Showing posts with label KPM FB. Show all posts
Showing posts with label KPM FB. Show all posts

Wednesday 4 September 2019

Program Derma Darah Pelajar Tingkatan Enam Negeri Selangor 2019



Program Derma Darah Pelajar Tingkatan Enam Negeri Selangor 2019

Hari ini, satu kempen Program Derma Darah Peringkat Negeri Selangor telah dianjurkan oleh Pusat Tingkatan Enam (PTE) SMK Telok Panglima Garang dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang mendapat sambutan memberansangkan daripada para penderma. Seramai 23 orang kakitangan HTAR telah membantu melaksanakan program ini yang sebahagian besarnya dihadiri oleh pelajar Tingkatan Enam, guru-guru serta penduduk setempat.

Tujuan utama program adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa. Program ini juga bermatlamat meningkatkan bilangan penderma darah sekaligus membantu memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi.

Program ini turut dihadiri oleh Tn Hj Mahyani bin Simis, Pengetua SMK Telok Panglima Garang dan En. Norrifin Bin Md. Ali, Pengetua SMK Jugra yang turut menderma darah.
Sumber : KPM fb

YB Dr Maszlee Malik hadir beri semangat kepada murid-murid UPSR



YB Dr Maszlee Malik hadir beri semangat kepada murid-murid UPSR. Kami sama doakan kepada semua. YB Dr Maszlee kata "jangan stres hadapi ujian penilaian. Selepas berusaha banyakkan berdoa. Insya Allah"
Sumber : KPM fb

YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan pagi ini meluangkan masa melawat calon-calon UPSR di dua buah sekolah iaitu SK Putrajaya Presint 8 (1) dan SK Putrajaya Presint 16 (2). - KPM



YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan pagi ini meluangkan masa melawat calon-calon UPSR di dua buah sekolah iaitu SK Putrajaya Presint 8 (1) dan SK Putrajaya Presint 16 (2).
Sumber : KPM fb

Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua calon.



Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua calon.

Mari sama-sama kita tonton pesanan YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan.
Sumber : KPM fb

Photo - Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua calon. Semoga berjaya! - KPM



Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua calon. Semoga berjaya!
Sumber : KPM fb

Tuesday 3 September 2019

Photo - YBhg. Prof Dr. Siti Zainon Ismail hari ini diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara sekali gus membawa gelaran Sasterawan Negara ke-14.Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik dalam satu sidang media di Putrajaya.Berikut adalah biodata dan maklumat mengenai YBhg. Prof Dr. Siti Zainon. - KPM



YBhg. Prof Dr. Siti Zainon Ismail hari ini diumumkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara sekali gus membawa gelaran Sasterawan Negara ke-14.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik dalam satu sidang media di Putrajaya.

Berikut adalah biodata dan maklumat mengenai YBhg. Prof Dr. Siti Zainon.
Sumber : KPM fb

Photo - YBhg. Prof Dato' Dr. Teo Kok Seong, Felo Penyelidik Utama Bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memberikan ceramah Sesi Bicara Kemerdekaan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). - KPM



YBhg. Prof Dato' Dr. Teo Kok Seong, Felo Penyelidik Utama Bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memberikan ceramah Sesi Bicara Kemerdekaan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sumber : KPM fb

Sunday 1 September 2019

Photo - Kementerian Pendidikan Malaysia merancang untuk membangunkan Digital Maker Hub (DMH) di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara. Anda boleh melayari https://ift.tt/2ZHLxvi untuk membuat permohonan bermula 1 September hingga 20 September 2019. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://ift.tt/2LbJ5JC #mydigitalmaker - KPM



Kementerian Pendidikan Malaysia merancang untuk membangunkan Digital Maker Hub (DMH) di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara.

Anda boleh melayari https://ift.tt/2ZHLxvi untuk membuat permohonan bermula 1 September hingga 20 September 2019.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://ift.tt/2LbJ5JC

#mydigitalmaker
Sumber : KPM fb

Photo - Selamat Menyambut Maal Hijrah buat semua umat Islam, ikhlas daripada warga Kementerian Pendidikan Malaysia - KPM



Selamat Menyambut Maal Hijrah buat semua umat Islam, ikhlas daripada warga Kementerian Pendidikan Malaysia
Sumber : KPM fb

Video - KPM



Sekitar Sambutan Hari Kebangsaan Ke 62 di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

#SayangiMalaysiaku
#MalaysiaBersih
Sumber : KPM fb

Video - KPM



Dengarkan lagu Setia nyanyian barisan kepimpinan negara bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
Sumber : KPM fb

Photo - KPM




Sumber : KPM fb

Photo - Sekitar Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke 62 yang berlangsung di Putrajaya. Kementerian Pendidikan Malaysia turut serta dan diwakili oleh barisan pegawai dan kakitangan. #SayangiMalaysiaku #MalaysiaBersih - KPM



Sekitar Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke 62 yang berlangsung di Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia turut serta dan diwakili oleh barisan pegawai dan kakitangan.

#SayangiMalaysiaku
#MalaysiaBersih
Sumber : KPM fb

Saturday 31 August 2019

Teaser rakaman khas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama Jemaah Menteri sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 - KPM




Teaser rakaman khas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama Jemaah Menteri sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-62
Sumber : KPM fb

Photo - Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 62 dari kami, warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih - KPM




Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 62 dari kami, warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih
Sumber : KPM fb

Video - KPM



Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke 62, kami bawakan ucapan khas YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia

Selamat menonton!

#SayangiMalaysiaku
#MalaysiaBersih
Sumber : KPM fb

Photo - Alhamdulillah!Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke 62 pada 31 Ogos 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat.Majlis ini dihadiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Amin Senin.Semoga sambutan Hari Kebangsaan diberkati. InsyaAllah. - KPM



Alhamdulillah!

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke 62 pada 31 Ogos 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat.

Majlis ini dihadiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Amin Senin.

Semoga sambutan Hari Kebangsaan diberkati. InsyaAllah.
Sumber : KPM fb

Video - KPM



Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Ke 62 pada 31 Ogos 2019, kami bawakan ucapan khas daripada YBhg. Datuk Dr. Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Selamat menonton!
Sumber : KPM fb

Photo - Alhamdulillah!Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke 62 pada 31 Ogos 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat.Majlis ini dihadiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Amin Senin.Semoga sambutan Hari Kebangsaan diberkati. InsyaAllah. - KPM



Alhamdulillah!

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke 62 pada 31 Ogos 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat.

Majlis ini dihadiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Amin Senin.

Semoga sambutan Hari Kebangsaan diberkati. InsyaAllah.
Sumber : KPM fb

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan