Wednesday, 9 August 2017

Touronkai 討論会 IPGKBA - 21st CENTURY EDUCATION: Transcending Horizons Through Empowering Practitioners and Learners

Keseriusan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan Kemahiran
Pendidikan Abad 21 digunapakai secara meluas disambut secara berlapang
dada oleh para mendidik apabila melihat kepada pelbagai bentuk
transformasi yang telah dibuat oleh kerajaan bermula dengan
penggubalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 sehingga
kepada pendedahan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP)  berasaskan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) di peringkat pra-sekolah
sehingga intitusi pengajian tinggi.

Mendokong hasrat meletakkan pendidikan negara setanding dengan negara
dunia bukan hanya terletak di bahu segelintir pihak semata-mata, malah
perlu digalas secara saksama oleh semua golongan pendidik dari setiap
lapisan dalam Kementerian Pendidikan Malaysia, tidak terkecuali
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang sememangnya sudah
memiliki sejarah yang lama dalam melahirkan golongan pendidik berjiwa
guru sejati.

Melihat kepada objektif yang begitu komprehensif diletakkan oleh KPM
dalam mentrasformasikan hala tuju pendidikan negara, ternyata ianya
memerlukan penghayatan dan tahap pemahaman yang tinggi dari setiap
golongan pendidik. Justeru itu, pendedahan berkala dan perbincangan
secara profesional dan berterusan melalui pelbagai platform dilihat
antara mekanisme yang mampu untuk merancakkan lagi keterujaan pendidik
dalam meningkatkan pengetahuan sedia ada ke tahap yang lebih tinggi,
setanding dengan tuntutan global sebagaimana yang ditetapkan dalam
PPPM 2013-2025.

PPPM 2013-2025 melalui Aspirasi ke 2 dari 5 Aspirasi Pendidikan iaitu
aspek KUALITI; meletakkan negara dalam kelompok sepertiga teratas
dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15
tahun. Aspirasi Pendidikan turut ditokok dengan kesediaan pendidik
dalam melahirkan generasi akan datang untuk merealisasikan 5 Aspirasi
Murid iaitu; Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin,
Kemahiran Dwi-Bahasa, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional yang
unggul.

Sehubungan itu, IPGKBA yang begitu sinonim dengan pengurusan dan
pelaksanaan program seperti Malaysia Technical Coorperation Programme
(MTCP) bermula tahun 2001 dan lain-lain program antarabangsa seperti
Malaysia Australia Education Programme (MAEPA) dan Join Technical
Corperation Malaysia-Thailand (JTCM), Korea Malaysia Teacher Exchange
Programme (KOMTEP) dan Nihongo Partners (NP) dirasakan perlu bertindak
lebih bijak dan menjadi perintis dalam memanupulasikan peluang yang
ada ke arah anjakan positif dalam mengangkat mutu dan masa depan
pendidikan negara.

Hubungan akrab yang terjalin atas dasar kepercayaan dan jaminan
kualiti pengurusan yang ada diantara IPGKBA , Kementeria Luar Negeri
(MOFA) dan agensi luar yang lain boleh dijadikan sebagai satu platform
kepada IPGM untuk meneroka peluang-peluang baru  dalam usaha membina
hubungan professional dengan negara luar seiring dengan hasrat yang
terkandung dalam dasar Transformasi Pendidikan Negara untuk meletakkan
kualiti pendidikan di tahap setanding dengan negara maju.

Sehubungan itu, IPGKBA mengambil pendekatan pro-aktif dengan
menganjurkan program TOURONKAI討論会IPGKBA bagi mengangkat tema yang
menjurus kepada amalan profesional dan kemahiran pendidikan Abad ke 21
dari perspektif antarabangsa untuk  melihat variasi amalan
professional dan pedagogi yang digunapakai oleh pelbagai negara luar
khususnya negara yang terlibat secara langsung dalam program Malaysia
Techinal Cooperation Programme (MTCP) dengan harapan dapat dijadikan
rujukan kepada golongan pendidik tempatan dalam memartabatkan lagi
pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan