Tuesday, 14 January 2020

5 Sebab Kenapa Anda Kena Pilih Sekolah Kerajaan - CikguHailmi

Semua kita tahu bahawa pendidikan merupakan suatu perkara yang sangat penting pada setiap ibu bapa yang cakna dengan masa depan anak-anak mereka. Tahap nak menentukan sekolah anak-anak nih pun kadang-kadang boleh bawak gaduh. Sebab semua mak ayah nakkan tempat terbaik, guru-guru terbaik, dan semua yang terbaik untuk pendidikan anak-anak.

Teringat saya dengan pesan bapa saya suatu ketika dahulu, "Kalau hari ini aku makan secupak, esok hangpa kena makan segantang" Maksudnya, jika pada hari ini dia cuma mampu makan secupak saja, kami anak-anak perlu berada pada tahap yang lebih baik pada masa depan. Oh ya! Bapa saya seorang petani. Maka pada beliau, hanya pendidikan sahaja yang mampu ubah nasib kami sekeluarga. Dan alhamdulillah, sekolah kerajaan jadi pilihan kami.


Kegembiraan untuk berada di sekolah bersama guru dan murid
Kegembiraan untuk berada di sekolah bersama guru dan murid


Bagi sesetengah orang, mungkin anda tak dapat maklumat yang baik tentang sekolah kerajaan terkini. Serius ada sesetengah dah berada pada tahap jauh lebih baik daripada sekolah persendirian atau sekolah swasta yang lain. Ya, serius betul! Jom saya kongsikan 5 sebab kenapa anda juga kena pilih sekolah kerajaan.



#1: Kepelbagaian
Sebab pertama yang saya nak tekankan adalah kepelbagaian yang ada di sekolah kerajaan. Siapa pun tak boleh nafikan bahawa di sekolah kerajaan kita ada pelbagai lapisan masyarakat, sama ada dari keluarga berada atau miskin, dari pelbagai jenis bangsa dan kaum, dari pelbagai agama dan kepercayaan. Pendek kata macam-macam ada sama seperti rojak.


Anak Malaysia membina negara bersama-sama
Anak Malaysia membina negara bersama-sama

Jadi, kat mana yang bagusnya? Dalam nak menghadapi dunia yang semakin mencabar, kita perlu sediakan dengan seboleh mungkin kemahiran sosial dan interaksi anak-anak. Mereka akan bekerja dan hidup di dalam suatu masyarakat yang pelbagai, dengan segala macam latar belakang.

Pendedahan bergaul seperti ini sudah tentu membantu anak-anak bersedia dengan segala macam kepelbagaian yang wujud di sekeliling mereka, sekaligus bukan saja mampu untuk berinteraksi dengan baik, malah mampu menghargai setiap kelebihan dan kekurangan dengan seadanya. Matang bukan sahaja dari segi cara berfikir, malah juga melalui cara bertindak.



#2: Persekitaran
Bagi yang dah lama tak ke sekolah kerajaan, boleh lah ringan-ringankan kaki menjenguk ke persekitaran sekolah. Pasti anda akan terkejut dengan banyak perubahan pada sekolah sekarang. Ada setengah sekolah yang mempunyai makmal sains yang antara yang tercanggih di Malaysia. Ada sekolah kerajaan yang mempunyai kantin jauh lebih cantik dan hipster daripada kedai makan di luar. Di SMK Bandar Baru Miri, murid dilibatkan secara aktif dalam membudayakan amalan baik 3R (Reduce, Reuse, Recycle).


Nice tak kantin SMK Pasir Gudang nih?
Nice tak kantin SMK Pasir Gudang nih?

Bukan sekadar fasiliti sahaja terbaik, perkara ini disokong oleh penerapan nilai yang tinggi melalui matapelajaran Pendidikan Sivik. Ya, penerapan nilai Sivik dalam matapelajaran lain, sangat membantu murid kita memiliki akhlak yang baik lagi terpuji.

Tahukah anda bahawa setiap sekolah juga mempunyai  bidang kebitaraan mereka yang tersendiri? Ada sekolah yang cenderung kepada pembudayaan Teknologi Hijau. Maka penuhlah dengan taman-taman dan juga konsep Teknologi Hijau yang mesra alam. Ada sekolah yang cenderung dengan bidang STEM, maka penuh lah dengan ciri-ciri STEM di merata-merata sekolah. Yang penting, anda tahu ke sekolah bagaimana yang anda perlukan untuk anak-anak anda.



#3: Aktiviti
Minda yang cerdas datang dari badan yang cergas. Sekolah kerajaan menyediakan pelbagai aktiviti ko-kurikulum, seperti kelab dan persatuan, serta sukan permainan yang boleh dipilih oleh semua murid. Malah penglibatan aktif murid dalam setiap aktiviti ko-kurikulum tersebut juga diiktiraf dan memberi kredit kepada murid untuk melanjutkan pelajaran kelak ke peringkat yang lebih tinggi.


Otak yang cerdas, datang dari badan yang cergas!
Otak yang cerdas, datang dari badan yang cergas!


Itu belum dilihat lagi dengan fasiliti dan kemudahan sukan yang disediakan. Sekurang-kurangnya di setiap sekolah kerajaan, satu padang dan juga Stor Sukan akan diwujudkan bagi menyimpan semua peralatan sukan dan permainan yang diperlukan murid. Malah di sesetengah sekolah yang mempunyai PIBG yang menyokong, kemudahan seperti ini jauh lebih baik berbanding kemudahan sukan di sekolah swasta.



#4: Guru Berkualiti
Tidak dapat dinafikan, antara satu kekuatan sekolah kerajaan adalah kerana mempunyai guru-guru yang terlatih dan berkualiti. Kesemua guru-guru di sekolah kerajaan mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau Diploma Pendidikan. Selain daripada itu, mereka juga dilatih bukan hanya dengan teori, malah juga melalui beberapa sesi praktikal sebenar di sekolah sebelum mereka ditempatkan sebagai guru sebenar.


High Performing Teachers kat Malaysia yang semuanya datang dari sekolah kerajaan
High Performing Teachers kat Malaysia yang semuanya datang dari sekolah kerajaan

Maka tak hairan lah bila kita dengar ramai guru-guru yang viral di media massa sekarang kerana mempunyai pendekatan pengajaran yang kreatif dan berinovatif. Itu belum lagi diambil kira dengan guru-guru sekolah kerajaan yang telah menempa nama di peringkat global melalui pelbagai penyertaan dan anugerah antarabangsa.



#5: Kos
Bahagian akhir nih kalau tak nak percaya jugak tak tahu lah. Sememangnya kita semua tahu bahawa kos yang perlu dikeluarkan di sekolah kerajaan nih adalah sangat jauh beza rendahnya berbanding di sekolah swasta atau persendirian. Setuju kan?

Yer lah. Kos di sekolah kerajaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. Kalau di sekolah swasta atau persendirian pula, kos ditanggung oleh persendirian atau syarikat yang menguruskan sekolah tersebut, mana lah tak mahalnya kan. Jadi, untuk perkara yang sama, kualiti yang sama, kenapa mahu bayar lebih?


Peluang untuk menikmati kemudahan dan peluang belajar yang terbaik di sekolah kerajaan
Peluang untuk menikmati kemudahan dan peluang belajar yang terbaik di sekolah kerajaan
Ditambah lagi dengan Polisi "Zero Reject" menjadikan institusi sekolah khususnya sekolah kerajaan adalah sekolah sebagai ruang dan hak untuk semua lapisan masyarakat dan latar belakang mendapat pendidikan terbaik. 


Itu saja perkongsian saya mengenai kebaikan memilih sekolah kerajaan berbanding sekolah swasta atau persendirian. Dalam ibu bapa memilih yang terbaik untuk pendidikan anak-anak, maka tinjauan yang menyeluruh perlulah dilakukan, termasuk ke sekolah kerajaan terutamanya pada masa kini. Seperti yang saya katakan di atas, maka kenapa mahu bayar lebih? Sekolah kerajaan, sekolah pilihan!



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan