Tuesday 31 October 2017

Monday 30 October 2017

Kempen Hour of Code

Hour of Code merupakan kempen kesedaran (awareness campaign ) yang
bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan kesedaran
murid terhadap pengekodan (coding ), pengaturcaraan dan sains
komputer. Kempen ini adalah selari dengan pelaksanaan KSSR Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Semakan dan KSSM baru bagi mata
pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) dan Sains Komputer (SK), yang
menerapkan elemen Pemikiran Komputasional dan Komputer Sains.  Kempen
ini juga ialah salah satu komponen strategik di bawah pelaksanaan
#mydigitalmaker movement.

Berminat? Untuk maklumat lanjut dan tatacara penyertaan, sila KLIK DI SINI .

Sunday 29 October 2017

Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia

Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 Kementerian
Pendidikan Malaysia akan diadakan pada 30 Oktober - 1 November 2017
bertempat di Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Simposium ini dianjurkan
oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan dikelolakan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri Johor. Simposium ini akan disempurnakan oleh YB
Dato' P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan
I, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Objektif utama simposium ini diadakan adalah bagi mengenal pasti
kekuatan perkhidmatan kaunseling dan disiplin di sekolah-sekolah yang
diangkat sebagai model terbaik dalam pembentukan kemenjadian murid
serta meningkatkan pengurusan perkhidmatan kaunseling dan disiplin
agar lebih menarik, proaktif, kreatif dan berkesan.

Simposium ini merupakan platform kepada guru bimbingan dan kaunseling
serta guru disiplin dalam membentangkan amalan terbaik dari aspek
pembangunan sahsiah diri murid, pengukuhan disiplin dan kehadiran
murid, memperkembang kerjaya murid dan kesejahteraan mental murid.
Simposium ini juga mengiktiraf peranan guru bimbingan dan kaunseling
serta guru disiplin yang telah berjaya melaksanakan program intervensi
dalam pembangunan modal insan dengan cemerlang dan berimpak tinggi.

Pelaksanaan Simposium Hal Ehwal Murid ini diharap dapat mencetus lebih
banyak inovasi, kreativiti dan model terbaik yang boleh diteladani
serta berkesan dalam meningkatkan kualiti pengurusan perkhidmatan
kaunseling dan disiplin di sekolah seluruh Malaysia.

Thursday 26 October 2017

Ucapan Bajet 2018

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pembentangan Bajet 2018 oleh YAB Dato' Sri
Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap
Menteri Kewangan akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh            :           27 Oktober 2017 (Jumaat)

Masa              :           3.30 petang (Pembentangan bermula)

Tempat          :           Parlimen Malaysia



Untuk makluman, selain liputan siaran langsung oleh stesen-stesen
televisyen seperti RTM, Astro, TV Alhijrah dan Bernama, Pembentangan
Bajet 2018 juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui
Laman Khas Bajet 2018, iaitu melalui link http://www.treasury.gov.my .

Teks Ucapan Bajet dan Laporan Ekonomi 2017/2018 juga boleh dimuat
turun dari laman tersebut sejurus selesai membentangkan Bajet 2018.

Selain Laman Khas Bajet 2018, Pembentangan Bajet 2018 juga boleh
diakses melalui pautan laman web Jabatan Perdana Menteri dan
agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:

Pejabat Perdana Menteri – http://www.pmo.gov.my

Kastam Di Raja Malaysia – http://www.customs.gov.my

Bank Negara Malaysia – http://www.bnm.gov.my

Suruhanjaya Sekuriti – http://www.sc.com.my

Lembaga Hasil Dalam Negeri – http://www.hasil.gov.my

Wednesday 25 October 2017

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PUSAT DOKUMENTASI

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PUSAT DOKUMENTASI

Pusat Dokumentasi akan ditutup buat sementara waktu. Sehubungan itu,
mohon kerjasama tuan, untuk

menghebahkan makluman tersebut di laman Web KPM untuk makluman semua
pengguna seperti di bawah.

Adalah dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Rujukan di  Pusat Dokumentasi BPPDP

akan di tutup sementara seperti ketentuan berikut :

Tarikh    :               27  Oktober 2017

Masa     :               8.00 pagi – 4.15 petang

Penutupan ini adalah bersempena Perhimpunan Bulanan Oktober  BPPDP dan
lawatan  daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Sebarang kesulitan amat kami kesali.

Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan mengadakan Majlis Anugerah Inovasi
Perdana Menteri 2017 (AIPM 2017) pada 7 November 2017 (Selasa)
bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan
disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana
Menteri Malaysia.

Layari www.mampu.gov.my ; facebook MAMPU Jabatan Perdana Menteri;
twitter @MAMPUJPM serta instagram mampujpm untuk info lanjut mengenai
AIPM 2017.

Monday 23 October 2017

Penghuraian Tugas Penyelia Asrama di Sekolah dan di Institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Penghuraian Tugas Penyelia Asrama di Sekolah dan di Institusi di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Surat Iringan-Penghuraian Tugas Penyelia Asrama

Penghuraian Tugas Penyelia Asrama

Friday 20 October 2017

Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Ditemu Duga Pelantikan Tetap Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Spp)

Sukacita dimaklumkan bahawa CALON- CALON PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN (PISMP) TAGGING SK, SJKT DAN SR KELUARAN JUN 2017 YANG TELAH
DITEMU DUGA  OLEH SPP   boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman
sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat berikut
egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan dibawah. Aplikasi
pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di
atas yang telah ditemu duga pelantikan tetap oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon
tersebut (PISMP TAGGING SK, SJKT  DAN SR KELUARAN  JUN 2017)  sahaja
yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi
e-Graduan. SETIAP CALON DIWAJIBKAN UNTUK MEMUATNAIK SIJIL PENGAJIAN
BAGI TUJUAN VERIFIKASI.

Monday 16 October 2017

Keputusan Panggilan Pentaksiran Calon NPQEL 2018

Keputusan Panggilan Pentaksiran Calon NPQEL 2018 boleh disemak melalui
Sistem Dalam Talian Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) mulai 4
Oktober 2017. Sila layari  Sistem NPQEL MPPS

[Dibuka Sekarang] Permohonan Murid Secara Online Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa murid-murid tahun 6
yang sedang menanti keputusan UPSR 2017 untuk memohon secara online
kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018.

Permohonan dibuka mulai 16 Oktober hingga 19 November 2017 . Untuk
mendapatkan keterangan lanjut, sila layari https://sst1.moe.gov.my

Saturday 14 October 2017

Peperiksaan Bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017

Peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 akan
berlangsung bermula 23, 25, 30, 31 Oktober dan 1 November 2017.

Calon STAM 2017 boleh mendapatkan jadual waktu peperiksaan dengan
memuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan di
http://www.lp.moe.gov.my

Friday 13 October 2017

GANGGUAN CAPAIAN PERKHIDMATAN APLIKASI DALAM TALIAN (ONLINE) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Perhatian Kepada

Semua Pengguna aplikasi dalam talian (online) KPM seluruh negara

Tarikh/Masa Mula

13 Oktober 2017 (Jumaat) / 6.00 Petang

Tarikh Tamat/Masa Tamat

15 Oktober 2017 (Ahad) / 6.00 pagi

Kerja-kerja/tujuan/sebab

Adalah dimaklumkan bahawa capaian kepada aplikasi dalam talian
(online) Kementerian Pendidikan Malaysia di seluruh negara akan
mengalami gangguan berikutan kerja-kerja penyelenggaraan pusat data
yang akan dilaksanakan pada tarikh dan masa seperti dinyatakan di
atas.

Kesan kepada pengguna yang terlibat

Sehubungan itu, sepanjang tempoh yang dinyatakan di atas, akan
terdapat gangguan capaian kepada aplikasi dalam talian (online).

Adalah dinasihatkan supaya semua transaksi disempurnakan sebelum atau
selepas pada waktu yang dinyatakan.

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui :

Khidmat Meja Bantuan Pusat Data KPM

E-mel: pde_helpdesk@moe.gov.my

Telefon :  06 – 797 8424

Pelanjutan Tarikh Permohonan atas talian Bank Rakyat Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (KADS1M) Debit Tahun 2017

Adalah dimaklumkan bahawa, mana-mana pelajar Kementerian Pendidikan
Malaysia yang telah mendaftar tetapi masih belum memperolehi Kad Siswa
Debit 1 Malaysia (KADS1M) Tahun 2017 adalah diminta untuk membuat
permohonan semula melalui atas talian di laman sesawang Bank Rakyat.
Permohonan semula perlu dilakukan kerana semakan daripada Bank Rakyat
mendapati ramai pelajar-pelajar tidak membuat permohonan atas talian
menyebabkan tiada rekod yang diperolehi. Permohonan semula boleh
dilakukan sehingga tarikh tutup pada atau sebelum 30 Oktober 2017.

Thursday 12 October 2017

Program Simposium Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2017 Pada 16 Hingga 17 Oktober 2017 Di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu

Program Simposium Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2017 akan
dilaksanakan pada 16 hingga 17 Oktober 2017 di IPG Kampus Dato' Razali
Ismail, Kuala Nerus, Terengganu.



Pada 16 hingga 17 Oktober 2017, Bahagian Psikologi dan Kaunseling,
Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Simposium Psikologi
Kaunseling Kebangsaan 2017 bertempat di IPG Kampus Dato' Razali
Ismail, Kuala Nerus, Terengganu. Program ini akan dirasmikan oleh
Yang Amat Berhormat  Dato' Seri Haji Ahmad Razif Bin. Abd. Rahman,
Menteri Besar Terengganu. Simposium ini juga turut diserikan dengan
kehadiran Yang Berhormat Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan
Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tema Simposium
Psikologi Kaunseling pada tahun ini ialah "Bebas Stigma Santuni
Mereka".

Di antara objektif program ini adalah untuk menguar-uarkan
perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang ditawarkan oleh BPsK,
Kementerian Pendidikan Malaysia di samping memperkasakan perkhidmatan
psikologi dan kaunseling di seluruh negara.

Simposium ini akan mengenengahkan pakar-pakar psikologi dan juga
psikiatri untuk berkongsi kepakaran dengan para peserta. Di antaranya
seperti YBhg. Dato' Abdul Halim Bin Jusoh dari Kementerian Pengajian
Tinggi, Prof. Dr. Hj. Lukman @ Zawawi Bin Muhamad dari UniSZA, Dr.
Kamarul Bin Md. Shah dari Universiti Malaysia Terengganu dan lain-lain
tokoh yang berkaliber serta berpengalaman.

Simposium ini mensasarkan warga KPM khususnya kaunselor organisasi,
Guru Bimbingan Dan Kaunseling yang berada  di KPM, Jabatan Pendidikan
Negeri, Pejabat  Pendidikan Daerah, Institut Pendidikan Guru, Kolej
Matrikulasi serta sekolah termasuk pensyarah-pensyarah dari universit
awam di Malaysia.

Tuesday 10 October 2017

Pelawaan Pencalonan Peserta Mengikuti Program Latihan Belia Muda di Negara Jepun Tahun 2018 - Young Leaders Program On Science And Mathematics In Basic Education Course

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah mengambil maklum bahawa  Program Latihan Belia Muda di Negara
Jepun Tahun 2018   akan diadakan bermula dari  28 Januari 2018 – 14
Februari 2018 (18 hari) . Bidang kursus yang ditawarkan ialah  Young
Leaders Program on Science and Mathematics in Basic Education Course .
Objektif program ini adalah untuk  membantu pegawai muda memperolehi
pengetahuan berhubung kaedah dan sistem pembelajaran Sains dan
Matematik dalam pendidikan asas di Negara Jepun .



Maklumat berkaitan Program tersebut adalah seperti berikut :

Bil

Perkara



1.

Iklan

Muat Turun

2.

General Information

Muat Turun

3.

Young Leader Application Form (2 Salinan)

Muat Turun

4.

Borang JPA(L)LDP 1A/96 - Lampiran B

Muat Turun

5.

Borang Perakuan Ketua Jabatan - Lampiran C

Muat Turun

Semua borang di atas hendaklah dimuat turun, diisi dan dicetak  dengan
disertakan dokumen-dokumen seperti berikut:

            (i)        Salinan Passport Antarabangsa ; dan

           (ii)        Country Report (ANNEX)

Semua dokumen hendaklah dikemukakan/diposkan ke Bahagian ini
selewat-lewatnya pada atau sebelum tarikh tutup permohonan  19 Oktober
2017 (Khamis) jam 5.00 petang  kepada:



                      Cik Noraini Binti Abdul Latiff

                      Bahagian Pendidikan Guru

                      Kementerian Pendidikan Malaysia

                      Aras 3, Blok E13, Kompleks E,

                      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

                      62604 PUTRAJAYA

Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi  Cik
Noraini Binti Abdul Latiff ,  Sektor Dasar Keguruan ,  BPG  di talian
03- 88841212  atau melalui di alamat e-mel
noraini.abdlatif@moe.gov.my .

Pelawaan Pencalonan Peserta Bagi Menyertai Kursus-Kursus Yang Ditawarkan Oleh SEAMEO RECSAM Bagi Tahun 2018

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah mengambil maklum bahawa  Southeast Asian Ministers of Education
Organization  (SEAMEO)  Regional Centre for Education in Science and
Mathematics  mempelawa pencalonan daripada kalangan Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sama ada dalam kalangan
Pegawai/Pensyarah/Guru Penolong Kanan/Guru Cemerlang/Jurulatih Utama/
Guru Sains dan Matematik sama ada  di Sekolah Menengah atau Sekolah
Rendah di bawah KPM untuk memohon kursus yang ditawarkan oleh SEAMEO
RECSAM bagi tahun 2018.

Maklumat berkaitan kursus tersebut adalah seperti berikut :



Bil

Perkara



1.

Iklan

Muat Turun

2.

Course Description

Muat Turun

3.

Application Form

Muat Turun

4.

Medical Report

Muat Turun

5.

Scholar Agreement

Muat Turun



Semua borang permohonan yang telah lengkap diisi seperti yang telah
dimaklumkan di atas  MESTI  disertakan bersama-sama  dokumen-dokumen
sokongan lain  seperti berikut :



(i)              Profile Individu  /  Resume Ringkas dan  Tugas Semasa PPP

(ii)            Salinan Kad Pengenalan

(iii)           Salinan Passport – jika ada

(iv)           Salinan  TOEFL / IELTS  atau Sijil-Sijil Kompetensi
Bahasa Inggeris lain

(v)            Surat Sokongan daripada Ketua Jabatan
(Pengarah/Pengetua/Guru Besar)



Semua dokumen hendaklah dikemukakan/diposkan ke Bahagian ini
selewat-lewatnya pada atau sebelum tarikh tutup permohonan (30 OKTOBER
2017) bagi setiap kursus yang dimohon dengan segera kepada  :



                         Encik Ahmad Sabri bin Abdullah

                        Sektor Dasar Keguruan,

                        Bahagian Pendidikan Guru,

                        Kementerian Pendidikan Malaysia,

                        Aras 3, Blok E13, Kompleks E,

                        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

                        62604  PUTRAJAYA .

Jika ada pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi  Encik
Ahmad Sabri bin Abdullah, Sektor Dasar Keguruan, BPG di talian 03 8884
1060  atau melalui emel  ahmad.sabri@moe.gov.my .

Invitation To Attend The Bett Asia 2017 Expo, 15-16 November 2017, Mandarin Oriental Kuala Lumpur

Invitation to attend the Bett Asia 2017 Expo, 15-16 November 2017,
Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

Bett Asia will be returning to Kuala Lumpur with a comprehensive
CPD-accredited Expo programme for all educators and education
technology professionals, featuring:

Expo - An exclusive exhibition of 50+ pioneering companies will
showcase the most innovative technology and resources with the
potential to revolutionise today's classroom. Exhibitors will be on
hand to demonstrate and talk you through their products and services.

Teachers Academy – hosted by Microsoft, the Teachers Academy is geared
towards primary and secondary educators who want to develop their
skills and understanding of how digital technologies can extend and
amplify learning in the 21st century classroom.

School Leaders Academy – hosted by Education Changemakers, this
workshop is focused on 'Launching Innovative Leadership'. This two-day
event is geared towards those who have responsibility for whole school
improvement especially where technology is levered.

Learn Live – our seminar theatre will address the most pressing
questions in the minds of educators across Malaysia and beyond. From
STEM to opportunities in Bring Your Own Device (BYOD) programmes,
Design Thinking, Blended Learning and much more.

You can find further information here
https://asia.bettshow.com/about-expo  and also register for free here.

Permohonan Murid Secara Online Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa murid-murid tahun 6
yang sedang menanti keputusan UPSR 2017 untuk memohon secara online
kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2018.

Permohonan dibuka mulai 16 Oktober hingga 19 November 2017 . Untuk
mendapatkan keterangan lanjut, sila layari www.moe.gov.my

Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Ppp) Dg41 Bagi Sekolah Rendah Bil.6/2017

Sukacita dimaklumkan bahawa

PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DG41 BAGI SEKOLAH
RENDAH BIL.6/2017

boleh dicapai melalui Portal Rasmi KPM mulai 10/10/2017.  Berikut
adalah maklumat yang perlu disertakan :

URL : egraduan.moe.gov.my

Tarikh mula : 10/10/2017

Tarikh Akhir : 10/11/2017

Tarikh Penempatan : 23/10/2017

Waktu Mula Semakan Penempatan : 12 pagi

Semakan maklumat Sesi Serlahan Seni bagi Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia ambilan 2018

Semakan maklumat Sesi Serlahan Seni bagi Kemasukan Ke Sekolah Seni
Malaysia ambilan 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa calon boleh menyemak maklumat Sesi Serlahan
Seni bagi Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia ambilan 2018 bermula 5
Oktober 2017 (Khamis) jam 2.00 petang. Seterusnya calon boleh terus
mencetak surat panggilan tersebut.

Sila Klik Link Di bawah :

https://essem.moe.gov.my/

Thursday 5 October 2017

Senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia

Berikut merupakan Senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):



Bil

Tajuk

Muat Turun

1

SENARAI NAMA PEMINJAM TEGAR SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2017

Muat Turun

2

SENARAI NAMA DIKELUARKAN DARI SENARAI TEGAR BAGI BULAN OGOS-SEPTEMBER 2017

Muat Turun

Pengisian Borang P.S.D. Form (Performance) 6/93 Bagi Pegawai Cuti Belajar di Bawah Jawatan Latihan, Bahagian Tajaan Pendidikan (BT), Kementerian Pendidikan Malaysia

Dimaklumkan bahawa, bagi urusan penilaian prestasi tahun 2017, semua
Pegawai Cuti Belajar atau Anggota Jawatan Latihan, Bahagian Tajaan
Pendidikan (BT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diwajibkan
untuk mengisi borang Laporan Prestasi Tahunan [P.S.D. Form
(Performance)6/93] yang boleh dimuat turun secara dalam talian dan
perlu dikemukakan ke Bahagian ini selewat-lewatnya 31 Disember 2017.

Sekian, terima kasih.



Bahagian Tajaan Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia



MUAT TURUN:

1.     Surat Hebahan Pengisian P.S.D Form

2.     Borang P.S.D. Form (Performance) 6/93

Wednesday 4 October 2017

Semakan maklumat Sesi Serlahan Seni bagi Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia ambilan 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa calon boleh menyemak maklumat Sesi Serlahan
Seni bagi Kemasukan Ke Sekolah Seni Malaysia ambilan 2018 bermula 4
Oktober 2017 (Rabu) Jam 2.00 Petang. Seterusnya calon boleh terus
mencetak surat panggilan tersebut.

Sila Klik Link Di bawah :

https://essem.moe.gov.my/

Monday 2 October 2017

Semakan Keputusan Akhir NPQEL Ambilan 1 Tahun 2017

Semakan Keputusan Akhir NPQEL Ambilan 1 Tahun 2017 boleh disemak
melalui Sistem Dalam Talian Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS).
Sila layari Sistem NPQEL MPPS .

Maklumat Kemasukan Murid Bagi Program Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan Januari 2018

Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2017 yang menduduki Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dipelawa untuk memohon mana-mana program yang
ditawarkan bagi Ambilan Januari 2018 seperti berikut :

Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma)

ü  di Kolej Vokasional KPM

Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia

Program Kemahiran di :

ü  Kolej Vokasional KPM

ü  Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)

ü  GIATMARA



2.  Permohonan secara online dibuka mulai 10 Oktober 2017 hingga 20
Disember 2017.



3. Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari http:
//www.moe.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 6, Blok E14, Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian  03-88845154 /
5088 / 5067 / 5089 / 5094)

Konvensyen Penyelidikan Pendidikan RnD Kali Ke – 9 Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Matrikulasi akan mengadakan
Konvensyen Penyelidikan Pendidikan RnD kali ke – 9 bertempat di

Institut Aminudin Baki Bandar Enstek, Nilai pada 8 – 10 Oktober 2017.

Tema konvensyen Penyelidikan RnD Kali ke – 9 ialah Penyelidikan
Pendidikan Ke Arah Mentransformasikan Amalan PdP.

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan