Showing posts sorted by relevance for query buku program. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query buku program. Sort by date Show all posts

Friday, 14 August 2020

Buku Program Sambutan Bulan Kebangsaan - cikguayu.my

Buku Program Sambutan Merdeka - Bulan Kebangsaan 2020Sempat juga siapkan Buku Program Sambutan Bulan Kebangsaan dalam norma baharu ini. Ada beberapa orang rakan guru yang bertanya, jadi saya siapkan buku program ini untuk kegunaan semua. Sambutan Dalam Norma Baharu Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos juga melakar sejarah baharu kepada rakyat Malaysia. Acara perbarisan dan perarakan perlu mengikut norma baharu akan disiarkan melalui saluran televisyen. Begitu juga sambutan di sekolah, […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Cikgu Ayu Dot My

Sunday, 25 August 2019

MAHASISWA TURUN KE TENGAH MASYARAKAT, BANTU WARGA MISKIN BANDAR.




MAHASISWA TURUN KE TENGAH MASYARAKAT, BANTU WARGA MISKIN BANDAR.

Sering saya sebutkan mengenai kepentingan kepada mahasiswa untuk sentiasa berada di barisan hadapan dalam membantu masyarakat, khasnya golongan memerlukan.

Saya amat menghargai usaha yang digerakkan mahasiswa kita melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dalam melaksanakan program Perpustakaan Mini dan Tuition Mission Percuma B40 PPR 2019.

Program ini memberi fokus kepada usaha mendedahkan kepentingan pendidikan kepada golongan kurang berkemampuan di bandar dan yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Program Tuition Mission Percuma ini melibatkan murid berprestasi sederhana yang bakal menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini dikendalikan selama tiga hari seminggu dan melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Sains.

Sementara itu, bagi Perpustakaan Mini pula PPR Lembah Subang II telah dipilih sebagai lokasi pertama dan ia dibina dengan kerjasama erat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

KPM ingin mengucapkan terima kasih kepada warga komuniti PPR Lembah Sumbang II, Alumni YSS, Sukarelawan Siswa dari Kolej Komuniti Kuala Langat, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menjadi penggerak utama kepada program ini.

KPM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Peneraju, KLCC Property Holding Berhad, Al Rajhi Bank, Kumpulan Media Karangkraf, Mr DIY Trading Sdn Bhd, Perpustakaan Negara Malaysia, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) kerana sama-sama memberikan komitmen tinggi dalam menjayakan program penuh bermakna ini.

YB Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3066977446706841/?type=3

Friday, 25 August 2017

Panduan Pengurusan Program Transformasi Daerah (DTP) 3.0

Muat Turun :

Surat Punca Kuasa Penggunaan Buku Panduan Pengurusan Program
Transformasi Daerah (DTP) 3.0

Buku Panduan Pengurusan Program Transformasi Daerah (DTP) 3.0

Monday, 14 January 2019

AMANAT MENTERI PENDIDIKAN TAHUN 2019 : SEMBILAN (9) INTERVENSI TELAH DIGARISKAN UNTUK DILAKSANAKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN, JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENGURANGKAN BEBAN TUGAS GURU.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

........

48. Oleh hal yang demikian, kementerian sedang berusaha keras untuk mengembalikan tugas hakiki para guru iaitu mendidik dan mengajar. Atas dasar itulah kita telah berjaya mengenal pasti punca tugas-tugas perkeranian yang mengganggu tugas utama guru, yang tidak lagi relevan malah perlu dimansuhkan. Hal ini dilaksanakan dengan mengambil kira pandangan dari akar umbi; iaitu para guru yang mengajar di sekolah.

49. Untuk memastikan tujuan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, kementerian mempunyai perancangan jangka masa pendek, pertengahan dan panjang. Untuk perancangan jangka masa pendek, mulai Januari 2019, sembilan (9) intervensi telah digariskan untuk dilaksanakan oleh pihak Kementerian, JPN, PPD dan sekolah untuk mengurangkan beban tugas guru. Sembilan (9) intervensi tersebut telah dipecahkan kepada lima (5) inisiatif iaitu:
a. Inisiatif pertama: memudahkan pengurusan fail dan dokumentasi, sebanyak tiga (3) intervensi akan dilaksanakan iaitu memudahkan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), fail panitia dan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
b. Inisiatif kedua:  pengurusan data dan sistem online, sebanyak dua (2) intervensi akan dilaksanakan iaitu segala pengumpulan data hendaklah diambil dari sumber data sedia ada di dalam sistem KPM.  Di samping itu,  Sistem Kehadiran Murid dalam talian akan digunakan sepenuhnya bagi merekod kehadiran murid. Dalam hal ini, guru tidak lagi perlu mengisi buku Jadual Kedatangan Murid. 
c. Inisiatif ketiga:  sesuai dengan pemansuhan Peperiksaan Tahap 1, sekolah boleh merangka sendiri pelaksanaan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang bersesuaian dengan keperluan murid di sekolah. 
d. Inisiatif keempat: penyeragaman borang dan proses pemantauan, sebanyak dua (2) intervensi akan dilaksanakan untuk memastikan guru tidak lagi terbeban untuk mengisi borang kebersihan, keselamatan & penarafan kantin.
e. Inisiatif kelima: penyelarasan penubuhan jawatankuasa di peringkat sekolah, intervensi yang akan dilaksanakan akan memastikan pelbagai jawatankuasa yang tidak berkaitan dengan tugas mendidik akan dimansuhkan.

50. Lima inisiatif ini merupakan langkah pertama untuk meningkatkan kualiti pengajaran, manakala langkah kedua pula melibatkan lebih banyak latihan dan kursus yang perlu bagi memastikan guru-guru mampu menawarkan pendekatan pengajaran yang terbaik.

......

Ikuti rakaman siaran langsung penuh di bawah untuk maklumat penuh. : 




Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan