Friday 31 January 2020

Menteri Kesihatan Malaysia Keluarkan Kenyataan Pelancong China Digalakkan Bercuti Ke Malaysia? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial satu tajuk blog yang mendakwa kononnya Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menggalakkan pelancong China bercuti ke Malaysia dengan syarat pelancong tersebut perlu memakai topeng muka. SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebaran tersebut adalah palsu. SUMBER: Facebook Rasmi KKM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Terdapat 3 Pesakit Novel Koronavirus Di Wad Hospital Besar Pulau Pinang? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat 3 pesakit Novel Koronavirus warga Malaysia di Wad Hospital Besar Pulau Pinang. SEBENARNYA: Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, sebaran berita tersebut adalah palsu. SUMBER: Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Kenyataan Media: Kemasukan Pelajar Dari Bandar Wuhan Dan Wilayah Hubei, China Ditangguhkan - KPM

KENYATAAN MEDIA 2019 NCoV FINAL1

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Pesakit Koronavirus 2019-nCoV Tiba Di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial satu nota suara (voice note) di WhatsApp yang mendakwa kononnya pesakit Koronavirus 2019-nCoV telah tiba di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. SEBENARNYA: Menurut kenyataan rasmi Hospital Sultan Abdul Halim: Untuk makluman semua, rakaman nota suara yang tular melalui aplikasi WhatsApp pada 29 Januari 2020, pihak Hospital Sultan Abdul Halim […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Pelancong Dari China Dijangkiti Koronavirus 2019-nCoV Telah Dimasukkan Ke Hospital Pulau Pinang? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial satu klip video yang mendakwa kononnya terdapat pelancong dari negara China yang dijangkiti Novel Koronavirus 2019-nCoV dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang SEBENARNYA: Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang: Untuk makluman, setakat hari ini (30 Januari 2020) TIADA KES YANG DISAHKAN POSITIF 2019 n-COV DI PULAU PINANG dan tidak ada pelancong […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

2 Pesakit Cina Yang Dijangkiti Koronavirus 2019-nCoV Telah Dimasukkan Ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnya wabak Koronavirus telar menular di Alor Setar. Dua orang pesakit cina yang positif Koronavirus telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah. Mesej yang tular tersebut juga mendakwa sebuah khemah besar telah didirikan di kawasan kecemasan. SEBENARNYA: Menurut kenyataan rasmi Hospital Sultanah Bahiyah: Adalah dimaklumkan bahawa sehingga ke hari ini […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Seorang Lelaki Dari Tripura, India Maut Akibat Jangkitan Koronavirus Di Malaysia? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial satu artikel dari negara India yang mendakwa kononnya seorang lelaki warganegara India berumur 23 tahun maut akibat jangkitan Koronavirus di Malaysia. SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Berdasarkan maklumat yang diterima sehingga jam 6 petang, 30 Januari 2020, lelaki warganegara India berumur 23 tahun seperti yang dinyatakan dalam berita itu […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Jika Mempunyai Pneumonia Sila Hubungi Talian 1300 232 272? - Sebenarnya

PENJELASAN: Tular di media sosial dakwaan satu mesej yang menyarankan orang ramai yang menghidap pneumonia menghubungi secara terus cawangan Communicable Disease Centre di talian 1300 232 272, dan tidak perlu ke hospita atau klinik keluarga. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebaran mesej tersebut adalah palsu. Hasil semakan pihak MCMC, talian 1300 232 272 adalah talian […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Karangan Autobiografi Tahun 3 - cikguayu.my

Aku sebuah basikal Aku sebuah basikal. Nama aku ialah ‘BMX’. Aku dilahirkan di sebuah kilang membuat basikal di Shah Alam. Badan aku _____________ daripada besi. Saya berwarna biru. Badan saya _____________ dengan dua tayar. Setelah siap, saya _____________ ke kedai menjual basikal. Saya dihantar melalui sebuah lori ke kedai. _____________ kedai telah membersihkan saya. Saya […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Cikgu Ayu Dot My

[Call For Application] Malaysia International Scholarship (MIS) 2020 - Pengumuman KPM

TAWARAN MIS TAHUN 2020

https://biasiswa.moe.gov.my/INTER/



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Thursday 30 January 2020

Waspada Laman Sesawang Palsu Yang Menggunakan Nama KWSP - Sebenarnya

WASPADA: Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan satu laman sesawang palsu yang menggunakan nama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan bertujuan memperdaya dan mencuri data akaun simpanan KWSP melalui soalan kaji selidik. Versi Laman Sesawang: Versi Whatsapp: Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP): Kami ingin mengingatkan anda agar tidak memberi maklum balas kepada LAMAN WEB […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 29 January 2020

Terdapat Kes Kematian Akibat Koronavirus Di Bentong, Pahang? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial satu nota suara (voice note) yang mendakwa kononnya terdapat kes kematian akibat Koronavirus di Bentong. SEBENARNYA: Menurut Pengarah Kesihatan Pahang, nota suara yang tular di WhatsApp mendakwa berlaku kematian di Bentong akibat koronavirus adalah palsu. SUMBER: Bernama Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Bapa Kepada Murid SK Paka 3 Dijangkiti Koronavirus? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnya bapa kepada murid SK Paka 3 yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah disyaki dijangkiti Koronavirus. SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebaran berita tersebut adalah palsu. SUMBER: Facebook Rasmi KKM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Tuesday 28 January 2020

Kanak-Kanak 7 Tahun Disahkan Positif Koronavirus Di Hospital Likas? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat kanak-kanak 7 tahun disahkan positif Koronavirus di Hospital Likas. SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berita-berita yang ditularkan tersebut adalah palsu. SUMBER: Facebook Rasmi KKM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Terdapat Pelancong Dari China Positif Koronavirus Di Pulau Pinang? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat pelancong dari negara China telah disahkan positif berjangkit Koronavirus di Pulau Pinang yang telah menginap di Apartment Tropicana 218 Macalister. SEBENARNYA: Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, sebaran berita tersebut adalah palsu. SUMBER: Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

[Call For Application] The Asean-U.S. Science Prize For Women 2020 - Pengumuman KPM

YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa pihak ASEAN-The United States Agency for International Development (USAID) Inclusive Growth in ASEAN through Innovation, Trade and E-Commerce (ASEAN-USAID IGNITE) telah memanjangkan satu jemputan berhubung ASEAN-U.S. Science Prize for Women 2020 kepada semua negara anggota ASEAN (ASEAN Member States – AMS) termasuklah Malaysia. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, ASEAN-U.S. Science Prize for Women ini merupakan sebuah program tahunan anjuran bersama pihak ASEAN dan Kerajaan Amerika Syarikat yang bertujuan untuk mengukuhkan pembangunan dan kapasiti bidang sains dan teknologi dengan memberi fokus kepada kesamarataan jantina di peringkat ASEAN.

3.         Dalam pada itu, sukacita dilampirkan bersama adalah nota makluman berhubung garis panduan bagi permohonan ASEAN-U.S. Science Prize for Women 2020 (seperti di Lampiran) untuk perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung ASEAN-U.S. Science Prize for Women 2020 ini, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan juga boleh melayari laman web rasmi ASEAN-U.S. Science Prize for Women menerusi pautan https://scienceprize4women.asean.org; https://twitter.com/scienceprize; dan https://id.linkedin.com/in/asean-us-science-prize-for-women-559784185. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan jua, tarikh tutup permohonan bagi ASEAN-U.S. Science Prize for Women 2020 ini adalah pada 31 Januari 2020.

4.         Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyebar luas hebahan berhubung ASEAN-U.S. Science Prize for Women 2020 ini. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan juga boleh menghubungi terus Mr. Muhammad Shidiq, Pengurus Program bagi Sains, Teknologi dan Inovasi USAID melalui alamat e-mel MShidiq@nathaninc.com atau di talian +62-21-722-5221 ext. 731.

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan di dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Muat turun syarat penyertaan di sini.

 

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

 

Bahagian Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Jangkitan Koronavirus 2019-nCoV Di Hospital UIA Kuantan? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat satu kes jangkitan 2019-nCoV dikesan di Hospital UIA Kuantan. SEBENARNYA: Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang: Siasatan pihak kami mendapati pesakit yang terlibat telah menerima rawatan di Hospital UIA Kuantan dan mendapat jangkitan virus Corona yang biasa. Pesakit adalah warganegara Malaysia dan tiada kaitan dengan perjalanan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Kenyataan Media PMO: Kemasukan Pelawat Negara China - KPM

KM Kemasukan Pelawat Negara China 27 Jan 2020

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Seorang Wanita Meninggal Dunia Kerana Diserang Koronavirus Di Shah Alam? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan satu klip video yang memaparkan seorang wanita mengalami kekejangan, pengsan dan meninggal dunia ekoran diserang koronavirus yang dikatakan berlaku di sekitar Shah Alam, Selangor. SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebaran kandungan tersebut adalah palsu. SUMBER: Facebook Rasmi KKM Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Pelanjutan Tempoh Permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) KPM - Pengumuman KPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan tempoh permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Kementerian Pendidikan Malaysia melalui laman web e-Penawaran (http://epenawaran.moe.gov.my) dilanjutkan sehingga 7 Februari 2020 (Jumaat) jam 5.00 petang.

Mohon untuk merujuk kepada surat edaran berikut bagi Garis Panduan Proses Sokongan dan Perakuan permohonan HLP Pegawai Perkhidmatan Pendidikan terkini:

Rujukan : Surat Edaran (.pdf seperti mana dokumen yang dilampirkan)

Sekian, terima kasih.


Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
24 Januari 2020



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday 27 January 2020

Hospital Seberang Jaya Terima Kes Pertama Novel Koronavirus 2019 n-CoV? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnya Hospital Seberang Jaya (HSJ) telah menerima kes pertama 2019 n-CoV yang melibatkan dua warga asing dari China, dipercayai telah mengunjungi negara Thailand. SEBENARNYA: Menurut kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Untuk makluman, pihak Jabatan ingin menafikan sepenuhnya kenyataan tersebut. Sehingga 26 Januari 2020, tiada sebarang kes yang disyaki […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Lima Individu Dari Wuhan Dimasukkan Ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Ekoran Dijangkiti Novel Coronavirus? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat lima individu yang baru kembali dari wilayah Yuhan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu ekoran disyaki dijangkiti Novel Coronavirus. SEBENARNYA: Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu: Pihak jabatan ini menafikan sepenuhnya kenyataan tersebut. Sehingga 26 Januari 2020, tiada sebarang kes yang disyaki mengalami […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Terdapat Kes Koronavirus Di Kuantan, Pahang? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat kes Koronavirus di Kuantan, Pahang. SEBENARNYA: Menurut Pengarah Kesihatan Pahang, dakwaan kes direkodkan di Kuantan yang tular di Twitter pada 27 Januari 2019 adalah palsu. SUMBER: Sinar Harian Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Warga China Tiba Di Langkawi Untuk Elak Penularan Wabak Koronavirus? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan beberapa keping gambar yang didakwa kononnya terdapat ratusan warga China tiba di Pulau Langkawi untuk mengelakkan diri daripada penularan wabak Koronavirus . SEBENARNYA: Kerajaan negeri Kedah menafikan gambar tular di media sosial kononnya terdapat rakyat China melarikan diri ke Pulau Langkawi kerana takut dengan penularan Koronavirus baharu (2019-nCoV). Pengerusi […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Terdapat Pesakit Koronavirus Di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat pesakit Koronavirus di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban. SEBENARNYA: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan menafikan terdapat kes coronavirus baru (2019-nCoV) direkodkan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban seperti yang tular di laman sosial. Pengarahnya, Datuk Dr Zainudin Mohd Ali berkata, ada pihak tidak bertanggung jawab menyebarkan berita tidak […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Koronavirus Menular Di Melaka? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnya wabak koronavirus menular di negeri Melaka. SEBENARNYA: Kerajaan Melaka menafikan sebarang kes 2019 Novel Koronavirus (2019- nCOV) berlaku di Melaka seperti yang ditularkan dalam media sosial, sejak semalam. Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Low Chee Leong berkata, walaupun pada awalnya terdapat kes melibatkan seorang kanak-kanak lelaki warga China […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Pelancong China Meninggal Dunia Dalam Bas Dari CIQ Ke KLIA2 Kerana Koronavirus? - Sebenarnya

PENJELASAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan kononnya terdapat seorang pelancong dari China yang meninggal dunia di dalam bas dari CIQ ke KLIA2, berkemungkinan jangkitan Koronavirus. Polis mengesahkan warga China yang mati mengejut di Johor Bahru berpunca akibat penyakit jantung, bukannya dijangkiti koronavirus sebagaimana ditularkan. Tular gambar anggota polis mengusung mayat didakwa warga China yang […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

1,000 Pelancong Dari Negara China Tiba Di Pulau Pinang Melalui Kapal Layar Mewah? - Sebenarnya

PENJELASAN: Pengerusi Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang memperjelaskan penyebaran gambar yang mendakwa 1,000 pelancong dari negara China memasuki Pulau Pinang melalui kapal layar mewah. Susulan tular gambar yang mendakwa 1,000 pelancong dari China memasuki Pulau Pinang pada Ahad sehingga mencetuskan suasana panik dalam kalangan orang ramai, Pengerusi Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Pulau Pinang, […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Imej Virus Koronavirus Seperti Makhluk? - Sebenarnya

PENJELASAN: Orang ramai diminta berhati-hati dengan penyebaran imej yang didakwa sebagai virus bagi Koronavirus, yang boleh mencetuskan panik di kalangan orang awam. Berdasarkan semakan dan penelitian pihak MCMC, imej dari lensa mikroskop seperti yang ditularkan merupakan sejenis bakteria yang dikenali sebagai Bacteriophage T4 dan bukan virus bagi Koronavirus seperti yang ditularkan. Semakan dibuat melalui artikel […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Sunday 26 January 2020

Terdapat Pesakit Positif Koronavirus Di KPJ Seremban? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat pesakit yang terkena jangkitan koronavirus di KPJ Seremban. SEBENARNYA: KPJ Seremban menafikan terdapat pesakit terkena jangkitan koronavirus seperti yang tular di media sosial. Perkara tersebut turut disahkan Pengurus Klinikal dan Operasi KPJ Seremban, Dr Ahmad Syukri Jamaludin. Jelas beliau, “Tiada kes wabak koronavirus di hospital ini setakat […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Saturday 25 January 2020

Seorang Banduan Meninggal Dunia Ekoran Dijangkiti Virus Dari Wuhan, China? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial satu mesej yang mendakwa kononnya seorang banduan di penjara Sandakan telah meninggal dunia kerana menghidap jangkitan virus dari Wuhan kerana memakan buah limau mandarin. SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Terdapatnya satu mesej yang palsu sedang ditularkan di Whatsapp. Mohon untuk tidak sebarkan atau percaya dengan berita tersebut. SUMBER: Facebook […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wabak Koronavirus Menular Di Ipoh? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnya wabak Koronavirus telah menular di Ipoh, Perak. PALSU: Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada penularan wabak koronavirus di Ipoh seperti yang tular di media sosial. Tegas beliau, “Tiada koronavirus di sana.” SUMBER: Harian Metro Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 23 January 2020

Waspada Iklan Promosi Pelaburan Bitcoin Yang Menggunakan Nama Personaliti Berprofil Tinggi - Sebenarnya

WASPADA: Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan iklan yang tersebar di portal-portal berita yang menyalahgunakan nama Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, mendakwa kononnya beliau mempromosi pelaburan mata wang kripto atau Bitcoin secara dalam talian. Berdasarkan artikel yang pernah kami terbitkan sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa Perdana Menteri juga […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Minyak Masak Jenama Asri Berstatus Tidak Halal? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnya produk minyak masak berjenama Asri merupakan keluaran syarikat Leong Hup dan berstatus tidak halal. SEBENARNYA: Menurut Bahagian Hab Halal, JAKIM: Produk minyak masak jenama Asri bukan keluaran Syarikat Leong Hup sebagaimana yang ditularkan. Produk tersebut merupakan keluaran Syarikat Asri Vegetable Oil Products Sdn Bhd dan merupakan pemegang Sijil […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Panduan Pendaftaran Pengakap 2020 - cikguayu.my

Pendaftaran ahli pengakap perlu diperbaharui setiap tahun. Kuasa penganjur perlu memastikan semua pemimpin setiap kumpulan membuat pendaftaran keahlian bermula bulan Mac. Tertakluk dibawah Akta Parlimen 1968, Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia pindaan Akta 143, Tahun 1974 pindaan Akta 409, Tahun 1989. Pendaftaran ini merupakan titik mula pergerakan pengakap bagi setiap ahli untuk mengelakkan penglibatan yang […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Cikgu Ayu Dot My

Wednesday 22 January 2020

Waspada SMS Menang Wang Tunai Kononnya Daripada Pihak Boost - Sebenarnya

WASPADA: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan satu SMS palsu kononnya pengguna telah memenangi wang tunai sebanyak RM8,888 daripada pihak Boost App. Dari hasil penelitian dan semakan yang dibuat, MCMC mendapati bahawa pautan URL di dalam SMS tersebut akan membawa kepada sebuah laman palsu yang meminta pengguna memasukkan butiran peribadi seperti nama penuh, nombor […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Diperaku Lantikan Tetap Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Seperti Berikut: Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Interim SJKC), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah JQAF Dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah - Pengumuman KPM

Sukacita dimaklumkan bahawa CALON-CALON YANG TELAH DITEMU DUGA OLEH SPP dan LULUS TEMU DUGA IAITU DALAM KALANGAN CALON DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (INTERIM SJKC), KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH JQAF dan DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (INTERIM BPTV) boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat berikut egraduan.moe.gov.my bermula 23 Januari 2020 sehingga 5 Februari 2020. Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon DPLI (INTERIM SJKC), KPLI JQAF dan DPLI (INTERIM BPTV) sahaja yang telah lulus temu duga dan diperaku lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi e-Graduan. SETIAP CALON DIWAJIBKAN UNTUK MEMUATNAIK SIJIL PENGAJIAN BAGI TUJUAN VERIFIKASI.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Diperaku Lantikan Tetap Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Seperti Berikut: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) - Pengumuman KPM

Sukacita dimaklumkan bahawa CALON-CALON  IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP) YANG TELAH DITEMU DUGA OLEH SPP  dan LULUS TEMU DUGA boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat berikut egraduan.moe.gov.my bermula seperti ketetapan dibawah. Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah lulus temu duga dan diperaku lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi e-Graduan.

Tarikh mula : 23/01/2020
Tarikh Akhir : 31/01/2020

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan STAM Tahun 2019 - Pengumuman KPM

LAPORAN ANALISIS STAM 20191

Muat turun Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan STAM Tahun 2019 di sini.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday 21 January 2020

Kaji Selidik Bagi Mendapat Maklumat Tambahan Tugas-Tugas Pembantu Tadbir Di Sekolah/ Kolej Vokasional/ Institut Pendidikan Guru/ Pejabat Pendidikan Daerah/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Bahagian Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia - Pengumuman KPM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Semua Ahli KEPTAN Semenanjung Malaysia
Semua Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Semua Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir (Kewangan)
Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuan/Puan,

KAJI SELIDIK BAGI MENDAPAT MAKLUMAT TAMBAHAN TUGAS-TUGAS PEMBANTU TADBIR DI SEKOLAH/ KOLEJ VOKASIONAL/ INSTITUT PENDIDIKAN GURU/ PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH/ JABATAN PENDIDIKAN NEGERI/ BAHAGIAN DI  BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN UNTUK MESYUARAT MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN BIL. 1 TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahawa Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia [KEPTAN] sedang mengumpul maklumat secara atas talian (online) berkaitan tugas-tugas Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tabir (Kewangan) yang berkhidmat di sekolah/ kolej vokasional untuk pemurnian kertas kertas cadangan norma perjawatan di sekolah/ laluan kerjaya/ penambahbaikan Skim Pembantu Tadbir  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Walau bagaimanapun, maklumat berkaitan tugas-tugas ketua pembantu tadbir/ pembantu tadbir di Kolej Vokasional, Institut Pendidikan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan bahagian juga diperlukan bagi tujuan melengkapkan kertas cadangan untuk dikemukakan kepada Majlis Bersama Kebangsaan (MBK Am/Pelaksana) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)  dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

3.     Seperti sedia maklum bahawa, KEPTAN adalah Kesatuan Gabungan CUEPACS yang mewakili lebih 11 ribu ahli dari kalangan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Pembantu Tadbir (Kewangan) di KPM seluruh Semenanjung Malaysia adalah terlibat dalam Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia Bersama Kesatuan Bukan Guru KPM, Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK Am/Pelaksana), Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ KPM) dan Mesyuarat Jawatankuasa Gred CUEPACS secara berkala serta beberapa mesyuarat/perbincangan anjuran BPSM KPM, JPN dan PPD. Justeru itu, beberapa maklumat bagi menyediakan kertas cadangan adalah diperlukan sebagai asas/justifikasi setiap isu/cadangan. Sebarang pertanyaan mengenai kaji selidik ini, tuan/puan boleh mengemukakan melalui emel: tugasptkpm@gmail.com

4.     Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta memberi maklum balas seperti yang diminta dalam pautan yang disediakan. Dimohon jasa baik semua ketua jabatan/ ketua sektor/ ketua unit/ penyelia memanjangkan hebahan emel dan pautan kaji selidik ini kepada semua ahli KEPTAN dan ketua pembantu tadbir/ pembantu tadbir yang terlibat (bertugas di sekolah/ kolej vokasional/ ipg/ ppd/ jpn/ bahagian/ agensi KPM) agar hasil dapatan daripada kajian ini secara holistik. Maklum balas ini hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada 25 Januari 2020; 4.00 petang melalui pautan berikut:

http://bit.do/foTym

5.     Segala kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

"INTEGRITI MEMPERKASA ORGANISASI"

“KEPTAN MAJU JAYA”

Saya yang menjalankan amanah,

 

(AHMAD SABRI BIN ZAKARIA)
Setiausaha Agung
KEPTAN Semenanjung Malaysia
Emel   : sabri.keptan@gmail.com
Tel       : 03-88847382
Web    : keptan.com.my
Fb       : Keptan Semenajung Malaysia (official)



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Panduan Uniform Pengakap (Ahli Baharu) - SK Desa Pandan

Selamat datang buat ahli-ahli baharu Pengakap Kanak-Kanak SK Desa Pandan. Berikut merupakan panduan Uniform Pengakap untuk ahli-ahli baharu. Perkara wajib dipakai setiap kali perjumpaan ialah Skarf dan Wogle.

Setiap kali perjumpaan juga, ahli-ahli perlu membawa buku log dan juga alat tulis yang mencukupi. Kelengkapan lain yang mungkin diperlukan, akan dimaklumkan dari masa ke masa, mengikut keperluan aktiviti perjumpaan.

Sekiranya ibu bapa ingin membeli kemeja pengakap untuk anak-anak, bolehlah berpandukan senarai semak yang berikut:

Bahu Kanan
✅ Kuala Lumpur
✅ Titiwangsa
✅ 27

Bahu Kiri
✅ Nama Sekawan

Dada Kanan
✅ Pengakap dunia
✅ Tanda nama (Latar Biru Gelap)
✅ Pengakap Malaysia

Dada Kiri
✅ Bendera Malaysia.
✅ Pangkat Ketua Sekawan atau Penolong Ketua Sekawan (jika berkaitan)

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : SK Desa Pandan

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan