Tuesday 31 December 2019

Umur 32 Tahun Dah Jadi Guru Besar, Jom Tengok Camna Laluan Cikgu Firdauz Abdullah - CikguHailmi

Baru-baru saya melihat status perkongsian seorang Guru Besar muda yang juga rakan saya, iaitu Cikgu Firdauz Abdullah di Facebook. Perkongsian beliau sangat lah menarik perhatian saya. Bukan sebab beliau merupakan seorang Guru Besar, tapi sebab beliau diberi kepercayaan menjadi Guru Besar pada usia yang sangat muda, iaitu 32 tahun. Wow! Muda kan? Jom kita tengok apa rahsia beliau dalam mendaki perkhidmatan seawal usia berkenaan. Mana lah tahu, ada rakan guru yang berminat nak ikut beliau kan?




Umur 32 Tahun Dah Jadi Guru Besar, Jom Tengok Camna Laluan GB Muda Nih
Umur 32 Tahun Dah Jadi Guru Besar, Jom Tengok Camna Laluan GB Muda Nih

Berikut adalah perkongsian Guru Besar Firdauz Abdullah di Facebook beliau. Post ini juga mendapat keizinan daripada beliau dengan harapan menjadi panduan dan inspirasi kepada guru-guru lain. Semoga bermanfaat ya!


" Esok, tahun 2020 bakal bermulanya episod baru dalam sejarah perkhidmatan aku yang kini masuk tahun ke-15.

Oleh yang demikian, aku saja nak kongsikanlah serba sedikit laluan kerjaya yang pada aku bolehlah dijadikan rujukan jika perlu. Mana tahu kot-kot boleh jadi inspirasi hehehe



Bermula pada tahun 2001, sebaik sahaja keputusan SPM keluar dan berbekalkan semangat untuk berdikari sendiri, maka buat pertama kalinya aku menebalkan muka ditemani kakak kedua aku untuk pergi ke Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan. Diiringi harapan adalah jawatan kosong sebagai Guru Ganti untuk diisi.

Pada masa tu, sekolah boleh mencari penganti guru yang cuti bersalin terlebih dahulu dan kemudian dimaklumkan kepada PPD untuk lantikan. Mudah kan?


Cikgu Firdauz Abdullah, Guru Besar SK Pekan Nenas Pontian Johor




Maka nak dijadikan cerita, adalah rezeki buat aku. Mengantikan seorang cikgu Bahasa Inggeris yang sedang cuti bersalin selama dua bulan, dan bermulalah perjalanan aku dalam dunia pendidikan.

Tamat sahaja kontrak selama dua bulan disana, aku sekali lagi diberi peluang untuk mengajar. Kali ini, sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Bahasa Inggeris di SMK Seri Pekan. Waktu yang sama, diberi tanggungjawab sebagai guru kelas tingkatan satu.

Haaaaa dan disitulah aku kenal dengan antara pengetua yang paling 'cool' iaitu Cikgu Hamid, mantan Timbalan Pengarah JPN Pahang, yang mana pada masa itu Cikgu Dzulkifri (Mantan Timbalan Pengarah JPN Pahang kini) adalah GPK Pentadbiran beliau. Hehehe awal-awal lagi aku dah belajar dari orang-orang hebat kan?

Beradalah aku disana sehingga akhir tahun 2001.


Pertemuan Cikgu Hailmi dengan GB Firdauz Abdullah di Johor pada bulan Mei 2019
Pertemuan Cikgu Hailmi dengan GB Firdauz Abdullah di Johor pada bulan Mei 2019



Seterusnya, pada tahun 2002, setelah berjaya menduduki peperiksaan UKELP di SMK Abdul Rahman Talib dan lulus temuduga di JPN Pahang, bermulalah pula episod aku sebagai pelatih pra perkhidmatan di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban dalam bidang Pengajian Bahasa Inggeris yang mana ia adalah dibawah Kursus Diploma Perguruan Malaysia.

Sepanjang tiga tahun disana (2002-2004), pelbagai bidang dan cabang ilmu aku sempat belajar. Antaranya, teknik 'green screen', dari mantan Pegawai Perpustakaan. Ilmu penerbitan dari pensyarah-pensyarah Unit Teknologi Pendidikan, diperkenalkan dan dibekalkan dengan Apple iBook G4 oleh pensyarah-pensyarah Unit Teknologi Maklumat dan ilmu mengurus majlis dan menyediakan kertas kerja dari pensyarah-pensyarah Jabatan PJK.




Tahun 2003 pula, aku dan sidang redaksi berhempas pulas menyiapkan majalah maktab, SINARAMA yang buat pertama kalinya diterbitkan semula setelah 12 tahun terkubur, dan berkat doa dan sokongan dari banyak pihak, alhamdulillah kami berjaya!

Berkat kejayaan tersebut membawa aku kepada pelantikan sebagai Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar pertama dimaktab itu yang datang dari opsyen Pengajian Bahasa Inggeris, dan ini bermakna sekali lagi sejarah tercipta! Hehehehe ramai juga yang tak puas hati


Kena selalu turun padang bersama-sama bekerja dengan guru dan staf
Kena selalu turun padang bersama-sama bekerja dengan guru dan staf

Tahun 2005 pula, setelah tamat pengajian, aku ditempatkan di SK Nong Chik, Johor Bahru. Dibawah pentadbiran tiga Guru Besar, pelbagai ilmu mengurus sumber manusia, pentadbiran dan kewangan yang telah aku tuntut dari mereka.

Dalam tahun 2009, keinginan nak sambung belajar ke peringkat ijazah meluap-luap! Walaupun pada masa tu saingan adalah tersangat sengit! Tapi, sekali lagi aku tebalkan muka dan merayu ke Unit Latihan, JPN dan juga kepada pengurus program latihan di IPGM. Rezeki Allah nak bagi, rayuan aku diluluskan! Alhamdulillah, pengajian ijazah dalam bidang Pengajian Bahasa Inggeris berjaya aku tamatkan pada pertengahan tahun 2013.



Sehinggalah pada suatu hari pada tahun 2013, tak lama setelah naik gred ke DG32. Aku diminta oleh Guru Besar untuk mengisi borang GPK. Mula-mula, berat juga nak isi. Tapi setelah diyakinkan bahawa inilah masanya untuk aku berhijrah, maka terhantarlah juga borang permohonan tu ke PPD.


Jadi Guru Besar pun kena rajin buat kerja-kerja rencam macam nih
Jadi Guru Besar pun kena rajin buat kerja-kerja rencam macam nih

16.11.2013 tak lama selepas melalui proses temuduga, aku pun menerima surat lantikan dan diminta melapor diri sebagai PK Kokurikulum di SK Taman Perling 3. Tapi jodoh kami tak lama, sebaik pulang dari Korea (Program Pertukaran Belia Malaysia - Korea) aku sekali lagi diarah berpindah pada 16.12.2013 dan melapor diri ke SK Sungai Danga dengan memegang portfolio yang sama.

Tak sempat berkenalan dengan warga sekolah, aku sekali lagi mendapat surat arahan bagi menghadiri NPQEL Ambilan 1/2014 dan diarah melapor diri di IAB Genting pada 8.12.2013! Nak menolak, tapi tak boleh disebabkan ia adalah arahah pihak atasan.. Maka akurlah aku.




Di SK Sungai Danga juga jodoh aku tak panjang, sebaik terima surat lantikan ke DG42, aku dipanggil pula untuk temuduga sebagai PGB pada penghujung tahun 2015. Seperti yang dijangka, aku dilantik buat pertama kalinya sebagai Guru Besar di SK Jaya Mulia, Pontian pada tanggal 16.12.2015 pada usia 32 tahun


Cikgu Firdauz Abdullah, Guru Besar SK Pekan Nenas Pontian Johor
Cikgu Firdauz Abdullah, Guru Besar SK Pekan Nenas Pontian Johor


Kira mudalah juga, tapi usia tidak menjadikan alasan untuk aku buat kerja sambil lewa. Amanah dan tanggungjawab perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

Oleh kerana itu jugalah, aku dipindahkan sekali lagi. Cukup setahun di SK Jaya Mulia, aku mendapat arahan pertukaran untuk berkhidmat di SK Pekan Nenas, Pontian pada 16.12.2016, tiga tahun yang lalu.

Berbaki 23 tahun dalam perkhidmatan, kan aku cuba sehabis baik untuk memacu pendidikan negara kearah kecemerlangan dan kegemilangan. Demi anak-anak kau, demi anak-anak aku, dan demi tanah kita berpijak ini.

br />
InsyAllah. Doakan yang terbaik buat kami warga pendidik."



OK.. Demikian lah perkongsian beliau di Facebook. Semoga kisah ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada guru-guru lain yang mahu mengikut laluan pentadbiran seperti Guru Besar Firdauz Abdullah. Saya ucapkan semoga beliau terus cemerlang dan berjaya.

Untuk yang tak berminat menjadi Guru Besar ke Pengetua ke, anda jangan risau. Kita ada lagi 20 laluan kerjaya dalam bidang perguruan. Kalau berminat nak follow laluan Guru Cemerlang macam saya, boleh pergi baca artikel Bagaimana Saya Dapat DG48 Dalam 11 Tahun dan baca Panduan Memohon Guru Cemerlang.

Apa pun pilihan laluan kita, semoga semuanya dapat sama-sama menaikkan sistem pendidikan negara kita. Yang terbaik!
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Monday 30 December 2019

KM P. Pinang Menghadkan Aktiviti Solat Di Semua Masjid Di P. Pinang? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial satu infografik memaparkan gambar Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang, YAB. Tuan Chow Kon Yeow memakai songkok serta kenyataan berikut: “majoriti penduduk Pulau Pinang terdiri dari bukan Islam dan kebisingan masjid di waktu pagi mengganggu orang bukan Islam sedang nyenyak tidur dan juga mengganggu ketenteraman awam. Oleh itu kerajaan DAP mengehadkan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday 27 December 2019

Kenyataan Media: Program Sarapan Pagi - KPM

KENYATAAN MEDIA PROGRAM SARAPAN PAGI1KENYATAAN MEDIA PROGRAM SARAPAN PAGI1KENYATAAN MEDIA PROGRAM SARAPAN PAGI1

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Perarakan Bendera Komunis Di Jalan Raja Uda, Butterworth? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial satu klip video yang mendakwa kononnya terdapat perarakan yang membawa bendera Parti Komunis Malaya (PKM) di Jalan Raja Uda, Butterworth, Pulau Pinang. SEBENARNYA: Polis menafikan rakaman tular di laman sosial yang didakwa perarakan membawa bendera Parti Komunis Malaya (PKM), sebaliknya ia adalah perarakan sempena Pesta Chingay yang diadakan di Butterworth. […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Penutupan Sementara Sistem Semakan Penyata Dan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran (FPX) Bahagian Biasiswa Dan Pembiayaan Kementerian Pendidikan Malaysia - Pengumuman KPM

20191227 PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA SEMAKAN PENYATA DAN BAYARAN BALIK PINJAMAN KPM FPX page 001



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Thursday 26 December 2019

Pengukuhan Pelaksanaan Pemberian Elaun Dalam Perkhidmatan Awam (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019) - Pengumuman KPM

Klik di sini untuk muat turun.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Di KPM Bagi Januari Hingga Jun Tahun 2020 - Pengumuman KPM

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:

Bil.

Tarikh

Tempoh

Keterangan

1.

6 Januari 2020 (Isnin)

hingga

 

4 Februari 2020 (Selasa)

30 hari

·      Tempoh PERMOHONAN DIBUKA kepada CALON

·      Tarikh tutup pada 4 Februari 2020 (sebelum jam 11.59 malam)

Nota : Sebarang usaha untuk membuat permohonan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan

2.

5 Februari 2020 (Rabu)

hingga

 

20 Februari 2020 (Khamis)

16 hari

·      Tempoh perakuan Ketua Jabatan (Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Bahagian/IAB/IPG Kampus/Kolej Matrikulasi) kepada JPN/Bahagian

·      Tarikh tutup pada 20 Februari 2020 (sebelum jam 11.59 malam)

Nota : Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan

3.

21 Februari 2020 (Jumaat)

hingga

 

9 Mac 2020 (Isnin)

18 hari

·      Tempoh perakuan JPN/Pengarah Bahagian/IAB/IPGM (Penyemak / Pengesah) kepada BPSM, KPM

·      Tarikh tutup pada 9 Mac 2020 (sebelum jam 11.59 malam)

Nota : Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan

Urusan ini terbuka kepada:

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi Urusan JANUARI HINGGA JUN 2020;
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 / DG42 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan JANUARI HINGGA JUN 2020;
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan JANUARI HINGGA JUN 2020 (HANYA PPP yang belum menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA; dan
  • Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bagi Urusan JANUARI HINGGA JUN 2020.

3.         Mulai tahun 2019, Urusan TBBK adalah melalui PERAKUAN OLEH PEMOHON SENDIRI. Calon HANYA PERLU MENYEMAK SEMUA MAKLUMAT YANG TELAH DIKEMASKINI OLEH KETUA JABATAN MASING - MASING MENGGUNAKAN LOG MASUK SENDIRI mengenai permohonan TBBK tersebut melalui sistem ePangkat. Sebarang percanggahan maklumat perkhidmatan hendaklah dimaklumkan segera kepada Ketua Jabatan. Sila rujuk CARTA ALIR PROSES KERJA URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP DAN AKP SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) MENGGUNAKAN SISTEM EPANGKAT seperti di LAMPIRAN A.

4.         Iklan urusan ini akan mula DIBUKA BERMULA 06 JANUARI 2020 secara atas talian di iklan ePangkat (Garis Panduan tersebut juga akan dimuat naik dalam sistem ePangkat untuk memudahkan rujukan).

5.         Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, semua  permohonan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti Jadual di Para 3 KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:

  • Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);
  • Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan/atau Cuti Tanpa Gaji (CTG) – sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CTG/CSG oleh Ketua Jabatan (catatan : CSG dan/atau CTG boleh menjejaskan kekananan kecuali Cuti Belajar);
  • Pegawai yang berada di jawatan kader / dalam tempoh peminjaman ke Jabatan / Kementerian lain;
  • Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh Ketua Jabatan;
  • Pegawai yang PERNAH DIPERAKU TETAPI GAGAL dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan;
  • Pegawai yang didapati Tidak Hadir Bertugas (THB) bagi sesuatu tempoh Tanpa Cuti atau Tanpa Sebab Munasabah Atau Tanpa Kelulusan / Kebenaran Ketua Jabatan serta tindakan potongan emolumen telah diambil BOLEH DIPERAKU dengan mengemukakan dokumen – dokumen yang lengkap berdasarkan kepada keputusan LKPPP Bilangan 5 Tahun 2017 (sila rujuk Para 11 dalam surat siaran bagi maklumat lanjut); dan
  • Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan.

6.         Ketua Jabatan hendaklah memastikan hanya calon yang BELUM PERNAH DINAIKKAN PANGKAT dalam mana – mana urusan kenaikan pangkat ATAS GRED YANG SAMA SAHAJA diperakukan dalam urusan TBBK. Pegawai yang sedang memangku juga boleh diperakukan dalam urusan ini (perlu dinyatakan dalam ruang ULASAN KETUA JABATAN). Ketua Jabatan juga perlu memastikan maklumat yang dikemukakan adalah LENGKAP DAN TERATUR SAMA SEPERTI DALAM BPK. Bagi urusan kenaikan pangkat EX-PPPLD dari Gred DG42 ke Gred DG44, Ketua Jabatan dipohon untuk mengemaskini tarikh pemangkuan dan kenaikan pangkat DG42 di dalam sistem ePangkat. Tindakan memperakukan calon yang telah pun dinaikkan pangkat bagi urusan ini akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan berkenaan. Ketua Jabatan dimohon memastikan SEMUA PEGAWAI YANG LAYAK DIPERTIMBANGKAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TBBK bagi mengelakkan sebarang keciciran berulang.

MUAT TURUN



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday 24 December 2019

Kenyataan Media: Isu Berkaitan Surat Kebenaran Rakan Siswa YADIM Menjalankan Aktiviti Dakwah Di Sekolah - KPM

KM Rakan Siswa YADIM 24 Dis 2019

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 Bagi Sekolah Rendah Bil. 1/2020 - Pengumuman KPM

Sukacita dimaklumkan bahawa Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 Bagi Sekolah Rendah Bil. 1/2020 boleh dicapai melalui Portal Rasmi KPM mulai 23/12/2019.

URL : egraduan.moe.gov.my
Tarikh mula : 23/12/2019
Tarikh Akhir : 14/02/2020
Tarikh Penempatan : 15/01/2020

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Fail Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) - CikguHailmi

Pengurusan Fail Pusat Sumber Sekolah yang teliti akan menjadikan lain-lain pengurusan akan lebih teratur. Puan Suriyati Binti Abd. Majid, Pegawai Teknologi Pendidikan, UPSP, BTPN Negeri Sembilan telah memberikan panduan pengurusan fail sebagai rujukan semua Guru Perpustakaan dan Media (GPM). Insturumen Anugerah Pusat Sumber Kebangsaan (APSSK) Panduan yang diberikan adalah pecahan fail adalah mengikut Instrumen APSSK 2019. Guru-guru boleh mengatur fail-fail pengurusan pusat sumber sekolah mengikut keperluan sekolah masing-masing. Pembahagian Fail PSS Fail Pengurusan PSS boleh terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu: Fail Pengurusan PSS Fail Aktiviti PSS Buku Stok Kandungan Fail Pengurusan PSS Struktur Organisasi PSS Organisasi PSS (Induk, Kerja Dan Pengawas Pss, […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Cikgu Ayu Dot My

Monday 23 December 2019

Diftong, Vokal Berganding, Diagraf dan Konsonan Bergabung - CikguHailmi

Nota Diftong, Vokal Berganding, Diagraf dan Konsonan Bergabung ini tidaklah saya beratkan untuk anak-anak seawal 7 tahun untuk faham dan hafal. Pada saya, murid darjah satu, jika sudah mampu lancar membaca, itu sudah bagus. Penerapan Diftong, Vokal Berganding, Diagraf dan Konsonan Bergabung Bagi murid yang terkehadapan, bolehlah diterangkan tentang Diftong, Vokal Berganding, Diagraf dan Konsonan Bergabung. Dah sememangnya ada dalam buku teks seawal murid tahun satu kan? Maksud dan Contoh Diftong Diftong bermaksud dua huruf vokal yang disebut dalam satu perkataan. Jenis Diftong ada tiga, iaitu ai, au, oi. Contoh penggunaan diftong dalam perkataan ialah tapai, pisau, kaloi. Maksud dan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Cikgu Ayu Dot My

Saturday 21 December 2019

Surat Gantian Buku Teks SPBT - CikguHailmi

Penerimaan buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) telah bermula pada tahun 1975. Skim ini melibatkan semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bagi memastikan sistem pendidikan negara yang lebih berpandu. Kepentingan Buku Teks SPBT Bebanan kewangan tidak akan menjejaskan pendidikan anak-anak dengan adanya buku teks SPBT. Semua murid yang tidak berkemampuan dari segi kewangan tiada alasan untuk mendapatkan buku teks. Hal ini dapat mengelakkan keciciran. Tanggungjawab Guru dan Murid Setiap guru, khususnya guru pengurus SPBT dan guru kelas perlu memastikan semua murid telah mendapat buku teks yang sewajarnya untuk pembelajaran mereka. Murid dengan bimbingan ibu bapa pula perlu […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Cikgu Ayu Dot My

Friday 20 December 2019

Hebahan Penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 13, 2018 Dan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 14, 2019 - Pengumuman KPM

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah berkaitan.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Profesionalisme Guru (BPG) telah menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru. Jurnal ini memuatkan hasil penulisan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dalam penyelidikan yang telah disaring dan dipilih mengikut kriteria yang ditetapkan khusus untuk sumber rujukan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, pembangunan profesionalisme serta latihan keguruan.

3.      Bersama-sama ini disertakan pautan softcopy penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru adalah seperti berikut:

  1. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 13, 2018: https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/jurnal/3078-jurnal-penyelidikan-pendidikan-guru-jilid-13-2018/file
  1. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru Jilid 14, 2019: https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/jurnal/3079-jurnal-penyelidikan-pendidikan-guru-jilid-14-2019/file

Perhatian dan kerjasama daripada YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

BAHAGIAN PROFESIONALISME GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Agenda Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah (PSS) Kali Pertama - CikguHailmi

Cabaran Guru Perpustakaan dan Media (GPM) atau lebih dikenali sebagai Guru Pusat Sumber Sekolah (PSS) ini bukan sedikit. Guru PSS mempunyai tugas besar dalam memastikan PSS sekolah masing-masing sebagai nadi ilmu di sekolah. PSS perlu menjadi tempat pembelajaran yang kondusif dan bersesuaian dengan fungsinya. Bergerak keseorangan mungkin akan cepat tumbang, mungkin juga dihurung tekanan. Maka, kerja sepasukan perlulah diatur dengan sebaiknya. Cadangan Agenda Mesyuarat PSS Kali Pertama Mesyuarat kali pertama ini penting dalam membentangkan hala tuju dan tindakan yang perlu diambil oleh GPM dan juga jawatankuasa yang dilantik. Persediaan perlu diperkemas seawal penyediaan bahan mesyuarat lagi. Pelantikan AJK Induk dan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Cikgu Ayu Dot My

Thursday 19 December 2019

Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Diperaku Lantikan Tetap Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Seperti Berikut: Diploma Pendidikan Lepas Ijazah Program Pelajar Cemerlang (DPLI PPC) - Pengumuman KPM

Sukacita dimaklumkan bahawa CALON-CALON YANG TELAH DITEMU DUGA OLEH SPP dan LULUS TEMU DUGA IAITU DALAM KALANGAN CALON DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (DPLI PPC) boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat berikut egraduan.moe.gov.my bermula 20 DISEMBER 2019 sehingga 3 JANUARI 2020. Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon DPLI PPC sahaja. Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi e-Graduan.SETIAP CALON DIWAJIBKAN UNTUK MEMUATNAIK SIJIL PENGAJIAN BAGI TUJUAN VERIFIKASI. 


URL : egraduan.moe.gov.my

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

KLBACA 2020 - Pengumuman KPM

Brochure KLBACA 01Brochure KLBACA 01

Muat Turun Brosur

Brochure KLBACA 01

www.kualalumpurwbc.com

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Wednesday 18 December 2019

Gangguan Teknikal: Semakan Tawaran SBP Tahun 2020 - Pengumuman KPM

IMG 20191218 WA0019



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Iklan Pengambilan Murid Al-syahadah Al-ulya Ulul Albab Ambilan Tahun 2020 (Kemas Kini 18 Dis 2019) - Pengumuman KPM

iklan suua s

https://ytklik.terengganu.gov.my/

IKLAN PENGAMBILAN MURID AL-SYAHADAH AL-ULYA ULUL ALBAB 
AMBILAN TAHUN 2020
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa murid lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2019 yang menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) untuk memohon program yang ditawarkan bagi ambilan Januari 2020.
 
Untuk maklumat lanjut, sila muat turun dokumen berkaitan:

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday 17 December 2019

JPPM Luluskan Pendaftaran Persatuan Melayu Murtad? - Sebenarnya

PALSU: Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah mengiktiraf Persatuan Melayu Murtad, ‘International Forum Council’ (IFC) dan Persatuan Melayu Kristian. Versi terkini. Tular: Disember 2019 “Berita yg amat menyedihkan : Persatuan Melayu Murtad atau IFC International forum council sudah diluluskan register dan tidak keluar kat newz.Sila […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Perkhidmatan Meja Bantuan Buku Teks KPM Tahun 2020 - Pengumuman KPM

Notis Pemakluman Meja Bantuan KPM 2020 s1



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Waspada Laman Sesawang Yang Menggunakan Nama Petronas Bagi Pelaburan Mata Wang Kripto - Sebenarnya

WASPADA: Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan laman sesawang yang mendakwa kononnya syarikat Petronas dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas mempromosi pelaburan mata wang kripto secara dalam talian. Antara nama platform pelaburan tersebut adalah ‘Bitcoin Loophole’, ‘Crypto Revolt’ dan yang terbaru ‘Bitcoin Era’. Menurut Petronas: Pihak Petronas ingin mengingatkan orang ramai bahawa pelaburan tersebut adalah penipuan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Monday 16 December 2019

Penawaran Biasiswa The Education Grant Programme Oleh Kerajaan Azerbaijan - Pengumuman KPM

Sukacita dimaklumkan, Kerajaan Azerbaijan telah melancarkan The Education Grant Programme bagi negara-negara di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam  (OIC) pada 6 Disember 2017 dan bagi negara-negara di bawah Pertubuhan Negara-negera Berkecuali (NAM) pada 10 Januari 2018. Menerusi program ini, Kerajaan Azerbaijan telah menawarkan sebanyak dua (2) peluang biasiswa (seorang calon utama dan seorang calon simpanan) kepada warganegara Malaysia bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, Sarjana, PhD, Perubatan Umum dan Ijazah Sarjana Perubatan di universitI-universiti terkemuka di Azerbaijan. Permohonan biasiswa ini hendaklah dihantar kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (Cawangan Pra Perkhidmatan 1) dan tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Januari 2020. Bersama-sama ini disertakan brosur rasmi berhubung penawaran The Education Grant oleh Kerajaan Azerbaijan untuk rujukan jua.

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Notis Gangguan Capaian Perkhidmatan Sistem Serta Aplikasi Atas Talian (Online) Biasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) - Pengumuman KPM

NOTIS GANGGUAN CAPAIAN BIASISWA DIS2020 page 001



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Tahun 2020 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - Pengumuman KPM

Bil  Tajuk  
 1  Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19 Ke Gred N22 Tahun 2020 Di Kementerian Pendidikan Malaysia Muat Turun 
 2  Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N22 Ke Gred N26 Tahun 2020 Di Kementerian Pendidikan Malaysia Muat Turun
 3  Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N26 Ke Gred N28 Tahun 2020 Di Kementerian Pendidikan Malaysia Muat Turun


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Thursday 12 December 2019

Waspada SMS Meminta Hubungi Nombor Yang Didakwa Daripada Pihak BSN - Sebenarnya

WASPADA: Orang ramai diminta berwaspada sekiranya menerima SMS untuk menghubungi nombor 1-800-81-3124, yang mendakwa kononnya daripada pihak Bank Simpanan Nasional (BSN). Menurut Bank Simpanan Nasional (BSN): Anda diingatkan untuk TIDAK menghubungi nombor tersebut dan mendedahkan sebarang maklumat perbankan anda. BSN tidak pernah memohon maklumat peribadi yang sensitif daripada pelanggan melalui panggilan telefon, SMS atau emel. Jika anda mempunyai sebarang […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada Produk Tradisional Pak Li Medicated Plaster - Sebenarnya

WASPADA: Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan produk tradisional Pak Li Medicated Plaster yang telah dikesan mengandungi racun berjadual diphenhydramine. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Pendaftaran produk ini telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuaratnya yang ke-341 pada 5 Disember 2019 berikutan pengesanan racun berjadual tersebut di dalam produk berkenaan yang tidak […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Semakan Tawaran Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan 1 Tahun 2020 - Pengumuman KPM

Semakan tawaran bagi mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan 1 Tahun 2020 akan dibuka mulai 12 Disember 2019, jam 4.00 petang melalui Sistem Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS). Tarikh akhir maklum balas setuju terima tawaran ialah pada 10 Januari 2020, 11.59 malam.

 Sila layari http://tls.moe.gov.my



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Semakan Keputusan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2020 - Pengumuman KPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Semakan Keputusan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia ambilan 2020 boleh dibuat pada 12 Disember 2019 (Khamis) Jam 2.00 Petang

Sila klik pautan berikut :

https://essem.moe.gov.my/

 

Sekian terima kasih

 

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian

Kementerian Pendidikan Malaysia



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Wednesday 11 December 2019

Majlis Pelancaran Pasukan CikgooTUBE - Pengumuman KPM

Backdrop CikgooTube

          TARIKH

:

12 DISEMBER 2019 (KHAMIS)

          MASA

:

2.30 PETANG

          TEMPAT

:

AUDITORIUM

BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

PERSIARAN BUKIT KIARA

50604 KUALA LUMPUR

          PERASMI

:

YBHG. DATUK DR. AMIN BIN SENIN

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday 10 December 2019

Garis Panduan Bagi Program Penajaan Kumpulan Pelaksana Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Secara Separuh Masa Dan Sepenuh Masa - Pengumuman KPM

Garis Panduan Bagi Program Penajaan Kumpulan Pelaksana Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Secara Separuh Masa Dan Sepenuh Masa   Muat Turun 


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan