Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM),
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan
pemangkuan Guru Besar Gred DG41/42 ke Gred DG44 secara Khas Untuk
Penyandang (KUP) bagi tahun 2017 bermula 29 Ogos 2017 hingga 15
September 2017 (Peringkat permohonan calon) .
Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua PPP yang telah berkhidmat
sekurang-kurangnya 3 tahun di Gred DG41/42 sebelum atau pada 31
Disember 2017 sebagai Guru Besar Ex-PPPLD serta memenuhi
syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini.
Permohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan dengan menggunakan Sistem
ePangkat . Permohonan yang dikemukakan ke BPSM secara luar talian
tidak akan dipertimbangkan.
Bagi Guru Besar yang layak dinaikkan pangkat ke Gred DG44 (KUP)
secara Time-Based Ex-PPPLD pada 2017 dan sebelumnya adalah TIDAK
DIBENARKAN memohon urusan pemangkuan Laluan Khas ini memandangkan
tarikh kenaikan pangkat pegawai secara TBBK Ex-PPPLD adalah lebih
awal. Oleh itu, Ketua Jabatan hendaklah memperakukan pegawai-pegawai
ini untuk urusan kenaikan pangkat secara TBBK Ex-PPPLD tertakluk
kepada iklan yang akan dibuka.
Iklan boleh mula dipohon mulai 29 Ogos 2017 .
Keterangan lanjut sila rujuk pada lampiran Surat Siaran di bawah.
Muat Turun
No comments:
Post a Comment