11. Survey (Tinjauan )
Murid membuat tinjauan untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci bagi tujuan membuat analisis berkenaan topik / isu.
12. Shout Out ( laungan )
Murid digalakkan memberi idea secara lisan dengan laungan yang kuat dalam sesi sumbangsaran.Idea tersebut dicatat atas kertas atau papan putih.Aktiviti seterusnya adalah menyusun semula idea-idea tersebut secara sistematik.
13. Presentations(Persembahan)
Persembahan murid dalam bentuk
a) Lisan
b) Video
c) Powerpoint
d) Pameran
e) Nyayian
f) Tarian
g) Lakonan
h) Lain-lain yang kreatif
Guru perlu membuat penilaian dan memberi maklum balas.
14. Learning Modalities ( Gaya Persembahan )
Penggunaan gabungan pelbagai cara pembelajaran. Contohnya kinestatik (pergerakan) visual dan /atau auditori (mendengar) PdP melibatkan aktiviti-aktiviti mengikut kecenderungan murid (Multiple Intelligences)
a) Verbal-Linguistic
b) Logical-Matematical
c) Visual-Spatial
d) Bodily-Kinesthatic
e) Naturalist
f) Musical-Rhythmic
g) Interpersonal
h) intrapersonal
15. Qudrat Activity (Aktiviti Berempat)
a) Satu bulatan dilukis ditengah-tengah kertas yang besar. Di luar bulatan guru membahagikan kertas kepada 4 bahagian (Satu bahagian untuk 1 murid).
b) Setiap murid menulis pandangan/ jawapan kepada soalan yang diberikan.
c) Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan menulis jawapan yang telah dipersetujui semua ahli kumpulan dalam bulatan.
16. Indicator (Petunjuk)
Menggunakan dua warna untuk menunjukkan jawapan pelajar
Contohnya :
a) Warna hijau – Ya/Setuju
b) Warna Merah – Bukan / Tidak setuju
17. Built The Biggest Tower ( Membina Menara yang terbesar)
a) Murid bekerja secara kumpulan dan berkolaboratif
b) Guru memberi barangan yang terhad untuk mereka membina menara secara kreatif
c) Menara ini mencerminkan / memaparkan refleksi / pandangan mereka
18. Chunking (Gabungan )
Menggunakan pengetahuan sedia ada murid yang digabungkan dengan pembelajaran baru untuk mempertingkatkan pemahaman mereka.
19. Graphic Organiser ( Pengurusangrafic )
Bentuk grafik yang dibina atau dicipta oleh murid untuk menunjjukan kefahaman mereka atau / dan maklumat / fakta berkaitan dengan isu / tajuk yang dibincang.
20. Skits (Sketsa)
Sketsa memberi peluang kepada murid untuk membuktikan kefahaman mereka terhadap topik yang diberi
SETERUSNYA
No comments:
Post a Comment