Friday 29 June 2018

Pukul murid darjah satu hingga lebam, guru didenda RM900 - Mahkamah - Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Seorang guru lelaki yang memukul murid perempuan darjah satu sehingga berbirat dan lebam pada lengan kiri mangsa  kerana murid itu salah menulis huruf 'Y dan W' hari ini didenda  RM900 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Namirah Hanum Mohamed menjatuhi hukuman itu terhadap Hii Sii Teck, 36, selepas dia mengaku bersalah  atas tuduhan sengaja mencederakan murid berumur tujuh tahun  dengan memukul tangannya di dalam kelas, di sebuah sekolah di Jalan  Gombak, Setapak pada  jam 8 pagi, 8 Februari lalu.

Sii Teck didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu. Dia membayar denda.

Terdahulu, Sii Teck yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia masih mengajar  di sekolah itu.

Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran dengan mengambil kira kecederaan di tubuh badan mangsa dan kesalahan dilakukan tertuduh tidak sepatutnya berlaku kepada kanak-kanak perempuan.

Mengikut fakta kes pada 8 Februari lalu, jam 4 petang, semasa pengadu yang merupakan ibu kanak-kanak itu  hendak memandikan anaknya beliau mendapati ada kesan berbirat dan lebam pada lengan kiri anaknya.

Pengadu kemudian bertanya mengenai kesan itu dan anaknya memberitahu seorang guru lelaki memukul lengannya semasa berada di dalam kelas  dan  punca guru itu memukul mangsa kerana murid itu salah menulis huruf 'Y dan W'. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/mobile/mahkamah/pukul-murid-darjah-satu-hingga-lebam-guru-didenda-rm900-1.850574


Buat video osem mengenai sains dan rebut hadiah bernilai hampir RM1.6 juta di BJC 2018

Buat video osem mengenai sains dan rebut hadiah bernilai hampir RM1.6 juta di BJC 2018

2018 Breakthrough Junior Challenge tawar hadiah hampir RM1.6 juta kepada pelajar, guru dan sekolah - Cikgu Siber

Ya, jumlah diatas merupakan tawaran hadiah kepada pemenang untuk cabaran Breakthrough Junior Challenge kali ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak penganjur menawarkan biasiswa hampir RM1 juta untuk pelajar, geran hampir RM200,000 untuk guru serta sebuah makmal sains bernilai hampir RM400,000 un...

CiKGUHAiLMi via mykelabguru.viral@blogger.com

Thursday 28 June 2018

Jemputan Menyertai Program "INTAN STAND & SPEAK: TALK YOUR WAY TO THE TOP", 08 JUN - 28 OGOS 2018



----
Jemputan Menyertai Program "INTAN STAND & SPEAK: TALK YOUR WAY TO THE TOP", 08 JUN - 28 OGOS 2018 // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4223-jemputan-menyertai-program-intan-stand-speak-talk-your-way-to-the-top-08-jun-28-ogos-2018

 

Program "INTAN Stand & Speak: Talk Your Way To The Top" dianjurkan selaras dengan saranan Kerajaan untuk memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris khususnya di kalangan penjawat awam.

Ia bertujuan memberi peluang kepada penjawat awam (gred 41-52) mempamerkan kemahiran pengucapan awam dalam bahasa Inggeris. Selain itu ia juga akan menggalakkan dan melahirkan lebih ramai pegawai yang mampu menyampaikan ucapan dengan cemerlang, yakin dan profesional menerusi latihan dan bimbangan yang disediakan.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pegawai seperti di bawah :

i.  Puan Sarimah Tamsi, 019-3525344, sarimahtamsi@intanbk.intan.my

ii. Cik Nur Zahraa, 018-2318110, zahra@intanbk.intan.my

iii. Puan Nur Shahidah, 014-2638768, nurshahidah@intanbk.intan.my

 

 

BILANGAN PERKARA 1

Maklumat Program (Appendix A)

muat turun

Wednesday 27 June 2018

Hebahan Di Portal LP Dan KPM Berkaitan Kelewatan Pembayaran Tuntutan Pemeriksa SPM 2017



----
Hebahan Di Portal LP Dan KPM Berkaitan Kelewatan Pembayaran Tuntutan Pemeriksa SPM 2017 // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4220-hebahan-di-portal-lp-dan-kpm-berkaitan-kelewatan-pembayaran-tuntutan-pemeriksa-spm-2017

Lembaga Peperiksaan (LP) memaklumkan bahawa semua bayaran ikhtisas kepada semua pemeriksa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 telah diselesaikan sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri.  Pada masa sekarang, LP sedang memproses pembayaran bagi tuntutan perjalanan yang dijangka akan diselesaikan sepenuhnya pada bulan Ogos 2018.
 
LP telah menerima lebih 47,000 tuntutan pemeriksa SPM 2017 yang meliputi bayaran tuntutan ikhtisas dan tuntutan perjalanan. Kesemua tuntutan ini diterima secara serentak. Di samping itu, kelewatan bayaran pada tahun ini juga disebabkan penggunaan sistem pembayaran baharu yang dilaksanakan mulai Januari 2018 oleh semua agensi kerajaan persekutuan. Melalui sistem ini, semua bayaran tuntutan perjalanan tidak boleh menggunakan kaedah baucar berganda mengikut kumpulan pemeriksa, tetapi setiap tuntutan pemeriksa perlu dikunci masuk satu persatu. Hal ini juga merupakan antara faktor yang menyebabkan kelewatan bayaran tuntutan perjalanan bermula dengan bayaran tuntutan pemeriksa UPSR 2017 dan kini turut memberi kesan terhadap bayaran tuntutan pemeriksa SPM 2017.

LP sangat kesal atas masalah yang dihadapi oleh semua pemeriksa berkaitan perkara ini dan sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan bayaran tuntutan perjalanan ini dapat diselesaikan dengan segera.

Sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan maklumat lanjut, tuan/puan boleh menghubungi di talian 03-8884 5307/ 5370/ 5339/ 5375. Mohon kerjasama tuan/puan untuk menyatakan nama penuh, mata pelajaran yang diperiksa, nombor kumpulan dan nombor telefon untuk memudahkan LP menyemak dan memaklumkan status tuntutan tuan/ puan.


Sekian, terima kasih.

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Dah dapatkan ke belom?

Dah dapatkan ke belom?

Sains Lah 2 - Bahan Bacaan STEM

Di Malaysia, sebenarnya sangat sedikit bahan bacaan yang berkaitan dengan STEM. Dalam keadaan kita nak menghebahkan lebih banyak info dan ke...

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2KmAZuJ
via mykelabguru.viral@blogger.com

Photo - BUKU SAINSLAH 2Stok baru dah sampai! Dalam 50 camtu je abam order. So cepat ok, nanti jenuh tunggu pulak.Nama Buku : Sainslah 2Sinopsis : Kisah inspirasi daripada perjalanan hidup 25 orang saintis muda MalaysiaHarga :Rm30 (Semenanjung termasuk kos pos) /RM33 (Sabah Sarawak termasuk kos pos)Bagi yang berminat, boleh pm abam untuk proceed dengan pembelian ya. Atau terus whatsapp ke 013 461 4604.



BUKU SAINSLAH 2

Stok baru dah sampai! Dalam 50 camtu je abam order. So cepat ok, nanti jenuh tunggu pulak.

Nama Buku : Sainslah 2

Sinopsis : Kisah inspirasi daripada perjalanan hidup 25 orang saintis muda Malaysia

Harga :
Rm30 (Semenanjung termasuk kos pos) /
RM33 (Sabah Sarawak termasuk kos pos)

Bagi yang berminat, boleh pm abam untuk proceed dengan pembelian ya. Atau terus whatsapp ke 013 461 4604.

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2KedZ5l
via mykelabguru.viral@blogger.com

Hari last kat Amerika. Siap ada majlis graduasi! Diorang share jugak agensi lain berkaitan angkasa kat seluruh dunia. Dah tahu?

Hari last kat Amerika. Siap ada majlis graduasi! Diorang share jugak agensi lain berkaitan angkasa kat seluruh dunia. Dah tahu?

HESA 2018 : Hari 6 (Graduasi Space Camp)

Dan hari ini adalah hari terakhir kami bagi Honeywell Educators at Space Academy. Sekejap saja masa berlalu. Tak puas lagi nak berkenalan de...

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2KswUoQ
via mykelabguru.viral@blogger.com

Tuesday 26 June 2018

Semoga guru yang hadir, dapat manfaat! <3

Semoga guru yang hadir, dapat manfaat! <3

Open Classroom Pembelajaran Abad ke-21 untuk Guru Kubang Pasu

Alhamdulillah sekembalinya dari Honeywell Educators at Space Academy , saya diberi pula peluang untuk berkongsi amalan terbaik bilik darjah ...

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://ift.tt/2IspekH
via mykelabguru.viral@blogger.com

🚀 Kisah penuh pengalaman menarik di Honeywell Educators at Space Academy, US Space and Rocket Center, USATerpilih untuk HESA 2018https://bit.ly/2sHZMlkVideo HESA 2018https://bit.ly/2KiSW0APersediaan ke HESAhttps://bit.ly/2trvTHvHari 1 - Amerika, Aku Datang!https://bit.ly/2K65GsiHari 2 - Go KIBO Gohttps://bit.ly/2MlCBpnHari 3 - Misi ke Bulanhttps://bit.ly/2tpJ9fyHari 4 - Roket dan Robotikhttps://bit.ly/2MiB9E6

🚀 Kisah penuh pengalaman menarik di Honeywell Educators at Space Academy, US Space and Rocket Center, USA

Terpilih untuk HESA 2018
https://bit.ly/2sHZMlk

Video HESA 2018
https://bit.ly/2KiSW0A

Persediaan ke HESA
https://bit.ly/2trvTHv

Hari 1 - Amerika, Aku Datang!
https://bit.ly/2K65Gsi

Hari 2 - Go KIBO Go
https://bit.ly/2MlCBpn

Hari 3 - Misi ke Bulan
https://bit.ly/2tpJ9fy

Hari 4 - Roket dan Robotik
https://bit.ly/2MiB9E6

Hari 5 - Mars, Origami dan Moon Walkin
https://bit.ly/2tpLgA4

Hari 6 - Graduasi
https://bit.ly/2tBgof4

Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian ini! #HESA2018

Terpilih Untuk Honeywell Educators at Space Academy 2018

Rezeki yang tertunggak. Itulah yang saya dapat katakan bila terpilih untuk menerima tajaan penuh daripada Honeywell Hometown Solution bagi m...

from FB-RSS feed for CiKGUHAiLMi https://bit.ly/2sHZMlk
via mykelabguru.viral@blogger.com

Monday 25 June 2018

Seminar Nasional Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan Institut Aminuddin Baki (IAB) ke-25



----
Seminar Nasional Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan Institut Aminuddin Baki (IAB) ke-25 // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4217-seminar-nasional-pengurusan-kepimpinan-pendidikan-institut-aminuddin-baki-iab-ke-25

Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Institut Aminuddin Baki (IAB) ke-25 dengan tema "Transformasi Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan Menghadapi Revolusi Industri ke-4", 3 hingga 5 Julai 2018 bertempat di Institut Aminuddin Baki Induk, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Kekosongan Jawatan Pensyarah ELTC

Kekosongan Jawatan Pensyarah ELTC // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4218-kekosongan-jawatan-pensyarah-eltc

 
BILANGANPERKARA 
1

Iklan Perjawatan Pensyarah Bahasa Inggeris ELTC 2018

muat turun
2Borang Permohonan Pensyarah ELTC 2018muat turun
 

Thursday 21 June 2018

Am : ICGPA tidak diwajibkan di UA mulai hari ini


PUTRAJAYA, 21 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan Pentaksiran Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu (iCGPA) tidak lagi diwajibkan di universiti awam (UA) berkuat kuasa hari ini, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik. 

- Bernama

----
Am : ICGPA tidak diwajibkan di UA mulai hari ini // BERNAMA - Malay Version
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1473506

Am : Surat sokongan kementerian pendidikan hanya untuk kes terdesak - Maszlee


PUTRAJAYA, 21 Jun (Bernama) -- Penggunaan surat sokongan bagi urusan Kementerian Pendidikan hanya akan dipertimbangkan sekiranya ia melibatkan kes terdesak dan tulen serta tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan. 

- Bernama

----
Am : Surat sokongan kementerian pendidikan hanya untuk kes terdesak - Maszlee // BERNAMA - Malay Version
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1473500

Kenyataan Akhbar Oleh KSN: Pelantikan Ketua Setiausaha KPM

Kenyataan Akhbar Oleh KSN: Pelantikan Ketua Setiausaha KPM






Sumber : https://www.moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4215-kenyataan-akhbar-ksn-pelantikan-ketua-setiausaha-kpm

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Saturday 16 June 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 - SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 2



SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 2
JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TA'ZIM

Meriahkan hari raya dengan berkongsi kad ucapan sekolah/jabatan/institusi anda. Hantar terus kepada mykelabguru.viral@blogger.com atau melalui t.me/kelabguruchat

Jangan lepaskan peluang melihat kesemua koleksi kad hari raya 2018 di sini.

Utusan daripada SK(P) Bandar Tinggi, Johor Bahru via mykelabguru.viral@blogger.com


Meriahkan hari raya dengan berkongsi kad ucapan sekolah/jabatan/institusi anda. Hantar terus kepada mykelabguru.viral@blogger.com atau melalui t.me/kelabguruchat

Jangan lepaskan peluang melihat kesemua koleksi kad hari raya 2018 di sini

Thursday 14 June 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H / 2018 kepada semua guru dan masyarakat Islam seluruh negara.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H / 2018 kepada semua guru dan masyarakat Islam seluruh negara.





Jom berkongsi kad raya sekolah/jabatan anda di  t.me/kelabguruchat
Sentiasa dikemaskini koleksi kad raya 2018 KLIK DI SINI
Ada berita menarik?
email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Wednesday 13 June 2018

Ucapan Khas Hari Raya Aidilfitri 2018 oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perak YBhg. Dato' Haji Mat Lazim bin Idris

Ucapan Khas Hari Raya Aidilfitri 2018 oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perak YBhg. Dato' Haji Mat Lazim bin Idris.




Sumber : https://www.facebook.com/PendidikanPerakOfficial/videos/1992143957670093/

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Koleksi Kad Raya Aidilfitri 1439H / 2018 daripada sekolah-sekolah seluruh Malaysia

Koleksi Kad Raya Aidilfitri 1439H / 2018 daripada sekolah-sekolah seluruh Malaysia



































































** Koleksi ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Jom berkongsi Kad Hari Raya sekolah/institusi pendidikan anda di t.me/kelabguruchat




ATAU
Terus emailkan kepada mykelabguru.viral@blogger.com

Barisan Admin Kelab Guru Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan Guru dan umat Islam seluruh negara. Maaf Zahir dan Batin.

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan