Thursday, 12 March 2020

Kita Cemerlang Sama-sama. Jom Sertai Bimbingan GC to Be! - CikguHailmi

Semalam hari terakhir permohonan Guru Cemerlang 2020 dibuka. Alhamdulillah katanya ramai yang mohon untuk kali nih, dan ramai yang berminat nak mohon pada tahun mendatang juga.
Masa saya mula jadi cikgu, tak pernah terpikir pun nak jadi Guru Cemerlang.
Tapi rezeki saya di tempatkan di sekolah yang banyak membentuk saya sebagai guru, serta jumpa dengan orang yang betul, menyebabkan saya nampak laluan Guru Cemerlang ini sebagai satu lagi pilihan yang saya ada.

Kita Cemerlang Sama-sama. Jom Sertai Bimbingan GC to Be!

Dan bila saya mulakan misi berkongsi inspirasi dengan ramai guru di seantero negara, saya dapati betapa ramainya guru-guru kita yang bagus di luar sana. Rajin, komited dan sentiasa buat yang terbaik.
Tapi sayang nya, ada yang tak pernah langsung didedahkan dengan peluang macam ni, menyebabkan mereka terus Cemerlang dengan cara mereka.
Menyedari sukar mencari maklumat tentang Guru Cemerlang, maka tahun 2013 saya mula menulis Panduan Memohon Guru Cemerlang. Alhamdulillah daripada komen dalam artikel, ramai yang bagi maklumbalas yang baik.
Seiring perkembangan teknologi juga, tahun lepas saya mulakan group telegram, Bimbingan GC To Be, juga untuk tujuan membimbing dan melahirkan lebih ramai Guru Cemerlang. 3 hari buka saja, dah cecah 1000 orang guru yang join. Yang dah GC pun join, dan sangat banyak membantu membimbing guru-guru novis.
Tahun nih pula lagi rancak bila JNJK dan Majlis GC negeri anjurkan jerayawara keliling Malaysia tentang Guru Cemerlang. Mudahan juga semua usaha-usaha ini mampu meningkatkan kualiti lebih ramai guru kita ke tahap yang lebih baik.
Untuk yang berminat join group telegram di atas, boleh lah Klik pautan https://t.me/joinchat/A0sWZRW8Xoe20EaFaQ-zsw
Saya doakan juga semoga semua guru yang mohon Guru Cemerlang tahun nih dipermudahkan segala urusan. Dah jadi Guru Cemerlang nanti, jangan lupa cemerlangkan guru lain pula. Pakat sama-sama Cemerlang.
Orang Afrika kata, nak pi cepat, pi sorang-sorang. Nak pi jauh, pi lah ramai-ramai... ❤️
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan