Tuesday 21 January 2020

Kaji Selidik Bagi Mendapat Maklumat Tambahan Tugas-Tugas Pembantu Tadbir Di Sekolah/ Kolej Vokasional/ Institut Pendidikan Guru/ Pejabat Pendidikan Daerah/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Bahagian Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia - Pengumuman KPM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Semua Ahli KEPTAN Semenanjung Malaysia
Semua Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Semua Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir (Kewangan)
Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuan/Puan,

KAJI SELIDIK BAGI MENDAPAT MAKLUMAT TAMBAHAN TUGAS-TUGAS PEMBANTU TADBIR DI SEKOLAH/ KOLEJ VOKASIONAL/ INSTITUT PENDIDIKAN GURU/ PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH/ JABATAN PENDIDIKAN NEGERI/ BAHAGIAN DI  BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN UNTUK MESYUARAT MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN BIL. 1 TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas.

2.     Dimaklumkan bahawa Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia [KEPTAN] sedang mengumpul maklumat secara atas talian (online) berkaitan tugas-tugas Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tabir (Kewangan) yang berkhidmat di sekolah/ kolej vokasional untuk pemurnian kertas kertas cadangan norma perjawatan di sekolah/ laluan kerjaya/ penambahbaikan Skim Pembantu Tadbir  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Walau bagaimanapun, maklumat berkaitan tugas-tugas ketua pembantu tadbir/ pembantu tadbir di Kolej Vokasional, Institut Pendidikan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan bahagian juga diperlukan bagi tujuan melengkapkan kertas cadangan untuk dikemukakan kepada Majlis Bersama Kebangsaan (MBK Am/Pelaksana) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)  dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

3.     Seperti sedia maklum bahawa, KEPTAN adalah Kesatuan Gabungan CUEPACS yang mewakili lebih 11 ribu ahli dari kalangan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dan Pembantu Tadbir (Kewangan) di KPM seluruh Semenanjung Malaysia adalah terlibat dalam Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia Bersama Kesatuan Bukan Guru KPM, Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK Am/Pelaksana), Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ KPM) dan Mesyuarat Jawatankuasa Gred CUEPACS secara berkala serta beberapa mesyuarat/perbincangan anjuran BPSM KPM, JPN dan PPD. Justeru itu, beberapa maklumat bagi menyediakan kertas cadangan adalah diperlukan sebagai asas/justifikasi setiap isu/cadangan. Sebarang pertanyaan mengenai kaji selidik ini, tuan/puan boleh mengemukakan melalui emel: tugasptkpm@gmail.com

4.     Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta memberi maklum balas seperti yang diminta dalam pautan yang disediakan. Dimohon jasa baik semua ketua jabatan/ ketua sektor/ ketua unit/ penyelia memanjangkan hebahan emel dan pautan kaji selidik ini kepada semua ahli KEPTAN dan ketua pembantu tadbir/ pembantu tadbir yang terlibat (bertugas di sekolah/ kolej vokasional/ ipg/ ppd/ jpn/ bahagian/ agensi KPM) agar hasil dapatan daripada kajian ini secara holistik. Maklum balas ini hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada 25 Januari 2020; 4.00 petang melalui pautan berikut:

http://bit.do/foTym

5.     Segala kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

"INTEGRITI MEMPERKASA ORGANISASI"

“KEPTAN MAJU JAYA”

Saya yang menjalankan amanah,

 

(AHMAD SABRI BIN ZAKARIA)
Setiausaha Agung
KEPTAN Semenanjung Malaysia
Emel   : sabri.keptan@gmail.com
Tel       : 03-88847382
Web    : keptan.com.my
Fb       : Keptan Semenajung Malaysia (official)



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan