Monday 6 January 2020

Hebahan Biasiswa: Scholarships Program Kerajaan Romania - Pengumuman KPM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kerajaan Romania telah menawarkan 85 peluang biasiswa kepada warganegara Malaysia bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D di universiti terkemuka di Romania. Maklumat tawaran biasiswa ini serta dokumen yang perlu dilengkap boleh dimuat turun pada pautan di bawah. Permohonan lengkap boleh dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia selewat-lewatnya pada 9 Februari 2020.

  1. Muat turun : Dokumen sokongan(.zip)

Untuk makluman semua Universiti di Romania belum mendapat pengiktirafan daripada pihak MQA. Sehubungan dengan itu, pilihan pengajian pelajar di negara ini adalah di bawah risiko sendiri. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kelayakan bidang pengajian boleh merujuk kepada dengan pihak MQA.

Sekian, terima kasih.

 

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

3 Januari 2020



Sertai sembang santai Guru Malaysia di t.me/kelabguruchat
Ada berita menarik? email kepada KGM untuk ditularkan : mykelabguru.viral@blogger.com

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan