Thursday, 19 July 2018

Am : Kementerian Pendidikan bantu selesai isu pengurangan peruntukan prasekolah SJKT - Maszlee

Kementerian Pendidikan bantu selesai isu pengurangan peruntukan prasekolah SJKT - Maszlee

 

KUALA LUMPUR,19 Julai (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) akan membantu menyelesaikan isu pengurangan peruntukan pengurusan bagi kira-kira 200 buah prasekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) seluruh negara yang dikendalikan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata walaupun ia bukan berada di bawah kendalian kementeriannya namun usaha menyelesaikan perkara itu akan dibuat bagi memastikan kesemua prasekolah itu terus beroperasi di negara ini.

"Hak menurunkan peruntukan pengurusan bukan atas KPM kerana ia diletakkan di bawah ICU, Jabatan Perdana Menteri.

"Namun KPM akan campur tangan dalam urusan itu," katanya pada sesi soal jawab Menteri di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-Batu Gajah) mengenai pendirian kerajaan berhubung isu penurunan peruntukan pengurusan prasekolah SJKT yang pernah dibantu Unit Pembangunan Sosio-Ekonomi Masyarakat India (SEDIC).....

----
Am : Kementerian Pendidikan bantu selesai isu pengurangan peruntukan prasekolah SJKT - Maszlee // BERNAMA - Malay Version
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1481666

KUALA LUMPUR,19 Julai (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) akan membantu menyelesaikan isu pengurangan peruntukan pengurusan bagi kira-kira 200 buah prasekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) seluruh negara yang dikendalikan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
----

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan