Thursday, 12 October 2017

Program Simposium Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2017 Pada 16 Hingga 17 Oktober 2017 Di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu

Program Simposium Psikologi Kaunseling Kebangsaan 2017 akan
dilaksanakan pada 16 hingga 17 Oktober 2017 di IPG Kampus Dato' Razali
Ismail, Kuala Nerus, Terengganu.



Pada 16 hingga 17 Oktober 2017, Bahagian Psikologi dan Kaunseling,
Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Simposium Psikologi
Kaunseling Kebangsaan 2017 bertempat di IPG Kampus Dato' Razali
Ismail, Kuala Nerus, Terengganu. Program ini akan dirasmikan oleh
Yang Amat Berhormat  Dato' Seri Haji Ahmad Razif Bin. Abd. Rahman,
Menteri Besar Terengganu. Simposium ini juga turut diserikan dengan
kehadiran Yang Berhormat Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan
Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia. Tema Simposium
Psikologi Kaunseling pada tahun ini ialah "Bebas Stigma Santuni
Mereka".

Di antara objektif program ini adalah untuk menguar-uarkan
perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang ditawarkan oleh BPsK,
Kementerian Pendidikan Malaysia di samping memperkasakan perkhidmatan
psikologi dan kaunseling di seluruh negara.

Simposium ini akan mengenengahkan pakar-pakar psikologi dan juga
psikiatri untuk berkongsi kepakaran dengan para peserta. Di antaranya
seperti YBhg. Dato' Abdul Halim Bin Jusoh dari Kementerian Pengajian
Tinggi, Prof. Dr. Hj. Lukman @ Zawawi Bin Muhamad dari UniSZA, Dr.
Kamarul Bin Md. Shah dari Universiti Malaysia Terengganu dan lain-lain
tokoh yang berkaliber serta berpengalaman.

Simposium ini mensasarkan warga KPM khususnya kaunselor organisasi,
Guru Bimbingan Dan Kaunseling yang berada  di KPM, Jabatan Pendidikan
Negeri, Pejabat  Pendidikan Daerah, Institut Pendidikan Guru, Kolej
Matrikulasi serta sekolah termasuk pensyarah-pensyarah dari universit
awam di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan