Showing posts with label Kajang. Show all posts
Showing posts with label Kajang. Show all posts

Wednesday 4 September 2019

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR esok.


Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan UPSR esok. Doa dan harapan kami Guru dan Kakitangan SK Bandar Seri Putra sentiasa mengiringi kalian dan mendoakan yang terbaik untuk semua.Sedikit Tip amalan doa untuk anak-anak:

Doa َMasuk Dewan Periksa :
سَلٰمٌ قَوْلًا مِّن رَّبِّ ٱلرَّحِيمِ
Doa Buka kertas soalan :
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَاطَ اٱلْمُسْتَقِيمَ
Doa Jawab soalan :
إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
Doa Soalan susah :
وَكَانَ ذٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرًا

Semoga doa-doa ini boleh diamalkan oleh anak-anak UPSR sepanjang hari peperiksaan ini.

Kepada ibubapa yang hadir memberikan sokongan moral, sila patuhi peraturan larangan berada dekat dengan dewan peperiksaan dan tidak lalu di kawasan bertanda merah, juga merakam gambar/video. Semoga ibubapa yang berdisiplin akan memudahkan urusan semua dan Allah mempermudahkan urusan anak-anak kita yang sedang menduduki peperiksaan.

Tuan/puan boleh memakai baju tema warna ini ye sebagai sokongan moral :
Rabu 4/9- biru
Khamis 5/9- kuning/oren
Selasa 10/9 - merah jambu/ungu
Rabu 11/9- hijau

Semoga beroleh kejayaan. 6A!!!
Sumber : SMK Kota Masai 2, Pasir Gudang, Johor

Monday 2 September 2019

Untuk ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan..


Untuk ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan..
Perkongsian daripada *Ust. Zahazan Mohamed*
(YDP PIBG SMKAKL)

1. Hari exam ibubapa bangun awal, solat hajat, sahur, puasa & doakan utk mereka & sekalian org Islam sepanjang puasa.

2. Banyakkan sedeqah walaupun pada binatang.

3. Beri anak minum air zam2 atau air masak banyak.

4. Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi.

5. Amalkan doa ayat ke 74 surah al Furqan, Niatkan utk mereka agar diberikan idea, kefahaman & kelancaran dlm menjawab.

6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yag terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum memulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran & petua2 yang lain.

7. Ingat ! Jangan sekali2 menjadikan anak stres dengan permintaan2 yang luarbiasa, memadailah kata2 berisi doa, motivasi & peniup semangat untuk mereka.

Antara surah yg digalakkan utk baca,

1. Surah Alam Nasyrah
2. Surah al Hasyr ayat 21-24
3. Surah al Rahman 1-13

Niatkan semasa membaca surah2 ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dgn cemerlang ...

Wallahua'lam.

#buat semua calon PEPERIKSAAN UPSR, PT3, SPM, STPM, STAM, PAV& SPMU 2019
Sumber : SMK Kota Masai 2, Pasir Gudang, Johor

Sunday 1 September 2019

Photo - Teria kasih si Talam Koci. 👍Kami mengalu-alukan sumbangan lagi...



Teria kasih si Talam Koci. 👍Kami mengalu-alukan sumbangan lagi...
Sumber : SMK Kota Masai 2, Pasir Gudang, Johor

Photo - Larian Amal SKBSP pada 12/10/19 ini ialah bersempena aktiviti Hari Sukan Negara, Musollathon dan Sambutan Sedekad SKBSP. Larian ini juga bertujuan sebagai Penutup Musollathon dan juga memperkenalkan Malam Gala Sedekad SKBSP yang dirancang berlangsung pada 2/11/19 nanti. Pelbagai acara menarik turut diadakan seperti upacara penyampaian hadiah kutipan Musollathon tertinggi, gerai jualan dan lain-lain lagi. Semua dijemput hadir beramai-ramai. Majlis perasmian penutupan Musollathon akan disempurnakan Y.B Datuk Haji Hassanuddin b Mohd Yunus (Ahli Perlimen Hulu Langat). Sila klik pautan di bawah untuk mendaftar: https://ift.tt/2Le4HoY



Larian Amal SKBSP pada 12/10/19 ini ialah bersempena aktiviti Hari Sukan Negara, Musollathon dan Sambutan Sedekad SKBSP. Larian ini juga bertujuan sebagai Penutup Musollathon dan juga memperkenalkan Malam Gala Sedekad SKBSP yang dirancang berlangsung pada 2/11/19 nanti. Pelbagai acara menarik turut diadakan seperti upacara penyampaian hadiah kutipan Musollathon tertinggi, gerai jualan dan lain-lain lagi. Semua dijemput hadir beramai-ramai. Majlis perasmian penutupan Musollathon akan disempurnakan Y.B Datuk Haji Hassanuddin b Mohd Yunus (Ahli Perlimen Hulu Langat).

Sila klik pautan di bawah untuk mendaftar:

https://ift.tt/2Le4HoY
Sumber : SMK Kota Masai 2, Pasir Gudang, Johor

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan