Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Tuesday 27 October 2020

GOTONG-ROYONG BILIK SPBT (BOS-S & BOS-D) 2020 - SK Desa Pandan

Pada 06 Julai hingga 10 Julai 2020, telah dijalankan aktiviti gotong-royong Bilik Operasi SPBT- Sekolah dan Daerah (BOSS dan BOSD). Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membaik pulih lantai yang telah uzur, rak-rak yang perlu dibalut semula dan rak-rak yang perlu dicat semula. Aktiviti ini melibatkan semua guru di bawah Unit SPBT 2020. Diharapkan Bilik ini akan sentiasa ceria menyambut pembukaan sekolah selepas cuti PKP yang panjang.

Bilik SPBT selepas gotong royong
Bilik SPBT dalam proses
Bilik SPBT sebelum gotong-royong
Sebelum gotong-royong
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Thursday 3 September 2020

TEMPLAT LAPORAN KEROSAKAN - SK Desa Pandan

Untuk makluman guru-guru, sebarang aduan kerosakan boleh dilaksanakan dengan memuat turun borang pada ikon ‘Download’ di bawah.

Laporan tersebut perlu disediakan secara bertaip, disertakan gambar dan sedikit keterangan. Guru-guru boleh mencetak laporan yang telah lengkap dan menyerahkannya kepada En. Mohd Fauzan Bin Che Mohd Noor untuk tindakan lanjut.

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Friday 28 August 2020

NOTA MINTA - SK Desa Pandan

Untuk makluman guru-guru, helaian nota minta telahpun dikemaskini. Guru-guru boleh mendapatkan templat nota minta pada ikon muat turun di bawah. Perinician nota minta boleh disi secara bertaip mengikut kesesuaian semasa guru-guru sebelum diserahkan kepada guru besar, Pn. Maheran Binti Abd Halim.

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Wednesday 26 August 2020

Hello world! - SK Desa Pandan

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Sunday 9 August 2020

TAKWIM TERKINI SKDP OGOS 2020 – JAN 2021 - SK Desa Pandan

Untuk makluman semua guru SKDP, terdapat perubahan pada takwim sekolah berikutan dengan situasi semasa yang sedang kita hadapi. Berikut adalah takwim terkini bagi bulan Ogos 2020 hingga Januari 2020. Guru-guru boleh memuat turun pada ikon ‘DOWNLOAD’ yang telah disediakan di bawah.

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Monday 20 July 2020

Protected: Kunjung Bantu Pembukaan Semula Prasekolah Oleh Pn.Noorhana Binti Hashim - SK Desa Pandan

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Protected: Kunjung Bantu Pembukaan Semula Prasekolah - SK Desa Pandan

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Tuesday 3 March 2020

Senarai Nama Guru Terkini SKDP 2020 - SK Desa Pandan

Guru-guru boleh mendapatkan senarai nama guru terkini SK Desa Pandan dengan memuat turun melalui ikon di bawah.

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Wednesday 12 February 2020

Program Kecemerlangan UPSR 2020 - SK Desa Pandan

Program Kecemerlangan Tahun 6 telah dirancang untuk memacu pencapaian murid dari semua aspek agar terus cemerlang. Perincian program-program ini boleh dimuat turun pada ikon di bawah. 

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Program Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru Tahun 6/2020 - SK Desa Pandan

Satu program Permuafakatan Ibu Bapa/ Penjaga dan Guru-guru Tahun 6 merupakan program anjuran pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SK Desa Pandan.

Program tahunan ini dirancang bagi mewujudkan kesepakatan dan kerjasama dua hala yang berkesan antara pihak sekolah dan ibu bapa demi meningkatkan prestasi murid khususnya murid Tahun 6. Seramai 169 orang murid dan 133 orang ibu bapa telah terlibat dalam program ini.

Tarikh: 11 Januari 2020                                                                                                              Masa   : 11.30 a.m. – 12.30 p.m.                                                                                              Tempat: Dewan Seri Budiman

Antara intipati program tersebut boleh didapati melalui pada ikon di bawah.

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Friday 7 February 2020

Kejohanan Hoki BTHC 7’S Bawah 12 Tahun Piala TNB 2020 - SK Desa Pandan

Pasukan hoki lelaki dan perempuan SKDP telah menyertai Kejohanan Hoki BTHC 7’s Bawah 12 Tahun Piala TNB 2020

Tarikh        : 24-26 Januari 2020                                                                                                         Anjuran     : SK Seri Bemban, Melaka.                                                                           Keputusan:  Naib Johan Plate (pasukan lelaki)                                                                                                    Peringkat suku akhir (pasukan perempuan)

Jutaan terima kasih kepada Pn. Maheran bt Abd Halim (Guru Besar), Cik Siti Arpah bt Md Said (GPK Kokurikulum), pihak sekolah serta ibu bapa yang sentiasa menyokong pembangunan Sukan Hoki SK Desa Pandan. Sokongan ibu bapa yang turut sama ke melaka telah membuktikan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Tidak lupa ucapan terima kasih kepada Coach Kamaruzzaman bin Nor, Coach Abdul Razak @ Rahman bin Pendek,En. Mohazli bin Mohd Nor, ibu bapa, cikgu-cikgu dan jurulatih luar yang pernah melatih permain Hoki SK Desa Pandan.

Semoga pasukan hoki SKDP akan terus melakar sejarah di masa akan datang.

             

           

 

 

 

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Tuesday 4 February 2020

Kulit Hadapan Fail TeachSmart 2020 - SK Desa Pandan

Guru-guru boleh memuat turun kulit hadapan fail TeachSmart 2020 dengan klik pada ikon di bawah.

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Monday 3 February 2020

Format Penulisan Minit Curai - SK Desa Pandan

Contoh format penulisan minit curai boleh dimuat turun pada ikon di bawah. Guru-guru perlu menyerahkan satu salinan hardcopy dan softcopy kepada Guru Besar, Pn Maheran Binti Abd Halim serta satu salinan hardcopy kepada Pn. Shahifah Rabiha Binti Norma untuk simpanan fail Latihan Dalam Perkhidmatan.

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Tuesday 21 January 2020

Panduan Uniform Pengakap (Ahli Baharu) - SK Desa Pandan

Selamat datang buat ahli-ahli baharu Pengakap Kanak-Kanak SK Desa Pandan. Berikut merupakan panduan Uniform Pengakap untuk ahli-ahli baharu. Perkara wajib dipakai setiap kali perjumpaan ialah Skarf dan Wogle.

Setiap kali perjumpaan juga, ahli-ahli perlu membawa buku log dan juga alat tulis yang mencukupi. Kelengkapan lain yang mungkin diperlukan, akan dimaklumkan dari masa ke masa, mengikut keperluan aktiviti perjumpaan.

Sekiranya ibu bapa ingin membeli kemeja pengakap untuk anak-anak, bolehlah berpandukan senarai semak yang berikut:

Bahu Kanan
✅ Kuala Lumpur
✅ Titiwangsa
✅ 27

Bahu Kiri
✅ Nama Sekawan

Dada Kanan
✅ Pengakap dunia
✅ Tanda nama (Latar Biru Gelap)
✅ Pengakap Malaysia

Dada Kiri
✅ Bendera Malaysia.
✅ Pangkat Ketua Sekawan atau Penolong Ketua Sekawan (jika berkaitan)

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Kejohanan Merentas Desa MSSPWKL - SK Desa Pandan

Pada 21 Januari 2020 telah diadakan Kejohanan Merentas Desa MSSPWKL bertempat di Taman Metropolitan Kepong. Pasukan dari SK Desa Pandan ini dibimbing oleh jurulatih pasukan olahraga sekolah, Cik Jeyamalini A/P Armugam.

Penyertaan SK Desa Pandan

  1. Al – Afiq bin Zabar
  2. Muhammad Hambali b Abdul Samah
  3. Muhammad Adam b Azli
  4. Faris Syahmi b Herwan Hidayat
  5. Aisyah Zakirah BT Nor Azlan Shah
  6. Nur Ain Sofea BT Mohd Sabri
  7. Nur Aqila Sofea bt Rosli
  8. Puteri Delysha Dhofwatul’Aisy bt Mohamad Razali.
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Monday 20 January 2020

Tarikh Perhimpunan Rasmi Unit Beruniform 2020 - SK Desa Pandan

Setiap hari Isnin Minggu ketiga pada setiap bulan akan diadakan Perhimpunan Rasmi Unit Beruniform. Penasihat dan ahli unit beruniform yang bertugas adalah mengikut ketetapan yang berikut:

Bil. Tarikh Pengurusan Perhimpunan Kokurikulum
1. 13 Januari 2020 Unit Pengakap Kanak-Kanak
2. 10 Februari 2020 Unit Pergerakan Puteri Islam Malaysia
3. 16 Mac 2020 Unit Pandu Puteri Tunas
4. 13 April 2020 Unit Bulan Sabit Merah Malaysia
5. 11 Mei 2020 Cuti Ganti Nuzul Al-Quran
6. 15 Jun 2020 Unit Tunas Kadet Remaja Sekolah
7. 13 Julai 2020 Unit Pengakap Kanak-Kanak
8. 10 Ogos 2020 Unit Pergerakan Puteri Islam Malaysia
9. 14 September 2020 Unit Pandu Puteri Tunas
10. 12 Oktober 2020 Unit Bulan Sabit Merah Malaysia
11. 16 November 2020 Cuti Hari Deepavali
12. 14 Disember 2020 Cuti Akhir Tahun

* Tertakluk kepada sebarang pindaan.

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Hari Pertama Persekolahan 2020 - SK Desa Pandan

02 Januari 2020 merupakan hari pertama persekolahan murid di SK Desa Panda. Murid-murid tahun 1 sesi 2020 akan merasai pengalaman pertama mereka memasuk alam persekolahan.

Pelbagai reaksi yang dapat dilihat pada hari ini. Semua warga Sekolah mengucapkan Selamat Datang kepada semua murid dan berharap tahun 2020 akan melakar pelbagai kejayaan buat semua.

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Program Kecemerlangan Tahun 6 2019 - SK Desa Pandan

 

 

Video ini memaparkan koleksi gambar program kecemerlangan Tahun 6 yang telah diadakan sepanjang tahun 2019. Semoga anak-anak didik ini terus berjaya walau di mana pun mereka berada.

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Tuesday 14 January 2020

Malam Seribu Kenagan (MSK 2019) - SK Desa Pandan

Malam Seribu Kenangan (MSK 2019) telah diadakan pada 16 November 2019 dengan tujuan untuk meraikan murid-murid Tahun 6 yang bakal meninggalkan Sekolah Kebangsaan Desa Pandan. Program tahunan ini telah dikelolai oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan kerjasama guru-guru Tahun 6 bertemakan retro. Antara aktiviti yang dijalankan ialah cabutan bertuah dan persembahan nyanyian lagu retro oleh murid-murid Tahun 6. Adik Muhammad Adib dan Adik Islah Uzma telah dinobatkan sebagai pemenang ‘Best Dress’ bagi kategori murid manakala bagi kategori dewasa telah dinobatkan kepada Puan Maheran Binti Abd Halim. Gambar- gambar pada MSK 2019 boleh dilihat menerusi pautan berikut; https://photos.app.goo.gl/Pi3gHzmQc8U57Mru6

Tarikh: 16 November 2019.

Waktu: 8.00 p.m – 10.00p.m

Tempat: D’Tunjung Banquet Hall, Pandan Indah

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Tuesday 7 January 2020

Fail Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran (RPP) 2020 - SK Desa Pandan

Guru- guru boleh memuat turun kulit hadapan fail RPP 2020. Guru-guru juga perlu menghantar salinan butiran peribadi dan salinan jadual waktu kepada Setiausaha Kurikulum, Puan Samhanin binti Mansor. Bahan tersebut boleh didapati di pautan http://www.skdp.edu.my/bahan-fail-rph-skdp/.

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan