Tuesday 8 August 2017

Konvensyen Kebangsaan Sekolah Kluster Kecemerlangan 2017

Konvensyen Kebangsaan Sekolah Kluster Kecemerlangan 2017 dianjurkan
oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah
Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
kerjasama Fakluti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Pusat Kepelbagaian Pelajar dan Pembangunan Komuniti UKM dan Persatuan
Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Seroja sempena 10 tahun
pelaksanaan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) di persada pendidikan
negara. Konvensyen ini terbuka kepada semua warga pendidik terutamanya
pentadbir dan guru-guru Sekolah Kecemerlangan di seluruh negara.



Objektif :



 • Menyediakan platform untuk perkongsian kejayaan cemerlang SKK
sepanjang sepuluh (10) tahun pelaksanaannya kepada warga pendidik dan
masyarakat.



• Berkongsi amalan terbaik pengurusan dan proses pendidikan sebagai
model untuk membangunkan sekolah cemerlang dan menjadi showcase di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.



 • Mengenal pasti dan menangani cabaran pendidikan abad ke-21 dengan
berkongsi dapatan kajian berkaitan sistem pendidikan yang dinamik



• Merangka hala tuju pendidikan di SKK dan merencana perubahan bagi
melestarikan kecemerlangan pendidikan abad ke-21. Tema "Kelestarian
Kecemerlangan Pendidikan Abad Ke-21" Tarikh 26 – 28 September 2017
Tempat Auditorium Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia



Penyertaan



Terbuka kepada semua warga pendidik seluruh negara.



Yuran Penyertaan



Peserta Konvensyen Tanpa Penginapan - RM 100.00 seorang



Peserta Konvensyen Dengan Penginapan 2 Malam - RM 140.00 seorang (Di
Kolej Pendeta Za'ba UKM)



Bayaran yuran penyertaan dan penginapan hendaklah dibuat kepada PIBG
SK Taman Seroja secara e-Banking ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad
12104010005165. Bukti pembayaran hendaklah diemelkan kepada Bendahari
PIBG SK Taman Seroja hanapiahjm@yes.my atau WhatsApp Tn Syed Kamal
Azira 019-2550899 dan satu salinan dihantar kepada
sbkkluster@gmail.com .



Pendaftaran Penyertaan



Borang pendaftaran konvensyen boleh diisi secara dalam talian melalui
https://goo.gl/forms/HYj5gRIdueU2yGbp2 .



Tarikh Tutup Penyertaan



Sebelum 15 Ogos 2017





Keterangan Lanjut

Hubungi Pn Nor Aripah Binti Ali 03-83217411/017-3070246
(aripah.ali@moe.gov.my )  ATAU Cik Norhanida Binti Samsudin
03-83217428/016-2810359 (norhanida.samsudin@moe.gov.my )

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan