Friday 14 February 2020

Hebahan Pelawaan Bagi Massive Open Online Course (MOOC) On Blended Learning Practice - Pengumuman KPM

Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN PELAWAAN BAGI MASSIVE OPEN ONLINE COURSE (MOOC) ON BLENDED LEARNING PRACTICE

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.        Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, Malaysia menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima pelawaan daripada Commonwealth of Learning (COL) Canada untuk menyertai kursus Massive Open Online Course (MOOC) On Blended Learning Practice bermula 1 Mac 2020 (Ahad) sehingga 28 Mac 2020 (Sabtu). Kursus percuma selama 4 minggu yang disediakan oleh pihak COL dengan kerjasama Athabasca University ini adalah terbuka kepada semua guru dan golongan pendidik professional yang pernah mempertimbangkan pelaksanaan amalan blended learning practice di dalam bilik darjah atau sebarang program atas talian. Pelaksanaan kursus ini juga dilengkapi dengan buku panduan mengenai blended learning dimana kajian semula pelbagai jenis blended learning yang merujuk kepada tahap pendidikan, keperluan pelajar, dan mata pelajaran yang diajar turut disediakan. 

3.         Sebagai makluman, tempoh pembelajaran bagi kursus tersebut adalah lebih kurang 5 jam seminggu. Ianya akan dikendalikan sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris oleh dua orang tenaga pengajar dari  Athabasca University di Alberta, Canada iaitu Profesor Martha Cleveland-Innes and Dan Wilton. Tiada syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon kursus ini.  Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan jua, calon yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di https://www.blpmooc.org (Klik ENROL IN THE COURSE di muka surat ini) atau daftar terus di https://canvas.instructure.com/enroll/BJ46LY

4.         Dalam hal ini, sukacita dipanjangkan pelawaan ini kepada pegawai di Jabatan/Agensi/Institusi YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan yang berminat untuk menyertai kursus Massive Open Online Course (MOOC) On Blended Learning Practice.

Sekian dimaklumkan untuk perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan jua.



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan