Showing posts with label Menteri Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Menteri Pendidikan. Show all posts
Wednesday, 4 September 2019
Terima kasih MalayMail kerana melaporkan berita yang penting ini.
Terima kasih MalayMail kerana melaporkan berita yang penting ini.
Untuk pengetahuan semua, kita memang telah menubuhkan Jawatankuasa Integriti dan sedang menyemak semula Akta 605.
Dua langkah radikal ini kita mulakan sebab saya sendiri mengambil maklum betapa membarahnya isu plagiarisme dan jual beli gelaran "profesor" serta amalan 'bonceng gratis' yang sudah lama membiak di IPT kita.
Untuk memastikan universiti melangkah lebih jauh, isu kualiti dan integriti tidak boleh sesekali dikompromi.
Dan dalam masa yang sama, melalui semakan semula Akta 605 ini jugalah para pensyarah dan sarjana di universiti mempunyai kebebasan akademik yang secukupnya.
Mereka boleh menyuarakan pandangan mereka secara bebas tanpa terikat dengan undang-undang. Cuma, mereka perlu bertanggungjawab terhadap setiap pandangan dan idea serta kesannya.
Kalau ikutkan, banyak lagi perkara yang sedang kita ubah di peringkat IPT. Baik mahasiswa, pensyarah, staf pentadbiran, semuanya sedang berada dalam radar perubahan kita. InsyaAllah takkan ada satu pun yang tertinggal.
https://ift.tt/2LdIJCw
source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3095601120511140/?type=3
Kepada semua anak-anak Pakcik, Pakcik ucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR.
Kepada semua anak-anak Pakcik, Pakcik ucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR.
Pakcik sentiasa doakan anak-anak terus cemerlang dan berjaya. Jangan terlalu ‘stress’ dan jangan lupa sarapan.
source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/videos/2517519934979694/
Photo - Barisan panel pemilihan Anugerah Sastera Negara (ASN) telah sepakat untuk memilih Prof Dr Siti Zainon binti Ismail sebagai penerima ASN ke-14 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.
Barisan panel pemilihan Anugerah Sastera Negara (ASN) telah sepakat untuk memilih Prof Dr Siti Zainon binti Ismail sebagai penerima ASN ke-14 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.
Beliau merupakan tokoh sastera yang disegani dan telah menghasilkan 3 novel, 10 kumpulan cerpen dan 25 kumpulan puisi. Beliau juga terlibat dalam penghasilan 7 antologi cerpen dan 5 antologi puisi.
Dalam bidang akademik, beliau telah menulis 18 kajian ilmiah dalam bentuk buku, 21 esei kajian dalam bab buku serta 21 esei dalam monograf, jurnal, dokumentasi dan majalah-katalog.
Siti Zainon juga telah mengecapi pelbagai pengiktirafan dari dalam dan luar negara, termasuk memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) sebanyak 6 kali dan pernah menerima Anugerah Budayawan Selangor.
Di peringkat antarabangsa pula beliau pernah menerima SEA Write Awards pada tahun 1989 dan Anugerah Tokoh Seni Budaya Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) 2015.
Karya-karya beliau juga telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa asing termasuk Bulgaria, Hindi, Inggeris, Korea, Urdu, Jepun, Perancis, Thai dan Rusia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof Dr Siti Zainon binti Ismail di atas penganugerahan ini dan terima kasih untuk karya-karya dan sumbangan bermakna beliau selama ini, khasnya dalam bidang sastera di Malaysia.
source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3093009100770342/?type=3
Tuesday, 3 September 2019
Terima kasih Dr Tajuddin Rasdi di atas tulisan dan pemerhatian yang sangat mendalam ini. - Dr.Maszlee, Menteri Pendidikan
Terima kasih Dr Tajuddin Rasdi di atas tulisan dan pemerhatian yang sangat mendalam ini.
Lebih daripada hanya sekadar makanan, aspirasi besar saya adalah untuk melihat Program Sarapan Percuma ini juga sebagai wahana pendidikan.
Anak-anak kita perlu ke sekolah tanpa rasa takut dan malu. Tak kira bangsa, tak kira kaya atau miskin, semuanya akan makan bersama dengan gembira.
Dan sekolah menjadi tempat yang paling bahagia, tiada kebencian, dan tiada pemisahan kerana taraf hidup yang berbeza.
https://ift.tt/32gwRFd
source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.230666793671268/3092579264146659/?type=3
filem ini memang wajib tonton. Jalan ceritanya luar biasa. Wataknya sempurna." - Dr.Maszlee, Menteri Pendidikan,
Dua bulan lepas filem ini keluar. Semalam saya menontonnya bersama pegawai-pegawai.
Saya akan tulis artikel mengulas filem ini. Yang pasti, filem ini memang wajib tonton. Jalan ceritanya luar biasa. Wataknya sempurna.
Berbeza rasanya menonton sebagai Menteri Pendidikan. Setiap babak sentiasa saya refleksikan dengan keadaan di negara kita.
Geetha Rani adalah watak pengetua adiwira yang sangat hebat. Beliau membuktikan kepada kita bahawa perubahan yang besar itu bukanlah mustahil.
Banyak sekali dasar dan perubahan yang kita sedang gubal untuk dilaksanakan telah berjaya digambarkan dalam filem ini.
Misalnya inisiatif PSP (Program Sarapan Percuma). Filem ini menterjemahkan aspirasi saya yang lebih dari sekadar makanan, tetapi saya ingin melihat guru-guru boleh duduk makan sekali dengan anak-anak kita.
Begitu juga dengan isu keciciran murid. Geetha telah berjaya melibatkan semua pihak untuk atasi isu keciciran murid, termasuklah pihak polis. Ini yang sedang kita usahakan. Kita nak pastikan ‘enforcement’ itu berlaku di semua penjuru agar tak ada lagi kanak-kanak yang tercicir.
Bukan itu sahaja. Geetha juga berjumpa dengan semua ibu bapa pelajar. Tubuhkan semacam Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) untuk pastikan ibu bapa ini terlibat aktif dengan pendidikan anak-anak mereka.
Menjadikan pendidikan adalah visi kolektif semua pihak adalah antara hasrat terbesar saya. Kerana saya yakin, pendidikan harus berupaya menjadi objektif komuniti setempat, malah pendidikanlah yang akan meningkatkan taraf hidup mereka.
Semua pendidik, ibu bapa, murid-murid dan sesiapa sahaja, saya sarankan untuk tonton filem ini. Segera!
source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.230666793671268/3090141707723748/?type=3
Monday, 2 September 2019
Photo - Selamat menyambut Awal Muharram kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Semoga permulaan ini permulaan yang baik bagi kita semua.
Selamat menyambut Awal Muharram kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Semoga permulaan ini permulaan yang baik bagi kita semua.
source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.230666793671268/3087510427986876/?type=3
Sunday, 1 September 2019
Photo - Kita mencari hanya yang tulen dan jati sekadar hidup mengerti dan berbudi dan bumi akan subur, makmur dan mewah jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama tanah air memberi banyak mesra mendakap kita kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti dan dalam alaf baru semangat kita wajar padu berjalan kita atas nama tanah air dan bangsa bangga kerana merdeka megah kerana bahagia. Petikan Puisi "Hidup Bersama" A. Samad Said
Kita mencari hanya yang tulen dan jati
sekadar hidup mengerti dan berbudi
dan bumi akan subur, makmur dan mewah
jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama
tanah air memberi banyak
mesra mendakap kita
kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti
dan dalam alaf baru
semangat kita wajar padu berjalan kita
atas nama tanah air dan bangsa
bangga kerana merdeka
megah kerana bahagia.
Petikan Puisi "Hidup Bersama"
A. Samad Said
source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.230666793671268/3084750678262851/?type=3
Video
Video yang sentiasa saya tonton. Sangat indah. Penuh makna.
Terima kasih Bapak atas nasihat dan peringatan.
Kredit video: Mode Media MY
source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/videos/766877633747220/
Saturday, 31 August 2019
PAHLAWAN DAN TANAH AIR
PAHLAWAN DAN TANAH AIR
Pahlawan sejati
dalam hatinya bernyanyi.
Tanahair dan bangsa
di mana terpaut cinta mulia.
Untukmu darah ini mengalir
padanya jasad ini cair
Tongkat Warrant
1958
source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.230666793671268/3083961778341741/?type=3
Video - SETIA
SETIA
Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi
Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua
Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara.
source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/videos/1372539349575345/
Hari ini, merdeka membawa makna yang jauh lebih besar.
Hari ini, merdeka membawa makna yang jauh lebih besar.
Merdeka dari korupsi, merdeka dari rasuah, merdeka dari belenggu yang mengikat jiwa dan pemikiran.
Merdeka hari ini dimaknakan dengan pembebasan diri menuju ilmu dan pengetahuan. Hari ini, merdeka jauh lebih besar maknanya buat anak dan cucu di masa depan.
source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/videos/750259305427455/
Sebagai rakyat Malaysia, saya sangat bangga dengan Lee Chong Wei.
Sebagai rakyat Malaysia, saya sangat bangga dengan Lee Chong Wei.
Bukan kerana beliau Cina, bukan kerana beliau bukan Melayu, tetapi kerana beliau rakyat Malaysia.
Beliau telah berjaya menyedarkan kita bahawa untuk maju dan berjaya, menyempitkan diri di dalam perbezaan bukanlah caranya. Dan tidak terkira juga betapa banyak kalinya kerana Lee Chong Wei, kita disatukan.
Saya yakin, Merdeka ialah episod terbaik untuk kita sama-sama memaknai erti persaudaraan sesama kita semua. Merdeka menjadi bukti bahawa perpaduan itu telah wujud dan sentiasa menjadi tunjang kekuatan untuk kita bergerak ke depan.
https://ift.tt/2ZEYO8e
source https://www.facebook.com/leechongweiofficial/photos/a.232550333609593/1113319472199337/?type=3
dasar “Kemakmuran Bersama” (Shared Prosperity) yang Kerajaan bawakan. Pembangunan negara akan menghasilkan pulangan yang perlu kita milikinya bersama.
Terima kasih Malaysia Kini kerana mengusahakan satu dapatan yang sangat baik ini. Saya telah membaca dan menelitinya satu persatu.
Saya telah meminta Kementerian melihat isu secara serius. Kami akan meneliti apakah jalan terbaik di depan yang boleh sama-sama kita usahakan.
Saya percaya, ‘reform’ yang kita sedang usahakan ini tidak boleh hanya terperangkap dalam isu perkauman. Pendidikan merentas batas ras dan bangsa. Perbezaan ialah kekuatan, bukan kelemahan.
Sebab itulah pentingnya dasar “Kemakmuran Bersama” (Shared Prosperity) yang Kerajaan bawakan. Pembangunan negara akan menghasilkan pulangan yang perlu kita milikinya bersama.
Negara ini negara kita. Kita yang semai, kitalah yang mengaut hasilnya.
https://ift.tt/2Lbym1L
Arah mana perpaduan?
Bagaimana anak-anak Malaysia membesar dalam kepompong berbeza.
source https://pages.malaysiakini.com/integration/my/
Saya telah meminta Kementerian melihat isu secara serius. Kami akan meneliti apakah jalan terbaik di depan yang boleh sama-sama kita usahakan.
Saya percaya, ‘reform’ yang kita sedang usahakan ini tidak boleh hanya terperangkap dalam isu perkauman. Pendidikan merentas batas ras dan bangsa. Perbezaan ialah kekuatan, bukan kelemahan.
Sebab itulah pentingnya dasar “Kemakmuran Bersama” (Shared Prosperity) yang Kerajaan bawakan. Pembangunan negara akan menghasilkan pulangan yang perlu kita milikinya bersama.
Negara ini negara kita. Kita yang semai, kitalah yang mengaut hasilnya.
https://ift.tt/2Lbym1L
Arah mana perpaduan?
Bagaimana anak-anak Malaysia membesar dalam kepompong berbeza.
source https://pages.malaysiakini.com/integration/my/
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mementingkan akses dan kualiti pendidikan buat golongan orang kurang upaya (OKU).
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mementingkan akses dan kualiti pendidikan buat golongan orang kurang upaya (OKU).
Hari ini saya sempat mengadakan perbincangan dengan Persatuan OKU Sentral dan saya teruja dengan komitmen mereka dalam membantu golongan ini.
KPM akan sentiasa melibatkan badan bukan kerajaan seperti OKU Sentral dalam setiap perancangan buat golongan OKU bagi memastikan setiap usaha yang dilaksanakan mampu memberikan manfaat menyeluruh.
source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3081700831901169/?type=3
Friday, 30 August 2019
Dr Abdul Rahman Mohmad pengarang utama di jurnal tersohor dunia, Nature Materials.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Abdul Rahman Mohmad, Penyelidik di Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektrik (IMEN), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berjaya muncul sebagai pengarang utama di jurnal tersohor dunia, Nature Materials.
Hasil penyelidikan beliau mengenai penggunaan hidrogen sebagai asas sumber tenaga masa depan telah berjaya menempatkan beliau sebagai antara penyelidik bertaraf dunia dalam bidang berkenaan.
Makalah dengan judul Ultra High-Current-Density Niobium Disulphide Catalysts for hidrogen Evolution merupakan kejayaan ulung penyelidik tempatan yang berjaya menempa nama di Nature Materials, jurnal yang berada di kedudukan pertama dunia dalam bidang kimia fizikal dan fizik gunaan.
Kita percaya lebih ramai penyelidik dan pakar-pakar akademik di institusi pendidikan tinggi tempatan akan menghasilkan pelbagai penyelidikan penting dan seterus memberi sumbangan bermakna buat perkembangan sains dan teknologi global.
Sekali lagi, tahniah Dr dan teruslah menyumbang buat negara tercinta.
https://ift.tt/2LbOwqU
source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3078983575506228/?type=3
Semua orang bebas memberi pandangan, tetapi ia perlu datang dengan sikap bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan.
Semalam saya ditanyakan oleh wartawan tentang cadangan saudara Tariq Ismail, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang menyarankan agar diadakan sistem pendidikan tunggal di negara ini.
Berikut saya kemukakan transkrip penuh jawapan saya:
“I haven’t look into the suggestion yet. I need to look into the suggestion. I will look into the suggestion first.”
Selari dengan semangat Malaysia Baru, kita mendengar sebarang cadangan tetapi mendengar belum tentu menolak dan menerima.
Di zaman Malaysia Baru inilah semua orang bebas memberi pandangan, tetapi ia perlu datang dengan sikap bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan.
Saya berharap jawapan ringkas saya tersebut tidak disalaherti sehingga membawa tafsiran yang negatif. Saya mengajak semua untuk mendengarkan audio jawapan tersebut di bawah.
source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/videos/1642032315927764/
Thursday, 29 August 2019
Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (UM) terlibat dalam kebakaran awal pagi semalam (27 Ogos 2019).
Pada sebelah pagi tadi (28 Ogos 2019) saya sempat melawat bangunan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (UM) yang terlibat dalam kebakaran awal pagi semalam (27 Ogos 2019).
Berdasarkan kepada maklumat yang diberikan, kebakaran ini berlaku di tingkat 2 dan tingkat 3 Blok H10 di Fakulti berkenaan.
Sebanyak 21 bilik yang menempatkan 19 pensyarah turut musnah. Bangunan ini menempatkan pejabat pentadbiran dan pejabat akademik bagi program Ijazah Dasar dan Ijazah Tinggi.
Pihak Universiti Malaya (UM) sedang melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan dan ia dijangka selesai dalam tempoh empat bulan.
Secara keseluruhannya, anggaran kos baik pulih dijangkakan sebanyak RM2 juta.
Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan UM kerana bertindak segera dalam merangka pelan bersesuaian bagi memastikan kebakaran ini tidak menjejaskan operasi Fakulti.
Terima kasih juga kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat kerana melaksanakan tugas dengan baik untuk mengawal kebakaran ini.
source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.2442456402492285/3076488575755728/?type=3
KPM GESA TIADA HUKUMAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN TERHADAP PELAJAR
KPM GESA TIADA HUKUMAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN TERHADAP PELAJAR
Saya secara peribadi bimbang dengan penularan gambar mengenai bentuk-bentuk hukuman yang bakal dikenakan kepada pelajar di sebuah institusi tahfiz di negeri Sarawak.
Di peringkat Kementerian, kita menyedari bahawa institusi pendidikan berkenaan berada di bawah kawal selia Kerajaan Negeri Sarawak, namun bentuk-bentuk hukuman ini tidak berperikemanusiaan dan merendahkan martabat bidang pendidikan negara.
Dalam masa yang sama saya percaya, Jabatan Agama Islam Sarawak telah mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah ini.
Saya juga menyeru kepada semua institusi pendidikan persendirian untuk sentiasa berpegang kepada prinsip-prinsip kemanusiaan dan undang-undang yang berkaitan dalam menggubal sebarang bentuk hukuman terhadap pelajar di institusi masing-masing.
Pendidikan tidak berkesan dengan kekerasan. Pendidikan ialah cinta, kasih dan sayang. Pendidikan ialah untuk semua, tanggungjawab semua.
YB Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia
source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3076370962434156/?type=3
Terima kasih Prof Dr Barjoyai Bardai, Profesor Ekonomi di Universiti Tun Abdul Razak kerana analisis yang sangat baik ini.
Terima kasih Prof Dr Barjoyai Bardai, Profesor Ekonomi di Universiti Tun Abdul Razak kerana analisis yang sangat baik ini.
Benar. Program Sarapan Percuma akan menjimatkan kira-kira RM 2.3 bilion duit ibu bapa anak-anak kita.
Bukan itu sahaja, tenaga dan masa juga. Dan yang paling penting, anak-anak kita tidak hadir ke sekolah dengan perut kosong lagi.
Anak orang miskin, anak orang kaya, semuanya anak-anak kita. Dan sarapan percuma adalah untuk semua.
https://ift.tt/2KYhmfi
source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3076115715793014/?type=3
Wednesday, 28 August 2019
Saya amat gembira pada hari ini kerana dapat meluangkan masa melawat Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Jit Sin di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Saya amat gembira pada hari ini kerana dapat meluangkan masa melawat Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Jit Sin di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Dalam kesempatan yang diberikan saya berpeluang menyentuh mengenai usaha-usaha reformasi pendidikan yang sedang digerakkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Saya menekankan mengenai kepentingan untuk warga pendidik, ibu bapa dan anak-anak untuk terus memberikan sokongan padu dan kerjasama kukuh kepada KPM bagi memastikan agenda besar ini dapat dilaksanakan dengan baik dan menyeluruh.
Saya juga menyentuh tentang kepentingan untuk semua anak-anak Malaysia sentiasa mengutamakan perpaduan dan sikap toleransi. Ini merupakan kunci kepada kejayaan dan pengukuhan negara ini sejak sekian lama.
Perbezaan bukanlah untuk kita berpecah, namun ia merupakan kekuatan untuk kita lebih mengenali dan saling menghargai demi rasa cinta buat Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)