Friday, 4 August 2017

Jemputan Bagi Menghadiri Program Transformasi Profesional (PTProfesional) Siri 5

Tuan/Puan,

Dengan segala hormat merujuk perkara di atas.

2.         Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM telah
menerima jemputan daripada Jabatan Perdana Menteri, berkenaan Program
Transformasi Profesional (PTPro) Siri 5/2017 seperti ketetapan
berikut:-

Tarikh                   :     25 – 27 Julai 2017

Tempat                 :     Kem Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan

Pendaftaran         :     25 Julai 2017 (Selasa)

                                    9.00 pagi – 10.30 pagi

Program Tamat   :     27 Julai 2017 (Khamis)

                                  2.00 petang

3.           Objektif program ini adalah seperti berikut :

   3.1         Meningkatkan komitmen serta tanggungjawab bersama-sama
mempertahankan Tiang Seri Negara;

              3.2         Meningkatkan kefahaman & tindakan
pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean
Strategy, NBOS) antara Sektor

                            Awam, Badan Berkanun dan Sektor Swasta;

              3.3         Meningkatkan kefahaman & tindakan
pelaksanaan oleh perkhidmatan awam dalam mendepani cabaran
melaksanakan

                            Program Transformasi Negara;

              3.4         Sebagai platform untuk sesi perkongsian
maklumat bagi membolehkan para peserta mendapatkan input dan
pendedahan terkini isu-isu

                            semasa negara serta membantu Kerajaan
menjawab persoalan dan memberikan penjelasan kepada seluruh rakyat
Malaysia; dan

              3.5         Membentuk rangkaian kerjasama antara Agensi
Kerajaan, Badan Berkanun dan juga Sektor Swasta bagi pegawai
pengurusan dan

                            professional gred pertengahan terutamanya
untuk pegawai bergred 44 hingga 54.

4.         Kuota pencalonan dari KPM adalah seramai dua (2) pegawai
daripada Kumpulan P&P gred 44 hingga 54 untuk menghadiri Program
tersebut.

5.       Sekiranya berminat, tuan/puan boleh membuat pengesahan
penyertaan menggunakan borang seperti di Lampiran A sebelum atau pada
7 Julai 2017 (Jumaat) jam 10.00 pagi. Pen calonan dari Pegawai
Perkhidmatan Bukan Guru (PBG) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP) adalah layak untuk memohon. Borang pengesahan penyertaan yang
telah lengkap di isi perlu dikemukakan kepada:

6.1       Bagi Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru (PBG)

                      Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,

Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Kementerian Pendidikan Malaysia,

Aras 4, Blok E12, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 PUTRAJAYA.

          6.2      Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)

                     Sektor Bina Upaya Keguruan,

                     Bahagian Pendidikan Guru,

                     Kementerian Pendidikan Malaysia,

                     Aras 3, Blok E13, Kompleks E,

                     Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

                     62604 PUTRAJAYA.

7.         Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut untuk
pertanyaan lanjut:

       BPSM

Encik Danial Abdillah bin Suhaimi

Tel                  :           03-8884 7943

E-mel             :           danial.suhaimi@moe.gov.my

                                           Faksimile       :
03-8884 7925

        ii. Puan Paridah binti Ali

Tel                  :           03-8884 7947

E-mel             :           paridah.ali@moe.gov.my

Faksimile       :           03-8884 7925

        BPG

Puan Siti Mariam binti Sulaiman

Tel                  :           03-8884 1067

E-mel             :           mariam.sulaiman@moe.gov.my

7.         Para peserta adalah digalakkan untuk menggunakan kenderaan
Jabatan atau pun berkongsi kenderaan. Ini adalah kerana bilangan
tempat kenderaan adalah terhad di kem berkenaan.Untuk makluman, kos
perlaksanaan program adalah ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Perdana
Menteri dan peserta akan menerima sijil penyertaan program. Hanya
tuntutan perjalanan sahaja dibawah tanggungan agensi masing-masing.

8.         Kehadiran dan sokongan pihak tuan/puan terhadap program ini
adalah amat dihargai. Turut disertakan bersama adalah salinan surat
jemputan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri, tentatif program,
peralatan/keperluan semasa program dan pelan Kem Bina Negara Ulu
Sepri, Rembau, Negeri Sembilan untuk makluman dan perhatian tuan/puan
jua.

Sekian,terima kasih.



NO

Muat Turut Dokumen

1

Surat Jemputan

2

Tentatif Program

3

Pelan Tunjuk Arah

4

Senarai Peralatan Keperluan

5

Borang Pengesahan Kehadiran (Lampiran A)

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan