Showing posts sorted by relevance for query guru. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query guru. Sort by date Show all posts

Wednesday 16 October 2019

Senarai 16 Guru Adiwira Kebangsaan KPM - CikguHailmi

Alhamdulillah tercatat satu lagi sejarah bila 16 orang guru dinobatkan sebagai Adiwira Kebangsaan KPM yang disampaikan semasa sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019 di Pulau Pinang pada bulan Mei yang lalu. 

 
16 Guru Adiwira Kebangsaan KPM sempena sambutan Hari Guru tahun 2019
16 Guru Adiwira Kebangsaan KPM sempena sambutan Hari Guru tahun 2019



Setiap negeri diwakili oleh seorang guru Adiwira, yang pencalonannya dilakukan oleh pihak JPN sendiri kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut merupakan 16 orang guru Adiwira PAK21 tersebut.

(Senarai adalah tidak mengikut apa-apa turutan)  


Guru Adiwira Perlis
 Cikgu Mohd Syafiq bin 
SMK Derma, Perlis



 Guru Adiwira Kedah
Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib
SMK Jerlun, Kedah

Guru Adiwira Kedah Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib SMK Jerlun, Kedah



Guru Adiwira Pulau Pinang
 Cikgu Rozita binti Lazim
SK Lahar Yooi, Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Guru Adiwira Pulau Pinang Cikgu Rozita binti SK Lahar Yooi, Pulau Pinang


 Guru Adiwira Perak
Cikgu Mohd Rizal bin Sadiman
SMK Alor Pongsu, Perak

 Guru Adiwira Perak Cikgu Mohd Rizal bin Sadiman SMK Alor Pongsu, Perak


Guru Adiwira Selangor
 Cikgu Mohamad Khamidon bin Sadi
SMK Seksyen 16, Shah Alam, Selangor

Guru Adiwira Selangor Cikgu Khamidon bin Sadi SMK Seksyen 16, Shah Alam, Selangor


 Guru Adiwira Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Cikgu Venkateswaran Ramiah
St Johns Institution, Kuala Lumpur

Guru Adiwira Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Cikgu Venkateswaran Ramiah St Johns Institution, Kuala Lumpur


Guru Adiwira Wilayah Persekutuan Putrajaya
Cikgu Hilda Ilya Hilmi
SK Putrajaya Presint 14 (1), WP Putrajaya

Guru Adiwira Wilayah Persekutuan Putrajaya Cikgu Hilda binti Hilmi SK Putrajaya, WP Putrajaya


 Guru Adiwira Negeri Sembilan
Cikgu Madhavan a/l Balakrishnan
SMK Puteri, Seremban, Negeri Sembilan



Guru Adiwira Melaka
 Cikgu Othman bin Markom
Sekolah Henry Gurney, Melaka

Guru Adiwira Melaka Cikgu Othman bin Markom Sekolah Henry Gurney, Melaka



 Guru Adiwira Johor
 Cikgu Kamaruzali bin 
SMK , Johor



Guru Adiwira Pahang
 Cikgu Samuel Isaiah
SK Runchang, Muadzam Shah, Pahang

Guru Adiwira Pahang Cikgu Samuel Isaiah SK Runchang, Muadzam Shah, Pahang



 Guru Adiwira Terengganu
 Cikgu Raztia binti Abdul Razak
SK Kerteh, Kemaman, Terengganu

 Guru Adiwira Terengganu Cikgu Raztia binti Abdul Razak SK Kerteh, Kemaman, Terengganu



Guru Adiwira Kelantan
 Cikgu Nurliza binti Ghazali
SK Kedai Buloh 1, Kota Bharu, Kelantan

Guru Adiwira Kelantan Cikgu Liza SK , Kelantan



 Guru Adiwira Sarawak
 Cikgu Mason Maur anak Changan
SK Nanga Balang, Kapit, Sarawak

Guru Adiwira Sarawak Cikgu Mason Maur SK , Sarawak



Guru Adiwira Wilayah Persekutuan Labuan
Cikgu Angeline leong
SK Kerupang, WP Labuan

Guru Adiwira Wilayah Persekutuan Labuan Cikgu Angeline SK Karupang, WP Labuan


 Guru Adiwira Sabah
Cikgu Abdullah Alif Dahlan
SK Perdana Tawau, Sabah

Guru Adiwira Sabah Cikgu Abdullah Alif Dahlan SK Perdana Tawau, Sabah



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Senarai 10 Guru Adiwira PAK21 - CikguHailmi

Alhamdulillah tercatat satu lagi sejarah bila 10 orang guru dinobatkan sebagai Adiwira PAK21 melalui Kempen Guru PAK21, pertandingan amalan terbaik bilik darjah yang dianjurkan oleh PADU Education pada April 2019. Berikut merupakan 10 orang guru Adiwira PAK21 tersebut.

(Senarai adalah tidak mengikut apa-apa turutan) 



Guru Adiwira PAK21: Cikgu Louis Pulong [SK Kerupang, Wilayah Persekutuan Labuan]
Guru Adiwira PAK21: Cikgu Louis Pulong [SK Kerupang, Wilayah Persekutuan Labuan]

Guru Adiwira PAK21: Cikgu Samuel Isaiah [SK Runchang, Muadzam Shah, Pahang]
Guru Adiwira PAK21: Cikgu Samuel Isaiah [SK Runchang, Muadzam Shah, Pahang]

Guru Adiwira PAK21: Cikgu Stephen Isaac [SMK (L) Methodist, Sentul, Kuala Lumpur]
Guru Adiwira PAK21: Cikgu Stephen Isaac [SMK (L) Methodist, Sentul, Kuala Lumpur]

Guru Adiwira PAK21: Cikgu Muhammad Nazmi bin Rosli [SK Long Sukang, Lawas, Sarawak]
Guru Adiwira PAK21: Cikgu Muhammad Nazmi bin Rosli [SK Long Sukang, Lawas, Sarawak]

Guru Adiwira PAK21: Cikgu Stefanus Lucas [SKPK Tuaran, Putatan, Sabah]
Guru Adiwira PAK21: Cikgu Stefanus Lucas [SKPK Tuaran, Putatan, Sabah]

Guru Adiwira PAK21: Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib [SMK Jerlun, Kedah]
Guru Adiwira PAK21: Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib [SMK Jerlun, Kedah]

Klik Untuk Lebih banyak info berkaitan 



Guru Adiwira PAK21: Cikgu Emira Nabila binti Ramli [SMK Pasir Gudang, Johor]
Guru Adiwira PAK21: Cikgu Emira Nabila binti Ramli [SMK Pasir Gudang, Johor]

Guru Adiwira PAK21: Ustaz Mohd Asrulnizam bin Md Yusof [SMK Jerlun, Kedah]
Guru Adiwira PAK21: Ustaz Mohd Asrulnizam bin Md Yusof [SMK Jerlun, Kedah]

Guru Adiwira PAK21: Cikgu Halizah binti Ahmad [SMK Bandar Kota Tinggi, Johor]
Guru Adiwira PAK21: Cikgu Halizah binti Ahmad [SMK Bandar Kota Tinggi, Johor]

Guru Adiwira PAK21: Cikgu Mohd Afifi bin Baharuddin [SMK (P) Sultan Abu Bakar, Johor]
Guru Adiwira PAK21: Cikgu Mohd Afifi bin Baharuddin [SMK (P) Sultan Abu Bakar, Johor]




Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Tuesday 31 December 2019

Umur 32 Tahun Dah Jadi Guru Besar, Jom Tengok Camna Laluan Cikgu Firdauz Abdullah - CikguHailmi

Baru-baru saya melihat status perkongsian seorang Guru Besar muda yang juga rakan saya, iaitu Cikgu Firdauz Abdullah di Facebook. Perkongsian beliau sangat lah menarik perhatian saya. Bukan sebab beliau merupakan seorang Guru Besar, tapi sebab beliau diberi kepercayaan menjadi Guru Besar pada usia yang sangat muda, iaitu 32 tahun. Wow! Muda kan? Jom kita tengok apa rahsia beliau dalam mendaki perkhidmatan seawal usia berkenaan. Mana lah tahu, ada rakan guru yang berminat nak ikut beliau kan?




Umur 32 Tahun Dah Jadi Guru Besar, Jom Tengok Camna Laluan GB Muda Nih
Umur 32 Tahun Dah Jadi Guru Besar, Jom Tengok Camna Laluan GB Muda Nih

Berikut adalah perkongsian Guru Besar Firdauz Abdullah di Facebook beliau. Post ini juga mendapat keizinan daripada beliau dengan harapan menjadi panduan dan inspirasi kepada guru-guru lain. Semoga bermanfaat ya!


" Esok, tahun 2020 bakal bermulanya episod baru dalam sejarah perkhidmatan aku yang kini masuk tahun ke-15.

Oleh yang demikian, aku saja nak kongsikanlah serba sedikit laluan kerjaya yang pada aku bolehlah dijadikan rujukan jika perlu. Mana tahu kot-kot boleh jadi inspirasi hehehe



Bermula pada tahun 2001, sebaik sahaja keputusan SPM keluar dan berbekalkan semangat untuk berdikari sendiri, maka buat pertama kalinya aku menebalkan muka ditemani kakak kedua aku untuk pergi ke Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan. Diiringi harapan adalah jawatan kosong sebagai Guru Ganti untuk diisi.

Pada masa tu, sekolah boleh mencari penganti guru yang cuti bersalin terlebih dahulu dan kemudian dimaklumkan kepada PPD untuk lantikan. Mudah kan?


Cikgu Firdauz Abdullah, Guru Besar SK Pekan Nenas Pontian Johor




Maka nak dijadikan cerita, adalah rezeki buat aku. Mengantikan seorang cikgu Bahasa Inggeris yang sedang cuti bersalin selama dua bulan, dan bermulalah perjalanan aku dalam dunia pendidikan.

Tamat sahaja kontrak selama dua bulan disana, aku sekali lagi diberi peluang untuk mengajar. Kali ini, sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Bahasa Inggeris di SMK Seri Pekan. Waktu yang sama, diberi tanggungjawab sebagai guru kelas tingkatan satu.

Haaaaa dan disitulah aku kenal dengan antara pengetua yang paling 'cool' iaitu Cikgu Hamid, mantan Timbalan Pengarah JPN Pahang, yang mana pada masa itu Cikgu Dzulkifri (Mantan Timbalan Pengarah JPN Pahang kini) adalah GPK Pentadbiran beliau. Hehehe awal-awal lagi aku dah belajar dari orang-orang hebat kan?

Beradalah aku disana sehingga akhir tahun 2001.


Pertemuan Cikgu Hailmi dengan GB Firdauz Abdullah di Johor pada bulan Mei 2019
Pertemuan Cikgu Hailmi dengan GB Firdauz Abdullah di Johor pada bulan Mei 2019



Seterusnya, pada tahun 2002, setelah berjaya menduduki peperiksaan UKELP di SMK Abdul Rahman Talib dan lulus temuduga di JPN Pahang, bermulalah pula episod aku sebagai pelatih pra perkhidmatan di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban dalam bidang Pengajian Bahasa Inggeris yang mana ia adalah dibawah Kursus Diploma Perguruan Malaysia.

Sepanjang tiga tahun disana (2002-2004), pelbagai bidang dan cabang ilmu aku sempat belajar. Antaranya, teknik 'green screen', dari mantan Pegawai Perpustakaan. Ilmu penerbitan dari pensyarah-pensyarah Unit Teknologi Pendidikan, diperkenalkan dan dibekalkan dengan Apple iBook G4 oleh pensyarah-pensyarah Unit Teknologi Maklumat dan ilmu mengurus majlis dan menyediakan kertas kerja dari pensyarah-pensyarah Jabatan PJK.




Tahun 2003 pula, aku dan sidang redaksi berhempas pulas menyiapkan majalah maktab, SINARAMA yang buat pertama kalinya diterbitkan semula setelah 12 tahun terkubur, dan berkat doa dan sokongan dari banyak pihak, alhamdulillah kami berjaya!

Berkat kejayaan tersebut membawa aku kepada pelantikan sebagai Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar pertama dimaktab itu yang datang dari opsyen Pengajian Bahasa Inggeris, dan ini bermakna sekali lagi sejarah tercipta! Hehehehe ramai juga yang tak puas hati


Kena selalu turun padang bersama-sama bekerja dengan guru dan staf
Kena selalu turun padang bersama-sama bekerja dengan guru dan staf

Tahun 2005 pula, setelah tamat pengajian, aku ditempatkan di SK Nong Chik, Johor Bahru. Dibawah pentadbiran tiga Guru Besar, pelbagai ilmu mengurus sumber manusia, pentadbiran dan kewangan yang telah aku tuntut dari mereka.

Dalam tahun 2009, keinginan nak sambung belajar ke peringkat ijazah meluap-luap! Walaupun pada masa tu saingan adalah tersangat sengit! Tapi, sekali lagi aku tebalkan muka dan merayu ke Unit Latihan, JPN dan juga kepada pengurus program latihan di IPGM. Rezeki Allah nak bagi, rayuan aku diluluskan! Alhamdulillah, pengajian ijazah dalam bidang Pengajian Bahasa Inggeris berjaya aku tamatkan pada pertengahan tahun 2013.



Sehinggalah pada suatu hari pada tahun 2013, tak lama setelah naik gred ke DG32. Aku diminta oleh Guru Besar untuk mengisi borang GPK. Mula-mula, berat juga nak isi. Tapi setelah diyakinkan bahawa inilah masanya untuk aku berhijrah, maka terhantarlah juga borang permohonan tu ke PPD.


Jadi Guru Besar pun kena rajin buat kerja-kerja rencam macam nih
Jadi Guru Besar pun kena rajin buat kerja-kerja rencam macam nih

16.11.2013 tak lama selepas melalui proses temuduga, aku pun menerima surat lantikan dan diminta melapor diri sebagai PK Kokurikulum di SK Taman Perling 3. Tapi jodoh kami tak lama, sebaik pulang dari Korea (Program Pertukaran Belia Malaysia - Korea) aku sekali lagi diarah berpindah pada 16.12.2013 dan melapor diri ke SK Sungai Danga dengan memegang portfolio yang sama.

Tak sempat berkenalan dengan warga sekolah, aku sekali lagi mendapat surat arahan bagi menghadiri NPQEL Ambilan 1/2014 dan diarah melapor diri di IAB Genting pada 8.12.2013! Nak menolak, tapi tak boleh disebabkan ia adalah arahah pihak atasan.. Maka akurlah aku.




Di SK Sungai Danga juga jodoh aku tak panjang, sebaik terima surat lantikan ke DG42, aku dipanggil pula untuk temuduga sebagai PGB pada penghujung tahun 2015. Seperti yang dijangka, aku dilantik buat pertama kalinya sebagai Guru Besar di SK Jaya Mulia, Pontian pada tanggal 16.12.2015 pada usia 32 tahun


Cikgu Firdauz Abdullah, Guru Besar SK Pekan Nenas Pontian Johor
Cikgu Firdauz Abdullah, Guru Besar SK Pekan Nenas Pontian Johor


Kira mudalah juga, tapi usia tidak menjadikan alasan untuk aku buat kerja sambil lewa. Amanah dan tanggungjawab perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

Oleh kerana itu jugalah, aku dipindahkan sekali lagi. Cukup setahun di SK Jaya Mulia, aku mendapat arahan pertukaran untuk berkhidmat di SK Pekan Nenas, Pontian pada 16.12.2016, tiga tahun yang lalu.

Berbaki 23 tahun dalam perkhidmatan, kan aku cuba sehabis baik untuk memacu pendidikan negara kearah kecemerlangan dan kegemilangan. Demi anak-anak kau, demi anak-anak aku, dan demi tanah kita berpijak ini.

br />
InsyAllah. Doakan yang terbaik buat kami warga pendidik."



OK.. Demikian lah perkongsian beliau di Facebook. Semoga kisah ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada guru-guru lain yang mahu mengikut laluan pentadbiran seperti Guru Besar Firdauz Abdullah. Saya ucapkan semoga beliau terus cemerlang dan berjaya.

Untuk yang tak berminat menjadi Guru Besar ke Pengetua ke, anda jangan risau. Kita ada lagi 20 laluan kerjaya dalam bidang perguruan. Kalau berminat nak follow laluan Guru Cemerlang macam saya, boleh pergi baca artikel Bagaimana Saya Dapat DG48 Dalam 11 Tahun dan baca Panduan Memohon Guru Cemerlang.

Apa pun pilihan laluan kita, semoga semuanya dapat sama-sama menaikkan sistem pendidikan negara kita. Yang terbaik!
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Thursday 22 September 2016

MAJLIS PENYERAHAN TABLET KPM DENGAN KERJASAMA UTUSAN MELAYU (M) BERHAD KEPADA WARGA GURU WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR • Pada masa ini perkembangan ICT dan ledakan maklumat sudah tidak boleh diabaikan dan menjadi satu kemestian dalam mengharungi dunia global tanpa sempadan. • Jadi dengan usaha yang kecil ini iaitu pemberian tablet kepada guru-guru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia diharapkan dapat menjadi pemicu ke arah pendidikan dan Pembelajaran Abad ke-21. • Pemberian komputer tablet yang dilengkapi dengan perisisan e-Tutor ini oleh Kerajaan Pusat kepada kira-kira 17,000 orang guru di Wilayah Persekutuan ialah revolusi kecil dalam dunia pendididikan yang diharap dapat memberi manfaat jangka panjang. • Penyediaan gajet berkenaan merupakan langkah yang memberi kesan besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan melonjak pada tahap yang lebih tinggi. • Anjakan ke-7 dalam PPPM menegaskan tentang memanfaatkan tek



MAJLIS PENYERAHAN TABLET KPM DENGAN KERJASAMA UTUSAN MELAYU (M) BERHAD KEPADA WARGA GURU WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR • Pada masa ini perkembangan ICT dan ledakan maklumat sudah tidak boleh diabaikan dan menjadi satu kemestian dalam mengharungi dunia global tanpa sempadan. • Jadi dengan usaha yang kecil ini iaitu pemberian tablet kepada guru-guru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia diharapkan dapat menjadi pemicu ke arah pendidikan dan Pembelajaran Abad ke-21. • Pemberian komputer tablet yang dilengkapi dengan perisisan e-Tutor ini oleh Kerajaan Pusat kepada kira-kira 17,000 orang guru di Wilayah Persekutuan ialah revolusi kecil dalam dunia pendididikan yang diharap dapat memberi manfaat jangka panjang. • Penyediaan gajet berkenaan merupakan langkah yang memberi kesan besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan melonjak pada tahap yang lebih tinggi. • Anjakan ke-7 dalam PPPM menegaskan tentang memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Pada masa ini murid akan menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih bersifat peribadi. Mereka juga dapat belajar dengan mengikut keupayaan sendiri dan guru hanya bertindak sebagai pemudah cara dan bukan sebagai pembekal kandungan mata pelajaran secara langsung. • Guru-guru boleh mengekses lebih banyak contoh sumber pengajaran terbaik secara atas talian. • Dengan ini diharapkan dapat membantu guru-guru mengekses bahan pengajaran dengan lebih cepat, mudah dan menarik. MAJLIS PENYERAHAN TABLET KPM DENGAN KERJASAMA UTUSAN MELAYU (M) BERHAD KEPADA WARGA GURU WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR • Pada masa ini perkembangan ICT dan ledakan maklumat sudah tidak boleh diabaikan dan menjadi satu kemestian dalam mengharungi dunia global tanpa sempadan. • Jadi dengan usaha yang kecil ini iaitu pemberian tablet kepada guru-guru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia diharapkan dapat menjadi pemicu ke arah pendidikan dan Pembelajaran Abad ke-21. • Pemberian komputer tablet yang dilengkapi dengan perisisan e-Tutor ini oleh Kerajaan Pusat kepada kira-kira 17,000 orang guru di Wilayah Persekutuan ialah revolusi kecil dalam dunia pendididikan yang diharap dapat memberi manfaat jangka panjang. • Penyediaan gajet berkenaan merupakan langkah yang memberi kesan besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan melonjak pada tahap yang lebih tinggi. • Anjakan ke-7 dalam PPPM menegaskan tentang memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Pada masa ini murid akan menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih bersifat peribadi. Mereka juga dapat belajar dengan mengikut keupayaan sendiri dan guru hanya bertindak sebagai pemudah cara dan bukan sebagai pembekal kandungan mata pelajaran secara langsung. • Guru-guru boleh mengekses lebih banyak contoh sumber pengajaran terbaik secara atas talian. • Dengan ini diharapkan dapat membantu guru-guru mengekses bahan pengajaran dengan lebih cepat, mudah dan menarik. https://www.facebook.com/mahdzirkhalid/photos/a.661684693933108.1073741963.377863958981851/853901171378125/?type=3

Friday 2 December 2016

Cadangan Akta Perlindungan Guru ; Guru-guru juga dikategorikan sebagai penjawat awam. Undang2 sedia ada telah memperuntukkan perlindungan yg sewajarnya kepada guru yg diserang, diugut dan diancam dan mendatangkan kecederaan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574). Manakala seksyen 5 Akta Prosiding Kerajaan 1956 (Akta 359) jelas memperuntukkan bahawa kerajaan akan bertindak bagi pihak penjawat awam. Pegawai tersebut iaitu guru akan diwakili oleh Jabatan Peguam Negara dengan syarat tindakan undang-undang yg diambil adalah berbangkit akibat tugas rasmi pegawai tersebut. Walaupun begitu, jika UMNO ingin bergerak lebih kehadapan menyalurkan bantuan perlindungan kpd guru seperti bantuan guaman dan konsultasi perundangan kpd guru khususnya, ia adalah langkah yg amat dialu-alukan.



Cadangan Akta Perlindungan Guru ; Guru-guru juga dikategorikan sebagai penjawat awam. Undang2 sedia ada telah memperuntukkan perlindungan yg sewajarnya kepada guru yg diserang, diugut dan diancam dan mendatangkan kecederaan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574). Manakala seksyen 5 Akta Prosiding Kerajaan 1956 (Akta 359) jelas memperuntukkan bahawa kerajaan akan bertindak bagi pihak penjawat awam. Pegawai tersebut iaitu guru akan diwakili oleh Jabatan Peguam Negara dengan syarat tindakan undang-undang yg diambil adalah berbangkit akibat tugas rasmi pegawai tersebut. Walaupun begitu, jika UMNO ingin bergerak lebih kehadapan menyalurkan bantuan perlindungan kpd guru seperti bantuan guaman dan konsultasi perundangan kpd guru khususnya, ia adalah langkah yg amat dialu-alukan. Cadangan Akta Perlindungan Guru ; Guru-guru juga dikategorikan sebagai penjawat awam. Undang2 sedia ada telah memperuntukkan perlindungan yg sewajarnya kepada guru yg diserang, diugut dan diancam dan mendatangkan kecederaan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574). Manakala seksyen 5 Akta Prosiding Kerajaan 1956 (Akta 359) jelas memperuntukkan bahawa kerajaan akan bertindak bagi pihak penjawat awam. Pegawai tersebut iaitu guru akan diwakili oleh Jabatan Peguam Negara dengan syarat tindakan undang-undang yg diambil adalah berbangkit akibat tugas rasmi pegawai tersebut. Walaupun begitu, jika UMNO ingin bergerak lebih kehadapan menyalurkan bantuan perlindungan kpd guru seperti bantuan guaman dan konsultasi perundangan kpd guru khususnya, ia adalah langkah yg amat dialu-alukan. https://www.facebook.com/1641131806185939/photos/a.1650646848567768.1073741844.1641131806185939/1650648608567592/?type=3 --| JOIN | telegram.me/kelabgurumalaysia berita terkini!. |-- --| GROUP CHAT TELEGRAM | telegram.me/kelabguruchat |--

Thursday 12 March 2020

Kita Cemerlang Sama-sama. Jom Sertai Bimbingan GC to Be! - CikguHailmi

Semalam hari terakhir permohonan Guru Cemerlang 2020 dibuka. Alhamdulillah katanya ramai yang mohon untuk kali nih, dan ramai yang berminat nak mohon pada tahun mendatang juga.
Masa saya mula jadi cikgu, tak pernah terpikir pun nak jadi Guru Cemerlang.
Tapi rezeki saya di tempatkan di sekolah yang banyak membentuk saya sebagai guru, serta jumpa dengan orang yang betul, menyebabkan saya nampak laluan Guru Cemerlang ini sebagai satu lagi pilihan yang saya ada.

Kita Cemerlang Sama-sama. Jom Sertai Bimbingan GC to Be!

Dan bila saya mulakan misi berkongsi inspirasi dengan ramai guru di seantero negara, saya dapati betapa ramainya guru-guru kita yang bagus di luar sana. Rajin, komited dan sentiasa buat yang terbaik.
Tapi sayang nya, ada yang tak pernah langsung didedahkan dengan peluang macam ni, menyebabkan mereka terus Cemerlang dengan cara mereka.
Menyedari sukar mencari maklumat tentang Guru Cemerlang, maka tahun 2013 saya mula menulis Panduan Memohon Guru Cemerlang. Alhamdulillah daripada komen dalam artikel, ramai yang bagi maklumbalas yang baik.
Seiring perkembangan teknologi juga, tahun lepas saya mulakan group telegram, Bimbingan GC To Be, juga untuk tujuan membimbing dan melahirkan lebih ramai Guru Cemerlang. 3 hari buka saja, dah cecah 1000 orang guru yang join. Yang dah GC pun join, dan sangat banyak membantu membimbing guru-guru novis.
Tahun nih pula lagi rancak bila JNJK dan Majlis GC negeri anjurkan jerayawara keliling Malaysia tentang Guru Cemerlang. Mudahan juga semua usaha-usaha ini mampu meningkatkan kualiti lebih ramai guru kita ke tahap yang lebih baik.
Untuk yang berminat join group telegram di atas, boleh lah Klik pautan https://t.me/joinchat/A0sWZRW8Xoe20EaFaQ-zsw
Saya doakan juga semoga semua guru yang mohon Guru Cemerlang tahun nih dipermudahkan segala urusan. Dah jadi Guru Cemerlang nanti, jangan lupa cemerlangkan guru lain pula. Pakat sama-sama Cemerlang.
Orang Afrika kata, nak pi cepat, pi sorang-sorang. Nak pi jauh, pi lah ramai-ramai... ❤️
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Saturday 31 December 2016

Keadaan sekolah2 pulau di Mersing, Johor KPPM telah maklumkan JPN Johor agar penangguhan persekolahan di pulau dan hari tertangguh itu tidak perlu diganti. Guru dan GB terbabit hadir bertugas di sekolah tanah besar. Bilangan guru dan keluarga yang tidak dapat balik ke sekolah-sekolah di pulau sempena sesi persekolahan 2017. 1. Pulau Aur 11 guru, 13 ahli keluarga. 2. Pulau Pemanggil 7 guru, 2 ahli keluarga 3. Pulau Tinggi 8 guru, 2 ahli keluarga 4. Pulau Sibu 10 guru

Keadaan sekolah2 pulau di Mersing, Johor KPPM telah maklumkan JPN Johor agar penangguhan persekolahan di pulau dan hari tertangguh itu tidak perlu diganti. Guru dan GB terbabit hadir bertugas di sekolah tanah besar. Bilangan guru dan keluarga yang tidak dapat balik ke sekolah-sekolah di pulau sempena sesi persekolahan 2017. 1. Pulau Aur 11 guru, 13 ahli keluarga. 2. Pulau Pemanggil 7 guru, 2 ahli keluarga 3. Pulau Tinggi 8 guru, 2 ahli keluarga 4. Pulau Sibu 10 guru Keadaan sekolah2 pulau di Mersing, Johor KPPM telah maklumkan JPN Johor agar penangguhan persekolahan di pulau dan hari tertangguh itu tidak perlu diganti. Guru dan GB terbabit hadir bertugas di sekolah tanah besar. Bilangan guru dan keluarga yang tidak dapat balik ke sekolah-sekolah di pulau sempena sesi persekolahan 2017. 1. Pulau Aur 11 guru, 13 ahli keluarga. 2. Pulau Pemanggil 7 guru, 2 ahli keluarga 3. Pulau Tinggi 8 guru, 2 ahli keluarga 4. Pulau Sibu 10 guru https://www.facebook.com/377863958981851/posts/934773903290851 --| JOIN | telegram.me/kelabgurumalaysia berita terkini!. |-- --| GROUP CHAT TELEGRAM | telegram.me/kelabguruchat |--

Friday 11 August 2017

PELAWAAN PENCALONAN PESERTA BAGI MENYERTAI KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN DENGAN BIASISWA OLEH SEAMEO RELC'S BAGI TAHUN 2018

YBhg. Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN PENCALONAN PESERTA BAGI MENYERTAI KURSUS-KURSUS YANG
DITAWARKAN DENGAN BIASISWA OLEHSEAMEO  RELC'S   BAGI TAHUN 2018

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada emel daripada Bahagian
Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) bertarikh 21 Julai 2017 dan surat tawaran kursus daripada SEAMEO
RELC   dengan nombor rujukan RELC 3345/A bertarikh 23 Jun 2017 adalah
berkaitan.



     2.         Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM telah mengambil
maklum bahawa Southeast Asian Ministers of Education Organization
(SEAMEO) Regional Language Centre  mempelawa pencalonan daripada
kalangan Pegawai Perkhimatan Pendidikan (PPP) sama ada dalam kalangan
Guru Penolong Kanan/ Guru Cemerlang/ Jurulatih Utama/ Guru Bahasa
Inggeris di Sekolah Menengah (Menengah Atas/ Menengah Rendah) dan Guru
Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah untuk memohon kursus yang ditawarkan
oleh SEAMEO RELC  bagi tahun 2018.

     3.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SEAMEO RELC
menawarkan biasiswa bagi kursus-kursus antarabangsa seperti yang
berikut:

Bil

Tajuk Kursus

Tarikh

Kumpulan Sasaran

Tarikh Tutup Permohonan

a.

Advanced Specialist Certificate  (I) in Teaching Listening and Speaking

(C111)

3 – 19 Jan 2018

2 Jan : Ketibaan

20Jan: Berlepas

Pensyarah/Guru berkelulusan Bahasa Inggeris di Kolej/Sek Men/Sek Ren
dan yang berkaitan

04 Sept 2017

b.

Advanced Specialist Certificate  (II) in Language Skills and Pedagogy

(C211)

3 Jan 2018 – 09 Feb 2018

02 Jan : Ketibaan

10 Feb : Berlepas

Pensyarah/Guru berkelulusan Bahasa Inggeris di Kolej/Sek Men/Sek Ren
dan yang berkaitan

04 Sept 2017

c.

Advanced Specialist Certificate  (I) in Teaching Reading and Writing

(C112)

23 Jan 2018 – 09 Feb 2018

22 Jan : Ketibaan

10 Feb : Ketibaan

Pensyarah/Guru berkelulusan Bahasa Inggeris di Kolej/Sek Men/Sek Ren
dan yang berkaitan

04 Sept 2017

d.

Specialist Certificate in Teaching English as an International Language (TEIL)

20 Feb 2018 – 09 Mar 2018

19 Feb : Ketibaan

10 Mar : Berlepas

Pensyarah/Guru berkelulusan Bahasa Inggeris di Kolej/Sek Men/Sek Ren
dan yang berkaitan

04 Sept 2017

f.

Advanced Specialist Certificate  (I) in Language Assessment

(C113)

20 Mar 2018 – 06 Apr 2018

19 Mar : Ketibaan

07 Apr : Berlepas

Pensyarah/Guru berkelulusan Bahasa Inggeris di Kolej/Sek Men/Sek Ren
dan yang berkaitan

04 Sept 2017

g.

Blended Post Graduate Diploma in Applied Linguistics

(C103)

02 Jul 2018 – 14 Dis 2018

01 Jul  : Ketibaan

15 Dis  : Berlepas

Pensyarah/Guru berkelulusan Bahasa Inggeris di Kolej/Sek Men/Sek Ren
dan yang berkaitan

02 Okt 2017

h.

Specialist Certificate on Content and Language Integrated Learning

(C421)

02 Okt 2018 – 19 Okt 2018

01 Okt : Ketibaan

20 Okt : Berlepas

Guru Bahasa Inggeris Sekolah Men,Sekolah Ren, SISC +

02 Okt 2017

4.         Sehubungan dengan itu, semua PPP sama ada dalam kalangan
guru/ pensyarah/ pegawai yang dicalonkan mestilah mempunyai keupayaan
untuk melaksanakan kursus dalaman secara perkongsian ilmu kepada
rakan-rakan guru setelah tamat berkursus dan kembali bertugas di
institusi, jabatan atau bahagian masing-masing.  Penyertaan dalam
kalangan guru/ pensyarah/ pegawai yang berkenaan hendaklah direkodkan
dalam Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM).

5.         Untuk makluman YBhg. Dato'/ Datin/ Dr./ tuan/ puan,
bayaran pendaftaran kursus dan tuisyen, kos penerbangan (pergi balik),
kos penginapan  dan elaun sara hidup bagi  guru/ pensyarah/ pegawai
sepanjang menghadiri kursus berkenaan adalah di bawah tanggungan pihak
penganjur iaitu SEAMEO RELC .  Penyertaan dalam kalangan guru/
pensyarah/ pegawai hendaklah melalui danmendapat kebenaran daripada
Ketua Jabatan  masing-masing.  Permohonan yang diterima akan disaring
dan diperhalusi oleh Panel Pemilihan BPG yang telah dilantik dan
permohonan yang layak serta memenuhi kriteria yang diperlukan akan
terus dicalonkan kepada pihak penganjur untuk tindakan selanjutnya.

6.         Bersama-sama surat ini dilampirkan (i) General Information
on SEAMEO RELC 2018 Courses,  (ii) SEAMEO RELC 2018 Course
Description, (iii) Medical Examination Form  dan (iv) Application Form
 for SEAMEO RELC 2018 Courses .  Hanya borang yang lengkap dan sampai
ke BPG dalam tempoh masa yang telah ditetapkan sahaja yang akan
diproses.  Semua maklumat kursus dan borang yang berkaitan perlu
dimuat turun daripada Portal Rasmi KPM ( www.moe.gov.my ) seterusnya
dicetak manakala semua dokumen dan borang permohonan yang telah
lengkap diisi perlu disertakan bersama-sama dokumen-dokumen seperti
berikut :

(i)              Annex C1 :  Application Form (for all courses )

(ii)            Annex C3 :  Medical examination form (for all courses )

(iii)           Individual Profile  dan  Tugas Semasa PPP

(iv)           Salinan Kad Pengenalan

(v)            Salinan Passport (belum tamat tempoh)

(vi)           Salinan TOEFL /IELTS  atau Sijil-Sijil Kompetensi
Bahasa Inggeris lain

(vii)          Surat Iringan / Sokongan daripada Ketua Jabatan

Semua dokumen hendaklah dikemukakan ke Bahagian ini selewat-lewatnya
pada atau sebelum tarikh tutup permohonan bagi setiap kursus yang
dimohon dan pos segera kepada  :

                        Encik Ahmad Sabri bin Abdullah

                        Sektor Dasar Keguruan,

                        Bahagian Pendidikan Guru,

                        Kementerian Pendidikan Malaysia,

                        Aras 3, Blok E13, Kompleks E,

                        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

                        62604 PUTRAJAYA .



Pegawai-pegawai  berikut boleh dihubungi untuk tujuan semakan bagi
penerimaan borang di Bahagian ini :



                                       i.          Puan Zaliza binti Ali

                                    Tel       :           03-8884 1192

                                    E-mel  :            zaliza@ali@moe.gov.my

                                     ii.          Puan Khairina binti Khalid

                                    Tel       :           03-8884 1194

                                    E-mel  :
khairina.khalid@moe.gov.my

7.         Jika ada pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi
Encik Ahmad Sabri bin Abdullah,  Sektor Dasar Keguruan, BPG  di talian
03 8884 1060  atau melalui emel  ahmad.sabri@moe.gov.my .

Sekian, terima kasih.

Bil

Perkara



1.

Surat Iklan

Muat Turun

2.

Annex C1 Application Form for All Courses

Muat Turun

3.

Annec C3 Medical Examination Form for All Courses

Muat Turun

4.

Course Information

Muat Turun

Tuesday 26 November 2019

Dunia Pendidikan Semakin ke Laut? Ini Pesan Cikgu Suhaila - CikguHailmi

Belakangan ini banyak cerita pendidikan yang berlegar di sekeliling. Kadangkala yang cerita negatif tu lagi banyak keluar, sampai yang positif pun boleh tumpang rasa negatif juga pastu. Ini tak bagus. Jadi perkongsian daripada Cikgu Siti Suhaila di Facebook beliau, mungkin boleh membuka minda kita sebagai pendidik, kepada sesuatu yang lebih positif. Jom kita baca!


Cikgu Suhaila (berbaju merah) merupakan guru aktif menghasilkan video Pdpc bersama kumpulan cikgooTUBE
Cikgu Suhaila (berbaju merah) merupakan guru aktif menghasilkan video Pdpc bersama kumpulan cikgooTUBE


"Cikgu2 bosan, ngajar apa kat depan, tak faham.

Cikgu asyik membebel.

Beban kerja berlambak2. Pentadbir tak faham. Pentadbir suka push.

JPN PPD asyik mengejar macam2.

Silibus mengarut. KPM tak buat kerja. Menteri ntah hape2.

Terlalu banyak perkara negatif bukan sahaja di minda murid, ibu bapa, malah di minda guru sendiri termasuk sy.

Kita akan terus kekal negatif jika kita maintain di circle yang sentiasa berbicara tentang perkara tu.

Sedangkan sekarang ni banyak perubahan positif dalam arena pendidikan yang kita tak ambil tahu dan tak endah. Kita hanya peka di sisi negatif.

 

Sy sarankan guru2 keluar dari kelompok 'sekolah sendiri semata' dan sertai program2 pendidikan, cari persatuan yang positif, program yg positif yang dihadiri oleh guru2 hebat yang sentiasa memberi inspirasi.

Bila kita banyak terlibat dengan program2 sebegini, kita akan sentiasa terinspirasi. Positif vibes tu di mana-mana. Walau betapa remuk kecewa, frust, letih kita waktu itu, tp bila bertemu dengan insan2 yang penuh inspirasi, InsyaAllah kita akan kembali bersemangat.

Percayalah. Ramai guru yang sy temui menjadikan program2 positif seperti ini sebagai suatu terapi dan mengekalkan diri supaya terus bersemangat sebagai seorang pendidik.


Duta Guru Nadi Negara
Duta Guru Nadi Negara


Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah proaktif dengan mengiktiraf guru2 dengan anugerah Guru Nadi Negara, Guru Adiwira Kebangsaan, Guru Adiwira PAK21 dan pelbagai lagi.


BACA LAGI : Edufluencers oleh PADU Education, 25 Ikon Guru Jumpa KPPM


Pengiktirafan sebegini suatu penghargaan yang memberi inspirasi berterusan kepada guru2. Guru2 hebat ini menjadi idola dan ikutan guru2 lain untuk berubah ke arah lebih baik.

Sampai bila kita ingin terus kekal dalam zon selesa?



Ayuh Sama2 kita menyambut baik usaha kementerian pendidikan dalam meningkatkan kualiti guru dengan suasana yang cukup positif dan menginspirasikan.

Mungkin suatu hari nanti kita boleh ubah stigma masyarakat yang menjadikan artis sebagai idola kepada GURU SEBAGAI IDOLA?

Mungkin suatu hari nanti golongan pendidik yang mendominasi dunia media yang banyak memberi pengaruh kepada anak2 kini?

Kita mulakan dengan diri kita sendiri.

Lets make a Change 😉 "


Siapa lagi yang setuju dengan Cikgu Siti Suhaila nih? Mesti ramai kan? Jom komen sket kat bawah.
Cikgu Siti Suhaila merupakan guru Matematik di SMK Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan guru aktif menghasilkan video Pdpc di Youtube dan sebahagian daripada kumpulan utama guru cikgooTUBE.


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Saturday 26 November 2016

Perasmian Program Guru Bersama Masyarakat: Guru Pembina Negara Bangsa peringkat negeri Pahang di PPD Jerantut, Pahang. Program ini adalah bertujuan untuk merapatkan perpaduan barisan para guru untuk bersama masyarakat, Kerajaan dan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memacu Transformasi Pendidikan Negara. Dalam usaha membina sebuah Negara Bangsa, para guru merupakan barisan paling hadapan yang bertanggungjawab untuk memastikan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dimantapkan. Para guru hendaklah berusaha membangunkan persekitaran sosial yang menggalakkan komunikasi dan interaksi antara murid-murid daripada kaum, latar belakang, budaya yang berbeza bagi mewujudkan satu identiti nasional Malaysia yang dapat dibanggakan. #gurupembinanegarabangsa #menerajuiperubahan



Perasmian Program Guru Bersama Masyarakat: Guru Pembina Negara Bangsa peringkat negeri Pahang di PPD Jerantut, Pahang. Program ini adalah bertujuan untuk merapatkan perpaduan barisan para guru untuk bersama masyarakat, Kerajaan dan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memacu Transformasi Pendidikan Negara. Dalam usaha membina sebuah Negara Bangsa, para guru merupakan barisan paling hadapan yang bertanggungjawab untuk memastikan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dimantapkan. Para guru hendaklah berusaha membangunkan persekitaran sosial yang menggalakkan komunikasi dan interaksi antara murid-murid daripada kaum, latar belakang, budaya yang berbeza bagi mewujudkan satu identiti nasional Malaysia yang dapat dibanggakan. #gurupembinanegarabangsa #menerajuiperubahan Perasmian Program Guru Bersama Masyarakat: Guru Pembina Negara Bangsa peringkat negeri Pahang di PPD Jerantut, Pahang. Program ini adalah bertujuan untuk merapatkan perpaduan barisan para guru untuk bersama masyarakat, Kerajaan dan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memacu Transformasi Pendidikan Negara. Dalam usaha membina sebuah Negara Bangsa, para guru merupakan barisan paling hadapan yang bertanggungjawab untuk memastikan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dimantapkan. Para guru hendaklah berusaha membangunkan persekitaran sosial yang menggalakkan komunikasi dan interaksi antara murid-murid daripada kaum, latar belakang, budaya yang berbeza bagi mewujudkan satu identiti nasional Malaysia yang dapat dibanggakan. #gurupembinanegarabangsa #menerajuiperubahan https://www.facebook.com/1641131806185939/photos/a.1648208482144938.1073741831.1641131806185939/1648208702144916/?type=3 --| JOIN | telegram.me/kelabgurumalaysia berita terkini!. |-- --| GROUP CHAT TELEGRAM | telegram.me/kelabguruchat |--

Monday 30 November 2020

Ikon Penulis Guru, Ikon Ilustrator Guru Dan Ikon Membaca Guru - Pengumuman KPM

ikon guru

ANDA ATAU RAKAN ANDA seorang penulis, pengkarya atau ilustrator?

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia  (MBKM) melalui Urusetia Tetap MBKM mempelawa Guru-guru Kementerian Pendidikan Malaysia yang sedang berkhidmat untuk mencalonkan rakan guru/ diri sendiri sebagai Ikon Guru bagi tiga (3) kategori yang berikut:

  • Ikon Penulis Guru
  • Ikon Ilustrator Guru
  • Ikon Membaca Guru

Pencalonan tersebut boleh dibuat di pautan yang berikut:

https://mbkm.my/pencalonan-anugerah-ikon-guru/  

Ikon Guru yang dicalonkan akan dinilai oleh panel juri yang dilantik oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Tarikh tutup pencalonan ialah pada 15 Disember 2020.

Sekian, terima kasih.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Saturday 4 July 2020

Pembelajaran Abad 21 #PAK21 Dan Pasca Pandemik. Adakah Guru Kita Bersedia? - CikguHailmi

Sebagai guru yang banyak buat aktiviti hands-on dengan murid sebelum nih, saya rasa janggal gila bila nak mengajar dengan berdiri saja kat depan budak, pastu bagi lecture. Serius rasa pelik sangat.
Kelas saya patutnya budak dok berkeliaran sana sini, wat aktiviti dalam group, kongsi barang dan buat hasil kerja sama-sama. Tapi semuanya tidak selepas pandemik!
Beberapa hari dah berlalu, dengan keterbatasan pergerakan (social distancing) saya yakin, budak pon bosan dengan saya, saya pon bosan dengan budak. Response kurang oii.. 😝
Jadi hari nih saya cuba sket, aktiviti #PAK21 dengan keterbatasan yang ada. Memang challenging! Masih tercari pendekatan yang terbaik nak penuhi norma baharu.
Meh saya cerita sket apa yang saya buat dengan mereka hari nih.
Lepas remapping balik tajuk yang saya nak run dulu, hari nih saya pesan budak bawak pembungkus makanan. Tajuk makanan. Dari sana mereka kena kenalpasti sendiri apa maklumat yang kena ada pada pembungkus makanan tu. (Inkuiri)


Pembelajaran Abad 21 #PAK21 Dan Pasca Pandemik. Adakah Guru Kita Bersedia?


Pembelajaran Abad 21 #PAK21 Dan Pasca Pandemik. Adakah Guru Kita Bersedia?

Pembelajaran Abad 21 #PAK21 Dan Pasca Pandemik. Adakah Guru Kita Bersedia?

Pembelajaran Abad 21 #PAK21 Dan Pasca Pandemik. Adakah Guru Kita Bersedia?

Pembelajaran Abad 21 #PAK21 Dan Pasca Pandemik. Adakah Guru Kita Bersedia?

Pembelajaran Abad 21 #PAK21 Dan Pasca Pandemik. Adakah Guru Kita Bersedia?

Pembelajaran Abad 21 #PAK21 Dan Pasca Pandemik. Adakah Guru Kita Bersedia?


Bila dah senaraikan maklumat, mereka kena share dengan rakan sebelah dan kenal pasti apa yang sama dan tak sama antara yang dicatat oleh mereka. Dan kena pikir juga kenapa ada yang sama dan tak sama. Masa nih Budak dah kena decide apa maklumat yang patut ada, dan paling penting kenapa maklumat tu kena ada.
Time nih, kelas yang sunyi sepi terus jadi meriah depa dok sembang (bincang). Seronok rupanya budak kalau ble peluang bercakap.
Kemudian saya mintak murid ramai-ramai kongsikan apa dapatan perbincangan mereka dan putuskan sebenarnya apa maklumat yang wajib ada pada sesuatu label makanan.
Lepas tu mereka senaraikan plak bahan yang digunakan untuk pembuatan makanan, dan kenal pasti apa tujuan bahan tersebut dimasukkan. Dari sana depa kelas kan kepada jenis bahan Kimia yang digunakan dalam makanan.
OK. Lesson learnt hari nih, #PAK21 masih boleh dijalankan ikut norma baharu, tapi perlu disesuaikan. Cabaran utama dia adalah keterbatasan murid dan kemahiran guru.
Slow-slow cuba adapt dan adopt dengan norma baharu. Ayuh guru-guru Malaysia, we can do it! 💪🏻 @ Smk Jerlun
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan