----
4th International Conference on Teacher Learning and Development 2018 (ICTLD 2018) // Utama - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
http://moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4291-4th-international-conference-on-teacher-learning-and-development-2018-ictld-2018
4th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) akan diadakan pada 14-16 Ogos 2018 bertempat di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Perasmian dan Ucap Utama persidangan antarabangsa dwitahunan ini akan dilaksanakan oleh YB Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Majlis penutupan akan dilakukan oleh YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Persidangan ICTLD pada kali ini dianjurkan bersama-sama oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) dengan kerjasama Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dan Pejabat Pengurusan Transformasi IPG di bawah PADU.
Objektif ICTLD 2018 adalah berkongsi kepakaran dan pengetahuan pelaksanaan pendidikan guru dalam kalangan pendidik guru, menjana amalan terbaik dan inovasi dalam pendidikan guru berdasarkan penyelidikan, mewujud dan memantapkan jaringan dan kolaboratif dalam penyelidikan pendidikan guru serta menjana aspirasi pembelajaran sepanjang hayat
Tema dalam persidangan ini ialah "Sharing Visions in Changing Times: Developing Transformative Pedagogies". Di antara penceramah yang akan menyampaikan ceramah dalam sesi pleno adalah:
Prof Madya. Dr. Jonathan Newton (Victoria University of Wellington, New Zealand)Prof Dr. Leslie Barratt ( Indiana State University, USA)Dr. Willy A Renandya (National Institute of Edu., Nanyang Tech., Singapore)Professor Dr. Stephen J. Hall - (Sunway University)
No comments:
Post a Comment