Friday 28 February 2020

Terdapat Kes Kencing Tikus Di Lata Kinjang, Lata Iskandar Dan Kuala Woh Tapah? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial satu notis yang mendakwa kononnya terdapat kes yang melibatkan jangkitan Leptospirosis (kencing tikus) di tiga Taman Eko Rimba di negeri Perak, iaitu di Lata Kinjang, Lata Iskandar dan Kuala Woh, Tapah. SEBENARNYA: Menurut Jabatan Perhutanan Negeri Perak: Jabatan Perhutanan Negeri Perak ingin memaklumkan bahawa setelah semakan dan siasatan dibuat kepada […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Thursday 27 February 2020

Terdapat Borang Penyenaraian Kekuatan Pegawai Dan Anggota Polis Bagi Menghadapi PRU15? - Sebenarnya

PENJELASAN: Tular di media sosial sekeping gambar yang memaparkan sebahagian borang yang meminta penyenaraian kekuatan pegawai dan anggota polis bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) gambar memaparkan sebahagian borang yang meminta penyenaraian kekuatan pegawai dan anggota polis bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang tular di media sosial […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Kenyataan Media: Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2019 - KPM

KENYATAAN MEDIA KPM KEPUTUSAN SPM 20191

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Shafie Apdal Hantar Wakil Ke Istana Negara? - Sebenarnya

PALSU: Tular satu laporan dari sebuah portal berita dakwaan yang melaporkan bahawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hanya menghantar wakil untuk mengadap Yang Di-Pertuan Agong. SEBENARNYA: Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah menafikan laporan bahawa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menghantar wakil untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Wednesday 26 February 2020

Surat Siaran Ketua Nazir Sekolah Bil. 1 Tahun 2020 : Pemeriksaan Institusi Pendidikan Oleh Jemaah Nazir Tahun 2020 - Pengumuman KPM

Surat Siaran ini bertujuan memaklumkan tentang pelaksanaan Pemeriksaan Institusi Pendidikan Oleh Jemaah Nazir Tahun 2020.

Muat Turun 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday 25 February 2020

Festival Bahasa dan Sastera 2020 - Pengumuman KPM

festival bahasa sastera 2020

http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/1280

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2019 - KPM

Cover Pengumuman STPM 2019

 Muat turun

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Monday 24 February 2020

Permohonan UPUOnline Dan Jualan Unik ID Dibuka - Pengumuman KPM

upu JUALAN UNIK ID DIBUKA 01supu JUALAN UNIK ID DIBUKA 01s

http://upu.moe.gov.my/

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Kenyataan Media: Ulasan KPM Terhadap Kenyataan YAB Ketua Menteri Sarawak Bahawa Putrajaya Gagal Melaksanakan Pembangunan Semula Sekolah Daif Selaras Dengan Perjanjian Kontra - KPM

87129344 2957352664303376 1548003876739743744 o

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Kenyataan Media: Permohonan UPUOnline Bagi Kemasukan Ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awam Sesi Akademik 2020/2021 - KPM

KENYATAAN MEDIA PERMOHONAN UPUOnline BAGI KEMASUKAN KE IPT AWAM BAGI SESI AKADEMIK 2020 2021 .pdf page 001

KENYATAAN MEDIA PERMOHONAN UPUOnline BAGI KEMASUKAN KE IPT AWAM BAGI SESI AKADEMIK 2020 2021 .pdf page 002

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Kenyataan Media: Permohonan UPUOnline Bagi Kemasukan Ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awam Sesi Akdemik 2020/2021 - KPM

KENYATAAN MEDIA PERMOHONAN UPUOnline BAGI KEMASUKAN KE IPT AWAM BAGI SESI AKADEMIK 2020 2021 .pdf page 001

KENYATAAN MEDIA PERMOHONAN UPUOnline BAGI KEMASUKAN KE IPT AWAM BAGI SESI AKADEMIK 2020 2021 .pdf page 002

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

Pilihan Program Untuk Lepasan STPM/Setaraf Di UPUOnline - Pengumuman KPM

PILIHAN PROGRAM LEPASAN STPM s

http://upu.moe.gov.my/

 



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Sunday 23 February 2020

Kajian Tindakan dan Inovasi: Buat Satu, Tapi Dapat Dua Benda - CikguHailmi

Hari nih adalah LADAP kali ketiga dengan tajuk Kajian Tindakan. Di sampaikan oleh pensyarah berpengalaman dari IAB Cawangan Utara, Dr Rosnani Kaman. Juga bersama kami adalah Pegawai SISC+ Kubang Pasu, Pn Sharifah Shafie.
Seronoknya bengkel hari nih sebab terus hands-on. Maka at least masing-masing dah ada idea tentang apa yang nak di teruskan selepas ini.
Teringat juga saya kenangan mewakili Malaysia bagi Ki Hajar Dewantara Award di Bali, Indonesia pada tahun 2018. Akibat tidak mahir dengan ilmu penyelidikan, akhirnya 'memaksa' saya buat keputusan untuk sambung belajar ke peringkat Sarjana. Salah satu lagi fasa perkembangan dalam karier saya sebagai seorang guru.

Kajian Tindakan dan Inovasi: Buat Satu, Tapi Dapat Dua Benda

Kajian Tindakan dan Inovasi: Buat Satu, Tapi Dapat Dua Benda

Kajian Tindakan dan Inovasi: Buat Satu, Tapi Dapat Dua Benda

Kajian Tindakan dan Inovasi: Buat Satu, Tapi Dapat Dua Benda


Terima kasih juga buat Pengetua, Pn Siti Rubiah yang memberi ruang 5 minit untuk saya berkongsi dengan rakan guru di sekolah tentang inovasi terbaru saya, Kit MEGENEX. Bermula daripada aktiviti kelas sebab murid tak faham konsep pewarisan genetik, akhirnya dibangunkan menjadi inovasi yang sedang saya komersialkan sekarang inj.
Segala laporan perkembangan proses ditulis dalam bentuk Kajian Tindakan. Jadi ya, buat satu benda, tapi akhirnya dua benda yang saya dapat. Inovasi dapat, Kajian Tindakan pun dapat!
Yang penting semoga lepas nih semakin lah bersemangat nak berkongsi ilmu secara lebih ilmiah menerusi Kajian Tindakan. InshaAllah 😍 @ Smk Jerlun
Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : CikguHailmi.com

Saturday 22 February 2020

Permohonan Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) bagi calon tambahan Ambilan 2 Tahun 2020 - Pengumuman KPM

Iklan permohonan mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) bagi calon tambahan Ambilan 2 Tahun 2020 akan dibuka mulai 4.30 petang, 24 Februari hingga 20 Mac 2020.

Permohonan hanya dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkhidmat di Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan sahaja dan mengikut bidang pengkhususan (Lampiran A) serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan (Lampiran B dan C).

Proses sokongan Ketua Jabatan berakhir pada 20 Mac 2020.

Sila layari laman NPQEL MPPS untuk keterangan lanjut.

Bil  Perkara
 1  Lampiran A: Keperluan Calon Mengikut Bidang Pengkhususan
 2  Lampiran B: Syarat-syarat Permohonan
 3  Lampiran C: Senarai Jawatan Pentadbiran


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Friday 21 February 2020

Pencalonan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke - 49 Tahun 2020 - Pengumuman KPM

Maklumat lanjut:

1. Panduan Pencalonan

2. Borang Pencalonan Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2020

 


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Thursday 20 February 2020

Kursus Teknik dan Penjurian Permainan Sahibba Siri II - Pengumuman KPM

Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Akademi DBP akan menganjurkan Kursus Teknik dan Penjurian Permainan Sahibba Siri II pada 7 Mac 2020, pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Aras 6, Wisma DBP, Kuala Lumpur.

Objektif kursus ini adalah untuk:
• Memantapkan kaedah penjurian dalam kalangan juri dan panel hakim pertandingan Sahibba.
• Melahirkan lebih ramai juri/panel hakim pertandingan Sahibba dalam kalangan staf DBP dan guru penyelaras peringkat daerah/negeri, kementerian. Pertandingan Sahibba merupakan program tahunan Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
• Menyebarkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pengguna/penutur.

Yuran Pendaftaran: RM150.00 seorang termasuk makan minum dan sijil penyertaan

Maklumat lanjut, sila hubungi:
Puan Siti Ruzaiha binti Mohd Riffin (03-2147 0208) atau e-mel ruzaiha@dbp.gov.my

Untuk mendaftar, sila isi borang melalui http://pendaftaran.dbp.my/index.php/mohon/

berita kursus penjurian Sahibba mac2020



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday 18 February 2020

Terdapat Kes COVID-19 Di Iskandar Puteri? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnnya terdapat kes COVID-19 di Iskandar Puteri, Johor Bahru. SEBENARNYA: Menurut kenyataan Pengarah Kesihatan Negeri Johor: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) memaklumkan berita tersebut adalah tidak benar. Pejabat kesihatan daerah telah menerima laporan kes disyaki dan telah membuat siasatan di lokasi berkenaan. TIADA kes COVID-19 dikenalpasti di kawasan tersebut. […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Kenyataan Media MPM: Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 - KPM

3 Kenyataan Media Keputusan STPM 20191

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : KPM fb

[Call For Application] Bilateral State Scholarships In Hungary For The Academic Year 2020-2021 - Pengumuman KPM

Adalah dimaklumkan Kerajaan Hungary telah membuka permohonan untuk menaja warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program Biasiswa di bawah tajaan Bilateral State Scholarships in Hungary sesi akademik 2020/2021 bagi peringkat pengajian  seperti berikut:

 

-                      partial/semester studies

-                      full degree studies

-                      short and long-term study visits

-                      summer courses.

Sehubungan itu, kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin Paduka/ Prof. adalah dipohon untuk menyebarkan maklumat permohonan tersebut di Jabatan/ Bahagian/ Institusi/ Agensi masing-masing. Maklumat lanjut mengenai biasiswa boleh dilayari di laman sesawang http://tka.hu/international-programmes/4133/information-for-applicants. Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan secara terus melalui laman sesawang https://scholarship.hu Calon adalah diingatkan untuk mematuhi tarikh akhir permohonan yang ditetapkan iaitu pada 27 Februari 2020  bagi pengajian 'partial/semester studies, full degree studies, study visits' manakala bagi program 'summer courses' tarikh tutup adalah pada 12 Mac 2020


Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

3 Orang Cina Positif COVID-19 Di Klinik Kesihatan Sungai Besi? - Sebenarnya

PALSU: Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononnya terdapat tiga orang cina disahkan positif Koronavirus COVID-19 di Klinik Kesihatan Sungai Besi. SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berita tersebut adalah tidak benar. Tiada kes seperti didakwa yang dilaporkan dan klinik kesihatan tidak melakukan ujian pengesanan dan pengesahan COVID-19. Saringan kesihatan bagi COVID19 hanya dilakukan di […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Jemputan Untuk Melanjutkan Pengajian Di Indian Institute Of Technology Kharagpur (IIKGP) Dan University Of Delhi, India - Pengumuman KPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

[HEBAHAN] JEMPUTAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN DI INDIAN INSTITUTE OF TECHNOLOGY KHARAGPUR (IITKGP) DAN UNIVERSITY OF DELHI, INDIA

 YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Indian Institute of Technology Kharagpur (IITKGP) dan University of Delhi, India menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah mempelawa warganegara Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pengajian di kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut. Perincian lanjut berhubung kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut adalah seperti yang berikut:

  • Indian Institute of Technology Kharagpur (IITKGP)
  1. Kursus yang ditawarkan: Kejuruteraan; Seni Bina; Pengurusan; Undang-Undang; Sains Perubatan; dan Seni Liberal.
  2. Peringkat pengajian: Ijazah Sarjana Muda; Ijazah Sarjana; dan Ijazah Doktor Falsafah.
  3. Tawaran tambahan: IITKGP turut menyediakan platform kepada ahli-ahli pakar akademik yang berminat untuk menyampaikan kuliah atau kursus mikro kredit jangka pendek (short micro credit courses).
  4. Laman sesawang rasmi: international.iitkgp.ac.in
  5. Tarikh tutup permohonan: 30 April (Setiap tahun)
  • University of Delhi
  1. Kursus yang ditawarkan: Terdapat kira-kira 500 kursus yang meliputi pelbagai disiplin seperti Undang-Undang; Sains Gunaan dan Semulajadi; Sains Sosial; Kejuruteraan; Bahasa dan lain-lain bidang.
  2. Peringkat pengajian: Sijil; Diploma; Ijazah Sarjana Muda; Ijazah Sarjana; dan Ijazah Doktor Falsafah.
  3. Laman sesawang rasmi: www.fsr.du.ac.in
  4. Tarikh tutup permohonan: (Sila rujuk pada Lampiran I)

3.            Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyebar luas hebahan berhubung pelawaan kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pengajian di India kelak. Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

Bahagian Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday 17 February 2020

Prosedur Bawa Murid Guna Kenderaan Sendiri - cikguayu.my

Sementera masih ingat dan ada ruang untuk sedikit coretan, saya kongsikan Prosedur Bawa Murid Keluar Guna Kenderaan Sendiri. Pulang daripada taklimat tadi, saya singgah di Sektor Pengurusan Sekolah. Uruskan permit perjalanan untuk Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform pada bulan Mac nanti. Ini kali pertama saya uruskan permit perjalanan, banyak belajar. Berurusan dengan Puan Aminah, banyak sangat […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Cikgu Ayu Dot My

Produk Energy Candy Mengandungi Bahan Terlarang? - Sebenarnya

PENJELASAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan dakwaan kononnya produk Energy Candy mengandungi bahan terlarang, sepertimana yang tular di media sosial. Menurut kenyataan rasmi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum produk Energy Candy yang didakwa mengandungi bahan terlarang yang tular di media sosial. KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menjalankan pemantauan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Waspada Penjualan Topeng Muka Dalam Talian - Sebenarnya

WASPADA: Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan penjualan topeng muka dalam talian yang tidak wujud oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM): Sejak Disember tahun lalu, negara kita telah terdedah kepada penularan wabak penyakit Novel Coronavirus atau dikenali sebagai COVID-19 dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyarankan orang ramai untuk mengambil pelbagai […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Pelawaan Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Untuk Pegawai Pengurusan Dan Profesional Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Sarjana Dan Kedoktoran (Ph.D) Secara Sepenuh Masa Sesi 2021 - Pengumuman KPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN PENAJAAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN (Ph.D) SECARA SEPENUH MASA SESI 2021 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa  pencalonan daripada kalangan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Gunasama dan Jawatan Kader) untuk memohon penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) Secara Sepenuh Masa Sesi 2021. 

3.         Pegawai yang berminat boleh melayari laman web JPA iaitu www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui syarat-syarat dan tatacara permohonan. Permohonan dibuka mulai 14 Februari 2020 sehingga 6 Mac 2020. Kemudahan ini tidak melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Tinggi dan Pensyarah Universiti di KPM. Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan bil. JPA(I)S.175/22/1Klt.15(3) bertarikh 14 Februari 2020 untuk rujukan jua. Pegawai yang berminat hendaklah membaca dengan teliti syarat-syarat permohonan yang dinyatakan didalam surat pelawaan tersebut.

4.         Permohonan ini hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan. Pencalonan tanpa melalui Ketua Jabatan dan tidak lengkap secara automatik tidak akan diproses. Sekiranya ada sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak tiga (3) set dokumen, tiga (3) salinan Kertas Cadangan Penyelidikan/Pengajian dengan disertakan  dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 4 Mac 2020 (Rabu) pukul 5.00 petang kepada:

            Unit Latihan Dalam Perkhidmatan

            Cawangan Latihan dan Kompetensi

            Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

            Kementerian Pendidikan Malaysia

            Aras 4, Blok E12, Kompleks E

            Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

            62604 Putrajaya

            u.p.: Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham/Puan Paridah binti Ali

 5.         Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan boleh menghubungi pegawai berikut:

            Nama             :           Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham

            Tel                   :           03-8872 1514

            E-mel              :           wnazzatu.wazaham@moe.gov.my

 

            Nama             :           Puan Paridah binti Ali

            Tel                   :           03-8884 7947

            E-mel              :           paridah.ali@moe.gov.my

 

6.         Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Muat Turun Surat Edaran HLP Sesi 2021



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Kes COVID-19 Di SJK(C) Ko Kuang, Skudai? - Sebenarnya

TULAR: Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat kes COVID-19 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ko Kuang di Skudai, Johor. SEBENARNYA: Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ): Jabatan Kesihatan Negeri Johor memaklumkan bahawa berita tersebut adalah tidak benar sama sekali. SUMBER: Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Terdapat 5 Kes Positif COVID-19 Di Hospital Klang? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial satu klip video yang mendakwa kononnya terdapat 5 kes positif COVID-19 di Hospital Klang. SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia adalah operasi pengesanan kontak rapat. Ini juga adalah prosedur standard (SOP) untuk menjalankan operasi pengesanan kontak rapat. Tular video dengan dakwaan ada 5 kes positif di Hospital Klang adalah […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Kursus Penulisan Buku Teks anjuran Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka - Pengumuman KPM

poster buku teks

http://akademi.dbp.my/



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Friday 14 February 2020

Pesakit Positif COVID-19 Di Hospital Shah Alam? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat pesakit positif Koronavirus (COVID-19) di Hospital Shah Alam. SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berita berkenaan terdapat pesakit positif COVID-19 di Hospital Shah Alam adalah tidak benar dan ia adalah berita palsu. Hospital Shah Alam adalah bukan hospital yang disenaraikan untuk rujukan bagi Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19). […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Hebahan Pelawaan Bagi Massive Open Online Course (MOOC) On Blended Learning Practice - Pengumuman KPM

Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN PELAWAAN BAGI MASSIVE OPEN ONLINE COURSE (MOOC) ON BLENDED LEARNING PRACTICE

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.        Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, Malaysia menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima pelawaan daripada Commonwealth of Learning (COL) Canada untuk menyertai kursus Massive Open Online Course (MOOC) On Blended Learning Practice bermula 1 Mac 2020 (Ahad) sehingga 28 Mac 2020 (Sabtu). Kursus percuma selama 4 minggu yang disediakan oleh pihak COL dengan kerjasama Athabasca University ini adalah terbuka kepada semua guru dan golongan pendidik professional yang pernah mempertimbangkan pelaksanaan amalan blended learning practice di dalam bilik darjah atau sebarang program atas talian. Pelaksanaan kursus ini juga dilengkapi dengan buku panduan mengenai blended learning dimana kajian semula pelbagai jenis blended learning yang merujuk kepada tahap pendidikan, keperluan pelajar, dan mata pelajaran yang diajar turut disediakan. 

3.         Sebagai makluman, tempoh pembelajaran bagi kursus tersebut adalah lebih kurang 5 jam seminggu. Ianya akan dikendalikan sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris oleh dua orang tenaga pengajar dari  Athabasca University di Alberta, Canada iaitu Profesor Martha Cleveland-Innes and Dan Wilton. Tiada syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon kursus ini.  Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan jua, calon yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di https://www.blpmooc.org (Klik ENROL IN THE COURSE di muka surat ini) atau daftar terus di https://canvas.instructure.com/enroll/BJ46LY

4.         Dalam hal ini, sukacita dipanjangkan pelawaan ini kepada pegawai di Jabatan/Agensi/Institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan yang berminat untuk menyertai kursus Massive Open Online Course (MOOC) On Blended Learning Practice.

Sekian dimaklumkan untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan jua.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

Pesakit Di Hospital Pulau Pinang Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Covid-19? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial dakwaan satu laporan berita yang melaporkan terdapat kes pertama pesakit yang meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang akibat jangkitan Covid-19. SEBENARNYA: Menurut kenyataan rasmi Ketua Pengarah Kesihatan KKM: Untuk makluman, pesakit berkenaan telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Pulau Pinang disebabkan oleh batuk dan bengkak di kedua-dua belah kaki […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Kes Covid-19 Di Hospital Selayang? - Sebenarnya

PALSU: Tular di media sosial satu rakaman klip video yang mendakwa kononnya terdapat kes Covid-19 di Hospital Selayang. SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), rakaman klip video tersebut adalah palsu. Pihak KKM juga turut memaklumkan bahawa khemah yang terdapat di luar bangunan Hospital Selayang adalah sebagai langkah kesiapsiagaan. Hospital Selayang adalah salah satu tempat saringan […] Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com
Sumber : Sebenarnya.my

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan