Showing posts with label sumbangan kerajaan malaysia. Show all posts
Showing posts with label sumbangan kerajaan malaysia. Show all posts

Monday 2 September 2019

Terima Kasih Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah pimpinan YB Dr Maszlee Malik

Sebagai tanda terima kasih kepada kementerian dan kerajaan Malaysia, ayuh kita tularkan infografik ini supaya masyarakat dapat mengetahui inisiatif terkini Kementerian dan Kerajaan dalam membantu memenuhi keperluan anak-anak di peringkat sekolah. 


BERMULA JANUARI 2020, SARAPAN PERCUMA AKAN DISEDIAKAN BUAT SEMUA ANAK-ANAK DI SEKOLAH RENDAH SELURUH NEGARA

Anak-anak kita memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mengambil berat aspek pemakanan murid dan sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting untuk memastikan anak-anak kita perutnya sentiasa terisi dengan makanan berkhasiat.

Sehubungan itu, bermula dari Januari 2020, KPM bakal melancarkan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara. Melalui program ini nanti, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.

KPM akan terus meneroka apa sahaja ruang bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan.

YB Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3070731532998099/?type=3

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan