Tuesday 17 July 2018

9 hari untuk kemas kini maklumat PTPTN

9 hari untuk kemas kini maklumat PTPTN

 

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu mengemukakan maklumat pendapatan mulai hari ini hingga 25 Julai depan.

Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata ia perlu dilaksana bagi mengumpul data terkini sebelum penangguhan bayaran balik untuk peminjam berpendapatan bawah RM4,000 dilaksanakan, sebaik kajian teliti selesai.

"Semua peminjam yang patut membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki dikehendaki mengemas kini maklumat secara dalam talian pada portal rasmi PTPTN.

"Sekiranya peminjam gagal mengemas kini maklumat dalam tempoh itu, PTPTN menganggap peminjam tidak berhasrat memohon penangguhan," katanya pada sidang media di Menara PTPTN, hari ini.

Beliau berkata selain maklumat pendapatan, peminjam perlu mengemas kini maklumat penting seperti alamat, nombor telefon dan e-mel.....

Sumber : 

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1480685

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan