Showing posts with label SEKOLAH KOTA RAJA PANCHOR MUAR JOHOR. Show all posts
Showing posts with label SEKOLAH KOTA RAJA PANCHOR MUAR JOHOR. Show all posts

Wednesday 4 September 2019

DOA MENDUDUKI PEPERIKSAAN: Keluar rumah: بِسْمِ ٱللَّهِ تَوَکَّلْتُ عَلَى ٱللَّهُ Dalam Perjalanan : يَا ذَٱلْجَلَالِ وَٱلْإِكْرَامِ Msuk dewan periksa : سَلٰمٌ قَوْلًا مِّن رَّبِّ ٱلرَّحِيمِ Duduk : إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينَ Buka kertas soalan : ٱهْدِنَا ٱلصِّرَاطَ اٱلْمُسْتَقِيمَ Jawab soalan : إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا Soalan susah : وَكَانَ ذٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرًا Check jawapan : إِنَّ ٱللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلٍيمًا Hantar : وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَلِيًّا وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ يَسِيرًا ٰ Selamat Menjawab Soalan UPSR.


DOA MENDUDUKI PEPERIKSAAN:

Keluar rumah:
بِسْمِ ٱللَّهِ تَوَکَّلْتُ عَلَى ٱللَّهُ
Dalam Perjalanan :
يَا ذَٱلْجَلَالِ وَٱلْإِكْرَامِ
Msuk dewan periksa :
سَلٰمٌ قَوْلًا مِّن رَّبِّ ٱلرَّحِيمِ
Duduk :
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينَ
Buka kertas soalan :
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَاطَ اٱلْمُسْتَقِيمَ
Jawab soalan :
إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
Soalan susah :
وَكَانَ ذٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرًا
Check jawapan :
إِنَّ ٱللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلٍيمًا
Hantar :
وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَلِيًّا وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ يَسِيرًا
ٰ
Selamat Menjawab Soalan UPSR.
Sumber : SEKOLAH KOTA RAJA PANCHOR MUAR JOHOR

SELAMAT BERJAYA CALON UPSR 2019 SK KOTA RAJA PANCHOR


SELAMAT BERJAYA CALON UPSR 2019 SK KOTA RAJA PANCHOR

Assalamualaikum wbt.

Semoga semua calon UPSR , ibu bapa calon dan guru2 SK Kota Raja (SKKR) dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT.

Masanya kini tiba…Upsr 2019 bermula Rabu 04/9/19. Selamat menduduki UPSR anak-anak SKKR yang dikasihi. Semoga semuanya sentiasa dalam keadaan sihat, tenang dan berkeyakinan. Teruskan usaha & kekal fokus mengulangkaji dalam masa2 terakhir ini dan berdoalah dengan penuh kesungguhan & ketundukan kpd Allah SWT.

Semoga segala usaha & pengorbanan kalian dalam menuntut ilmu diberkati Allah SWT dan diberikan kefahaman yang benar, daya ingatan yang baik dan dapat menjawab semua soalan UPSR dengan tepat & betul. Seterusnya jangan kita lupa…Setelah kita berusaha..kita bertawakal kepadaNya.

Untuk ibu bapa dan guru2… usaha dan sokongan kita kepada anak2 selama ini amat besar ertinya pada mereka. Di saat mereka sedang berdebar menanti hari peperiksaan ini… peranan kita menitipkan keyakinan & ketenangan di hati mereka amat penting. Ayuh kita santuni mereka dengan hati & juga dengan doa. Doa2 kita sebagai ibu bapa & guru akan dapat membantu mereka dalam pelbagai sudut. Insya Allah.

Selamat berjaya anak anak yang dikasihi, selamat berjaya ibu bapa yang dihormati, selamat berjaya guru guru yang dihargai. Moga semua berjaya disisi Illahi. Aamiin.

Akhir kata…”mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar & solat” : Al baqarah : 45

Salam kejayaan dunia & akhirat

Wan Noraini binti Wan Ali
GB SKKR
03/9/19
Sumber : SEKOLAH KOTA RAJA PANCHOR MUAR JOHOR

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan