Saya mengucapkan tahniah kepada Bahagian Mahasiswa Holistik, KPM bersama-sama Universiti Sains Malaysia, Politeknik Ungku Omar dan Politeknik Seberang Perai kerana melaksanakan program Kembara Siswa Patriotik 2019 dengan kerjasama KTMB Berhad.
Program ini bermula dengan Jelajah Siswa Patriotik selama tiga hari dua malam bermula dari 21 hingga 23 Ogos 2019 dan seramai 32 mahasiswa dari 20 Universiti Awam telah terpilih untuk menggalas tugas sebagai duta perpaduan.
Mereka akan mengikuti perjalanan dari KL Sentral dan singgah ke Ipoh sebelum ke destinasi akhir di Butterworth. Kembara mereka ini akan dipenuhi dengan aktiviti berasaskan integriti, patriotisme, kenegaraan dan kesukarelawanan.
Secara khususnya saya amat menghargai kesungguhan anak-anak kita di institusi pendidikan tinggi untuk bersama-sama mengukuhkan perpaduan nasional dan menyalakan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
Usaha ini amat bertepatan dengan inisiatif berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendekatkan institusi pendidikan tinggi dengan masyarakat.
Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam program bermanfaat besar ini!
source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3061425107262075/?type=3
No comments:
Post a Comment