Monday 31 May 2021

Dakwaan Kematian Lelaki Cina Berumur 20-an Akibat COVID-19 Di Taman Tas Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri Pahang: Sehingga 30 Mei 2021, tiada kematian akibat COVID-19 di negeri Pahang melibatkan lelaki Cina berumur 20 tahun dan tinggal di Taman Tas, Kuantan. Terdapat keseluruhan 58 kematian dilaporkan akibat COVID-19 di negeri Pahang. Kematian termuda di negeri Pahang melibatkan lelaki India berumur 23 tahun. Manakala, kematian termuda […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Keputusan Temu Duga Program HLP dan HLPS Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), KPM Ambilan Sesi 2021 - Pengumuman KPM

HLP POSTER

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Keputusan Temu Duga Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Sesi 2021 boleh disemak melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my mulai 31 Mei 2021 (Isnin), jam 3.00 petang.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
31 Mei 2021


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Saturday 29 May 2021

Mesej Kononnya SOP Terkini Oleh MKN Berkenaan Pelaksanaan Lockdown Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), kenyataan tersebut adalah palsu. SUMBER: Saluran Telegram Rasmi MKN Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Infografik Senarai Perkhidmatan Perlu Semasa PKP Yang Tular Adalah Poster Yang Ditularkan Kembali - Sebenarnya

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN): Infografik yang sedang berlegar di media sosial adalah merupakan poster lama yang ditularkan kembali. SUMBER: Saluran Telegram Rasmi MKN Twitter Rasmi MKN Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tiada Sebarang Grafik Dikeluarkan Oleh Pihak MITI Bagi Pelaksanaan PKP Fasa Pertama, Bagi Tempoh 1 – 14 Jun 2021 - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa Industri (MITI): MITI tidak mengeluarkan apa-apa grafik untuk senarai sektor dibenarkan beroperasi bermula 1 – 14 Jun 2021. Senarai ini akan diumumkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bukan MITI. SUMBER: Facebook Rasmi MITI Twitter Rasmi MITI Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday 28 May 2021

ICESCO Award for the Second Edition of Bayan Contest for Creative Expression in Arabic for the Year 2021 - Pengumuman KPM

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

HEBAHAN MENGENAI ICESCO AWARD FOR THE SECOND EDITION OF BAYAN CONTEST FOR CREATIVE EXPRESSION IN ARABIC FOR THE YEAR 2021

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah membuat hebahan mengenai ICESCO Award for the Second Edition of Bayan Contest for Creative Expression in Arabic for the year of 2021. ICESCO memperkenalkan anugerah ini untuk mempromosikan kemahiran dan ekspresi kreativiti dalam kalangan pelajar bukan Arab yang mempelajari Bahasa Arab dalam mengembangkan bidang penulisan dan ekspresi lisan Bahasa Arab. Anugerah ini adalah kesinambungan daripada edisi pertama yang telah mendapat sambutan menggalakkan. Antara objektif utama anugerah ini adalah untuk mempromosikan kreativiti dan produktiviti serta mengetengahkan kepelbagaian dalam Bahasa Arab. Selain itu, ianya pelengkap kepada pendekatan pendidikan dan budaya yang seimbang serta dapat membina dua kemahiran produktif linguistik dalam penulisan kreatif dan ekspresi lisan.

3.  Maklumat lanjut mengenai anugerah ini termasuk syarat-syarat penganugerahan, nilai hadiah dan proses penilaian boleh dirujuk di Lampiran I dan melalui pautan https://www.icesco.org/en/2021/05/18/nominations-open-for-icesco-bayan-award-for-creative-expression-in-arabic-2021/. Borang pendaftaran boleh dimuat turun melalui pautan http://www.icesco.org/wp-content/uploads/2019/12/Nomination-Form-ICESCO-Bayan-Award.pdf Sehubungan itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan penyertaan dalam dalam bentuk video bersama dokumen yang diperlukan mengikut syarat yang ditetapkan kepada pihak ICESCO melalui alamat emel (bayanaward2@icesco.org) sebelum atau pada 30 Julai 2021 (Jumaat). 

Sekian, terima kasih. 

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia 
 


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Thursday 27 May 2021

Laporan Kejadian Gempa Bumi Di Gua Musang, Kelantan 59KM Timur Laut Ipoh, Perak Pada 26 Mei 2021 Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut siaran media Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia): MET Malaysia telah mendapat maklumat berkenaan penularan mesej mengenai kejadian gempa bumi berlaku di Gua Musang, Kelantan 59KM timur laut Ipoh, Perak bermagnitud 5.1 Skala Richter pada 09:38 malam, 26 Mei 2021. Mesej tular tersebut tersebar melalui sebuah laman sesawang yang memaparkan maklumat gempa tersebut yang […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tiada Kejadian Sebuah Keluarga Meninggal Dunia Di Dalam Rumah Di Taman Merdeka Ketika Dalam Tempoh Kuarantin - Sebenarnya

SEBENARNYA: Polis menafikan video tular sebuah keluarga meninggal dunia dalam rumah di Taman Merdeka, yang dikaitkan dengan COVID-19. Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, tiada sebarang laporan diterima membabitkan kes berkenaan yang mula ditularkan di media sosial. “Kita nafikan kejadian kematian akibat COVID-19 seperti ditularkan itu berlaku di daerah Melaka Tengah […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 26 May 2021

Notis Pemakluman Penangguhan Peperiksaan Perkhidmatan Awam (PPA) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sesi 1 Tahun 2021 - Pengumuman KPM

Peperiksaan Perkhidmatan Awam



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday 25 May 2021

SOP AM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - Pengumuman KPM

 Muat Turun  SOP AM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Dakwaan Bahawa Virus COVID-19 Varian India Telah Menular Di Johor Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Tiada kes COVID-19 membabitkan varian India dikesan di Johor setakat ini, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Aman Rabu. Beliau mengulas demikian susulan sebuah video berdurasi 32 saat yang tular sejak semalam yang menunjukkan beberapa petugas kesihatan sedang berusaha menguruskan seorang individu yang terbaring di tepi jalan, dipercayai berlaku di kawasan perindustrian Senai dekat […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Kononnya Imbas MySejahtera Selepas Jam 8 Malam Bermula 25 Mei 2021 Berkemungkinan Akan Dikompuan Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), kenyataan mesej tersebut adalah tidak benar. SUMBER: Facebook Rasmi MKN Twitter Rasmi MKN Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Permohonan Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2022 - Pengumuman KPM

Permohonan Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2022.

Iklan permohonan akan dibuka mulai 31 Mei hingga 8 Ogos 2021. Proses sokongan Ketua Jabatan akan berakhir pada 15 Ogos 2021.

Sila layari Laman NPQEL MPPS.

Muat turun dokumen yang berikut:

 BIL.    PERKARA
 1  Surat Permohonan
 2  Lampiran A: Syarat-syarat Permohonan
 3  Lampiran B: Senarai Jawatan Pentadbiran
 4  Lampiran C: Keperluan Calon NPQEL Tahun 2022 Mengikut Bidang  


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Dakwaan Pendaftaran Vaksin AstraZeneca Dibuka Bagi Golongan Yang Berumur 60 Tahun Ke Bawah Bermula 25 Mei 2021 Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), poster dan maklumat berkenaan adalah palsu. SUMBER: Twitter Rasmi JKJAV Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Monday 24 May 2021

Dakwaan 1 Nota Suara Bahawa Vaksin COVID-19 Adalah Beracun Dan Menyebabkan 40 Orang Jururawat Meninggal Dunia Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Satu audio berdurasi 2:48 yang menyatakan bahawa ada seramai 40 orang jururawat meninggal dunia dan mendakwa vaksin COVID-19 adalah racun adalah satu dakwaan yang tidak benar sama sekali. SUMBER: Facebook Rasmi KKM Berita Harian Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Bahawa Posmen Akan Bekerja Dari Rumah Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Pos Malaysia Berhad: Merujuk kepada berita palsu yang mendakwa bahawa posmen akan bekerja dari rumah. Pos Malaysia menafikan mesej palsu tersebut kerana ia mengelirukan banyak pihak. SUMBER: Laman Rasmi Pos Malaysia BerhadFacebook Rasmi Pos Malaysia Berhad Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Pemberian Vaksin Untuk Penduduk Di Sekitar Bandar Seri Putra Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat : Isu penularan di WhatsApp dan media sosial mengenai pemberian vaksin kepada penduduk di sekitar Bandar Seri Putra. Pihak PKD Hulu Langat menegaskan bahawa maklumat tersebut adalah palsu, ianya tidak dikeluarkan oleh PKD Hulu Langat dan Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra. SUMBER: Facebook Rasmi PKD Hulu […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday 21 May 2021

Infografik dan Mesej Yang Tular Berkenaan Bilangan Kes Positif COVID-19 Bertarikh 21 Mei 2021 Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), maklumat tersebut adalah tidak benar. SUMBER: Facebook Rasmi KKM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan 200 Penduduk Kampung Pauh Lima Lari Dari Kawasan PKPD Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Polis Kelantan menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa 200 penduduk Kampung Pauh Lima, Bachok lari meninggalkan kampung tersebut kerana enggan menjalani ujian saringan COVID-19. “Saya mengesahkan berita tersebut adalah palsu. Tindakan boleh diambil oleh pihak berkuasa jika terdapat perlakuan kesalahan di bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia (AKM) 1998,” kata Ketua Polis Kelantan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

UNESCO calls Students to participate in Environmental Sustainability Video Competition - Pengumuman KPM

Short Silent Video Competition on Environmental Sustainabilityduring COVID-19 Pandemic for Students

UNESCO

 

Sempena World Earth Day, Girls in ICT Day, World Environment Day and International Youth Day, UNESCO dengan kerjasama Association of Indonesian Ecoprinters (AEPI) dan UNESCO L'Oréal for Women in Science menganjurkan pertandingan video pendek senyap dengan Tema Environmental Sustainability during COVID-19 Pandemic . Pertandingan ini adalah terbuka kepada pelajar berumur 11 hingga 19 tahun di rantau Asia Tenggara. Penyertaan pelajar perempuan adalah digalakkan.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Mei 2021 (Ahad)

 

Terma pertandingan dan maklumat lanjut adalah seperti di lampiran.

 

 Terima kasih.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Thursday 20 May 2021

Hebahan Pekeliling Perbendaharaan PS6.1: Garis Panduan Pemantapan Penubuhan Pusat Tanggungjawab dan Pejabat Pemungut - Pengumuman KPM

Muat Turun Surat Pekeliling



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Wednesday 19 May 2021

Upcoming Gamification With Genially Webinar 2021 - Pengumuman KPM

gamification poster 1280x720

Date: 20th May 2021

Time: 2.30-3.30 p.m.

Facilitator: Ms. Leong Mi-Chelle (UOW KDU Penang University College)

Moderator: Dr. Nor Fadzleen binti Sa’don (ELTC)

Organiser: Language & Technology Department, ELTC

Venue: Online (via Microsoft Teams)



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday 18 May 2021

Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Diperaku Lantikan Tetap Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Seperti Berikut: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Graduan Tajaan KPM) - Pengumuman KPM

Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Diperaku Lantikan Tetap Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Seperti Berikut:
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Graduan Tajaan KPM)

Sukacita dimaklumkan bahawa graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat berikut egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan dibawah. Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah lulus temu duga dan diperaku lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi e-Graduan.

Tarikh Akhir : 20/05/2021



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

“Online Courses for Teachers and School Heads of Southeast Asia” oleh SEAMEO INNOTECH Tahun 2021 - Pengumuman KPM

“Online Courses for Teachers and School Heads of Southeast Asia” oleh SEAMEO INNOTECH Tahun 2021

Innotech Iklan Portal

Pautan Surat Hebahan: http://bit.ly/Hebahan_Innotech

Pautan permohonan “Online Courses for Teachers and School Heads of Southeast Asia” : http://bit.ly/Innotech_Malaysia

Pautan maklumat lanjut berkaitan program dan tatacara permohonan: https://bit.ly/33ywOHK

PENTING: Tarikh Tutup Permohonan pada atau sebelum 5.00 petang; 28 Mei 2021 (Jumaat)



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday 17 May 2021

Dakwaan Bahawa Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Berada Pada Tahap Kecemasan Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Mesej tular mendakwa situasi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, berada pada tahap membimbangkan berikutan peningkatan kes Covid-19, adalah tidak benar. Pengarah HRPB Dr Abdul Malek Osman berkata mesej tersebut adalah palsu, sebaliknya keadaan semasa di hospital itu masih terkawal, malah perkhidmatannya juga berjalan lancar seperti […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tiada SOP Had Masa Bagi Orang Awam Yang Berada Di Luar Rumah Atau Premis Selepas Jam 10 Malam Dikenakan Kompaun - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), mesej yang tular tersebut adalah palsu. SUMBER: Facebook Rasmi KDN Saluran Telegram Rasmi MKN Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Mesej Kononnya Kerajaan Selangor Melancarkan 500,000 Vaksin Sinovac Tambahan Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan media Pejabat Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor: Pihak jabatan menegaskan bahawa mesej tular tersebut adalah palsu dan tidak benar. Segala kenyataan atau pengumuman rasmi berkenaan vaksin COVID-19 di negeri Selangor hanya akan dikeluarkan oleh YB Dato’ Seri Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor) atau YB Dr. Siti […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Polis Marang Mengenakan Kompaun Terhadap Individu Atau Kumpulan Yang Berada Di Luar Premis Melebihi Jam 10 Malam Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Polis Marang menafikan maklumat tular bahawa mereka menguatkuasakan had masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwartakan kerajaan dengan mengenakan kompaun terhadap individu atau kumpulan yang berada di luar premis melebihi jam 10 malam. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, pihak polis tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan berhubung perkara tersebut sebagaimana […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tiada Kes Varian Afrika Selatan Dilaporkan Di Palong, Jempol Dan Tiada Penutupan Jalan Keluar Masuk Di Sekitar Palong 4, 5 dan 6 - Sebenarnya

SEBENARNYA: Laporan mengenai dakwaan kononnya berlaku jangkitan Covid-19 yang membabitkan varian Afrika Selatan di sekitar Palong, Jempol adalah tidak benar. Menurut Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan, berita yang tular di media sosial dan kumpulan WhatsApp tersebut hanyalah rekaan semata-mata. Katanya, sehingga kini, tiada lagi laporan mengenai varian Afrika Selatan di […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Bahawa Kawasan Chemor Terdapat Kes COVID-19 Varian Afrika Selatan Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Jabatan Kesihatan Negeri Perak menafikan mesej tular di media sosial yang menyenaraikan nama kampung dan taman perumahan dalam Mukim Ulu Kinta di kawasan Chemor didakwa terdapat kes jangkitan Covid-19 varian Afrika Selatan (B.1.351). Perkara itu disahkan pengarahnya, Datuk Dr Ding Lay Ming ketika ditanya mengenai kesahihan mesej tersebut pada Ahad. “Berita palsu,” katanya ringkas […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Berlaku Kesesakan Di CAC Stadium Malawati Ekoran Bilangan Kes Positif Di Negeri Selangor Meningkat - Sebenarnya

Video yang tular tersebut memaparkan kedatangan harian untuk assesment dan pelepasan. Lokasinya adalah di Stadium Malawati Shah Alam. Ini senario di CAC, mereka yang datang akan dibuat penilaian oleh petugas kesihatan samada mereka perlu dimasukkan ke hospital / MAEPS / PKRC Swasta atau Home Monitoring. Seperti mana sedia maklum, bilangan kes positif di Negeri Selangor […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

KBS Tidak Pernah Memberi Kelulusan Penyertaan Warganegara Israel - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan media Kementerian Belia dan Sukan (KBS): Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ingin memaklumkan bahawa pihak Kementerian tidak pernah dan tidak akan memberi sebarang kelulusan penyertaan warganegara Israel ke dalam sebarang kejohanan sukan termasuklah Kejohanan Badminton Malaysia Open 2021 yang telah pun ditangguhkan. Pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga sedia maklum mengenai perkara […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Bahawa PNSB Mengusir Penduduk Orang Asli Suku Mah Meri Di Bagan Lalang Tidak Tepat - Sebenarnya

Menurut kenyataan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB): Merujuk kepada laporan media oleh portal The Malaysian Insight pada 14 Mei 2021 bertajuk “Orang Asli Mah Meri diminta kosongkan tanah untuk projek pelancongan”. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) ingin menjelaskan bahawa dakwaan pengusiran Orang Asli Suku Mah Meri di Bagan Lalang, Sepang dalam tajuk utama laporan berkenaan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 12 May 2021

PMO Tidak Keluarkan Kenyataan Media Berbahasa Inggeris Berhubung Pelaksanaan PKP - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan media Pejabat Perdana Menteri (PMO): PMO menegaskan bahawa PMO hanya mengeluarkan kenyataan yang dimaksudkan dalam Bahasa Melayu. SUMBER: Facebook Rasmi YAB Perdana Menteri Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Kenyataan Media: Status Semasa Berkaitan Insiden Di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam, Selangor - KPM

Muat Turun Kenyataan Media

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Tuesday 11 May 2021

Keputusan eUKCG Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2021 - Pengumuman KPM

KEPUTUSAN eUKCG ISMP 2021 EMELMEDIA SOSIAL

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Keputusan Ujian Kelayakan Calon Guru secara dalam talian (eUKCG) bagi Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2021 boleh disemak melalui pautan http://ipgmkpm.net.UA mulai 11 Mei 2021 (Selasa), jam 10.30 pagi

Sekian, terima kasih.

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia 

11 Mei 2021 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday 10 May 2021

Tangkap Layar Video Suasana Di CAC Stadium Melawati Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Menteri Besar Selangor: Tangkap layar daripada video yang dikatakan merupakan suasana di CAC Stadium Melawati adalah tidak benar. CAC Stadium Melawati adalah sebagai pusat penilaian tahap kesihatan pesakit COVID-19 dan bukan pusat kuarantin seperti di MAEPS. Pesakit COVID-19 juga tidak dibenarkan bermalam di CAC Stadium Melawati. Gambar berikut adalah contoh gambar aktiviti di […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tiada Kes Culik Yang Berlaku Melibatkan 2 Warga Bangladesh Bersama Remaja Bawah Umur - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Klang Utara: Pada 7 Mei 2021, terdapat satu kandungan yang dimuatnaik di laman sosial berkenaan satu kes culik melibatkan 2 orang lelaki warga Bangladesh dan seorang budak bawah umur. Pihak polis mengesahkan tiada kes culik seperti yang telah diviralkan. pada 5 Mei 2021, remaja berkenaan telah keluar bersama 2 […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Saturday 8 May 2021

Waspada Laman Sesawang Mirip Laman Rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) - Sebenarnya

Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM): LHDNM menafikan kandungan WhatsApp yang sedang tular tersebut.Penerima BPR disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali. SUMBER: Laman Rasmi BPRFacebook Rasmi LHDNMTwitter Rasmi LHDNM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday 4 May 2021

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bagi Julai Hingga Disember 2021 - Pengumuman KPM

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:

 Bil.  

 Tarikh  

 Tempoh  

 Keterangan

1.

05 Mei 2021 (Rabu)

hingga

 

06 Jun 2021
(Ahad)

 

33 hari

·      Tempoh PERMOHONAN CALON dibuka

·      Tarikh tutup pada 06 Jun 2021 (SEBELUM jam 11.59 malam)

 

NOTA PERINGATAN:

i.              Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP perakuan Pengetua / Guru Besar / Ketua Bahagian (Di JPN / Bahagian / IAB / IPG Kampus / Kolej Matrikulasi) TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN; dan

 

ii.            Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuatnaik.

 

2.

07 Jun 2021
(Isnin)

hingga

 

27 Jun 2021
(Ahad)

 

21 hari

·      Tempoh PERAKUAN KETUA JABATAN (Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN /  Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi) KEPADA JPN/BAHAGIAN

·      Tarikh tutup pada 27 Jun 2021 (SEBELUM jam 11.59 malam)

NOTA PERINGATAN:

i.     Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP perakuan Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN; dan

ii.    Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus  / Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNG JAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuatnaik.

3.

28 Jun 2021
(Isnin)

hingga

 

18 Julai 2021
(Ahad)

21 hari

·      Tempoh PERAKUAN  PENYEMAK / PENGESAH di JPN / Bahagian / IAB / IPGM KEPADA BPSM, KPM

·      Tarikh tutup pada 18 Julai 2021 (sebelum jam 11.59 malam)

 

NOTA PERINGATAN:

Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan TIDAK AKAN BERJAYA

Urusan ini terbuka kepada:

  • (a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga Gred DG54 bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2021;
  • (b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 / DG42 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2021;
  • (c) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2021 (HANYA PPP YANG BELUM MENGGUNA PAKAI PENGALAMAN PPPLD SEMASA KE GRED DG44 SAHAJA); dan
  • (d) Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bagi Urusan JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2021.

3.         Mulai tahun 2019, Urusan TBBK adalah melalui PERMOHONAN OLEH PEMOHON SENDIRI. Calon HANYA PERLU MENYEMAK SEMUA MAKLUMAT YANG TELAH DIKEMASKINI OLEH KETUA JABATAN MASING - MASING MENGGUNAKAN LOG MASUK SENDIRI mengenai permohonan TBBK tersebut melalui sistem ePangkat. Sebarang percanggahan maklumat perkhidmatan hendaklah dimaklumkan segera kepada Ketua Jabatan. Sila rujuk CARTA ALIR PROSES KERJA URUSAN KENAIKAN PANGKAT PPP DAN AKP SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) MENGGUNAKAN SISTEM EPANGKAT seperti di LAMPIRAN A.

4.         Iklan urusan ini akan mula DIBUKA BERMULA 05 MEI 2021 (RABU) secara atas talian di iklan ePangkat (Garis Panduan tersebut juga akan dimuat naik dalam sistem ePangkat untuk memudahkan rujukan).

5.         Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, semua  permohonan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti Jadual di Para. 3 KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:

  1. Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);

  2. Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan / atau Cuti Tanpa Gaji (CTG)/ Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan (CTGIP) – sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CSG / CTG / CTGIP oleh Ketua Jabatan (catatan: CSG dan / atau CTG / CTGIP boleh MENJEJASKAN KEKANANAN kecuali Cuti Belajar);

  3. Pegawai yang berada di jawatan kader / dalam tempoh peminjaman ke Jabatan / Kementerian lain;

  4. Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh Ketua Jabatan;

  5. Pegawai yang pernah diperaku tetapi gagal dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan;

  6. Pegawai yang didapati Tidak Hadir Bertugas (THB) bagi sesuatu tempoh tanpa cuti atau tanpa sebab munasabah atau tanpa kelulusan / kebenaran Ketua Jabatan serta tindakan potongan emolumen telah diambil – sila kemukakan dokumen – dokumen yang lengkap berdasarkan kepada keputusan LKPPP Bilangan 5 Tahun 2017 (sila rujuk Para 13 bagi maklumat lanjut); dan

  7. Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan.

5.         Ketua Jabatan hendaklah memastikan hanya calon yang BELUM PERNAH DINAIKKAN PANGKAT DALAM MANA – MANA URUSAN KENAIKAN PANGKAT ATAS GRED YANG SAMA SAHAJA diperakukan dalam urusan TBBK. Pegawai yang sedang memangku juga boleh diperakukan dalam urusan ini (perlu dinyatakan dalam ruang ULASAN KETUA JABATAN). Tindakan memperakukan calon yang telah pun dinaikkan pangkat bagi urusan ini akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan berkenaan. Ketua Jabatan hendaklah memastikan perakuan dibuat bagi SEMUA pegawai yang layak dipertimbangkan bagi urusan kenaikan pangkat secara TBBK bagi mengelakkan sebarang keciciran berulang.

 Muat Turun Surat Siaran



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengoperasian Konsultasi Sentral Sentral Sehenti Maya Integrasi Kepimpinan (KoSSMIK) IAB Secara Rasmi - Pengumuman KPM

Assalamualaikum dan Sejahtera

YBrs. Dr/Tuan/Puan,

PENGOPERASIAN KONSULTASI SENTRAL SENTRAL SEHENTI MAYA INTEGRASI KEPIMPINAN (KoSSMIK) IAB SECARA RASMI

Sukacita dimaklumkan bahawa IAB telah membangunkan satu platform untuk pemimpin pendidikan khususnya pengetua dan guru besar bagi mendapatkan konsultasi secara maya dalam bidang kepimpinan pendidikan melalui platform KoSSMIK.

Sehubungan itu, YBrs.Dr./tuan/puan adalah dipelawa untuk mendapatkan khidmat konsultasi daripada coach IAB melalui KoSSMIK mulai 3 MEI 2021.

KoSSMIK boleh diakses melalui pautan berikut:
https://sistem.iab.edu.my/ekossmik/login.php

Atau imbas kod di bawah.

Kossmik



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday 3 May 2021

Semua Penerbangan MAB Dari India Ke Malaysia Adalah Penerbangan Kargo - Sebenarnya

Menurut Siaran Media Menteri Pengangkutan Malaysia (MOT): Selari dengan arahan Kerajaan selepas Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), berkuatkuasa pada 28 April 2021, semua penerbangan penumpang dari dan ke negara India dilarang memasuki Malaysia. Hanya penerbangan kargo yang akan dibenarkan pada masa ini. Semua penerbangan MH yang menjadi tular di media sosial merupakan penerbangan kargo. Penerbangan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Sunday 2 May 2021

Soalan Lazim (FAQ) Pengurusan Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Bermula Cuti Hari Raya Aidilfitri Sehingga Cuti Pertengahan Tahun Bagi Tahun 2021 - Pengumuman KPM

Muat Turun FAQ



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan