Sunday, 8 July 2018

Am : Lebih ramai guru diperlukan untuk bidang pendidikan khas - Teo


----
Am : Lebih ramai guru diperlukan untuk bidang pendidikan khas - Teo // BERNAMA - Malay Version
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1477868


KLANG, 6 Julai (Bernama) -- Kerajaan mahu lebih ramai bakal guru memohon menceburi bidang pendidikan khas memandangkan banyak kekosongan perjawatan berkenaan di seluruh negara pada masa kini.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata bidang pendidikan khas adalah antara sektor yang perlu diberi perhatian semua pihak bagi membantu kerajaan meningkatkan pencapaian dan perubahan dalam pendidikan negara.

Mengambil contoh di Selangor, beliau berkata terdapat 56 kekosongan guru pendidikan khas dan 207 jawatan pembantu pengurusan murid diperlukan di sekolah menengah dan sekolah rendah jenis berkenaan setakat ini.

"Untuk jumlah di seluruh negara, saya rasa keperluannya (guru pendidikan khas) pasti lebih tinggi. Disebabkan itu, kerajaan menyeru bakal guru memohon untuk menceburi bidang ini dan kami pasti akan mengambil lebih banyak guru dan pembantu pengurusan murid bagi memenuhi keperluan tersebut pada masa depan," kata Teo ketika ditemui pemberita selepas menghadiri jamuan malam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2018, di sini malam tadi.

Terdahulu, Teo membacakan teks ucapan Menteri Pendidikan Dr Mazlee Malek yang mahu masyarakat menyediakan ruang dan peluang sama rata kepada golongan berkeperluan khas bagi memastikan mereka turut dapat memberi sumbangan kepada negara.....

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan