Terima kasih Malaysia Kini kerana mengusahakan satu dapatan yang sangat baik ini. Saya telah membaca dan menelitinya satu persatu.
Saya telah meminta Kementerian melihat isu secara serius. Kami akan meneliti apakah jalan terbaik di depan yang boleh sama-sama kita usahakan.
Saya percaya, ‘reform’ yang kita sedang usahakan ini tidak boleh hanya terperangkap dalam isu perkauman. Pendidikan merentas batas ras dan bangsa. Perbezaan ialah kekuatan, bukan kelemahan.
Sebab itulah pentingnya dasar “Kemakmuran Bersama” (Shared Prosperity) yang Kerajaan bawakan. Pembangunan negara akan menghasilkan pulangan yang perlu kita milikinya bersama.
Negara ini negara kita. Kita yang semai, kitalah yang mengaut hasilnya.
https://ift.tt/2Lbym1L
Arah mana perpaduan?
Bagaimana anak-anak Malaysia membesar dalam kepompong berbeza.
source https://pages.malaysiakini.com/integration/my/
No comments:
Post a Comment