Tuesday, 31 March 2020

Pemakluman Penutupan Sementara Permohonan Atas Talian Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) Dan Program Pendidikan Khas (PPK) - Pengumuman KPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa operasi dan Permohonan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) dan Program Pendidikan Khas (PPK) bagi tuntutan tahun 2020 akan ditutup sementara waktu mulai 1 April 2019 (Rabu) sehingga 14 April 2020 (Selasa).

Tempoh ini adalah tertakluk kepada pengumuman semasa yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung ancaman penularan Covid-19. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh dikemukakan melalui emel bkoku@moe.gov.my.

Bahagian Biasiswa & Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
31 Mac 2020


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan