Monday 6 November 2017

Jemputan Ke Majlis Perkongsian Pengalaman Program Pertukaran Guru Malaysia Ke Korea Bagi Debriefing Session Guru Kpm Di Bawah Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (Komtep 2017)

"1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN "

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKONGSIAN PENGALAMAN PROGRAM PERTUKARAN GURU
MALAYSIA KE KOREA BAGI  DEBRIEFING SESSION  GURU KPM DI BAWAH
KOREA-MALAYSIA TEACHER EXCHANGE PROGRAMME  (KOMTEP 2017)

    Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dengan jalinan kerjasama  Asia-Pacific Centre of Education for
International Understanding , UNESCO (APCEIU) masih meneruskan program
pertukaran guru Korea dan Malaysia bagi tahun 2017. Seramai sepuluh
(10) orang guru KPM telah ditempatkan di lima (5) buah sekolah  di
Republik Korea selama tiga (3) bulan bermula September 2017 sehingga
Disember 2017.

     Bagi tujuan tersebut, Bahagian ini akan mengelolakan Majlis
Perkongsian Pengalaman Program Pertugaran Guru Malaysia ke Korea bagi
Debriefing Session  Guru KPM  di bawah Korea-Malaysia Teacher Exchange
Programme  (KOMTEP 2017)  yang akan diadakan seperti ketetapan berikut
:

  Tarikh:                       08 Disember 2017 (Jumaat)

                  Masa:                       9.00 Pagi hingga 12.00 Tengah hari

Tempat:                       Institut Aminuddin Baki (IAB)

                                                   Kementerian
Pendidikan Malaysia,

                                                   Bandar Enstek,
Nilai, Negeri Sembilan.

           Sehubungan itu, Kumpulan Pengurusan dan Professional
pelbagai skim yang berminat untuk menghadiri sesi perkongsian ini
dipelawa untuk mengemukakan penyertaan dan tertakluk kepada kebenaran
dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing berdasarkan prinsip yang
terawal . Borang kehadiran seperti di Lampiran B hendaklah dikemukakan
pada atau sebelum 8 November 2017 (Rabu) jam 5.00 petang melaluiemel
ke  ahmad.sabri@moe.gov.my  atau faks ke nombor 03 8884 1222.

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan