Thursday 19 July 2018

Am : Dasar Pendidikan dikaji semula - Maszlee


Dasar Pendidikan dikaji semula - Maszlee

 

KUALA LUMPUR,18 Julai (Bernama) -- Kementerian Pendidikan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri berkenaan Dr Maszlee Malik berkata jawatankuasa itu berperanan untuk mengkaji semula falsafah dan dasar pendidikan negara termasuk menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat universiti.

"Ia juga meliputi kesedaran sivik dan juga pembentukan nilai-nilai murni serta pengukuhan sains dan teknologi," katanya ketka menjawab soalan Ahmad Faizal Azumu (PH-Tambun) mengenai hala tuju pendidikan kebangsaan ketika sesi soal jawab.

Katanya jawatankuasa itu akan dianggotai pakar akademik, politik, agama serta wakil badan bukan kerajaan.

Menjawab soalan tambahan anggota yang sama mengenai langkah diambil untuk mengalakkan penggunaan bahasa Inggeris tanpa meminggirkan bahasa Malaysia terutamanya buat golongan luar bandar, beliau berkata kementeriannya akan menambah penghantaran guru pakar bahasa Inggeris ke kawasan luar bandar.....
----

Am : Dasar Pendidikan dikaji semula - Maszlee // BERNAMA - Malay Version
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1481431

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan