Tuesday 28 January 2020

[Call For Application] The Asean-U.S. Science Prize For Women 2020 - Pengumuman KPM

YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa pihak ASEAN-The United States Agency for International Development (USAID) Inclusive Growth in ASEAN through Innovation, Trade and E-Commerce (ASEAN-USAID IGNITE) telah memanjangkan satu jemputan berhubung ASEAN-U.S. Science Prize for Women 2020 kepada semua negara anggota ASEAN (ASEAN Member States – AMS) termasuklah Malaysia. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, ASEAN-U.S. Science Prize for Women ini merupakan sebuah program tahunan anjuran bersama pihak ASEAN dan Kerajaan Amerika Syarikat yang bertujuan untuk mengukuhkan pembangunan dan kapasiti bidang sains dan teknologi dengan memberi fokus kepada kesamarataan jantina di peringkat ASEAN.

3.         Dalam pada itu, sukacita dilampirkan bersama adalah nota makluman berhubung garis panduan bagi permohonan ASEAN-U.S. Science Prize for Women 2020 (seperti di Lampiran) untuk perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung ASEAN-U.S. Science Prize for Women 2020 ini, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan juga boleh melayari laman web rasmi ASEAN-U.S. Science Prize for Women menerusi pautan https://scienceprize4women.asean.org; https://twitter.com/scienceprize; dan https://id.linkedin.com/in/asean-us-science-prize-for-women-559784185. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan jua, tarikh tutup permohonan bagi ASEAN-U.S. Science Prize for Women 2020 ini adalah pada 31 Januari 2020.

4.         Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon jasa baik pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyebar luas hebahan berhubung ASEAN-U.S. Science Prize for Women 2020 ini. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan juga boleh menghubungi terus Mr. Muhammad Shidiq, Pengurus Program bagi Sains, Teknologi dan Inovasi USAID melalui alamat e-mel MShidiq@nathaninc.com atau di talian +62-21-722-5221 ext. 731.

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan di dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Muat turun syarat penyertaan di sini.

 

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

 

Bahagian Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Malaysia



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan