Thursday 23 November 2017

Pengoperasian Educational Research Application System Versi 2.0 (eRAS 2.0) Bagi Permohonan Menjalankan Penyelidikan Di Sekolah, KV, KM, IPG, PPD, JPN Dan Bahagian Di Bawah KPM

PENGOPERASIAN EDUCATIONAL RESEARCH APPLICATION SYSTEM  versi 2.0 (eRAS
2.0) BAGI PERMOHONAN MENJALANKAN PENYELIDIKAN DI SEKOLAH, KOLEJ
VOKASIONAL, KOLEJ MATRIKULASI, INSTITUT PENDIDIKAN GURU, PEJABAT
PENDIDIKAN DAERAH, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI DAN BAHAGIAN DI BAWAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 https://eras.moe.gov.my

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM
bertanggungjawab mengeluarkan surat kebenaran menjalankan kajian
melibatkan sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi, institut
pendidikan guru, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri
dan bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, BPPDP akan menggunakan Sistem
eRAS 2.0 mulai 1 Disember 2017 untuk menerima permohonan dan
mengeluarkan surat keputusan permohonan kebenaran menjalankan kajian.
Sistem ini boleh dicapai melalui https://eras.moe.gov.my . Walau
bagaimanapun Bahagian masih menerima permohonan melalui borang BPPDP
1.2 dan mengeluarkan surat secara manual sehingga 28 Februari 2018.

Mulai 1 Mac 2018, semua urusan permohonan kebenaran menjalankan kajian
hanya boleh dibuat melalui sistem eRAS 2.0 sahaja. Permohonan melalui
borang BPPDP 1.2 tidak akan diterima lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pentadbir eRAS 2.0 melalui 03-8884
6591 / admineras2.0@moe.gov.my

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan