AKTIVITI PDPC ABAD KE-21 (PAK-21)
1. Human Graphing (Graf Manusia)
Murid bergerak mengikut kumpulan dan membentuk
corak / pattern tertentu supaya topik mudah difahami
2. Video Clips (Klip Video)
Menggunakan klip video dengan menggunakan
soalan-soalan yang diberikan.
3. Using Large PictureCard ( Gambar /photo besar )
Penggunaan gambar atau foto dalam PdPc.
4. I See, I Think, I Wonder
(Saya lihat, Saya fikir dan saya bertanya)
Dengan menggunakan gambar / objek murid
diminta :
a) Senaraikan / bincang apa yang mereka lihat
(see)
b) Fikirkan apa yang mereka lihat dan kaitkan
dengan kehidupan seharian / lain-lain perkara (think)
c) Bertanya soalan-soalan berkaitan apa yang
telah dipelajari sebelum ini.(wonder)
5. Recap Group (Mengulangi / mengingat semula)
Kumpulan murid memberi laporan kepada kelas
secara lisan apayang telah dipelajari sebelum ini.
6. Rocket writing (Penulisan pantas)
Jangka masa diberi (contohnya 5 minit) untuk
murid menulis apayang mereka tahu berkenaan dengan topik / soalan yang diberi.
7. Y chart (Carta Y)
Tiga keping kertas ditampal dalam bentuk Y dan
pada setiap kertas ditulis soalan yang berbeza untuk murid menulis jawapan mereka.
8. Galery Walk ( Lawatan ke geleri )
Murid berjalan / bergerak ke sekeliling bilik
/ dewan untuk :
a) Melihat
b) Berfikir dan
c) Berbincang dengan rakan-rakan kumpulan
berkenaan hasil kerja rakan-rakan lain yang ditampal
9. Time capsules(Kapsul Masa)
Guru mengambil hasil kerja / pandangan murid
pada awal tahun (contohnya ) dan membuka jawapan tersebut beberapa bulankemudian
untuk murid membaca semula apa yang telah mereka tulis.
10. Chain Line (Rangkaian )
Murid membuat rantai kertas di mana pada
setiap kertas ditulis idea / maklumat yang berkaitan dengan topik yang diberi.
SETERUSNYA
SETERUSNYA
No comments:
Post a Comment