Sunday 29 October 2017

Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia

Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 Kementerian
Pendidikan Malaysia akan diadakan pada 30 Oktober - 1 November 2017
bertempat di Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Simposium ini dianjurkan
oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan dikelolakan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri Johor. Simposium ini akan disempurnakan oleh YB
Dato' P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan
I, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Objektif utama simposium ini diadakan adalah bagi mengenal pasti
kekuatan perkhidmatan kaunseling dan disiplin di sekolah-sekolah yang
diangkat sebagai model terbaik dalam pembentukan kemenjadian murid
serta meningkatkan pengurusan perkhidmatan kaunseling dan disiplin
agar lebih menarik, proaktif, kreatif dan berkesan.

Simposium ini merupakan platform kepada guru bimbingan dan kaunseling
serta guru disiplin dalam membentangkan amalan terbaik dari aspek
pembangunan sahsiah diri murid, pengukuhan disiplin dan kehadiran
murid, memperkembang kerjaya murid dan kesejahteraan mental murid.
Simposium ini juga mengiktiraf peranan guru bimbingan dan kaunseling
serta guru disiplin yang telah berjaya melaksanakan program intervensi
dalam pembangunan modal insan dengan cemerlang dan berimpak tinggi.

Pelaksanaan Simposium Hal Ehwal Murid ini diharap dapat mencetus lebih
banyak inovasi, kreativiti dan model terbaik yang boleh diteladani
serta berkesan dalam meningkatkan kualiti pengurusan perkhidmatan
kaunseling dan disiplin di sekolah seluruh Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan