Friday 31 December 2021

Dakwaan Penutupan Laluan Gerik – Jeli Akibat Banjir Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Polis Daerah Gerik: Untuk makluman berita tersebut adalah palsu dan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) yang menghubungkan Gerik – Jeli boleh dilalui oleh semua kenderaan. Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik menyeru orang ramai tidak mempercayai info yang tidak sahih dan sentiasa mendapatkan info yang sahih dari pihak agensi kerajaan. SUMBER: Facebook Rasmi […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday 28 December 2021

Tiada Penglibatan UN Dalam Misi Bantuan Banjir - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan media Angkatan Tentera Malaysia (ATM): Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Bin Buang TUDM menafikan bahawa penularan video berdurasi 1.00 minit memperlihatkan pergerakan beberapa trak 3 tan berlogokan United Nations (UN) serta berwarna putih atas keterlibatan pertubuhan antarabangsa itu membawa masuk bantuan banjir kepada Malaysia sepertimana yang ditularkan melalui […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Monday 27 December 2021

Tiada Organ Diambil Dari Jenazah Warga Indonesia Yang Meninggal Di Sabah - Sebenarnya

Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah: Jabatan ingin memberikan maklum balas kepada isu warganegara Indonesia yang meninggal di negeri Sabah yang dibangkitkan dalam berita Indonesia yang disiarkan dalam YouTube pada 22 dan 23 Disember 2021. Pesakit bernama Saidiman Hamal, 38 tahun yang berasal dari Indonesia telah dijumpai mati di atas kapal pada 1 Disember 2021 […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

PDRM Bersama PGA PDRM Menjalankan Penugasan Rondaan Keselamatan Bagi Penguatkuasaan SOP Di Kawasan Tumpuan Orang Ramai - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Dang Wangi: Pada 26/12/2021 terkesan satu video berdurasi 1 minit 34 saat yang dimuatnaik di akaun TikTok yang mana menyatakan pihak polis dan tentera menghalang sambutan krismas. Pihak polis ingin menjelaskan bahawa pada malam sambutan Krismas (24/12/2021), Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah menjalankan penugasan rondaan keselamatan bagi […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Saturday 25 December 2021

Hanya Kawasan Yang Terjejas Banjir Sahaja Akan Menghadapi Penutupan Bekalan Elektrik - Sebenarnya

SUMBER: Twitter Rasmi TNB Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday 24 December 2021

Amaran Ramalan Cuaca Kononnya Dari Prof. Shahrul Shauqi Bagi Tarikh 26-29 Disember 2021 Adalah Tidak Tepat - Sebenarnya

MET Malaysia mengklasifikasikan maklumat berkenaan “WARNING for December 26, 27, 28, 29 by Prof. Shahrul Shauqi” yang sedang tular di pelbagai platform media sosial serta aplikasi WhatsApp sebagai tidak sah. MET Malaysia juga mengesan maklumat kurang tepat telah digunakan dan boleh menimbulkan panik dalam kalangan orang awam. Sebaliknya MET Malaysia meramalkan berlaku luruan monsun pada […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Amaran Taufan Dan Tsunami Berkelajuan 150-200 KM/J Bakal Menuju Ke Borneo Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut siaran media Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia): MET Malaysia mengklasifikasikan maklumat berkenaan “Taufan + Tsunami berkelajuan 150 – 200 KM/J bakal menuju ke Borneo” yang sedang tular di pelbagai platform media sosial serta aplikasi WhatsApp sebagai maklumat palsu. MET Malaysia juga mengesan penyalahgunaan gambar satelit dan logo MET Malaysia bagi menyokong kenyataan yang […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Dakwaan Bahawa Kemuncak Monsun Timur Laut Akan Berlaku Pada 24 – 26 Disember 2021 Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia): MET Malaysia mengklasifikasikan maklumat yang dimuatnaik oleh satu akaun Twitter berkenaan “24,25,26 Disember, the climax of MTL (Monsun Timur Laut) will come” yang sedang tular di pelbagai platform media sosial serta aplikasi WhatsApp sebagai maklumat palsu. Menurut MET Malaysia, MET Malaysia meramalkan berlaku luruan monsun pada 27 – […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 23 December 2021

JMG Tidak Mengeluarkan Arahan Bercuti Atau Kebenaran Bagi Tujuan Bom Di Kawasan Tertentu - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG): Pihak JMG maklum berita tular yang disebarkan melalui beberapa media sosial. Pihak JMG ingin memaklumkan bahawa berita tersebut tidak benar. JMG tidak mengeluarkan arahan bercuti atau kebenaran bagi tujuan tersebut. Jabatan hanya mengeluarkan memo perakuan tidak hadir ke pejabat atas sebab kecemasan (Pekeliling Perkhidmatan Bil1 Tahun 1986) […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday 21 December 2021

Pelaporan Berita Berkenaan Pengurusan Banjir Oleh NADMA Mengelirukan - Sebenarnya

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Dr. Abd. Latiff Ahmad: “Ini adalah laporan yang tidak bertanggungjawab dan tidak betul serta mengelirukan banyak pihak. Pastikan laporan yang tepat sebelum dikongsi.” Kenyatan penuh beliau boleh rujuk dipautan, 1. https://ift.tt/3J9NVTC. https://ift.tt/3mmtN7f SUMBER: Facebook Rasmi NADMAFacebook Rasmi Dr. Abd. Latiff Ahmad Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Monday 20 December 2021

MET Malaysia Tidak Mengeluarkan Maklumat Cuaca Berkenaan ‘Kepala Ribut’ - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia): Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menafikan maklumat cuaca berkenaan “Kepala Ribut” yang sedang tular di pelbagai platform media sosial serta aplikasi WhatsApp. MET Malaysia ingin menegaskan bahawa penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Orang ramai diingatkan supaya […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Saturday 18 December 2021

Akaun Instagram ‘@dghisham’ Bukan Milik KP Kesihatan - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Untuk makluman, akaun Instagram ‘@dghisham’ ini adalah palsu dan bukan dikendalikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan mahupun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Dilampirkan nama-nama asal penyamar sebelum menukar ke nama dghisham. SUMBER: Facebook Rasmi KKM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday 14 December 2021

Waspada Pautan Berkaitan TNB Yang Menawarkan Wang Tunai Sempena Ulang Tahun TNB - Sebenarnya

Orang ramai diminta berwaspada dengan pautan yang menawarkan wang tunai sempena ulang tahun TNB. Jangan klik dan abaikan pautan berkaitan TNB yang menawarkan wang tunai sempena ulang tahun TNB. Sila rujuk platform rasmi TNB untuk mengetahui sebarang info terkini. SUMBER: Twitter Rasmi TNB Facebook Rasmi TNB Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 8 December 2021

Penjelasan Guru Menjalankan Ujian Calitan Hidung (Nasal Swab) Di Sebuah Sekolah Di Pahang - Sebenarnya

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM): Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk kepada gambar yang tular dalam media sosial bertajuk “Di sebuah sekolah guru-guru menjalani latihan amali dengan swab pelajar”. Untuk makluman, pengurusan ujian kendiri COVID-19 bagi murid sekolah KPM dilaksana mengikut ketetapan dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0. Selaras dengan Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan, […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Mesej Boleh Mendapatkan Vaksinasi Tanpa Janji Temu MySejahtera Di PPV Offsite Tapak Expo Seberang Jaya Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang: Mesej yang ditularkan melalui aplikasi WhatsApp tersebut adalah tidak benar. Bagi meneruskan Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi negeri Pulau Pinang, berikut adalah senarai klinik-klinik swasta dan hospital swasta yang memberikan suntikan vaksinasi Covid-19: Senarai Klinik & Hospital Swasta bagi Program Imunisasi COVID-19 SUMBER: Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 2 December 2021

Video Tular Kononnya Kerajaan Tidak Mahu Bertanggungjawab Isu Kenaikan Harga Adalah Video Yang Telah Diubahsuai Untuk Tujuan Manipulasi - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri: “Disebar mengatakan kerajaan tidak mahu jawab apa masalah petani itu, itu tidak betul. Video itu dipotong untuk tujuan manipulasi. Kerajaan tidak akan berlepas tangan dengan mengatakan bahawa ini adalah luar kawalan. Sebagai kerajaan kita mesti bertanggungjawab untuk memastikan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya rakyat tidak dibebankan.” […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday 30 November 2021

Tiada Kes Varian Omicron Dikesan Di Malaysia - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): KKM menafikan mesej tular yang mendakwa varian baharu COVID-19, Omicron dikesan di Perak. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, turut menegaskan setakat ini tiada kes varian berkenaan dikesan masuk ke Malaysia. SUMBER: Facebook Rasmi KKM Berita Harian Harian Metro Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 24 November 2021

Menteri KPDNHEP Tidak Keluarkan Kenyataan Seperti Yang Tular Di Media Sosial - Sebenarnya

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), ciapan yang tular di media sosial kononnya daripada Menteri KPDNHEP adalah palsu. Menteri KPDNHEP turut menafikan sekeras-kerasnya kenyataan seperti di dalam gambar yang ditularkan. Beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang tidak sensitif dan mempersendakan rakyat yang sedang dalam kesusahan. SUMBER: Facebook Rasmi KPDNHEP Facebook Rasmi […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Penjelasan Tentang Jadual Yang Bertajuk “Unit Disiplin KPM: Bentuk-Bentuk Hukuman Yang Dilarang” - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM): Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk kepada kenyataan di portal media bertarikh 21 November 2021 bertajuk “Gempar!!! Bermula esok, guru boleh dihukum sekiranya berleter terhadap murid.” KPM tidak pernah mengeluarkan jadual yang bertajuk “Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang” seperti yang tular di media sosial. Tatacara pengurusan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Monday 15 November 2021

DYMM Sultan Johor Tidak Pernah Mengeluarkan Kenyataan Terhadap Kerajaan Seperti Yang Ditularkan - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar: DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sekali lagi bertitah menegaskan bahawa Baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti mana yang disebarkan dalam gambar tersebut. Ini adalah satu kenyataan palsu yang terus disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 11 November 2021

Tiada Cacing Helikopter Atau Helicobacter Dalam Pisang - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Pertanian Malaysia (DOA): DOA menafikan rakaman video yang tular menerusi media sosial mengenai isu kewujudan cacing helikopter atau helicobacter dalam pisang. Menurut Ketua Pengarah DOA, Datuk Zahimi Hassan, maklumat yang dipaparkan dalam hantaran ditularkan itu juga tidak benar dengan informasi didapati tidak sahih selain diragui. “Sehingga kini, tiada aduan dan laporan mengenai […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 3 November 2021

Penjelasan Dakwaan Kes Samun Menggunakan Pisau Yang Disembunyikan Di Sebalik Kad Nama - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM): Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu (1) sebaran maklumat melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp yang mendakwa terdapat individu yang mengetuk cermin pintu kereta sambil menghulurkan sekeping kad untuk bertanyakan arah. Pada masa yang sama terdapat mata pisau (blade) di belakang kad tersebut digunakan untuk mencederakan mangsa sebelum […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Penjelasan Dakwaan Seorang Ketua Jururawat Di Selangor Meninggal Dunia Akibat Daripada Suntikan Vaksin - Sebenarnya

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ingin merujuk kepada video yang tular di media sosial pada 22 Oktober 2021 berkenaan insiden seorang Ketua Jururawat di Negeri Selangor yang meninggal dunia akibat daripada suntikan vaksin COVID-19. Ketua Jururawat tersebut merupakan seorang pesakit barah yang masih dalam tempoh cuti sakit barah selama dua tahun. Beliau telah ditawarkan untuk mengambil […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday 29 October 2021

KWSP Tidak Mengeluarkan SMS Berkaitan Sekatan Pengeluaran i-Citra - Sebenarnya

SEBENARNYA: KWSP ingin menegaskan bahawa mesej berkenaan pengeluaran i-Citra yang sedang tersebar melalui SMS adalah tidak benar. Ahli digalakkan untuk mendapatkan maklumat sahih mengenai i-Citra melalui media sosial rasmi KWSP atau dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-89226000. SUMBER: Facebook Rasmi KWSPTwitter Rasmi KWSP Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Dikeluarkan Oleh JAKIM Bagi Produk Kewangan - Sebenarnya

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): Penjelasan Isu Status Sijil Halal Produk Kewangan Pihak kami menerima banyak pertanyaan di media sosial mengenai status Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) terhadap produk kewangan iaitu Wang Kripto, Bitcoin dan Forex. Untuk makluman, JAKIM tidak pernah menawarkan skim pensijilan halal bagi mana-mana produk kewangan. Sijil halal yang dikeluarkan kepada […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 28 October 2021

Tawaran Perkhidmatan Dan Caj Rawatan Untuk Kimoterapi Oleh IKN Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Institut Kanser Negara (IKN): Pihak Institut Kanser Negera (IKN) memandang berat tawaran yang disebarkan melalui media sosial sejak beberapa bulan lalu berkaitan caj rawatan di IKN yang turut menyebarkan nama Pengarah IKN iaitu Dr. Asmayani binti Khalib dan contact details IKN. Pihak IKN menegaskan bahawa tawaran tersebut adalah palsu dan tidak berasas. […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Penjelasan Dakwaan Pencemaran Acrylamide dan Glicidol Di Dalam Produk Konfeksi Termasuk Biskut - Sebenarnya

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini isu pencemaran acrylamide dan glicidol susulan laporan oleh CHOICE Magazine di dalam laman web Majlis Pengguna Hong Kong (The Hong Kong Consumer Council) berkaitan 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut, yang dijual di pasaran Hong Kong mengandungi acrylamide dan glicidol. […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 27 October 2021

Waspada Unit Saham Bank Rakyat Yang Diniagakan Secara Terbuka Di Media Sosial - Sebenarnya

Bank Rakyat tidak pernah membenarkan unit saham diniagakan secara terbuka dan pihak Bank Rakyat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan berkaitan dengan urusan jual beli saham berkenaan. SUMBER: Facebook Rasmi Bank Rakyat Twitter Rasmi Bank Rakyat Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Saturday 23 October 2021

JAKIM Tidak Mengeluarkan Kenyataan Berhubung Hukum Haram Bagi Juruterbang Wanita Menerbangkan Pesawat - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): Maklumat mengenai perkara ini adalah palsu dan bukan dari sumber JAKIM. Mohon hentikan penyebaran! SUMBER: Facebook Rasmi JAKIM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 21 October 2021

Tiada Pakar Bedah HKL Bernama Dr. Shafawati Meninggal Dunia Akibat Vaksin - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut kenyataan Hospital Kuala Lumpur (HKL): HKL ingin memaklumkan bahawa mesej tular yang menyatakan seorang Pakar Bedah HKL yang meninggal dunia akibat vaksin pada 3 September 2021 seperti yang ditularkan adalah mesej palsu. Tiada Pakar Bedah HKL bernama Dr. Shafawati yang meninggal dunia seperti yang didakwa. Orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak mempercayai berita […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Video Banjir Kilat Di Seksyen 13, Shah Alam Adalah Video Lama - Sebenarnya

Menurut kenyataan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA): Untuk makluman hasil pemantauan pihak MBSA di kawasan Seksyen 13 didapati tidak berlaku banjir kilat. Hantaran video yang dimuatnaik merupakan video kejadian banjir kilat yang berlaku sebelum ini. MBSA memohon semua pihak supaya tidak menularkan video atau menyebarkan maklumat yang kurang tepat dan sahih kerana ini boleh menimbulkan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Monday 18 October 2021

Premis Makanan Tealive Masih Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia Yang Sah - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): Untuk makluman, tular yang diubahsuai oleh pihak tidak bertanggungjawab tersebut adalah tidak benar. Kami menegaskan bahawa premis makanan Tealive yang diusahakan oleh syarikat Loob Integrated Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah. SUMBER: Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM Portal […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday 15 October 2021

Waspada Individu Menyamar Sebagai Warga Kerja SESB Membuat Pemeriksaan Pendawaian Dalaman Premis - Sebenarnya

SUMBER: Facebook Rasmi SESB Twitter Rasmi SESB Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada Sindiket Penipuan Yang Menawarkan Harga Pakej Pelancongan Murah - Sebenarnya

Antara modus operandi yang digunakan oleh sindiket penipuan adalah seperti berikut: Penipu menawarkan pakej percutian yang sangat murah dan menarik Mangsa teruja dengan pakej yang ditawarkan Penipu memberitahu mangsa untuk memindahkan wang dengan kadar segera bagi mengelakkan pakej “sold-out”. Penipu mengelak daripada dihubungi mangsa setelah transaksi pembayaran dilaksanakan. Pengguna diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan memeriksa […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday 8 October 2021

Waspada Sindiket Penipuan Yang Menggunakan Nama & Identiti Mahkamah - Sebenarnya

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia ingin memaklumkan bahawa dokumen yang bertajuk “ARAHAN PENYERAHAN DAN PENYIASATAN ASET KEPADA PEGAWAI UNDANG-UNDANG (KEHAKIMAN) DI MAHKAMAH TINGGI PERSEKUTUAN MALAYSIA dan ARREST WARANT” ini adalah merupakan dokumen-dokumen palsu dan ia adalah satu bentuk penipuan (scam) yang menggunakan nama dan identiti Mahkamah. Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk berhati-hati agar […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada Sindiket Penipuan Yang Menawarkan Perkhidmatan Berkaitan Pendaftaran Dokumen Pengenalan Diri Di Media Sosial - Sebenarnya

Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia: Pihak JPN tidak pernah melantik mana-mana agen atau wakil untuk menjalankan urusan pendaftaran. Malah orang ramai juga diingatkan untuk berhati-hati agar tidak terpedaya dengan sindiket penipuan (scam) yang menawarkan perkhidmatan berkaitan pendaftaran dokumen pengenalan diri di media sosial. Laporan pemalsuan dokumen pengenalan diri juga boleh dilakukan melalui https://ift.tt/3v5fhE5 atau […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 6 October 2021

Penjelasan Berhubung Poster Amaran Siber Pandemik - Sebenarnya

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC): MCMC mendapati telah tular satu poster berhubung amaran berlakunya siber pandemik yang dikaitkan dengan gangguan teknikal yang berlaku melibatkan media sosial Facebook dan Instagram, serta aplikasi WhatsApp selama hampir enam (6) jam sejak semalam (Isnin, 4 Oktober 2021). Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak Facebook di pautan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada Modus Operandi Penipuan Suntikan Modal - Sebenarnya

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan modus operandi penipuan suntikan modal. Antara modus operandi penipuan adalah seperti berikut: Penipu menawarkan peluang perniagaan kepada mangsa. Penipu meyakinkan mangsa untuk memberikan suntikan modal bagi perniagaan tersebut. Mangsa dijanjikan pulangan modal serta keuntungan yang lumayan dalam tempoh […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday 5 October 2021

Penjelasan Berhubung Statistik Mengatakan Klang Sebagai Bandar Paling Tidak Selamat Di Asia Tenggara - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Polis Kontinjen Selangor: Pihak Polis Kontinjen Selangor ingin memaklumkan kepada masyarakat bahawa berita yang disiarkan oleh sebuah laman sesawang yang mendakwa Klang, Selangor sebagai bandar paling tidak selamat dan miliki kadar keselamatan paling rendah di Asia Tenggara adalah mengelirukan dan tidak benar sama sekali. Maklumat yang terkandung dalam artikel yang diterbitkan oleh […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday 1 October 2021

Dakwaan Seorang Pelajar Perempuan Di Baling, Kedah Meninggal Dunia Akibat Suntikan Vaksin Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah: JKN Kedah ingin merujuk kepada berita yang tular di media sosial, berkaitan seorang pelajar perempuan di daerah Baling yang meninggal, dikaitkan dengan suntikan vaksin COVID-19. JKN Kedah telah membuat siasatan segera mengenai perkara ini dan mendapati ianya adalah tidak benar. Hasil siasatan mendapati, arwah merupakan seorang remaja […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Penjelasan Kejadian Seorang Remaja Tidak Sedarkan Diri Selepas Menerima Vaksin Di PPV Integrasi Encore, Klebang, Melaka - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka merujuk kepada kenyataan media pada 30 September 2021 oleh pihak JKN Melaka, berkaitan video tular mengenai seorang remaja yang rebah di kawasan parkir kereta sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Melaka. Setelah siasatan lanjut, terdapat kekeliruan dalam maklumat awal. JKN Melaka ingin […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 30 September 2021

MDEC Tidak Menawarkan Sebarang Baucar Tunai Kepada Syarikat Yang Berdaftar Di Bawah SSM - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC): MDEC nafi mengeluarkan sebarang maklumat berkenaan tawaran baucar yang boleh ditebus untuk tunai kepada syarikat yang berdaftar di bawah SSM. MDEC menyedari terdapat banyak percubaan termasuk maklumat terbaharu ini, yang telah menggunakan namanya di media sosial dan WhatsApp untuk menipu orang ramai. MDEC ingin menegaskan bahawa maklumat atau […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 29 September 2021

Bukan Untuk Merobohkan Tokong, Tetapi Membina Pagar Penghadang ‘Hoarding’ Untuk Laluan Ke Sekolah - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Cheras: Pada 28 September 2021 jam lebih kurang 11.45 pagi hingga jam 4.00 petang, satu operasi telah dijalankan oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTG) untuk membina pagar penghadang ‘Hoarding’ bagi membina jalan untuk dijadikan laluan ke sekolah. Didalam operasi tersebut pihak Polis IPD Cheras […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday 28 September 2021

Tiada Kebocoran Data Dan Maklumat Pembayar Cukai Melalui API myIDENTITY - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM): LHDNM ingin menafikan laporan dalam satu portal yang mendakwa empat juta data yang bocor diperolehi daripada laman sesawang LHDNM melalui Application Programming Interfaces (API) yang dibuat untuk myIDENTITY di bawah seliaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sebagai makluman, LHDNM hanya merupakan pengguna dan bukannya pemilik kepada sistem […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Iklan Tawaran Lesen Memandu Tanpa Ujian Komputer/JPJ Adalah Tidak Benar Dan Tidak Mengikut Prosedur Yang Ditetapkan Oleh JPJ - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ): Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memandang serius isu tular yang disebarkan melalui media sosial baru-baru ini. Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang iklan yang ditawarkan seperti Lesen Tanpa Ujian Komputer dan JPJ yang tular di media sosial. JPJ ingin menegaskan bahawa sebarang urusan berkenaan Lesen Memandu […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Friday 24 September 2021

Warga Asing Memakai Gelang Pink Didakwa Berkeliaran Di Seksyen 7 Bukit Mahkota, Bangi Adalah Dalam Perjalanan Pulang Ke Kediaman - Sebenarnya

Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang: Pada 23 September 2021, jam 9 pagi, team task force dari Balai Polis Bangi telah sampai di lokasi di mana telah terima aduan orang awam berkenaan pemakai gelang pink sedang berlegar di luar kediaman. Tindakan team task force terus ke lokasi untuk mendapatkan maklumat. Untuk makluman, mereka […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Mesej Tular Berhubung Pembatalan Penama KWSP Adalah Tidak Benar - Sebenarnya

Menurut kenyataan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP): KWSP ingin menegaskan bahawa mesej yang sedang tular melalui Whatsapp adalah tidak benar. KWSP ingin menjelaskan bahawa; Sekiranya penama meninggal dunia, hanya bahagian penama tersebut sahaja akan terbatal. Simpanan yang tidak dituntut masih di KWSP sehingga simati (ahli) mencapai umur 100 tahun dimana simpanan tersebut akan dipindahkan ke […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 23 September 2021

Awas Taktik Penipuan Scammer Terkini, Sentiasa Berwaspada - Sebenarnya

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC): Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan panggilan atau SMS yang diterima daripada pihak tidak dikenali dan mencurigakan. Peringatan ini timbul susulan wujud tindakan oleh pihak tidak dikenali yang menyamar sebagai wakil dari sebuah syarikat penyedia perkhidmatan dan menawarkan wang sebanyak […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada Tinjau Selidik Kononnya Sempena Sambutan Ulang Tahun Petronas Yang Ke-50 - Sebenarnya

Menurut kenyataan PETRONAS: Pihak PETRONAS sedia maklum berhubung ‘tinjau selidik’ berunsur penipuan secara dalam talian (scam online ‘survey’) yang kononnya dikaitkan dengan sambutan ulang tahun PETRONAS yang ke-50. PETRONAS ingin memaklumkan bahawa pihak PETRONAS serta kesemua anak syarikat kumpulannya tidak mempunyai kaitan dengan ‘tinjau selidik’ tersebut dan orang ramai diseru agar tidak mudah terpedaya. SUMBER: […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tiada Kejadian Pecah Rumah Dan Samun Bersenjatakan Parang Di Kawasan Kamunting Dan Taiping - Sebenarnya

SEBENARNYA: Menurut Siaran Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Taiping: Polis Daerah Taiping telah mengesan satu mesej tular di media sosial melalui WhatsApp dan Facebook dengan menyatakan bahawa telah berlaku kejadian pecah rumah dan samun di daerah Taiping melibatkan dua suspek lelaki menaiki motosikal bersenjatakan parang atau pedang samurai. Hasil semakan dan siasatan yag dilakukan, […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan