Sunday 25 August 2019

MAHASISWA TURUN KE TENGAH MASYARAKAT, BANTU WARGA MISKIN BANDAR.




MAHASISWA TURUN KE TENGAH MASYARAKAT, BANTU WARGA MISKIN BANDAR.

Sering saya sebutkan mengenai kepentingan kepada mahasiswa untuk sentiasa berada di barisan hadapan dalam membantu masyarakat, khasnya golongan memerlukan.

Saya amat menghargai usaha yang digerakkan mahasiswa kita melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dalam melaksanakan program Perpustakaan Mini dan Tuition Mission Percuma B40 PPR 2019.

Program ini memberi fokus kepada usaha mendedahkan kepentingan pendidikan kepada golongan kurang berkemampuan di bandar dan yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Program Tuition Mission Percuma ini melibatkan murid berprestasi sederhana yang bakal menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Program ini dikendalikan selama tiga hari seminggu dan melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Sains.

Sementara itu, bagi Perpustakaan Mini pula PPR Lembah Subang II telah dipilih sebagai lokasi pertama dan ia dibina dengan kerjasama erat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

KPM ingin mengucapkan terima kasih kepada warga komuniti PPR Lembah Sumbang II, Alumni YSS, Sukarelawan Siswa dari Kolej Komuniti Kuala Langat, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menjadi penggerak utama kepada program ini.

KPM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Peneraju, KLCC Property Holding Berhad, Al Rajhi Bank, Kumpulan Media Karangkraf, Mr DIY Trading Sdn Bhd, Perpustakaan Negara Malaysia, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) kerana sama-sama memberikan komitmen tinggi dalam menjayakan program penuh bermakna ini.

YB Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3066977446706841/?type=3

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan