Saturday 28 March 2020

Tahniah! 2,734 Peserta Lulus GC TEST LEVEL 1 (25-27/03/2020)

Tahniah! 2,734 Peserta Lulus GC TEST LEVEL 1 (25-27/03/2020)




Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!





Bermula 25 hingga 27 Mac 2020 yang lepas Cikgu Suffi teleh bekerjasama dengan Team eDikdik Malaysia memanfaatkan 27 video menguruskan akaun Google Classroom menggunakan id MOE yang diperolehi. Sehubungan itu, pihak eDidik menawarkan eSijil dan 6 Jam Kredit untuk sesiapa yang telah menonton kesemua 27 video tersebut dan berjaya mendapat markah 80% dalam ujian yang disediakan.

Seramai 2,734 Guru telah menduduki Ujian ini dan lulus dengan mendapat markah melebihi 80% daripada penyertaan keseluruhan sebanyak 3,898 direkodkan.

Terima Kasih kepada semua yang telah mengulangkaji kesemua 27 video tutorial ini dan teruskan bersama eDidik dan Kelab Guru Malaysia kerana siri ujian ini akan diteruskan sehingga Level 8. Sijil yang paling mahal dan soalan yang paling susah ialah untuk Ujian bagi level 8 kerana merangkumi kesemua soalan antara level. Tidak rugi menonton walaupun terlepas level 1 dan sebagainya kerana level 8 menerbitkan soalan melibatkan kesemua video yang disenaraikan.

Untuk melihat senarai guru yang telah berjaya boleh klik pautan berikut :


Kepada yang belum atau terlepas level pertama, nantikan pengumuman pembukaan penyertaan level seterusnya semua rangkaian sosial eDidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila PM t.me/GCMalaysiabot untuk respon yang paling pantas dalam dunia!

Sumber : Cikgu Suffi

Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan