Tuesday 25 September 2018

Abam bagi siap-siap. Dah boleh ready ok untuk program lepas PT3

Abam bagi siap-siap. Dah boleh ready ok untuk program lepas PT3

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2N2XbL8
via mykelabguru.viral@blogger.com

Monday 24 September 2018

Senang jer.. janji selamat

Senang jer.. janji selamat

4 Langkah Mudah Beli Insuran Untuk Travel

Ini pertama kali saya beli insuran untuk travel. Selaku kakitangan awam, sebenarnya kita berkelayakan untuk mohon perlindungan insuran darip...

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2xyKcf5
via mykelabguru.viral@blogger.com

Tuesday 11 September 2018

Terbukti berkesan! Jom share #SPM2018

Terbukti berkesan! Jom share #SPM2018

Google Form : Soalan Sains SPM Sebenar Kertas 1 [2017 - 2003]

Google Form memang merupakan satu platform yang baik untuk menggalakkan penyertaan murid dalam menjawab soalan Sains SPM Kertas 1. Malah ini...

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2x1SyLZ
via mykelabguru.viral@blogger.com

Terima kasih atas sambutan ramai5 hari bukak, dah penuh 120 seats!So kita TUTUP dengan rasminya sekarangYang dah register, kita jumpa nanti ya! <3

Terima kasih atas sambutan ramai
5 hari bukak, dah penuh 120 seats!
So kita TUTUP dengan rasminya sekarang

Yang dah register, kita jumpa nanti ya! <3

CiKGUHAiLMi

Buat julung kalinya di N9! 😻

Cikgu² N9 dan Melaka yg berminat bagi Bengkel PAK21 dan STEM bersama Cg Hailmi,
sila klik:

https://goo.gl/forms/gPcKlcmyYlsGYTe83

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://goo.gl/forms/gPcKlcmyYlsGYTe83
via mykelabguru.viral@blogger.com

Jemputan istimewa nih.. :D

Jemputan istimewa nih.. :D

Pertemuan Istimewa ke Kedutaan Amerika Syarikat

Sekembalinya saya daripada program HESA 2018 , saya telah dihubungi oleh pihak Kedutaan Amerika Syarikat. Mula-mula tu agak skeptikal dan cu...

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2Mm5nWk
via mykelabguru.viral@blogger.com

Monday 3 September 2018

Buat julung kalinya di N9! 😻Cikgu² N9 dan Melaka yg berminat bagi Bengkel PAK21 dan STEM bersama Cg Hailmi,sila klik:https://goo.gl/forms/gPcKlcmyYlsGYTe83

Buat julung kalinya di N9! 😻

Cikgu² N9 dan Melaka yg berminat bagi Bengkel PAK21 dan STEM bersama Cg Hailmi,
sila klik:

https://goo.gl/forms/gPcKlcmyYlsGYTe83

BENGKEL PAK 21 DAN STEM BERSAMA CIKGU HAILMI

TARIKH : 22 SEPTEMBER 2018 (SABTU) MASA : 8 PAGI - 1 TENGAHARI TEMPAT : KOLEJ UNIVERSITI LINTON, MANTIN YURAN : RM35 BILANGAN PESERTA : TERHAD KEPADA 120 ORANG TERAWAL SAHAJA

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://goo.gl/forms/gPcKlcmyYlsGYTe83
via mykelabguru.viral@blogger.com

Sedang mencari bahan sumber #STEM untuk guru? Jom dapatkan kat SINI

Sedang mencari bahan sumber #STEM untuk guru? Jom dapatkan kat SINI

Bahan Sumber STEM untuk Guru



from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2Cc6Mz4
via mykelabguru.viral@blogger.com

Tuesday 28 August 2018

Tahun ni pun ada. Masuk ke??

Tahun ni pun ada. Masuk ke??

TNOVATE 2016 - Karnival Inovasi Guru di UIAM

Akhirnya saya sahut juga cabaran untuk menyertai satu pertandingan inovasi, TNOVATE 2016 yang dianjurkan oleh UIAM. Karnival Inovasi Guru in...

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2LD2PmE
via mykelabguru.viral@blogger.com

Monday 27 August 2018

Permohonan Murid secara online Kemasukan ke Tingkatan Satu (1) SBP KPM Tahun 2019



----
Permohonan Murid secara online Kemasukan ke Tingkatan Satu (1) SBP KPM Tahun 2019 // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4332-permohonan-murid-secara-online-kemasukan-ke-tingkatan-satu-1-sbp-kpm-tahun-2019

Sukacita Permohonan Murid secara online Kemasukan ke Tingkatan Satu (1) SBP KPM Tahun 2019 telah di buka dari 27 Ogos 2018 (Isnin) sehingga 30 September 2018 (Ahad). Anda boleh klik di siniuntuk permohonan lanjut.

Terima kasih.

Penulis Berita: Bahagian Pengurusan Maklumat

Friday 24 August 2018

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)



----
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4320-segak

 

SEGAK ialah singkatan dari perkataan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia. Perkataan SEGAK telah diputuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun 2006. SEGAK juga membawa maksud murid-murid sekolah mempunyai imej dan perawakan yang SEGAK serta kelihatan sihat dan cergas. Perkataan SEGAK juga sesuai bagi penampilan murid lelaki dan perempuan.

 

SEGAK adalah satu bateri ujian standard   kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan.  Komponen kecergasan fizikal yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah. Bateri ujian SEGAK juga mempunyai norma berdasarkan murid sekolah di Malaysia mengikut umur dan jantina.  Hanya instrumen Indeks Jisim Badan (Body Mass Index- BMI) yang menggunakan norma dari WHO, 2007.

 

Matlamat SEGAK adalah supaya murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

 

Objektif SEGAK adalah murid dapat:

4.1        Mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal kendiri;

4.2        Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri;

4.3        Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri;

4.4        Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal; dan

4.5        Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

 

Ujian SEGAK telah dilaksanakan kepada murid sekolah di Malaysia mulai tahun 2008  yang melibatkan murid Tahun 4 hingga Tahun 6, Kelas Peralihan dan Murid Tingkatan hingga Tingkatan 5 yang berusia 10 hingga 17 tahun.  Ujian SEGAK dilaksanakan secara standard seluruh negara pada bulan Mac dan Ogos.  Terdapat lima instrumen dalam bateri Ujian SEGAK, iaitu:Pengiraan Indeks Jisim BadanUjian Naik Turun Bangku selama 3 minitUjian Tekan Tubi atau Tekan Tubi Ubah SuaiUjian Ringkuk Tubi SeparaUjian Jangkauan Melunjur

 

PELAPORAN SEGAK

 

Keputusan ujian SEGAK direkodkan dengan menggunakan Borang SEGAK Sekolah Rendah (BSSR) sebaik sahaja selesai ujian. Dapatan bagi setiap ujian SEGAK akan dirujuk kepada norma SEGAK mengikut umur dan jantina murid untuk mendapatkan skor.  Skor SEGAK juga dimuatnaik dalam Aplikasi APDM-Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)-SEGAK.  Keputusan ujian SEGAK dilaporkan seperti berikut:

 6.1 Keputusan ujian Indeks Jisim Badan

 6.2 Keputusan ujian fizikal

 

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2016 dan Buku Panduan SEGAK, data ujian SEGAK perlu dilaporkan. Pelaporan SEGAK memberi maklum balas kepada murid, guru, pentadbir sekolah, ibu bapa, dan pihak berkepentingan tentang tahap kecergasan fizikal murid. Melalui maklum balas tersebut tindakan susulan dapat dirancang dan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal seseorang murid.

 

DISEDIAKAN OLEH

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

14 OGOS 2018

Garis Panduan Pemilihan Bidang Pengajian dan Universiti Untuk Mengikuti Kursus Jangka Sederhana dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa di Luar Negara Dengan Tajaan Selain KPM atau Pembiayaan Sendiri bagi PPP



----
Garis Panduan Pemilihan Bidang Pengajian dan Universiti Untuk Mengikuti Kursus Jangka Sederhana dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa di Luar Negara Dengan Tajaan Selain KPM atau Pembiayaan Sendiri bagi PPP // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4325-garis-panduan-pemilihan-bidang-pengajian-dan-universiti-untuk-mengikuti-kursus-jangka-sederhana-dan-kursus-jangka-panjang-secara-sepenuh-masa-di-luar-negara-dengan-tajaan-selain-kementerian-pendidikan-malaysia-kpm-atau-pembiayaan-sendiri-bagi-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-ppp

 

BILTAJUKMUAT TURUN
1

Makluman Garis Panduan

Muat Turun
2Garis PanduanMuat Turun

Sunday 19 August 2018

Assalamulaikum

Assalamulaikum,  

Kehidupan saya sangat berbahagia, sehingga saya dikenal pasti telah
menghidapi penyakit kritikal. Saya sedang menjalankan kehidupan
seharian saya dengan perubatan yang sedia ada yang boleh membantu saya
menjalankan kehidupan harian untuk jangka masa pendek dengan selesa.
Saya telah menikmati kehidupan ini dengan selesa tanpa kesusahan. Pada
masa kini, hasrat saya hanya menghitung hari adalah untuk mendermakan
hartanah yang telah ditinggalkan oleh arwah suami saya dan kami tidak
mempunyai waris. Dalam usaha untuk melengkapkan kerja-kerja yang baik
Tuhan Yang Maha Kuasa dan hasrat Suami arwah saya ingin menderma
sejumlah Tiga Ratus Lima Puluh Ribu Great Britain Pounds kepada Anda .Untuk
pengiktirafan  mel ini dan memberitahu saya tentang kewarganegaraan
dan tempat bermastautin anda, peguam saya akan memudahkan proses
untuk pemindahan warisan ini kepada anda. Semoga Allah memberkati anda
kerana anda menggunakan wang ini dengan bijaksana untuk kerja-kerja
amal. Anda boleh menghubungi saya di: mdatositi@gmail.com


Dengan Ikhlas,
Puan Siti Mohd


Saturday 18 August 2018

Guru perlu bijak kemas kini pengetahuan teknologi

Permaisuri Johor: Guru perlu bijak kemas kini pengetahuan teknologi

Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah teknologi pada masa ini menuntut guru agar bijak mengemas semula pengetahuan.

Golongan pendidik mampu melakukan perubahan dan tranformasi dalam bidang pendidikan selagi mereka berupaya mencari kaedah pembelajaran yang efektif kepada anak didik mereka.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah perubahan yang berlaku rentetan daripada teknologi yang digunakan pada masa ini menuntut guru agar bijak mengemas semula pengetahuan, kemahiran, tujuan, pedagogi dan hasil pembelajaran yang dimiliki mereka.

Ini termasuk menerapkan penggunaan digital serta mengoperasikan pelbagai kaedah berfikir dalam pengajaran.

"Guru boleh melakukan ini dengan pelbagai strategi termasuk menggunakan ujian dan maklumat prestasi pelajar dalam merancang pengajaran, selain memberi tumpuan kepada pembangunan literasi dan numerasi.

"Di Malaysia, kita telah melihat banyak contoh tentang bagaimana individu dan kumpulan-kumpulan guru telah memberi impak yang besar kepada kehidupan pelajar mereka dan saya percaya guru-guru ini perlu dijadikan sebagai contoh untuk diikuti.

Amalan terbaik mereka mesti dikongsi dengan semua guru agar mereka dapat mengubah komuniti dan negara secara kolektif," titah baginda.

Persidangan MELTA

Raja Zarith Sofiah yang juga Penaung Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris (MELTA) bertitah demikian ketika menyempurnakan Persidangan Antarabangsa MELTA kali ke-27 2018 di Hotel Berjaya Waterfront, di Johor Bahru, hari ini.

Hadir sama Presiden MELTA Prof S. Ganakumaran.

Dalam persidangan itu, Guru Cemerlang Bahasa Inggeris, Nor Fadzleen Sa'don, 41, dari Sekolah Menengah Bandar Baru Uda telah dipilih sebagai penerima Anugerah Guru Bahasa Inggeris The MELTA Hyacinth Gaudart.

Nor Fadzleen yang ditemui kemudiannya berkata beliau menerapkan kaedah pembelajaran yang selaras dengan peredaran zaman bagi memastikan setiap pelajarnya tidak ketinggalan terutama dalam bidang pendidikan yang kini banyak menggunakan teknologi.

"Pendidikan bagi abad ke 21 ini perlulah berbeza. Konsep global yang saya terapkan di dalam bilik darjah dengan menggunakan teknologi seperti video dan juga "Visual Reality"(VR) membuatkan pelajar minat untuk belajar Bahasa Inggeris".

"Saya berkolaborasi dengan banyak guru dari luar negara seperti Mesir dan Amerika Syarikat melalui video. Kami berkongsi persamaan dan perbezaan pelajaran antara dua negara," kata Nor Fadzleen yang kini menyambung pengajian Ijazah Kedoktoran dalam bidang teknologi di Institut Antarabangsa Teknologi Malaysia-Jepun, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

- Bernama

Friday 17 August 2018

Am : Kira-kira 3,500 murid di bawah KPM dijangkiti HFMD


----
Am : Kira-kira 3,500 murid di bawah KPM dijangkiti HFMD // BERNAMA - Malay Version
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1633012

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 3,500 murid dari 1,288 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilapor dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) hingga semalam, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

Kenyataan Media KPM Berkaitan Lantikan Anggota Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) Sesi 2018-2020

Surat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat Secara TBBK bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di KPM bagi Tahun 2016 hingga 2018 (Urusan Cicir)



----
Surat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat Secara TBBK bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di KPM bagi Tahun 2016 hingga 2018 (Urusan Cicir) // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4313-surat-siaran-urusan-kenaikan-pangkat-secara-tbbk-bagi-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-ppp-dan-anggota-kumpulan-pelaksana-akp-di-kpm-bagi-tahun-2016-hingga-2018-urusan-cicir

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI TAHUN 2016 HINGGA 2018 (URUSAN CICIR)


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


 2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Maklumat adalah seperti dilampiran : http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4313-surat-siaran-urusan-kenaikan-pangkat-secara-tbbk-bagi-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-ppp-dan-anggota-kumpulan-pelaksana-akp-di-kpm-bagi-tahun-2016-hingga-2018-urusan-cicir


Monday 6 August 2018

Am : 52 kes HFMD direkod di tabika, taska Kemas di Pahang


----
Am : 52 kes HFMD direkod di tabika, taska Kemas di Pahang // BERNAMA - Malay Version
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1629458

52 kes HFMD direkod di tabika, taska Kemas di Pahang


KUANTAN, 6 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 52 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan oleh Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan taska kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seluruh negeri. 

Pengarah KEMAS negeri Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi berkata semua kes tersebut adalah terkawal dan dan tiada taska mahupun tabika yang ditutup ekoran penyakit tersebut. 

"Kes ini melibatkan 45 kanak-kanak Tabika dan tujuh kanak-kanak taska. Ibu bapa diminta untuk tidak menghantar anak ke taska dan tabika bagi mengelakkan penularan penyakit itu," katanya ketika ditemui selepas Sambutan Prapelancaran Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri di Tabika Kemas Felda Bukit Goh, di sini hari ini.

Turut hadir Penolong Pengarah Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Negeri Pahang Dahliah Osman dan Pengurus Felda Bukit Goh Abdul Raiz Rifin.

Beliau berkata pihaknya mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Kesihatan dalam memastikan penyakit ini tidak merebak. 

"Mana-mana tabika dan taska yang terlibat dengan HFMD dipantau dan diperiksa oleh klinik kesihatan terdekat bagi memastikan pelajar lain tidak dijangkiti," katanya.

Mengulas mengenai majlis itu, Ahmad Fakhrul Azman berkata ia diadakan serentak di seluruh negara hari ini, melalui simbolik penyerahan Jalur Gemilang oleh Pengarah Kemas setiap negeri kepada wakil pelajar Tabika.

Sambutan itu bertujuan bagi memastikan kanak-kanak dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya selain memupuk semangat patriotisme dalam diri mereka, katanya. 

-- BERNAMA.com

4th International Conference on Teacher Learning and Development 2018 (ICTLD 2018)



----
4th International Conference on Teacher Learning and Development 2018 (ICTLD 2018) // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4291-4th-international-conference-on-teacher-learning-and-development-2018-ictld-2018

4th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) akan diadakan pada 14-16 Ogos 2018 bertempat di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Perasmian dan Ucap Utama persidangan antarabangsa dwitahunan ini akan dilaksanakan oleh YB Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Majlis penutupan akan dilakukan oleh YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Persidangan ICTLD pada kali ini dianjurkan bersama-sama oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) dengan kerjasama Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dan Pejabat Pengurusan Transformasi IPG di bawah PADU.

Objektif ICTLD 2018 adalah berkongsi kepakaran dan pengetahuan pelaksanaan pendidikan guru dalam kalangan pendidik guru, menjana amalan terbaik dan inovasi dalam pendidikan guru berdasarkan penyelidikan, mewujud dan memantapkan jaringan dan kolaboratif dalam penyelidikan pendidikan guru serta menjana aspirasi pembelajaran sepanjang hayat

Tema dalam persidangan ini ialah "Sharing Visions in Changing Times: Developing Transformative Pedagogies". Di antara penceramah yang akan menyampaikan ceramah dalam sesi pleno adalah:

Prof Madya. Dr. Jonathan Newton (Victoria University of Wellington, New Zealand)Prof Dr. Leslie Barratt ( Indiana State University, USA)Dr. Willy A Renandya (National Institute of Edu., Nanyang Tech., Singapore)Professor Dr. Stephen J. Hall - (Sunway University)

Kenyataan Media KPM: Jawapan Lisan Pertanyaan Dewan Rakyat Berkaitan Sekolah Kurang Murid (SKM)

National Robotics Open Competition (NROC) 2018

Thursday 2 August 2018

Tawaran Permohonan Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] Tahun 2018



----
Tawaran Permohonan Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] Tahun 2018 // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4285-tawaran-permohonan-program-ijazah-sarjana-kaunseling-penyalahgunaan-dadah-spada-tahun-2018

  Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa pencalonan daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPPuntuk memohon kemudahan penajaan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) tahun 2018.  Program ini merupakan program latihan kepakaran yang dikendalikan oleh USIM dan UMS secara sepenuh masa selama 24 bulan (4 semester).

  Sehubungan itu, PPP yang berminat dan berkelayakan serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan boleh memuat turun dan mengisi borang permohonan dengan lengkap. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan selewat-lewatnya sebelum atau pada 10 Ogos 2018 (Jumaat).

         

BilTajukMuat Turun
1Surat Tawaran Permohonan Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA] Tahun 2018Muat Turun
2Borang Permohonan Cuti Belajar Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD 1/2018Muat Turun
3Borang Perakuan Ketua Jabatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD 2/2018Muat Turun
4Borang Perakuan Kedudukan Kewangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD 3/2018Muat Turun
5Borang Maklumat Pinjaman Pendidikan/Tabung Pendidikan KPM(BT) LD 4/2018Muat Turun
6Borang Maklumat Politik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM(BT) LD5/2018Muat Turun

Sekian, terima kasih. 

 

Urus Setia

Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan

Bahagian Tajaan Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Tel: 03-83217138 Faks : 03-8321 7101

 

Kenyataan Media YB Timbalan Menteri Pendidikan Berkenaan Kes Guru Mencabul Murid Di Johor

Wednesday 1 August 2018

Friday 27 July 2018

Am : RM10 juta bantu 5,000 pelajar Sabah masuk IPT - Mohd Shafie



----
Am : RM10 juta bantu 5,000 pelajar Sabah masuk IPT - Mohd Shafie // BERNAMA - Malay Version
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1483756

RM10 juta bantu 5,000 pelajar Sabah masuk IPT - Mohd Shafie

Tarikh kemaskini: 26/07/2018
 

KOTA KINABALU, 26 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri melalui Kumpulan Yayasan Sabah akan memberi bantuan secara sekali beri berjumlah RM10 juta kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi, tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bantuan itu bakal memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 5,000 pelajar cemerlang termasuk pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan.

Mohd Shafie yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata insiatif itu adalah bukti komitmen kerajaan negeri baharu selain merupakan pelaburan jangka panjang dalam memperkasa pembangunan modal insan sekali gus melahirkan rakyat berilmu dan berpendidikan tinggi.

"Jika keadaan kewangan negeri bagus, jumlah bantuan ini akan ditingkatkan pada tahun depan kerana sektor pendidikan dan pembangunan sumber manusia menjadi keutamaan kerajaan negeri sekarang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Biasiswa Cemerlang Sabah Siri Ke-29, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri Datuk Dr Yusof Yacob dan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul.

Sejumlah 40 pelajar cemerlang SPM terpilih menerima anugerah biasiswa itu pada tahun ini sekali gus menunjukkan peningkatan jumlah penerima berbanding hanya 25 orang sebelum ini.

Mohd Shafie berkata jumlah penerima biasiswa berkenaan akan ditingkatkan pada tahun akan datang dan setiap penerima akan dipilih mengikut daerah di Sabah.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan sekolah vokasional, yang mana, kurikulum sekolah itu akan lebih komprehensif selaras dengan keperluan industri dan pasaran kerja.

Usaha itu ke arah melahirkan lebih banyak pelajar berkemahiran tinggi dan berpengetahuan luas dalam industri yang akan dimajukan di negeri ini sekali gus menjadikan Sabah sebagai negeri perindustrian di masa akan datang, katanya.

-- BERNAMA

Peminjam Gagal Bayar PTPTN Akan Disenaraikan Dalam Status Bankrap?



----
Peminjam Gagal Bayar PTPTN Akan Disenaraikan Dalam Status Bankrap? // SEBENARNYA.MY
https://sebenarnya.my/peminjam-gagal-bayar-ptptn-akan-disenaraikan-dalam-status-bankrap/

PENJELASAN:

Tular di media sosial dakwaan bahawa peminjam yang gagal membayar hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan disenaraikan dalam status bankrap.

Sumber gambar: Facebook.

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching kecewa kenyataannya mengenai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diputar belit segelintir media dan netizen media sosial.

Teo berkata, kenyataannya di Dewan Rakyat awal minggu ini tidak bermaksud kerajaan akan melaksanakan hukuman meletakkan peminjam yang gagal membayar hutang PTPTN dalam status bankrap.

Teas beliau, "Saya sangat kecewa kerana maksud saya sebenarnya membandingkannya dengan sistem perbankan swasta, jika penghutang gagal membayar hutang mereka akan disenarai bankrap, tetapi tidak adil untuk kita lakukan perkara sama pada bekas pelajar yang gagal bayar PTPTN, itu maksud saya".

SUMBER :

Astro Awani

Sinar Harian

Kenyataan Media YB Menteri Pendidikan Kepada Keluarga Mangsa Kebakaran Kuarters SK Bungan, Mulu, Sarawak

Kenyataan Media YB Menteri Pendidikan Kepada Keluarga Mangsa Kebakaran Kuarters SK Bungan, Mulu, Sarawak

Thursday 26 July 2018

Pelanjutan Tarikh Tutup Permohonan Baharu Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)/ Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) Tahun 2018



----
Pelanjutan Tarikh Tutup Permohonan Baharu Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)/ Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) Tahun 2018 // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4272-pelanjutan-tarikh-tutup-permohonan-baharu-kad-debit-diskaun-siswa-1malaysia-kads1m-baucar-buku-1malaysia-bb1m-tahun-2018

PERMOHONAN BAHARU

KAD DEBIT DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KADS1M)/ BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M) TAHUN 2018

[dikenali juga sebagai Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT)]

Boleh dilaksanakan melalui pautan : http://www.bankrakyat.com.my/bppt

Tarikh tutup permohonan baharu secara atas talian di Portal Bank Rakyat dilanjutkan ke tarikh 

30 Ogos 2018 (Khamis).

Kenyataan Media: Berkaitan Isu Salah Laku Seksual Guru

Kenyataan Media: Berkaitan Isu Salah Laku Seksual Guru // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4273-kenyataan-media-berkaitan-isu-salah-laku-seksual-guru

Notis Penutupan Sementara Pusat Dokumentasi



----
Notis Penutupan Sementara Pusat Dokumentasi // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4275-notis-penutupan-sementara-pusat-dokumentasi-4

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PUSAT DOKUMENTASI

Pusat Dokumentasi BPPDP akan ditutup buat sementara waktu kepada semua pelanggan luar. Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan dimohon untuk menghebahkan mengenai penutupan tersebut di portal rasmi KPM sebagai makluman kepada semua pengguna seperti berikut:

Dengan ini dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Rujukan di Pusat Dokumentasi BPPDP akan ditutup buat sementara waktu mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 09 – 10 Ogos 2018
Masa : 8.00 pagi – 4.15 petang

Penutupan ini adalah disebabkan pegawai dan kakitangan Pusat Dokumentasi terlibat dalam program penandaarasan perpustakaan di Singapura pada tarikh dan masa tersebut.

Sebarang kesulitan amat kami kesali dan kami mohon maaf atas penutupan ini.

Sekian. Terima kasih.

Monday 23 July 2018

Terdapat Pemasangan CCTV Di Bilik Asrama Perempuan SMK Sulaiman Di Bentong?



----
Terdapat Pemasangan CCTV Di Bilik Asrama Perempuan SMK Sulaiman Di Bentong?

 // SEBENARNYA.MY
https://sebenarnya.my/terdapat-pemasangan-cctv-di-bilik-asrama-perempuan-smk-sulaiman-di-bentong/

PALSU : Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) di bilik asrama perempuan SMK Sulaiman di Bentong. SEBENARNYA : Tiada pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) di bilik asrama perempuan SMK Sulaiman di Bentong, kata Pengarah Pendidikan Pahang, Dr. Tajuddin Mohd. Yunus. Pengetua sekolah berkenaan memaklumkan pemasangan CCTV hanya melibatkan bahagian luar […]

Pindaan Tarikh Peperiksaan PT3 (Ujian Bertulis) 2018



----
Pindaan Tarikh Peperiksaan PT3 (Ujian Bertulis) 2018 // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4267-pindaan-tarikh-peperiksaan-pt3-ujian-bertulis-2018

Dimaklumkan bahawa pindaan tarikh peperiksaan PT3 (Ujian Bertulis) 2018 adalah seperti berikut :  1 - 4 Oktober 2018.

Harap maklum.


----

Hour of Code is returning! If you don’t already know, Hour of Code is a one-hour program organized by #mydigitalmaker and the Ministry of Education that brings coding to students and schools in Malaysia. Ybhg. KPPM Datuk Dr Amin Bin Senin is taking part in the Hour of Code as well, so don't miss out! Sign your school up at https://goo.gl/xLmvjR from 16 July 2018 – 3 August 2018. #hourofcode

Hour of Code is returning!

If you don't already know, Hour of Code is a one-hour program organized by #mydigitalmaker and the Ministry of Education that brings coding to students and schools in Malaysia.

Ybhg. KPPM Datuk Dr Amin Bin Senin is taking part in the Hour of Code as well, so don't miss out!

Sign your school up at https://goo.gl/xLmvjR from 16 July 2018 – 3 August 2018.
#hourofcode

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2uXiqXF
via mykelabguru.viral@blogger.com

Video - Good luck guys!



Good luck guys!

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2LAhbIx
via mykelabguru.viral@blogger.com

Sunday 22 July 2018

51 Buah Sekolah Di Selangor Tutup Kerana Jangkitan HFMD?



----
51 Buah Sekolah Di Selangor Tutup Kerana Jangkitan HFMD? // SEBENARNYA.MY
https://sebenarnya.my/51-buah-sekolah-di-selangor-tutup-kerana-jangkitan-hfmd/

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat 51 buah sekolah telah ditutup di sebuah daerah dalam negeri Selangor kerana jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius kepada dakwaan yang tular di media sosial kononnya terdapat 51 buah sekolah telah ditutup di sebuah daerah dalam negeri Selangor. Berdasarkan pemantauan yang dijalankan oleh KKM bagi tahun 2018, sehingga kini TIADA sebarang penutupan sekolah mahupun kelas dalam sekolah di seluruh negeri Selangor akibat jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Didapati terdapat hanya dua (2) kluster HFMD dilaporkan berlaku di dua (2) sekolah berlainan dan kedua-dua sekolah ini atau kelas di dalam sekolah terbabit TIDAK DITUTUP.

Sekolah atau kelas yang terlibat tidak ditutup kerana mengambilkira hasil pemeriksaan oleh pasukan kesihatan yang mendapati tiada pendedahan risiko jangkitan HFMD kepada murid-murid lain.

Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu maklumat atau berita berkaitan HFMD sebelum mempercayainya, terutama maklumat tidak tepat yang dikeluarkan oleh pihak tertentu selain daripada KKM. Orang ramai juga diminta agar mengelak daripada menyebarkan berita yang tidak tepat tanpa mendapat pengesahan daripada pihak KKM terlebih dahulu.

SUMBER:

Laman Rasmi KP Kesihatan KKM

Kenyataan Media Timbalan Menteri Pendidikan Merangkap Ahli Parlimen Kulai Berhubung Isu Kononnya Lembaga Pengelola Sekolah Diarah Untuk Dibubarkan

Photo





from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2uDdqrW
via mykelabguru.viral@blogger.com

Latihtubi kendiri untuk Sejarah SPM

Latihtubi kendiri untuk Sejarah SPM

Google Form : Jawab Online 10 Set Soalan Sejarah SPM Kertas 1

Hasil maklumbalas dan kejayaan daripada penggunaan Google Form sebagai bahan ulangkaji dan latihtubi untuk subjek Sains , hasil daripada ide...

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2zU2iMc
via mykelabguru.viral@blogger.com

Video -





from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2NvIS2k
via mykelabguru.viral@blogger.com

Thursday 19 July 2018

Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Ppp) Lulusan Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (Sltppm) Tahun 2018



----
Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Ppp) Lulusan Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (Sltppm) Tahun 2018 // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4255-penempatan-pegawai-perkhidmatan-pendidikan-ppp-lulusan-skim-latihan-tenaga-nbsp-nbsp-pengajar-program-matrikulasi-sltppm-tahun-2018

Sukacita dimaklumkan bahawa

PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) LULUSAN SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR PROGRAM MATRIKULASI (SLTPPM) TAHUN 2018 boleh dicapai melalui Portal Rasmi KPM mulai 18/07/2018.

Sila layari URL : egraduan.moe.gov.my

Tarikh mula : 18/07/2018
Tarikh akhir : 01/09/2018
Tarikh penempatan : 08/01/2018

Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri / Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.

Sekian terima kasih.

Am : Kementerian Pendidikan bantu selesai isu pengurangan peruntukan prasekolah SJKT - Maszlee

Kementerian Pendidikan bantu selesai isu pengurangan peruntukan prasekolah SJKT - Maszlee

 

KUALA LUMPUR,19 Julai (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) akan membantu menyelesaikan isu pengurangan peruntukan pengurusan bagi kira-kira 200 buah prasekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) seluruh negara yang dikendalikan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata walaupun ia bukan berada di bawah kendalian kementeriannya namun usaha menyelesaikan perkara itu akan dibuat bagi memastikan kesemua prasekolah itu terus beroperasi di negara ini.

"Hak menurunkan peruntukan pengurusan bukan atas KPM kerana ia diletakkan di bawah ICU, Jabatan Perdana Menteri.

"Namun KPM akan campur tangan dalam urusan itu," katanya pada sesi soal jawab Menteri di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-Batu Gajah) mengenai pendirian kerajaan berhubung isu penurunan peruntukan pengurusan prasekolah SJKT yang pernah dibantu Unit Pembangunan Sosio-Ekonomi Masyarakat India (SEDIC).....

----
Am : Kementerian Pendidikan bantu selesai isu pengurangan peruntukan prasekolah SJKT - Maszlee // BERNAMA - Malay Version
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1481666

KUALA LUMPUR,19 Julai (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) akan membantu menyelesaikan isu pengurangan peruntukan pengurusan bagi kira-kira 200 buah prasekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) seluruh negara yang dikendalikan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
----

Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 ke Gred N22 Bagi Tahun 2018 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 ke Gred N22 Bagi Tahun 2018 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 ke Gred N22 Bagi Tahun 2018 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)Muat Turun
Penulis Berita: Bahagian Pengurusan Maklumat


----
Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 ke Gred N22 Bagi Tahun 2018 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4260-urusan-pemangkuan-pembantu-tadbir-perkeranian-operasi-gred-n19-ke-gred-n22-bagi-tahun-2018-di-kementerian-pendidikan-malaysia-kpm

Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 ke Gred N22 Bagi Tahun 2018 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)Muat Turun


----

KPM Keluarkan “Borang Kelengkapan Biodata Guru”?

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  mengeluarkan borang yang meminta guru melengkapkan biodata bagi tahun 2018.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) :

Borang yang meminta guru melengkapkan biodata ini adalah palsu. Satu laporan polis akan dibuat berhubung dengan perkara ini.

SUMBER : 
Laman Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

----
KPM Keluarkan "Borang Kelengkapan Biodata Guru"? // SEBENARNYA.MY
https://sebenarnya.my/kpm-keluarkan-borang-kelengkapan-biodata-guru/

Pelajar UiTM Dengkil Jatuh Bangunan Kerana Buaian Yang Dipasang Di Atas Balkoni Biliknya?

Pelajar UiTM Dengkil Jatuh Bangunan Kerana Buaian Yang Dipasang Di Atas Balkoni Biliknya

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang meninggal dunia akibat terjatuh dari sebuah bangunan adalah disebabkan oleh mangsa yang terjatuh dari buaian (hammock) yang dipasang di atas palang balkoni luar biliknya.

Sumber gambar: Twitter.

SEBENARNYA:

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz menafikan dakwaan yang tular dalam laman sosial bahawa kematian Nik Muhammad Addin disebabkan terjatuh dari buaian (hammock) yang dipasang mangsa di atas palang balkoni luar biliknya.

Menurutnya, penuntut UiTM itu terjatuh ketika duduk di atas palang besi balkoni luar bilik asramanya dan dipercayai tergelincir kerana gagal mengimbangi badan sebelum terjatuh dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam.

"Rakaman percakapan rakannya yang turut berada di situ menunjukkan mangsa sedang bercakap di telefon sambil duduk atas besi palang balkoni menghadap ke luar bangunan dan secara tiba-tiba tergelincir lalu jatuh."

Tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

SUMBER :

Utusan Malaysia

Harian Metro


----
Pelajar UiTM Dengkil Jatuh Bangunan Kerana Buaian Yang Dipasang Di Atas Balkoni Biliknya? // SEBENARNYA.MY
https://sebenarnya.my/pelajar-uitm-dengkil-jatuh-bangunan-kerana-buaian-yang-dipasang-di-atas-balkoni-biliknya/

Am : Tawaran caruman KWSP suri rumah hanya untuk isteri pertama

Tawaran caruman KWSP suri rumah hanya untuk isteri pertama

 

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Penambahan dana RM50 daripada kerajaan untuk kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suri rumah hanya tertakluk kepada isteri pertama sahaja.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata sumbangan kerajaan itu tidak akan dilanjutkan kepada isteri kedua, ketiga atau keempat sekiranya berlaku perkahwinan poligami.

"Itu tanggungjawab suami, kita akan bagi kepada isteri pertama sahaja...kalau mereka (lelaki) kahwin lebih daripada satu, mereka kena tanggung sendiri buat isteri lain bukan tugas itu diserahkan kepada kerajaan.

"Inisiatif membantu persediaan perlindungan masa depan isteri dan caruman ini dijangka dapat jadi tabungan bagi siapkan suri rumah menghadapi apa-apa kemungkinan yang tidak diingini untuk teruskan kelangsungan hidup," katanya dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Ghazali (PAS - Kuala Nerus) yang ingin tahu berkenaan pelaksanaan caruman KWSP untuk isteri atau wanita.

Dr Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata memorandum mengenai skim itu sudah siap dan akan dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

Skim tersebut adalah antara tawaran manifesto 100 hari kerajaan Pakatan Harapan, dijangka bermula dengan sumbangan sukarela yang kemudiannya akan diwajibkan setelah pindaan kepada Akta KWSP dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dilaksana.

-- BERNAMA 

----
Am : Tawaran caruman KWSP suri rumah hanya untuk isteri pertama // BERNAMA - Malay Version
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1481372

Am : Dasar Pendidikan dikaji semula - Maszlee


Dasar Pendidikan dikaji semula - Maszlee

 

KUALA LUMPUR,18 Julai (Bernama) -- Kementerian Pendidikan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri berkenaan Dr Maszlee Malik berkata jawatankuasa itu berperanan untuk mengkaji semula falsafah dan dasar pendidikan negara termasuk menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat universiti.

"Ia juga meliputi kesedaran sivik dan juga pembentukan nilai-nilai murni serta pengukuhan sains dan teknologi," katanya ketka menjawab soalan Ahmad Faizal Azumu (PH-Tambun) mengenai hala tuju pendidikan kebangsaan ketika sesi soal jawab.

Katanya jawatankuasa itu akan dianggotai pakar akademik, politik, agama serta wakil badan bukan kerajaan.

Menjawab soalan tambahan anggota yang sama mengenai langkah diambil untuk mengalakkan penggunaan bahasa Inggeris tanpa meminggirkan bahasa Malaysia terutamanya buat golongan luar bandar, beliau berkata kementeriannya akan menambah penghantaran guru pakar bahasa Inggeris ke kawasan luar bandar.....
----

Am : Dasar Pendidikan dikaji semula - Maszlee // BERNAMA - Malay Version
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1481431

Wednesday 18 July 2018

Bagi yang berhajat untuk join tahun ni.. #hourofcode2018

Bagi yang berhajat untuk join tahun ni.. #hourofcode2018

Pengalaman Sertai Hour of Code 2017


Pada 13 November yang lalu, Unit ICT SMK Jerlun telah menjalankan program Coding global, Hour of Code. Inisiatif ini dijalankan selepas KPM ...

from feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2Jvnx6B

Video - Sains T5 - InersiaSemakin besar jisim, semakin besar inersia



Sains T5 - Inersia

Semakin besar jisim, semakin besar inersia

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://youtu.be/_56O8tSAXQo
via mykelabguru.viral@blogger.com

Tuesday 17 July 2018

Photo - Semalam sempat berkunjung sekejap ke pertandingan inovasi IDBOS 2018 di IPG kampus Darulaman, Jitra Kedah.Tahniah untuk guru² inovatif dan proaktif yang turut serta. Saya doakan kejayaan anda semua ya! #IDBOS



Semalam sempat berkunjung sekejap ke pertandingan inovasi IDBOS 2018 di IPG kampus Darulaman, Jitra Kedah.

Tahniah untuk guru² inovatif dan proaktif yang turut serta. Saya doakan kejayaan anda semua ya! #IDBOS

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2LcpH03
via mykelabguru.viral@blogger.com
U.S. Embassy KL on Twitter

"Last week, @CiKGUHAiLMi stopped by the Embassy to discuss his recent visit to Huntsville, Alabama. In June, @Honeywell sent the Kedah-based teacher to the Educators at Space Academy (#HESA) For more on the life-changing program, check out this video: https://t.co/bZ8KjtGAgh"

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://twitter.com/usembassykl/status/1018771989413158912?s=09
via mykelabguru.viral@blogger.com

9 hari untuk kemas kini maklumat PTPTN

9 hari untuk kemas kini maklumat PTPTN

 

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu mengemukakan maklumat pendapatan mulai hari ini hingga 25 Julai depan.

Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata ia perlu dilaksana bagi mengumpul data terkini sebelum penangguhan bayaran balik untuk peminjam berpendapatan bawah RM4,000 dilaksanakan, sebaik kajian teliti selesai.

"Semua peminjam yang patut membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki dikehendaki mengemas kini maklumat secara dalam talian pada portal rasmi PTPTN.

"Sekiranya peminjam gagal mengemas kini maklumat dalam tempoh itu, PTPTN menganggap peminjam tidak berhasrat memohon penangguhan," katanya pada sidang media di Menara PTPTN, hari ini.

Beliau berkata selain maklumat pendapatan, peminjam perlu mengemas kini maklumat penting seperti alamat, nombor telefon dan e-mel.....

Sumber : 

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1480685

KPM Tergesa-gesa Mengiktiraf UEC?

PENJELASAN:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan tergesa-gesa mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenytaan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik:

Kerajaan sedang melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berkenaan pengiktirafan UEC.

Pengiktirafan UEC adalah salah satu janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dan sebelum melaksanakan pengiktirafan ini, kita perlu ambil kira isu kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan jika ada sebarang impak daripada keputusan pengiktirafan tersebut yang mungkin akan menjejaskan perpaduan serta keharmonian rakyat Malaysia. Justeru, pandangan dari pelbagai pihak adalah amat penting dan interaksi Kementerian bersama pihak-pihak yang berkenaan tetap menjadi keutamaan saya.

Sekali lagi saya ingin menekankan bahawa apa saja keputusan yang kita ambil berkenaan pengiktirafan UEC ini, ia akan bersifah komprehensif dan holistik, tanpa mengugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

SUMBER:

Kementerian Pendidikan Malaysia

Pelanjutan Tarikh Tutup Sayembara Penulisan Resensi Novel Islami Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia 2018


----
Pelanjutan Tarikh Tutup Sayembara Penulisan Resensi Novel Islami Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia 2018 // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4253-pelanjutan-tarikh-tutup-sayembara-penulisan-resensi-novel-islami-peringkat-kementerian-pendidikan-malaysia-2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penganjur Sayembara Penulisan Resensi Novel Islami Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia akan dilanjutkan tarikh tutup penyertaan iaitu pada 31 Ogos 2018.

Pelanjutan tarikh tutup ini dilaksanakan bagi membuka ruang yang lebih luas kepada peserta yang terdiri daripada:

Murid - murid sekolah di bawah kelolaan KPM yang terbahagi kepada dua (2) kategori:

1. Kategori A: Murid sekolah berumur 11 - 14 tahun (Novel Kanak - kanak)

2. Kategori B: Murid sekolah berumur 15 - 17 tahun (Novel Remaja)

Poster dan Syarat pertandingan sayembara berserta Borang Penyertaan dan Pengakuan Keaslian Karya boleh dimuat turun daripada pautan berikut:

http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4253-pelanjutan-tarikh-tutup-sayembara-penulisan-resensi-novel-islami-peringkat-kementerian-pendidikan-malaysia-2018


Laman Facebook: Sayembara Penulisan Resensi Novel Islami KPM 2018
Tarikh tutup sayembara ini ialah pada 31 OGOS 2018

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Urus Setia Sayembara, Ustaz Mohammad Sharffuddin bin Jahuri, Penolong Pengarah, Sektor Dakwah dan Kepimpinan, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian : 03-83217284 / 019-2335007 atau emel : resensi2018@gmail.com.

Sekian, terima kasih.

Monday 16 July 2018

Video - Project-based learning



Project-based learning

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://youtu.be/VRIWJHhqvrI
via mykelabguru.viral@blogger.com

Thursday 12 July 2018

Tahniah pasukan The Thinker dari Bahagian Psikologi dan Kaunseling atas pencapaian memperolehi Anugerah Perak di Konvensyen Team Excellence Wilayah Pantai Timur 2018 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang



----
Tahniah pasukan The Thinker dari Bahagian Psikologi dan Kaunseling atas pencapaian memperolehi Anugerah Perak di Konvensyen Team Excellence Wilayah Pantai Timur 2018 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4247-tahniah-pasukan-the-thinker-dari-bahagian-psikologi-dan-kaunseling-atas-pencapaian-memperolehi-anugerah-perak-di-konvensyen-team-excellence-wilayah-pantai-timur-2018-di-bukit-gambang-resort-city-kuantan-pahang

KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE WILAYAH PANTAI TIMUR 2018

BUKIT GAMBANG RESORT CITY, KUANTAN, PAHANG        

 

Pada 4 – 5 Julai pasukan The Thinker daripada Bahagian Psikologi Dan Kaunseling (BPsK) telah menyertai Konvensyen Team Excellence Wilayah Pantai Timur 2018 yang dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Pantai Timur di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang. Seramai 40 pasukan terdiri daripada pelbagai agensi telah menyertai Konvensyen tersebut.

Pasukan The Thinker, BPsK mencipta Instrumen Personaliti Psikologi dan kaunseling (i2Pk) untuk mendapatkan Profil Personaliti warga Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan pengurusan bakat.. Tahniah diucapkan kepada pasukan The Thinker kerana memperoleh Anugerah Perak dalam pertandingan tersebut.

Thank you Sinar

Thank you Sinar

Sinar Harian

"Banyak faktor untuk menjadi guru yang bagus dan cemerlang ini.."

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2uscc1A
via mykelabguru.viral@blogger.com

Wednesday 11 July 2018

Garis Panduan Bagi Kemudahan Penajaan Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa Kumpulan Pelaksana Sektor Pendidikan Secara Sepenuh Masa



----
Garis Panduan Bagi Kemudahan Penajaan Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa Kumpulan Pelaksana Sektor Pendidikan Secara Sepenuh Masa // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4240-garis-panduan-bagi-kemudahan-penajaan-cuti-belajar-bergaji-penuh-dengan-biasiswa-kumpulan-pelaksana-sektor-pendidikan-secara-sepenuh-masa

 GARIS PANDUAN BAGI KEMUDAHAN PENAJAAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA KUMPULAN PELAKSANA SEKTOR PENDIDIKAN SECARA SEPENUH MASA Muat Turun



Iklan kekosongan Jawatan Programme Officer I (Development) di Pejabat Sekretariat SEAMEO, Bangkok, Thailand



----
Iklan kekosongan Jawatan Programme Officer I (Development) di Pejabat Sekretariat SEAMEO, Bangkok, Thailand // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4244-iklan-kekosongan-jawatan-programme-officer-i-development-di-pejabat-sekretariat-seameo-bangkok-thailand

Tarikh tutup permohonan : 17 Julai 2018

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Farashuhada binti Md Yunus di talian, 03-8884 6124 atau Puan Umathevi Ponnusamy di talian 03-8884 6107

Pelawaan Kemudahan Penajaan Untuk Pegawai Pengurusan Dan Profesional Perkhidmatan Bukan Guru Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Sarjana Dan Kedoktoran Secara Sepenuh Masa Sesi 2019



----
Pelawaan Kemudahan Penajaan Untuk Pegawai Pengurusan Dan Profesional Perkhidmatan Bukan Guru Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Sarjana Dan Kedoktoran Secara Sepenuh Masa Sesi 2019 // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4245-pelawaan-kemudahan-penajaan-untuk-pegawai-pengurusan-dan-profesional-perkhidmatan-bukan-guru-bagi-mengikuti-pengajian-di-peringkat-sarjana-dan-kedoktoran-secara-sepenuh-masa-sesi-2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) Perkhidmatan Bukan Guru (PBG) Sektor Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memohon kemudahan penajaan di peringkat Sarjana (dalam negara sahaja) dan Kedoktoran (Ph.D) (dalam dan luar negara) Secara Sepenuh Masa Sesi 2019.

Permohonan dibuka mulai 9 Julai 2018 sehingga 3 Ogos 2018.

Pegawai Perkhidmatan Gunasama dan Pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama PBG kecuali Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat boleh melayari portal eSila JPA http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui syarat-syarat dan tatacara permohonan.

Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan selaras dengan Garis Panduan Pencalonan Pegawai P&P PBG Bagi Kemudahan Penajaan Pengajian Ijazah Lanjutan Secara Sepenuh Masa. Pencalonan tanpa melalui Ketua Jabatan dan tidak lengkap secara automatik tidak akan diproses. Pemohon perlu memastikan data yang dikemukakan adalah tepat dan disemak oleh Ketua Jabatan. Para pemohon juga diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan jika maklumat yang dikemukakan adalah palsu dan tindakan boleh diambil mengikut peruntukan peraturan/undang-undang sedia ada.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak dua (2) salinan beserta dokumen-dokumen sokongan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Julai 2018 (Selasa) jam 5.00 petang kepada:


Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Puan Nur Sakinah binti Mohd Abas/Puan Paridah binti Ali
Tel: 03-8884 7931/03-888 7947
Faks: 03-8884 7925
E-mel: sakinah.abas@moe.gov.my/paridah.ali@moe.gov.my

Sunday 8 July 2018

Dah jawab ka? Jom kita kongsi untuk dak2 SPM 2018

Dah jawab ka? Jom kita kongsi untuk dak2 SPM 2018

Google Form : Soalan Sains SPM Sebenar Kertas 1 [2017 - 2003]

Google Form memang merupakan satu platform yang baik untuk menggalakkan penyertaan murid dalam menjawab soalan Sains SPM Kertas 1. Malah ini...

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2IJn3cS
via mykelabguru.viral@blogger.com

Am : Lebih ramai guru diperlukan untuk bidang pendidikan khas - Teo


----
Am : Lebih ramai guru diperlukan untuk bidang pendidikan khas - Teo // BERNAMA - Malay Version
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1477868


KLANG, 6 Julai (Bernama) -- Kerajaan mahu lebih ramai bakal guru memohon menceburi bidang pendidikan khas memandangkan banyak kekosongan perjawatan berkenaan di seluruh negara pada masa kini.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata bidang pendidikan khas adalah antara sektor yang perlu diberi perhatian semua pihak bagi membantu kerajaan meningkatkan pencapaian dan perubahan dalam pendidikan negara.

Mengambil contoh di Selangor, beliau berkata terdapat 56 kekosongan guru pendidikan khas dan 207 jawatan pembantu pengurusan murid diperlukan di sekolah menengah dan sekolah rendah jenis berkenaan setakat ini.

"Untuk jumlah di seluruh negara, saya rasa keperluannya (guru pendidikan khas) pasti lebih tinggi. Disebabkan itu, kerajaan menyeru bakal guru memohon untuk menceburi bidang ini dan kami pasti akan mengambil lebih banyak guru dan pembantu pengurusan murid bagi memenuhi keperluan tersebut pada masa depan," kata Teo ketika ditemui pemberita selepas menghadiri jamuan malam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2018, di sini malam tadi.

Terdahulu, Teo membacakan teks ucapan Menteri Pendidikan Dr Mazlee Malek yang mahu masyarakat menyediakan ruang dan peluang sama rata kepada golongan berkeperluan khas bagi memastikan mereka turut dapat memberi sumbangan kepada negara.....

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan