Thursday 20 February 2020

Kursus Teknik dan Penjurian Permainan Sahibba Siri II - Pengumuman KPM

Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Akademi DBP akan menganjurkan Kursus Teknik dan Penjurian Permainan Sahibba Siri II pada 7 Mac 2020, pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Aras 6, Wisma DBP, Kuala Lumpur.

Objektif kursus ini adalah untuk:
• Memantapkan kaedah penjurian dalam kalangan juri dan panel hakim pertandingan Sahibba.
• Melahirkan lebih ramai juri/panel hakim pertandingan Sahibba dalam kalangan staf DBP dan guru penyelaras peringkat daerah/negeri, kementerian. Pertandingan Sahibba merupakan program tahunan Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
• Menyebarkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kalangan pengguna/penutur.

Yuran Pendaftaran: RM150.00 seorang termasuk makan minum dan sijil penyertaan

Maklumat lanjut, sila hubungi:
Puan Siti Ruzaiha binti Mohd Riffin (03-2147 0208) atau e-mel ruzaiha@dbp.gov.my

Untuk mendaftar, sila isi borang melalui http://pendaftaran.dbp.my/index.php/mohon/

berita kursus penjurian Sahibba mac2020



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan