapan. 

Sumber : BHonline, Twitter KSN, Malaysiakini

sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Monday 7 May 2018

Prapendaftaran secara dalam talian calon jaya Program Matrikulasi KPM sesi 2018/2019

Prapendaftaran secara dalam talian calon jaya Program Matrikulasi KPM sesi 2018/2019 boleh dibuat bermula 14 Mei 2018 jam 12.01 tengah hari hingga 18 Mei 2018 jam 11.59 malam.  Sila layari laman sesawang mengikut kolej matrikulasi yang telah ditawarkan seperti di bawah:

Kolej
Laman sesawang
Kolej Matrikulasi Melaka
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kolej Matrikulasi Perlis
Kolej Matrikulasi Labuan
Kolej Matrikulasi Johor
Kolej Matrikulasi Perak
Kolej Matrikulasi Kedah
Kolej Matrikulasi Pahang
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
Kolej Matrikulasi Selangor
Kolej Matrikulasi Kelantan
Kolej Matrikulasi Sarawak




Url : http://www.moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4132-prapendaftaran-secara-dalam-talian-calon-jaya-program-matrikulasi-kpm-sesi-2018-2019

 Penulis : bm1@yahoo.com (Bahagian Matrikulasi)
 Chat t.me/kelabguruchat
Ingin tular? mykelabguru.viral@blogger.com

Thursday 3 May 2018

Raikan Kemeriahan Jelajah Pendidikan KPM Di Eastern Plaza, Tawau Pada 5 & 6 Mei 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan Jelajah Pendidikan KPM pada 5-6 Mei 2018 di Eastern Plaza, Tawau, Sabah dari 9.00 pagi - 9.00 malam. 
Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Mary Yap, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia pada 5 Mei 2018, jam 10.00 pagi.
Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung seperti pameran, showcase murid, kuiz, demonstrasi serta banyak lagi.
Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.

Video Promosi Jelajah Pendidikan KPM Tawau, Sabah
Info Tawau 5 6 Mei
Url : http://www.moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4126-jelajahtawau Penulis : ukk@yahoo (Unit Komunikasi Korporat) Chat t.me/kelabguruchat
Ingin tular? mykelabguru.viral@blogger.com

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan