Saturday 24 August 2019

SG ULU BENUT KINI BERSIH DAN SELAMAT BUAT PENDUDUK SIMPANG RENGGAM



SG ULU BENUT KINI BERSIH DAN SELAMAT BUAT PENDUDUK SIMPANG RENGGAM

Saya dan pasukan di kawasan Parlimen Simpang Renggam amat mengambil berat titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Negeri Johor Darul Ta’zim pada Mac 2019 yang mahu pihak berkuasa segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pencemaran yang berlaku di Sungai Ulu Benut.

Sungai ini mengalami pencemaran ekoran kesan sisa daripada Tapak Pelupusan Ladang CEP yang terletak berhampiran.

Bertindak atas titah Tuanku, Pejabat Parlimen Simpang Renggam dengan kerjasama pihak berkuasa terlibat telah mengambil langkah segera dengan menutup tapak pelupusan berkenaan.

Sehubungan itu, selepas lebih lima bulan, Sungai Ulu Benut mula melihatkan perubahan positif apabila kesan pencemaran tidak lagi kelihatan dan kualiti air di sungai berkenaan juga telah kembali pulih dan selamat untuk digunakan penduduk setempat.

Keupayaan untuk mengatasi masalah pencemaran ini juga mendorong kepada penyelesaian masalah bekalan air bersih di kawasan Simpang Renggam dan sekitarnya yang sering terjejas sebelum ini.

Sungai Ulu Benut mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai kawasan pelancongan dan untuk itu, Pejabat Ahli Parlimen Simpang Renggam bersama-sama dengan pihak berkuasa tempatan dan Kerajaan Negeri Johor akan merangka perancangan menyeluruh buat sungai ini dengan memasukkannya di dalam kalendar Tahun Melawat Johor 2020.

YB Dr Maszlee Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam

source https://www.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.572828452788432/3064967516907834/?type=3

No comments:

Post a Comment

Artikel Pilihan

Frog VLE Ibu Bapa - URL Penting untuk disimpan