Friday 11 August 2017

PELAWAAN PENCALONAN PESERTA BAGI MENYERTAI KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN DENGAN BIASISWA OLEH SEAMEO RELC'S BAGI TAHUN 2018

YBhg. Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan,

PELAWAAN PENCALONAN PESERTA BAGI MENYERTAI KURSUS-KURSUS YANG
DITAWARKAN DENGAN BIASISWA OLEHSEAMEO  RELC'S   BAGI TAHUN 2018

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada emel daripada Bahagian
Dasar dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) bertarikh 21 Julai 2017 dan surat tawaran kursus daripada SEAMEO
RELC   dengan nombor rujukan RELC 3345/A bertarikh 23 Jun 2017 adalah
berkaitan.



     2.         Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM telah mengambil
maklum bahawa Southeast Asian Ministers of Education Organization
(SEAMEO) Regional Language Centre  mempelawa pencalonan daripada
kalangan Pegawai Perkhimatan Pendidikan (PPP) sama ada dalam kalangan
Guru Penolong Kanan/ Guru Cemerlang/ Jurulatih Utama/ Guru Bahasa
Inggeris di Sekolah Menengah (Menengah Atas/ Menengah Rendah) dan Guru
Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah untuk memohon kursus yang ditawarkan
oleh SEAMEO RELC  bagi tahun 2018.

     3.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SEAMEO RELC
menawarkan biasiswa bagi kursus-kursus antarabangsa seperti yang
berikut:

Bil

Tajuk Kursus

Tarikh

Kumpulan Sasaran

Tarikh Tutup Permohonan

a.

Advanced Specialist Certificate  (I) in Teaching Listening and Speaking

(C111)

3 – 19 Jan 2018

2 Jan : Ketibaan

20Jan: Berlepas

Pensyarah/Guru berkelulusan Bahasa Inggeris di Kolej/Sek Men/Sek Ren
dan yang berkaitan

04 Sept 2017

b.

Advanced Specialist Certificate  (II) in Language Skills and Pedagogy

(C211)

3 Jan 2018 – 09 Feb 2018

02 Jan : Ketibaan

10 Feb : Berlepas

Pensyarah/Guru berkelulusan Bahasa Inggeris di Kolej/Sek Men/Sek Ren
dan yang berkaitan

04 Sept 2017

c.

Advanced Specialist Certificate  (I) in Teaching Reading and Writing

(C112)

23 Jan 2018 – 09 Feb 2018

22 Jan : Ketibaan

10 Feb : Ketibaan

Pensyarah/Guru berkelulusan Bahasa Inggeris di Kolej/Sek Men/Sek Ren
dan yang berkaitan

04 Sept 2017

d.

Specialist Certificate in Teaching English as an International Language (TEIL)

20 Feb 2018 – 09 Mar 2018

19 Feb : Ketibaan

10 Mar : Berlepas

Pensyarah/Guru berkelulusan Bahasa Inggeris di Kolej/Sek Men/Sek Ren
dan yang berkaitan

04 Sept 2017

f.

Advanced Specialist Certificate  (I) in Language Assessment

(C113)

20 Mar 2018 – 06 Apr 2018

19 Mar : Ketibaan

07 Apr : Berlepas

Pensyarah/Guru berkelulusan Bahasa Inggeris di Kolej/Sek Men/Sek Ren
dan yang berkaitan

04 Sept 2017

g.

Blended Post Graduate Diploma in Applied Linguistics

(C103)

02 Jul 2018 – 14 Dis 2018

01 Jul  : Ketibaan

15 Dis  : Berlepas

Pensyarah/Guru berkelulusan Bahasa Inggeris di Kolej/Sek Men/Sek Ren
dan yang berkaitan

02 Okt 2017

h.

Specialist Certificate on Content and Language Integrated Learning

(C421)

02 Okt 2018 – 19 Okt 2018

01 Okt : Ketibaan

20 Okt : Berlepas

Guru Bahasa Inggeris Sekolah Men,Sekolah Ren, SISC +

02 Okt 2017

4.         Sehubungan dengan itu, semua PPP sama ada dalam kalangan
guru/ pensyarah/ pegawai yang dicalonkan mestilah mempunyai keupayaan
untuk melaksanakan kursus dalaman secara perkongsian ilmu kepada
rakan-rakan guru setelah tamat berkursus dan kembali bertugas di
institusi, jabatan atau bahagian masing-masing.  Penyertaan dalam
kalangan guru/ pensyarah/ pegawai yang berkenaan hendaklah direkodkan
dalam Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM).

5.         Untuk makluman YBhg. Dato'/ Datin/ Dr./ tuan/ puan,
bayaran pendaftaran kursus dan tuisyen, kos penerbangan (pergi balik),
kos penginapan  dan elaun sara hidup bagi  guru/ pensyarah/ pegawai
sepanjang menghadiri kursus berkenaan adalah di bawah tanggungan pihak
penganjur iaitu SEAMEO RELC .  Penyertaan dalam kalangan guru/
pensyarah/ pegawai hendaklah melalui danmendapat kebenaran daripada
Ketua Jabatan  masing-masing.  Permohonan yang diterima akan disaring
dan diperhalusi oleh Panel Pemilihan BPG yang telah dilantik dan
permohonan yang layak serta memenuhi kriteria yang diperlukan akan
terus dicalonkan kepada pihak penganjur untuk tindakan selanjutnya.

6.         Bersama-sama surat ini dilampirkan (i) General Information
on SEAMEO RELC 2018 Courses,  (ii) SEAMEO RELC 2018 Course
Description, (iii) Medical Examination Form  dan (iv) Application Form
 for SEAMEO RELC 2018 Courses .  Hanya borang yang lengkap dan sampai
ke BPG dalam tempoh masa yang telah ditetapkan sahaja yang akan
diproses.  Semua maklumat kursus dan borang yang berkaitan perlu
dimuat turun daripada Portal Rasmi KPM ( www.moe.gov.my ) seterusnya
dicetak manakala semua dokumen dan borang permohonan yang telah
lengkap diisi perlu disertakan bersama-sama dokumen-dokumen seperti
berikut :

(i)              Annex C1 :  Application Form (for all courses )

(ii)            Annex C3 :  Medical examination form (for all courses )

(iii)           Individual Profile  dan  Tugas Semasa PPP

(iv)           Salinan Kad Pengenalan

(v)            Salinan Passport (belum tamat tempoh)

(vi)           Salinan TOEFL /IELTS  atau Sijil-Sijil Kompetensi
Bahasa Inggeris lain

(vii)          Surat Iringan / Sokongan daripada Ketua Jabatan

Semua dokumen hendaklah dikemukakan ke Bahagian ini selewat-lewatnya
pada atau sebelum tarikh tutup permohonan bagi setiap kursus yang
dimohon dan pos segera kepada  :

                        Encik Ahmad Sabri bin Abdullah

                        Sektor Dasar Keguruan,

                        Bahagian Pendidikan Guru,

                        Kementerian Pendidikan Malaysia,

                        Aras 3, Blok E13, Kompleks E,

                        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

                        62604 PUTRAJAYA .



Pegawai-pegawai  berikut boleh dihubungi untuk tujuan semakan bagi
penerimaan borang di Bahagian ini :



                                       i.          Puan Zaliza binti Ali

                                    Tel       :           03-8884 1192

                                    E-mel  :            zaliza@ali@moe.gov.my

                                     ii.          Puan Khairina binti Khalid

                                    Tel       :           03-8884 1194

                                    E-mel  :
khairina.khalid@moe.gov.my

7.         Jika ada pertanyaan berhubung perkara di atas, sila hubungi
Encik Ahmad Sabri bin Abdullah,  Sektor Dasar Keguruan, BPG  di talian
03 8884 1060  atau melalui emel  ahmad.sabri@moe.gov.my .

Sekian, terima kasih.

Bil

Perkara



1.

Surat Iklan

Muat Turun

2.

Annex C1 Application Form for All Courses

Muat Turun

3.

Annec C3 Medical Examination Form for All Courses

Muat Turun

4.

Course Information

Muat Turun

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan