Wednesday 22 January 2020

Pengemaskini Maklumat Bagi Calon Yang Telah Diperaku Lantikan Tetap Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Seperti Berikut: Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (Interim SJKC), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah JQAF Dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah - Pengumuman KPM

Sukacita dimaklumkan bahawa CALON-CALON YANG TELAH DITEMU DUGA OLEH SPP dan LULUS TEMU DUGA IAITU DALAM KALANGAN CALON DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (INTERIM SJKC), KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH JQAF dan DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (INTERIM BPTV) boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat berikut egraduan.moe.gov.my bermula 23 Januari 2020 sehingga 5 Februari 2020. Aplikasi pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon DPLI (INTERIM SJKC), KPLI JQAF dan DPLI (INTERIM BPTV) sahaja yang telah lulus temu duga dan diperaku lantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Sehubungan dengan itu, hanya calon-calon tersebut sahaja yang dibenarkan untuk membuat pengemaskinian maklumat di aplikasi e-Graduan. SETIAP CALON DIWAJIBKAN UNTUK MEMUATNAIK SIJIL PENGAJIAN BAGI TUJUAN VERIFIKASI.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan