Showing posts with label CikguHailmi. Show all posts
Showing posts with label CikguHailmi. Show all posts

Sunday, 15 January 2023

Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik? - CikguHailmi

Bacaan hari ini sangat menarik hati saya. Info kecil yang patut kita bagi perhatian jika nak saling memahami dan tingkatkan kualiti pendidikan kita.

Tahukah anda pada tahun 2018, di Malaysia sumber tenaga generasi Y yang telah diambil bekerja sudah hampir 62%. Dalam pada itu, guru kohort Baby Boomers pula menghampiri masa bersara, dengan Generasi X di fasa pertengahan kerjaya mula menggantikan tugas kepimpinan.


Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik?
Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik? 



Jadi memahami Guru Generasi Y sebenarnya boleh mengurangkan jurang beza pemikiran antara generasi.

So siapa Generasi Y nih?
Mereka adalah generasi yang lahir tahun 1977 hingga 1995, berpendidikan tinggi dan obses dengan teknologi. Cekap beradaptasi dengan teknologi terkini dan fleksibel untuk terima perubahan. Generasi ini dikatakan bersifat kepelbagaian dan mudah bekerjasama dengan generasi lain.
Mereka suka jadual yang fleksibel serta mengharapkan pemimpin yang bersama mereka ketika bekerja. Leader, bukan bos. Mereka juga suka jika diberi pengiktirafan atas kerja yang dilakukan, namun kurang bagi respon kepada arahan dalam bentuk kawalan dari pihak atasan. Tak suka dicontrol lah senang ceritanya.


Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik?
Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik? 



Mereka lahir dalam persekitaran yang sering mempersoalkan sesuatu perkara yang berlaku. Dan sering beranggapan mereka boleh lakukan perubahan besar kepada dunia.
Sisi negatifnya, Generasi Y sentiasa percaya apa yang mereka lakukan adalah betul. Kurang sabar dalam menghadapi masalah dan tidak boleh ditegur secara terbuka. Mereka juga tidak setia dengan sesebuah organisasi. Tak suka, mereka akan blah.


Jadi camana cara terbaik nak deal dengan Guru Generasi Y nih?
Pengurusan perlu ada penjelasan terperinci tentang sesuatu tugas, bagi pengiktirafan, puji secara terbuka, respon dan sedia tempat kerja yang kondusif. Layan elok-elok, inshaAllah diorang perform all out punya. 😅
Pentadbir yang baik mampu mencorakkan guru yang berkualiti. Setuju tak?


Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik?
Guru Generasi Y: Siapa Mereka dan Bagaimana Nak Uruskan Mereka Dengan Baik? 


Buku yang saya baca berjudul "Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah Abad ke-21" terbitan UUM Press tahun 2020. Selamat membaca!


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Tuesday, 17 November 2020

Salam Persaraan Datuk Maimunah: Loghat Sabah nya Pasti Dirindui! - CikguHailmi

 Semalam saya dapat perkhabaran majlis persaraan seorang lagi tokoh hebat

pendidikan kat negara kita, iaitu Datuk
Maimunah Suhaibul
, iaitu Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru.
Mengenali beliau, saya sifatkan Datuk sebagai seorang yang tenang dan pemimpin yang penuh sifat keibuan.
Kali pertama bertemu beliau semasa datang mencerap saya di sekolah bersama mantan TKPPM, Datuk Sulaiman Wak. Perasaan nervous tu hilang dengan sifat mesra dan lemah lembut beliau. Kali kedua bertemu semasa Sambutan Hari Guru 2019 di Pulau Pinang dan kali terakhir bertemu di Negeri Sembilan.





Team beliau jugalah yang telah membawa saya untuk berkongsi amalan PLC bersama Pengarah dari seluruh Bahagian dan Negeri dalam mesyuarat di KPM. Yang akhirnya juga dengan lebih 300 peserta Seminar Profesionalisme Guru di Port Dickson.
Pasti saya akan merindui ucapan beliau yang pekat dengan loghat Sabah tu!
Saya doakan juga semoga Datuk Maimunah terus diberi kesihatan yang baik dan keberkatan masa untuk diluangkan bersama keluarga tercinta. InshaaAllah ada rezeki pasti kita jumpa lagi! ❤️
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Friday, 13 November 2020

Perkongsian Bersama Ustaz Mohd Asrulnizam Guru Adiwira PAK21 - CikguHailmi

 Untuk reunion Edufluencer secara maya semalam, Ustaz

Mohd Asrulnizam

Guru Adiwira PAK21 telah berkongsikan kerja buat baharu beliau sebagai pegawai di Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah. Antaranya adalah tentang kejayaan program pembelajaran online, iaitu Program Halaqah Ilmu.

Program berterusan yang telah bermula sejak PKP yang pertama ini lagi telah melibatkan guru-guru hebat Pendidikan Islam dan murid-murid di negeri Kedah khususnya.
Teringat saya dengan apa yang Ustad Asrul selalu cakapkan dengan saya, iaitu misi memartabatkan matapelajaran Pendidikan Islam itu pada level yang setanding atau tak mustahil lebih daripada subjek-subjek lain.





Sebab tu beliau bekerja keras dan sentiasa datang dengan idea baharu yang fresh. Buktinya, terkini mereka adakan program motivasi online kepada murid sebagai sokongan mental dan emosi kepada murid. Perkara yang jarang kita pendidik bagi perhatian semasa musim mencabar sebegini.
SANTAI BERSAMA USTAZ ABAH
( Motivasi Pembangunan Jatidiri Sempena PKPB )
Tarikh : 12.11.2020 (Khamis) Masa : 10.00 pagi
So, jom kita support webinar motivasi online ini dengan sebarkan kepada lebih ramai murid. Apatah lagi penceramah yang dijemput juga bukan kaleng-kaleng, Ustad yang penuh persona dan lawak jenakanya, Ustad
Azlan Idris
.
Kita doakan kejayaan mereka ya!
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Cikgu Hailmi Di AWANI Pagi - CikguHailmi

 Tahniah bro sifu

Norhailmi Abdul Mutalib

ditemu ramah oleh pihak Astro Awani. saya amat bersetuju dengan ulasan beliau yang menyatakan bahawa setiap pihak perlu saling berganding bahu dan saling menyokong antara satu sama lain untuk memastikan motivasi dan momentum murid untuk belajar dari rumah. Berasa bangga juga nama CikgooTUBE disebut oleh bro sifu dalam berita. Tahniah dan terima kasih bro sifu. Keep inspiring always



🥳🥳🥳😍
Bagi sahabat yang tak sempat menonton sila tekan pautan berikut:
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Friday, 30 October 2020

Impak COVID-19 Pada Pendidikan Dunia; Mengejutkan Sungguh Kajian UNESCO Nih! - CikguHailmi

Saya ringkaskan sket dapatan laporan kajian oleh UNESCO, UNICEF dan Bank Dunia tentang impak COVID-19 pada pendidikan dunia. Yang tentunya, kita kena amik serius.


Impak COVID-19 Pada Pendidikan Dunia; Mengejutkan Sungguh Kajian UNESCO Nih!
Impak COVID-19 Pada Pendidikan Dunia; Mengejutkan Sungguh Kajian UNESCO Nih! 


Berikut adalah ringkasan kepada dapatan laporan UNESCO.

1. 1.5 billion murid seluruh dunia terkena tempias. Tak boleh pi sekolah etc.
2. Murid di negara pendapatan rendah hilang 4 bulan persekolahan berbanding murid di negara kaya yang hanya hilang 6 minggu.


Impak COVID-19 Pada Pendidikan Dunia; Mengejutkan Sungguh Kajian UNESCO Nih!

Impak COVID-19 Pada Pendidikan Dunia; Mengejutkan Sungguh Kajian UNESCO Nih!



3. Cara tangani pelbagai, dengan 1 daripada 3 negara pendapatan rendah pilih untuk buat kelas pemulihan (tambahan). Pilihan nih 2 kali ganda berbanding negara kaya.
4. Pilihan lain adalah secara remote learning guna online (90%) dan guna TV (87%), diikuti dengan kerja rumah by hand dan guna radio.
5. 2 dari 3 negara kaya sediakan subsidi Internet percuma untuk sokong remote learning. Manakala 1 dari 3 negara lain mula perbaiki kemudahan dan kualiti Internet terutamanya di kawasan pedalaman.


Impak COVID-19 Pada Pendidikan Dunia; Mengejutkan Sungguh Kajian UNESCO Nih!


Impak COVID-19 Pada Pendidikan Dunia; Mengejutkan Sungguh Kajian UNESCO Nih!



6. Untuk isu buka sekolah pula, majoriti negara dah start pada September.
7. Pelan buka sekolah bergantung kepada tahap kaya atau miskin sesebuah negara. Negara kaya banyak tertumpu kepada remote dan hybrid learning.

Apa kata anda?

Yang nak baca report penuh, boleh lah ke https://data.unicef.org/.../national-education-responses.../
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Tuesday, 27 October 2020

Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP - CikguHailmi

Penilaian komponen keberhasilan adalah merupakan sebahagian daripada Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Keberhasilan menyumbang wajaran sebanyak 10%. Tetapi sayangnya, masih ramai yang tidak mahir menulis keberhasilan dengan betul. Jom saya kongsikan sket cara penulisan yang betul untuk tulis keberhasilan. 

Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP
Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP

Secara ringkasnya, penilaian keberhasilan adalah penilaian hasil kerja utama yang memberi impak berdasarkan tugas dan tempat bertugas. Asas penilaian berfokuskan kepada peningkatan atau pencapaian, dan perlu dipertimbangkan secara profesional berdasarkan usaha, kesungguhan dan keberkesanan. 

Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP
Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP

Setiap sasaran keberhasilan haruslah mempunyai maklumat berikut:

1. Penggunaan kata kerja - guna perkataan seperti memastikan, mencapai, melaksanakan, menguruskan, merancang dan seumpamanya.

2. Penyataan ukuran - nilai yang digunakan untuk ukur sasaran seperti kuantiti, atau kualiti atau kos atau masa.

3. Tujuan sasaran - memperlihatkan hasrat / matlamat / penerangan terhadap hasil kerja.

4. Peringkat sasaran - tahap / peringkat penglibatan yang akan dicapai.


Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP
Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP


Berikut adalah contoh penulisasan sasaran keberhasilan yang tak sesuai. Antaranya adalah disebabkan tiada penyataan yang boleh diukur, kerja rutin berbentuk proses, tiada memberi impak kepada klien dan organisasi serta bukan hasil kerja utama. Tengok contoh di bawah:

Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP
Cara Penulisan Yang Betul Untuk Tulis Sasaran Keberhasilan PBPPP

Sebagai rujukan, cikgu-cikgu boleh lah download bahan yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menerangkan lebih lanjut tentang PBPPP kat pautan ini ya ..

http://ppdbp.edu.my/v3/attachments/article/3169/surat%20panduan%20penulisan%20keberhasilan.pdf


OK, semoga perkongsian ini membantu rakan guru supaya menulis sasaran keberhasilan PBPPP dengan lebih baik. Nanti semua pun hati senang. Selamat maju jaya!



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Tuesday, 13 October 2020

Keperluan Menggunakan Inovasi Teknologi Bagi Guru Pelatih Masa Depan - CikguHailmi

 Satu peluang yang tiba-tiba datang masa Bengkel Modul CIKGOOTUBE adalah ruang untuk uji terus kemahiran training bengkel dengan adik-adik bakal guru kat sini.

Meskipun jangkaan awal sikit saja, tetapi boleh tahan meriah juga sambutannya. Pada saya, bengkel berjaya kerana pematuhan pada SOP dari awal, dan terus di ingatkan dari masa ke semasa. Susah. Tapi gayanya, memang kena belajar hidup dengan cara camnih lah jawab dia.
Pendedahan kepada teknologi digital seperti aplikasi OBS, Filmora, Canva dan lain-lain yang pastinya berguna untuk adik-adik ini masa belajar dan masa jadi cikgu nanti. Untung dik. Awal korang dapat belajar!










Dengan perubahan yang berlaku pada dunia dan cara bekerja yang semakin berbeza, apakah keperluan kemahiran untuk bakal guru juga harus berubah?
P/s: Sempat jumpa 2 Hilmi junior kat sini. Hehehe.. Sila belajar elok-elok yer adik-adik sekalian. Nanti kita buat Persatuan Hilmi/Helmi/Hailmi Semalaysia naa! 😝 @ IPG Kampus Sultan Mizan
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Friday, 28 August 2020

Perkongsian Inspirasi Guru Persada Global Sempena Sambutan Hari Guru 2020 Peringkat Daerah : Terima Kasih PPD Daro! - CikguHailmi

 Jutaan terima kasih buat PPD Daro atas jemputan perkongsian inspirasi guru persada global sempena Sambutan Hari Guru 2020 Peringkat Daerah.

Mengambil tema "Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu" , pemilihan topik bagi wacana ilmu ketiga mereka ini adalah sangat sesuai. Apatah lagi untuk minggu sebelumnya mereka bawakan Tokoh Guru 2019, Cikgu Nawi untuk perkongsian pengalaman hebat beliau sebagai Guru Cemerlang Gred Khas C.
Saya berkongsi tentang perjalanan karier saya sebagai guru novis, sehingga lah membentuk saya sebagai guru pada hari nih. Bagaimana setiap pihak, baik pentadbir mahu pon rakan di sekeliling, sebenarnya sangat menyumbang kepada kejayaan kita pada masa depan.
Yang paling penting adalah memulakan semuanya dengan langkah sederhana, tapi penuh gaya dan makna. Tahu apa yang kita atur. Tahu apa yang kita buat. InshaAllah kejayaan lah yang menunggu kita nanti.





Tak ada yang saya harapkan selain daripada perkongsian ini dapat beri banyak manfaat kepada rakan guru yang sedang bersusah payah membuat yang terbaik untuk anak didik masing-masing.
Tak lupa juga ucapan Terima kasih buat tuan moderator, Cikgu Fauzol yang membantu menguruskan perjalanan perkongsian tadi.
#Daro @ PPD Daro
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan